Iklan menjual tak menjadi? Cuba cara ni pulak...

Iklan menjual tak menjadi? Cuba cara ni pulak…

Letihkan buat iklan banyak-banyak ni?

Lagi letih kalau tak menjadi & tak berhasil.

Ingatkan kerja buat iklan ni mudah!

Ingatkan buat iklan sekali boleh terus dapat jualan banyak.

JANGAN BUAT KERJA GILA

Kalau setiap kali kita buat iklan tak berhasil, berhenti dulu. Jangan bazirkan duit kita eksperimen iklan kalau kita tiada strategi.

Fikir dulu apa perlu buat. Cuba cari sebab kenapa iklan tak menjadi. Tengok dulu data-data iklan, apa yang perlu diperbaiki.

Bila dah cukup data, baru jalankan eksperimen iklan yang baru dengan cara baru.

Jangan ulang benda sama, buat kesilapan yang sama lepas tu mengharap hasil yang berbeza.

“Kerja gila: buat benda yang sama berulang kali sambil mengharapkan hasil yang berbeza.”
~ Albert Einstein

BEDAH SIASAT IKLAN

Ini proses yang sangat penting.

Nak jadi marketer kena pandai bedah siasat iklan.

Cari punca kenapa iklan kita berjaya atau gagal. Check semula objektif iklan.

Kalau objektif iklan untuk tarik leads ke Whatsapp, berapa whatsapp yang masuk. Kalau kurang leads masuk ke Whatsapp kita kaji lagi apa puncanya.

KAT MANA KITA BERIKLAN?

Kebanyakan bisnes akan gunakan media sosial untuk buat iklan. Media sosial ni tempat apa sebenarnya?

Media sosial ni tempat orang melepak secara online. Tempat orang berkomunikasi, berhubung dengan kawan-kawan dan keluarga.

Senang cerita, tempat bersosiallah. Bukan tempat membeli-belah.

Orang melepak di media sosial bukan untuk shopping. So, kalau kita buat iklan hardsell terus mejual apa jadi?

Susah sikitlah jawabnya.

Ye, memang ada iklan hardsell yang boleh terus dapat jualan. Terutamanya kalau orang memang dah kenal kita atau memang dia mahu & perlukan apa yang kita jual. Mungkin dia memang dah lama fikir mahu mencari apa yang dijual itu.

Tapi kalau orang belum kenal kita & belum dalam mood membeli, iklan hardsell akan dipandang sepi je.

TUKAR CARA BERIKLAN

Tak semestinya kena tukar channel iklan kita. Kalau kita buat iklan di Facebook contohnya, boleh teruskan.

Tapi…

Ubahlah cara kita sampaikan mesej kita.

Kalau sebelum ni iklan kita semuanya hardsell. Cuba pulak buat iklan softsell.

Buat iklan berbentuk konten yang berkaitan dengan produk atau servis anda. Dengan konten, kita akan lebih mudah dapat perhatian dan engagement dari prospek.

Konten boleh berbentuk teks atau video. Kita boleh cuba mana-mana asalkan boleh dapat lebih banyak perhatian dari prospek.

IKLAN MENJUAL VS IKLAN KONTEN, MANA LAGI BAGUS?

Tiada yang lebih bagus pun sebenarnya. Kedua-duanya untuk tujuan berlainan.

Iklan hardsell menjual:
Untuk terus dapatkan orang membeli.

Iklan softsell konten:
Untuk dapatkan perhatian orang & membina nama supaya orang kenal kita.

Mana satu nak guna?

Kita sendiri kena cuba untuk bisnes kita dan bergantung juga pada channel iklan.

LEPAK MAMAK VS PERGI PASAR

Kita dah bincang tadi, sosial media ni tempat orang berkomunikasi, berinteraksi, tempat melepak. Jadi, audiens akan kurang engage dengan iklan yang terus menjual.

Kita sendiri kalau masa sedang berbual & ada orang nak menjual, kita akan mengelak betul tak?

Ibaratnya, kita tengah melepak di kedai mamak dan ada salesman datang untung jual produk. Kita sendiri pun malas layan. Bengang sebab kacau kita tengah melepak.

Beza pula dengan orang yang pergi pasar. Dia sudah sedia nak membeli. Dah siapkan duit & ada bajet untuk beli barang yang dia mahukan. Tinggal pilih apa nak beli & nak beli dari siapa je.

Nampak tak beza situasi menjual tu macam mana?

IKLAN DALAM BENTUK KONTEN

Kalau kita nak teruskan beriklan di media sosial, cuba sampaikan dalam bentuk konten.

“Saya takde idea nak buat konten. Macam mana nak buat?”

Banyakkan membaca. Boleh Google hal-hal yang berkaitan dengan produk atau servis anda.

CONTOH 1:
Kalau kita jual produk baby, kita boleh share tips berkaitan dengan baby. Prospek yang memang ada baby akan mudah engage dengan konten kita dan lebih mudah dia nampak promo untuk produk kita tu.

Contoh konten yang kita boleh buat: tips penjagaan anak baru lahir, tips membesarkan anak, tips berpantang, tips memilih susu baby, apa nak buat bila anak menangis dan banyak lagi.

Konten ini akan menarik perhatian target market kita.

Dah dapat perhatian nanti, barulah kita boleh menjual kemudian.

CONTOH 2:
Katakan kita ada servis bekam. Daripada kita sibuk cerita servis bekam kita terbaik, bilik disediakan selesa, bekam menggunakan disposable cup, lebih baik kita share konten berkaitan bekam.

Sebab, mungkin orang tu belum terbuka hati lagi nak bekam.

Kalau dia belum lagi rasa nak berbekam, apa dia kisah pasal bekam terbaik, bilik selesa atau alatan bersih?

Kita mulakan dulu dengan cerita dalam bentuk konten supaya dia lebih tahu & lebih terbuka hati untuk berbekam.

Contoh konten yang kita boleh buat: apa kebaikan bekam untuk badan, apa masalah-masalah yang boleh diselesaikan dengan berbekam, cerita pengalaman orang yang pernah berbekam dan banyak lagi.

Konten ini tidak terus menjual. Sebaliknya, konten ini menarik perhatian orang yang ada masalah-masalah yang bekam boleh selesaikan & membantu dia mula terbuka hati untuk berbekam.

KONTEN SEBAGAI UMPAN

Strategi kat sini ialah:
Kita gunakan konten sebagai umpan.

Kita tak suruh orang terus membeli. Membeli ni tindakan besar untuk orang yang masih belum berniat membeli.

Kita umpan saja dulu.

Kita bagi dia pilihan untuk buat satu tindakan kecil.

Tindakan: Baca konten.

Baca konten ni satu tindakan kecil yang dia lebih mudah untuk buat.

Umpan dulu prospek dengan konten yang berkaitan dengan produk anda. Baru kita bagi beritahu psal bisnes kita.

Jelas, kan?

TIPS CARI IDEA BUAT KONTEN

Macam mana nak cari idea buat konten?

Banyak cara kita boleh cari konten zaman sekarang ni.

Tinggal nak buat atau tak saja.

1. Join group berkaitan topik produk anda

Kita ambil contoh produk baby tadi. Kita boleh join group yang share pasal tips parenting. Boleh olah konten dari group untuk jadi konten anda.

Tak kisah group whatsapp, Facebook atau group ibu-ibu komuniti setempat sekalipun.
Asalkan ada kaitan dengan topik yang kita nak sampaikan pada audiens kita.

2. Cari idea konten dari blog atau forum

Cari blog-blog yang berkaitan. Mereka sendiri dah ada banyak konten yang kita boleh olah untuk dijadikan konten iklan.

Boleh juga dapat idea menulis konten dari forum-forum. Forum ni tempat orang berdiskusi dan bertanya soalan. Banyak idea yang kita boleh dapat untuk menulis konten daripada perbincangan dalam forum ni.

3. Cari idea di video Youtube

Youtube ni boleh kata semua jenis konten ada. kita boleh cari video yang berkaitan dengan topik yang kita nak tulis.

kita nak cari konten pasal tips parenting. Cari saja video di Youtube dan olah konten video untuk jadi konten kita sendiri.

4. Cari idea di Twitter

Kalau kita perasan, zaman sekarang ramai pengguna twitter yang share konten dalam bentuk thread. Konten-konten di Twitter juga boleh digunakan untuk penulisan konten.

Ambil poin penting dan olah dalam bentuk penulisan yang sesuai dengan audiens kita. Kita boleh gunakan idea konten yang lebih kurang sama untuk buat iklan konten kita sendiri. Jangan pula cilok bulat-bulat!

Yang best idea konten dari media sosial ni, topik-topik ni yang selalu orang share dan engagement. Jadi, peluang kita untuk dapat lebih ramai audiens lebih tinggi.

JANGAN CIPLAK

AMARAN:
Jangan ciplak atau tiru konten orang lain tanpa kebenaran.

Cara di atas ialah cara untuk cari idea & bagi otak kita berjalan untuk hasilkan konten. Dari situ, kita buat konten sendiri.

Kalau kita TAK MAMPU buat konten sendiri dalam sesuatu kategori, itu maknanya kita tak layak untuk menjual dalam kategori itu.

Kalau kita TAK RAJIN nak buat kerja-kerja ini, maknanya kita tak layak untuk menjual & dapat hasil setimpal.

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


Tak reti buat iklan & copywriting? Dapatkan panduan percuma ini…

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai @brc.my | Privacy policy