Sebenarnya… Tak reti copywriting pun boleh buat iklan

“Saya tak pandai buat copywriting. Cemana?”

Buat copywriting? Copywriting tu untuk apa?

“Untuk ajak orang beli barang saya la!”

Oh, kena belajar copywriting ke?

“Entah. Tengok semua orang cakap kena belajar copywriting.”

Kalau semua orang terjun lombong, nak ikut jugak ke?

“Er… Tak!”

Nak tak belajar copywriting TANPA belajar copywriting?

“Boleh ke?”

Nak ke tidak?

“Mesti la nak!”

OK…

Apa itu copywriting?

Copywriting tu apa benda sebenarnya?

“Erm… Entah. Iklan kot?”

Jangan kot kot. Fikir.

Fikir dulu.

Agak pun takpe. Janji ada fikir.

Bukan bantai sebab malas fikir.

.
.

1 minit berlalu…

.
.

“Entah!”

Come on.

Baru 1 minit.

Fikir lagi.

Usaha lebih sikit. Jangan ikut orang je.

.
.

5 minit berlalu.

.
.

Copywriting ialah…

“Ayat untuk suruh orang beli?”

Itu soalan ke jawapan?

“Jawapan?”

Itu soalan ke jawapan? Jangan ragu-ragu. Kalau betul, cakap dengan yakin.

“Jawapan!”

.
.

“Ayat untuk suruh orang beli!”

Apa benda tu?

“Copywriting.”

Oh.

Jadi…

Apa isi iklan?

Apa patut kita tulis dalam ayat untuk suruh orang beli?

“Kita nak suruh orang beli… Jadi dalam iklan, kita kena tulis sebab kenapa dia kena beli.”

Apa sebab dia beli?

Apa sebab dia kena beli?

“Entah!”

Kenapa susah nak dapat jualan?

Tahu tak sebab apa pelanggan beli?

“Tak. Tak pernah ambil tahu pun.”

Dah tu, jangan la PELIK kenapa tak dapat jualan.

Sibuk nak belajar copywriting macam-macam teknik apa bagai. Tapi KENAPA sebab pelanggan kena beli pun tak tahu!

Habis tu…

Siapa yang tahu kenapa bakal pelanggan membeli?

Siapa yang tahu apa yang boleh yakinkan pelanggan membeli?

Fikir dulu.

.
.

4 minit berlalu.

.
.

Kenapa WAJIB kenal bakal pelanggan?

“Mesti la pelanggan sendiri yang tahu! Dia tahu apa dia nak. Dia pun tahu apa yang boleh yakinkan dia untuk beli.”

OK.

Jadi…

Macam mana kita nak tahu apa sebab bakal pelanggan membeli?

“Pelanggan tahu semua tu… Jadi, mesti la kita nak kena kenal pelanggan untuk tahu semua tu.”

Sekarang ni kenal pelanggan tak?

“Errrr… Tak!” *tersengih*

Apa sengih-sengih?

Buat iklan WALAUPUN tak pandai copywriting

Kalau kenal pelanggan dan tahu apa sebab musabab dia membeli…

Kalau kenal pelanggan dan tahu apa yang dia cari….

Boleh tak buat ayat untuk suruh dia beli?

“Boleh boleh boleh!”

Jadi…

Boleh tak buat copywriting?

“Boleh!”

Kena belajar copywriting tak?

“Errr… Tak payah pun belajar copywriting!”

Habis tu belajar apa?

“Kenal pelanggan!”

Cantik!

Nampaknya sudah sedia untuk teruskan pembelajaran…


Termenung lama masih tak boleh hasilkan copywriting ayat iklan??

Jemput tinggalkan komen / soalan di bawah...

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my