Home » Artikel » Kembangkan bisnes? Mahu bayar staf pun saya tak mampu!

Kembangkan bisnes? Mahu bayar staf pun saya tak mampu!

 

Ramai yang buat bisnes online, semua buat sendiri.

Tiada masalah semua buat sendiri, biasalah pada peringkat awal.

Jadi masalah kalau: kita buat semua sendiri dan tak bersedia untuk jadikan pendapatan sampingan itu sebagai bisnes yang berkembang.

Jadi masalah kalau: buat sendiri di peringkat awal dan tak boleh-boleh untuk lepaskan pada staf.

Bagaimana untuk atasi masalah ini? Teruskan membaca…

Mengapa perlu gajikan pekerja?

Kita tidak perlu gajikan pekerja jika kita sekadar mahu pendapatan sampingan menjual produk setiap hari.

Tetapi…

Kita perlu gajikan pekerja dan bina tim kita sendiri jika kita serius mahu berbisnes dan kembangkan bisnes kita.

Masa kita terhad. Kebanyakan punca bisnes tidak boleh berkembang ialah kerana terlalu bergantung kepada masa pemilik.

Kita hanya punya 24 jam.

Kalau sendiri yang cari produk, sendiri yang ambil produk, sendiri yang buat iklan, sendiri yang bungkus, sendiri yang hantar dan semuanya buat sendiri…

Agaknya berapa jauh bisnes itu boleh berkembang?

Tidak berapa jauh kerana dihadkan oleh masa si pemilik itu sendiri.

Jadi… walaupun mulanya semua kita buat sendiri, ada beberapa persediaan perlu kita buat.

Ambil gaji untuk diri sendiri

Satu perkara yang perlu kita buat:
Walaupun buat semua sendiri, perlu kira kos tenaga sendiri dan ambil gaji bersesuaian.

Contohnya:
Setiap unit produk ambil upah RM2 untuk pek dan hantar.

Kenapa?

Sebabnya:

1. Supaya kita ada pendapatan daripada jualan.

Bukan hujung bulan, ambil duit bisnes.

Awal-awal dah perlu tanam disiplin ambil gaji yang ditetapkan sahaja. Tak boleh ambil suka hati.

Ambil duit bisnes sesuka hati yang banyak kali buatkan bisnes kita tak boleh rolling.

Asingkan duit sendiri dan duit bisnes.

Ambil gaji.

Untung bisnes ialah untung bisnes. Gaji ialah gaji.

Tak boleh campur.

2. Persediaan untuk ambil staf.

Ramai yang tidak boleh ambil staf sebab dari awal tiada peruntukan upah pekerja.

Sepatutnya dari awal sudah mula.

Kalau dari awal sudah disiplinkan diri ada upah pekerja, mudah untuk kita kembang.

Bisnes kita makin kuncup kalau semua nak buat sendiri + bila nak cari pekerja tiada pula ruang peruntukan untuk bayar upah.

Siapkan duit upah dari awal. Mula-mula bayar upah diri sendiri.

Kemudian lebih mudah untuk cari pekerja.

Paling busuk, boleh upah part time bagi bayaran per unit produk.

Tiada masalah tidak mampu gajikan pekerja

Kalau bisnes kita sudah berjalan dan tidak mampu untuk bayar pekerja walaupun sekecil upah setiap unit produk, maksudnya itu bukan bisnes.

Itu sekadar kita menjual saja-saja untuk duit tepi.

Persediaan untuk kembangkan bisnes ialah: dari awal sudah mampu bayar pekerja walaupun peruntukan sekecil 50 sen untuk pembungkusan seunit produk.

Dari situ kita boleh kira.

Kalau mahu hire staf part time dengan gaji RM300, kita perlu capai 600 unit produk.

Kalau seunit produk kita peruntukkan RM2 untuk pembungkusan dan penghantaran, kita cuma perlu cukup 150 unit produk untuk gajikan pekerja part time RM300.

Ini kiraan contoh saja. Cukup atau tidak margin untung kasar untuk peruntukkan upah sebegitu sudah masuk topik lain. Nanti kita cerita…

Perhatikan:
Ini beza antara buat bisnes VS buat jualan geli-geli tampung pendapatan.

Tampung pendapatan = tak boleh kembang, kita cuti gaji pun cuti.

Bisnes = boleh dikembangkan, kita cuti pendapatan masih berjalan.

Mahu kembangkan bisnes?

Tapi masih buntu bagaimana cara yang betul membawa masuk pekerja ke dalam pasukan bisnes?

Ada masalah menguruskan pekerja sedia ada?

Tidak tahu perkara-perkara yang perlu ada apabila mahu mencari, menggajikan dan melatih pekerja?

KLIK SINI supaya kami dapat bantu anda selesaikan masalah ini…


SUKA artikel ini? Kongsi manfaatnya.

Tekan butang SHARE!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *