Nak buat bisnes? tahukah apa itu bisnes?

Ramai yang nak buat bisnes.
Ramai yang dah buat bisnes.

Tapi…

Mungkin belum faham dengan sejelas-jelasnya: Apa itu bisnes?

Bisnes ikut-ikut orang. Tak pernah faham fundamental & komponen bisnes.

Itulah jadinya kadang mencipta masalah dalam bisnes. Dan bila berlaku masalah dalam bisnes, tak tahu kat mana nak mula pun untuk selesaikan.

Jom kita jawab soalan yang nampak macam senang ni: APA ITU BISNES?

Kenapa belajar apa itu bisnes?

Macam benda-benda lain yang dibina — rumah, bangunan, set mainan Lego — bisnes yang kita bina juga ada komponen-komponen yang membentuk binaan ni.

Kita belajar fundamental & komponen bisnes supaya kita tahu apa blok-blok yang membentuk bisnes.

1. Supaya kita tahu macam mana untuk susun. Apa yang didahulukan. Apa yang dikemudian. Mana satu yang penting.

2. Supaya kita tahu macam mana untuk ‘troubleshoot' jika berlaku masalah. Kita tahu di mana letaknya masalah & apa blok yang patut dibetulkan. Bukannya meraba-raba hilang punca.

3. Supaya kita tahu apa ilmu & apa kemahiran yang perlu kita ada untuk selesaikan ‘puzzle' dalam bisnes. Bukannya kita belajar keluar masuk kelas marketing tak sudah-sudah, sedangkan masalah sebenar ialah masalah kira-kira kos, contohnya.

Apa itu bisnes?

Kita tengok satu-satu…

1. Bisnes ialah satu aktiviti…

Kita tak cerita pasal syarikat atau entiti. Bukan cerita pasal Sdn Bhd atau enterprise. Kita fokus pada aktiviti.

2. Aktiviti apa?

Aktiviti menjual produk.

Tidak kisah sama ada produk fizikal atau digital. Atau servis. Semua ini dikira sebagai PRODUK yang kita sampaikan kepada pelanggan.

3. Untuk apa?

Untuk mendapat keuntungan.

Inilah tujuan bisnes dibuat.

Untuk buat duit.
Untuk buat untung.
Bukan saja-saja bagi produk dekat orang.

Bisnes:
Satu aktiviti menjual produk untuk mendapat keuntungan.

Macam mana bisnes buat untung & dapat duit?

Mana datang untung?

Untung tercipta dari perbezaan harga jualan produk VS kos yang dikeluarkan untuk menghasil & menghantar produk.

Untung = Jualan – kos

Atau lebih senang lagi…

Untung = duit masuk – duit keluar

INGAT ini sebagai FORMULA UNTUNG!

Bermakna, duit masuk mesti lebih banyak daripada duit keluar. Kos yang dikeluarkan untuk beli, simpan, proses, packing & hantar produk mestilah lebih rendah daripada harga jualan produk.

Setiap kali FORMULA UNTUNG ini berlaku, setiap kali itulah bisnes buat untung.

Ka-ching!
Ka-ching!!
Ka-ching!!!
(Konon bunyi duit masuk 😂)

Seterusnya…

FORMULA UNTUNG ini tak akan berlaku kalau pelanggan tak membeli produk.

Jadi…

Kita mesti buat pelanggan beli produk.

Macam mana nak buat orang beli?

Kita carilah cara macam mana nak buat orang beli.

Kita tak boleh paksa orang beli.

No no no no no!

Kita tak paksa orang membeli produk yang mereka tak mahu. Sebaliknya, kita cari produk yang orang mahu beli.

Kemudian, kita cari: Kenapa manusia membeli?

Inilah ilmu marketing.

Marketing bukan semata-mata iklan.

Marketing bukan semata-mata buat posting.

Kaji siapa target market kita, itu marketing.

Buat kajian pasaran, itu marketing.

Kaji apa masalah pelanggan mahu selesaikan, itu marketing.

Kaji kenapa manusia membeli, itu marketing.

Kaji di mana manusia yang mahu membeli itu berada, itu marketing.

Lepas kita buat kajian dan tahu kenapa manusia membeli & di mana mereka berada…

Barulah kita sampaikan mesej marketing kepada mereka.

Macam mana nak sampaikan mesej marketing?

Inilah ilmu copywriting?

Apa itu copywriting?

Itu topik besar juga yang kita akan kupas di lain masa.

Secara ringkas: Copywriting ialah menyampaikan mesej untuk mempengaruhi seseorang manusia membuat tindakan pembelian.

Kita sampaikan mesej yang MENARIK PERHATIAN orang yang kemudiannya akan berminat untuk membeli produk yang kita jual.

Itulah bisnes secara ringkas!

Ulang sekali lagi…

Bisnes:
Satu aktiviti menjual produk untuk mendapat keuntungan.

Ini fundamental paling asas.

1. Bisnes menjual produk untuk dapat untung.

2. Untung datang daripada FORMULA UNTUNG = duit masuk – duit keluar.

3. FORMULA UNTUNG tak akan berlaku kalau tiada orang membeli.

4. Kaji kenapa manusia membeli untuk buat mereka membeli.

5. Sampaikan mesej marketing untuk menarik perhatian bakal pembeli.

Daripada fundamental ini, kita boleh simpulkan…

Untuk peringkat awal bisnes…

Kita perlukan 3 komponen utama untuk mula.

1. Marketing

Proses mencipta prospek.

Dengan cara mengkaji apa yang prospek mahukan & kenapa mereka mahu membeli.

Kemudian sampaikan mesej kepada prospek. Supaya mereka berminat.

2. Sales

Proses tukarkan prospek jadi pelanggan.

Tukarkan minat mereka (yang belum lagi berlaku apa-apa) jadi satu tindakan pembelian (yang benar-benar berlaku).

3. Operation

Proses siapkan & sampaikan produk kepada pelanggan.

Dengan cara mencari bekalan, menghasilkan produk, simpan produk, packing produk & hantar produk kepada pelanggan.

Kemudian — selepas berlaku jualan — ada khidmat pelanggan lepas jualan.

kaji kelemahan bisnes

Memang benda yang kita cerita dalam artikel ini benda mudah.

Hanya dengan betul-betul faham benda mudah macam ini…

Kita akan nampak apa komponen penting dalam bisnes.

Kalau bisnes tak mencapai tahap yang kita mahukan, kita nampak komponen mana yang silap, kita tahu apa yang patut dibetulkan & apa ilmu kita perlu kuasai.

Contohnya:
Ada jualan tapi takde duit simpanan pada hujung bulan.

Apa yang kita perlu buat ialah pastikan FORMULA UNTUNG betul-betul menghasilkan untung.

Biasanya masalah DUIT KELUAR lebih banyak daripada DUIT MASUK.

Mungkin salah kira kos (selalunya tak kira langsung!) Mungkin ada kos yang tak diambilkira.

Situasi paling biasa yang ramai peniaga hadapi ialah: letak harga terlalu rendah.

Sebab apa letak harga terlalu rendah?

Sebab tak pernah tahu kira-kira bisnes yang betul.

Sebab tak pernah terfikir pun nak buat kira-kira. Main ikut je orang lain buat bisnes.

Sebab tak reti bersaing cara bijak. Selalu gelabah bila ada persaingan, terus buang harga!

Jadi…

Dari bedahsiasat komponen FORMULA UNTUNG tadi, kita gali lebih dalam sampai jumpa sebab sebenar!

Rupanya kira-kira kita jadi salah sebab kita tak pandai bersaing. Kita guna senjata paling bodoh dalam bersaing: buang harga.

Bila buang harga, bisnes jadi rugi.

Serupa tak payah buat bisnes!

Banyak masalah bisnes berlaku sebab kita TERLEPAS PANDANG & memperlekehkan benda yang kononnya mudah & ‘semua orang dah tahu dah' ni.

Cukup setakat itu!

Ini sekadar permulaan untuk cetuskan rasa untuk anda belajar lebih lanjut pasal fundamental APA ITU BISNES.

Dengar topik macam senang kan?

“Eleh, setakat belajar apa itu bisnes je? Takde yang lagi advanced ke?”

Iyelah, dengar macam topik bodoh je.

Sekali kupas, ha kau, macam-macam jumpa. Kat situ pun dah macam-macam boleh kaji.

Kita pun takkan mampu belajar benda advanced kalau yang asas macam ni pun tak lepas.

Baca balik tulisan kat atas tu. Itu baru sikit kita gali.

Kalau saya tulis lagi panjang, lagi macam-macam benda kita jumpa.

Kita akan sambung dalam siri-siri yang seterusnya…

Jemput tinggalkan komen / soalan di bawah...

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my