Lepas buat analisa kira-kira bisnes, baru nampak untung!

Ini satu situasi yang pernah berlaku.

“Ramai Whatsapp, lepas tu senyap. Stop je la iklan ni kan?”

Ada pemilik bisnes mengadu.

Sekali dengar macam betul.

Cuma…

Adakah keputusan ini dibuat secara rasional guna data?
Atau sekadar emosi ketakutan?

Mari kita lihat datanya.
Dalam beberapa lapisan.

Kos iklan = RM60
30 orang Whatsapp
6 orang beli

Kira conversion rate

Lapisan pertama:
6 pembeli dari 30 prospek

Bersamaan 20% conversion rate.

Tidaklah hebat meletup.
Tidaklah juga teruk sangat.

✅ Conversion rate OK

Kira kos per prospek

Lapisan kedua:
Kos setiap prospek = RM2

Kalau tanya pada yang buat iklan berbayar, hasil begini kira boleh tahan.

✅ Kos per prospek OK

Kira jumlah jualan & pulangan

Lapisan ketiga:
Periksa data jualan

Jumlah pembelian RM288.

Pembelian purata pelanggan (AOV — average order value) = RM48

Kos per pelanggan = RM10

Belanja RM10, dapat jualan RM48 setiap pelanggan.
ROAS (return on advertising spend) = 4.8

✅ Kos per pelanggan OK

✅ ROAS OK

Kira kos produk

Lapisan keempat:
Periksa kos produk

Kos produk diberitahu oleh pemilik bisnes tadi, 40% dari harga produk.

Margin kasar = 60%

60% x RM288 = RM172.80

✅ Untung kasar selepas kos produk OK

Tolak kos marketing

Lapisan kelima:
Untung kasar selepas kos produk & marketing

Tolak kos marketing RM60 = RM112.80

Masih lagi ada baki untuk kos operasi lain.

✅ Untung kasar selepas kos produk & marketing OK

Buat keputusan guna data

Kat sini kita boleh simpulkan:
🔥 Keluar bajet RM60 untuk marketing
🔥 Dapat untung RM112.80 selepas kos produk & marketing

“Oh, baru saya nampak kira-kira sebenar.”

YES!

Itu belum lagi kita ambil kira daripada 30 prospek, 6 membeli…

Masih ada baki lagi 24 prospek yang boleh di-follow up.

Itu baru satu contoh…

…bagaimana kita buat keputusan guna kira-kira.

Nampak kan kita lebih cerah pandangan & bantu buat keputusan lebih baik?

Konsep berbisnes dengan data & kira-kira ini yang ditekankan dalam ‘Business Strategic Gameplan' sebagai alat berfikir & buat keputusan dalam tindakan.

Daftar sebagai peserta…

✅ Dapat kelas LIVE ONLINE 2 hari — belajar strategi permainan bisnes yang lebih meluas, berdasarkan logik kira-kira, TANPA serabut teknik

✅ Dapat Video Masterclass sebelum kelas live — Cara Rancang Kira-kira & Duit Bisnes

✅ Dapat lagi banyak BONUS untuk pastikan kita sebagai peserta dapat impak daripada kelas ini

Jemput daftar cepat.

REBUT bonus terawal.

Lebih 5,000 peserta pernah sertai kelas ini…

KLIK SINI, baca cerita peserta lepas & apa anda boleh dapat dari kelas ini…

Jemput tinggalkan komen / soalan di bawah...

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my