“Pemimpin bisnes yang tak faham nombor bisnes…
dia tak faham bisnes!”

Kalau nombor bisnes tak terurus… maksudnya, bisnes itu tak terurus!

Apa masalah berlaku apabila kita tak faham nombor bisnes?

Tak tahu prestasi sebenar bisnes — dari segi jualan, untung, kos, kemampuan menyimpan dsb

Tak tahu tahap kesihatan bisnes — adakah sihat segar bugar boleh beri hasil lebat ATAU sedang sakit tenat perlu dirawat

Tak tahu apa perlu ‘dirawat' & dibaiki — tahu bisnes sakit, tapi tak tahu sakit sebenar di mana & apa ubatnya

Terlepas pandang potensi bisnes — bisnes boleh beri hasil yang besar, tapi pemimpin bisnes sendiri tak sedar

Usaha bisnes tak terarah — pandai buat marketing, buat konten… tapi tak tahu nak halakan ke mana

Tak nampak target jelas untuk dikerjakan — menung & BLUR usik sana sini serba tak kena

Tak berapa jelas lagi? 

Ada orang mempersoal:
“Buat kira-kira je ke?”

Adoi. 

Macamlah bisnes ini setiap hari TIDAK bergelumang dengan nombor & kira-kira.

Jadi…

Mari kita tengok case study sebenar:

Bisnes tadika di Perlis: Masalah jadi kecil, halatuju marketing lebih jelas

Ini kes baru (Disember 2024)

SEBELUM buat analisa nombor bisnes:

❌ Sudah berbulan-bulan jualan tak boleh tanggung kos — tak boleh tambah cash reserve malah berhutang pula

❌ Marketing yang caca merba & tak tentu hala tuju — sekadar ‘mahu tambah student'

❌ Mental block pada growth, sendiri letak limit — mahu tambah student, tapi takut untuk tambah juga sebab risau pertambahan kos staf

❌ Rasa masalah bisnes terlalu besar — hampir 2 tahun bergelumang masalah, rasa terlalu besar & hilang punca untuk selesaikan

❌ Mahu turunkan harga — kononnya lagi senang tambah student bila turun harga

SELEPAS jelas analisa nombor bisnes:

✅ Rupanya hanya perlu tambah 5 student je — Itulah MAGIC NUMBER yang tak disedari selama ini!

✅ Financial projection lebih baik — dengan hanya tambah 5 student & kekalkan harga, boleh dapat cash reserve 5 angka dalam masa kurang 6 bulan nanti!

✅ Marketing lebih jelas & targeted — tiada lagi marketing ‘main tabur', jelas KPI (tambah 5 student), boleh buat marketing lebih sharp & kos rendah

✅ Lebih tenang kepala — masalah yang sepanjang 2 tahun sebelum ini dirasakan besar & serabut kepala, rupanya kecil & mudah diurus

“Itu kes baru. Baru teori, tak tentu jadi.”

Eh kau ni.

Kausabajap.

😂

Ada kes lebih awal yang lalu perjalanan sama:

Bisnes tadika di Pulau Pinang: Bukti hidup, bukan lagi teori!

Pemimpin bisnes ini mula jumpa kami Mac 2024.

Masalahnya lebih kurang macam tadika di atas.

Apa yang kami ‘prescribe' pada mereka:

🔥 Setelah analisa, hanya perlu tambah 10 student sahaja — ini MAGIC NUMBER untuk turnaround bisnes ini

🔥 Dengan KPI jelas, lebih sharp & targeted marketing yang boleh dibuat — takde lagi teka-teki buntu blur termenung banyak serabut

“Itu ‘teori' je kan?” 

🙄

Selepas 10 bulan, ini laporannya:

✅ Kepala lapang & lebih cerah nampak jalan ke depan — tiada lagi awan hitam berat menggelap pandangan

✅ Dengan kepala cerah & KPI jelas 10 student — rupanya mereka dah terlajak, dapat 24 student baru (padahal sebelum itu stuck)

✅ Dengan pertambahan student baru, berjaya bina cash reserve — sebab berjaya lintas MAGIC NUMBER, sebelumnya tak boleh menyimpan

✅ Dengan cash reserve yang ada, berjaya take over sebuah tadika baru dengan lokasi lebih besar & strategik 💪🚀 — sebelum itu stuck rasa nak tutup bisnes!

Nampak tak?

Masalah stuck berbulan bertahun, sampai dah give up dengan tadika nan satu…

Sekali betulkan pandangan cuci otak dengan nombor bisnes jelas, terus boleh tambah tadika baru TANPA guna duit lain pulak!

“Tapi… untuk bisnes tadika je ke?”

Eh kau ni lagi. 

Meh baca lagi:

Bisnes cuci karpet di Kota Kinabalu: Jualan 2X ganda dalam masa sebulan

SEBELUM buat analisa nombor bisnes:

❌ Jualan ada untung, tapi terlalu rendah — Tak boleh buat banyak simpanan untuk bina cash reserve

❌ Tiada target jelas untuk buat marketing — tiada sasaran khusus & KPI jelas untuk tumpukan fokus usaha

❌ Mesej marketing pun kabur-kabur — tak tahu sebenarnya mahu target siapa & mahu tarik pelanggan guna angle apa

SELEPAS jelas analisa nombor bisnes:

✅ Berjaya dapat target market bisnes komersial — yang boleh bagi pulangan per job lebih tinggi, sebelumnya stuck hanya buat servis rumah & peribadi

✅ Berjaya close job yang lebih besar (RM3,000+ per job) — sebelumnya gagal close sebab mental block tak nampak jalan & salah letak harga

✅ Berjaya naik jualan 2X ganda dari bulan sebelumnya — hanya dalam masa sebulan lepas buat analisa, biasanya jualan tinggi ini hanya musim perayaan

✅ Lebih yakin untuk meneroka beberapa segmen market yang baru — yang lebih sharp targeted, mengalami PAIN yang lebih besar & memberi lebih pulangan per job (AOV lebih tinggi)

Bisnes kedai online aksesori telefon: Jelas target untuk bina brand sendiri

Masalah SEBELUM buat analisa nombor bisnes (itupun hanya sedar lepas analisa):

❌ Kira-kira agak berterabur — nilai angka yang bercampur aduk menyusahkan diri untuk nampak realiti sebenar bisnes

❌ Aktiviti marketing tidak sehebat disangka — disangkakan ROAS sampai 30X yakin boleh tekan lagi, rupanya rendah & banyak makan kos

❌ Terlalu banyak SKU (lebih 3,000) — sampai leceh & serabut cara kerja untuk buat marketing setiap produk

❌ Terlalu bergantung kepada brand produk aksesori telefon — terpaksa ikut kehendak supplier, kalau brand kurang terkenal… jualan tak berapa tinggi

SELEPAS buat analisa nombor bisnes:

✅ Lebih jelas long term plan untuk syarikat — bukan sekadar buat jualan & beroperasi setakat macam kedai-kedai aksesori yang lain je yang bila-bila masa boleh jatuh

✅ Lebih fokus usaha untuk bina posisi & brand sendiri — bina reputasi brand sendiri yang dipercayai & tidak lagi bergantung kepada brand aksesori & supplier

✅ Mula teroka cara marketing baru — yang sangat berlainan daripada kedai aksesori yang lain, lebih menjimatkan & juga membawa hasil long term, bukan sekadar ‘buat hari ini, dapat jualan hari ini'

✅ Mindset shifft lebih ke depan — mula berfikir melangkaui pemikiran sebagai ‘peruncit aksesori' biasa & lebih next level berfikir macam _________ (rahsia 😂)

Bisnes design & build di KL: Sales & untung banyak, tapi duit sempit

Masalah SEBELUM ini:

❌ Jualan banyak antara RM300-500 ribu sebulan — TAPI duit selalu kesempitan

❌ Berpunca daripada kutipan duit klien yang tidak teratur — takde pengkhisusan khas & terlalu bergantung kepada founder untuk kutip

❌ Ada klien yang rugi & tutup bisnes — SEBELUM melunaskan baki hutang

SELEPAS buat analisa ini tindakan jangka pendek:

✅ Operational improvement dalam hal pengurusan cashflow & kutipan duit — bina sistem baru supaya tim boleh kutip duit, bukan mengharap founder semata

✅ Dalam masa sebulan, cash collection perjaya diperkemas — kutipan duit lebih cantik & lancar

Ini pula perancangan & tindakan untuk jangka panjang:

✅ Cari alternatif untuk struktur pembayaran lebih adil — bagi menjamin kepentingan sendiri & klien

✅ Pemilihan klien lebih ketat — supaya dapat bekerjasama dengan klien yang lebih baik & terjamin pembayaran

✅ Bina brand lebih kuat di mata target lebih tepat — supaya ada PRICING POWER & kuasa lebih dalam rundingan deal dengan klien

✅ Supaya lebih mudah dapat klien yang setuju dengan struktur payment plan yang lebih sistematik berjadual 

Bergegar otak kan? 🤯

Nombor bisnes itu permulaan je.

Sebenarnya…

Bila otak lapang & cerah…

Lagi macam-macam strategi next level kita boleh fikir.

Tiba-tiba, macam kedai aksesori telefon tu, fikiran dah melangkaui & tak lagi tersangkut hal-hal remeh temeh macam sebelum itu.

So… masih lagi rasa ini semua ‘teori'?

Masih lagi fikir ini sekadar ‘kira-kira je ke'?

Pemimpin bisnes yang bijak mesti dah nampak!

Apa tujuan bisnes?

Assalamu’alaikum wa rohmatullah.
Hai.
Saya Bukhari Ramli.

Dari BRC.my.

Kami banyak berada di belakang tabir bisnes yang buat jualan 5, 6, 7 angka sebulan.

Perkara yang kami tekankan pada pemimpin bisnes adalah:
✅ Kuasai nombor-nombor matematik bisnes
✅ Supaya lebih faham GAME bisnes
✅ Lebih mudah untuk manipulasi strategi bisnes

Biasa cerita pasal marketing ini, kejap je…

Lepas klien kami naik jualan, kami akan PUSH mereka untuk susun strategi ke arah naikkan cash reserve.

💰💰💰

Sebab…

Tujuan utama bisnes…

❌ BUKAN untuk buat jualan semata

Banyak bisnes yang ada jualan, tapi tak untung.

❌ BUKAN juga untuk buat untung semata

Banyak bisnes yang ada untung, tapi takde duit

Tujuan utama bisnes:
✅ Mencipta, mendapatkan & memiliki aset
✅ Yang bernilai kepada target market & menghasilkan jualan — EFEKTIF
✅ Yang boleh ditukarkan kepada untung — EFISIEN
✅ Yang boleh direalisasikan kepada bentuk tunai — SIMPANAN

Barulah bisnes yang kita buat itu…

Menjadi hasil dalam bentuk simpanan tunai (cash reserve) yang meningkat!

💰💰💰

Ini lagi RESULT klien kami, bermula dulu dengan struggle untuk untung & bayar kos bisnes, tapi sekarang… (updated Disember 2024):
🚀 Bisnes pendidikan: Cash reserve RM275,000
🚀 Bisnes klinik #1: Cash reserve RM400,000
🚀 Bisnes klinik #2: Cash reserve RM880,000
🚀 Bisnes event: Cash reserve RM170,000

Sampai ada yang tanya…

“Macam mana mereka boleh ada cash reserve sebanyak itu?”

😱😱😱

Jemput sertai…

Sesi private consultation ‘BUSINESS NUMBERS ANALYSIS' 

🔥 Sesi private khas untuk analisa kesihatan & prestasi bisnes anda

🔥 Kami beri anda questionnaire,  anda jawab ikut panduan yang diberikan

🔥 Kami akan analisa & kaji data-data bisnes yang anda kongsi 

🔥 Kita bincang & bentang hasil kajian dalam 1 sesi pricate consultation
• Apa kekuatan & kelemahan bisnes yang nampak & tersembunyi?
• Bagaimana untuk kurangkan impak kelemahan & eksploitasi kelebihan bisnes dengan bijak?
• Apa patut buat — hala tuju yang jelas & kompas yang bernombor untuk panduan anda?
• Bagaimana untuk tingkatkan prestasi bisnes beri hasil paling banyak dalam masa paling singkat dengan kos atau risiko paling rendah?

📣 AMARAN:
Tawaran akan tamat pada 11.59 malam, 5 Julai 2025

Hari
Jam
Minit
Saat

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my