Ini satu situasi yang pernah berlaku.
“Ramai Whatsapp, lepas tu senyap. Stop je la iklan ni kan?”
Ada pemilik bisnes mengadu.
Sekali dengar macam betul.
Cuma…
Adakah keputusan ini dibuat secara rasional guna data?
Atau sekadar emosi ketakutan?
Mari kita lihat datanya.
Dalam beberapa lapisan.
Kos iklan = RM60
30 orang Whatsapp
6 orang beli
Kira conversion rate
Lapisan pertama:
6 pembeli dari 30 prospek
Bersamaan 20% conversion rate.
Tidaklah hebat meletup.
Tidaklah juga teruk sangat.
✅ Conversion rate OK
Kira kos per prospek
Lapisan kedua:
Kos setiap prospek = RM2
Kalau tanya pada yang buat iklan berbayar, hasil begini kira boleh tahan.
✅ Kos per prospek OK
Kira jumlah jualan & pulangan
Lapisan ketiga:
Periksa data jualan
Jumlah pembelian RM288.
Pembelian purata pelanggan (AOV — average order value) = RM48
Kos per pelanggan = RM10
Belanja RM10, dapat jualan RM48 setiap pelanggan.
ROAS (return on advertising spend) = 4.8
✅ Kos per pelanggan OK
✅ ROAS OK
Kira kos produk
Lapisan keempat:
Periksa kos produk
Kos produk diberitahu oleh pemilik bisnes tadi, 40% dari harga produk.
Margin kasar = 60%
60% x RM288 = RM172.80
✅ Untung kasar selepas kos produk OK
Tolak kos marketing
Lapisan kelima:
Untung kasar selepas kos produk & marketing
Tolak kos marketing RM60 = RM112.80
Masih lagi ada baki untuk kos operasi lain.
✅ Untung kasar selepas kos produk & marketing OK
Buat keputusan guna data
Kat sini kita boleh simpulkan:
🔥 Keluar bajet RM60 untuk marketing
🔥 Dapat untung RM112.80 selepas kos produk & marketing
“Oh, baru saya nampak kira-kira sebenar.”
YES!
Itu belum lagi kita ambil kira daripada 30 prospek, 6 membeli…
Masih ada baki lagi 24 prospek yang boleh di-follow up.
Itu baru satu contoh…
…bagaimana kita buat keputusan guna kira-kira.
Nampak kan kita lebih cerah pandangan & bantu buat keputusan lebih baik?