“Dulu saya selalu bangun pagi lambat. Dah la lambat. Lepas tu blur tak tahu nak buat apa.
“Hidup pun jadi caca merba. Setiap hari just berlalu camtu je.
“Yang PELIKNYA, saya rasa macam takde masa. Yang LAGI PELIKNYA, apa saya buat tu semua takde hasil!”
Ini cerita pasal Tuan Izzat Amir…
Teruskan baca jika anda ada masalah:
❌ Tak cukup tangan nak buat semua kerja
❌ Sibuk gila buat kerja, tapi kerja still tak siap
❌ Takde masa untuk diri sendiri & keluarga
❌ Selalu bertangguh kerja lepas tu menyesal
❌ Selalu blur & lost focus tak tau apa kerja nak kena buat
Sibuk tapi entah ke mana
Tuan Izzat Amir pun dulu ada masalah bertangguh kerja…
Dulu beliau suka membaca. Dari kecil suka membaca. Tapi, bila dah besar…
“Saya rasa saya takde masa nak membaca atau nak buat itu ini. Tak tahu nak cakap macam mana.
“Saya rasa sibuk. Tapi entahlah apa yang saya sibukkan tu. Kerja tak siap-siap jugak. Asyik bertangguh je. Saya tahu saya ada masalah bertangguh yang SANGAT KRONIK.”
Sebenarnya…
Kita tak boleh urus masa.
Semua orang ada masa yang sama 24 jam sehari. Masa terus berjalan tanpa henti dan tidak boleh diubah-ubah.
Sebenarnya…
Kita kena urus diri sendiri.
Masa yang sama 24 jam sehari boleh jadi cukup. Takde masalah masa tak cukup. Masalahnya, kita yang tak gunakan masa itu dengan betul.
Sedar ada tabiat buruk, tapi…
Bukannya Tuan Izzat Amir tak sedar pasal tabiat buruk suka bertangguh tu. Sedar memang sedar.
“Sebelum ni, saya aware yang saya ada tabiat buruk. Lepas dah buat, baru sedar. Masa termenung muhasabah diri, baru sedar, “Eh, tak elok ni, tabiat aku ni.”
“Tapi masa buat tabiat buruk tu, saya buat tanpa saya sedar. Tak aware pun dengan tabiat tu. Tahu buang masa scroll FB berjam-jam, tapi dok scroll jugak.
Panduan yang mengubah hidup
“Bila Tuan Bukhari inform nak keluarkan panduan Kuasai Tabiat Capai Matlamat (KTCM) ni, saya tak fikir panjang dah. Saya terus buat pembayaran untuk join. Sebab saya tahu & percaya apa yang BRC kongsikan dapat bantu saya.
“Alhamdulillah, macam biasa, apa yang BRC share ‘more than I expected’. Saya terus tengok, belajar, fahamkan berulang kali nak hadamkan betul. Malam sebelum tidur, saya tengok lagi 2-3 kali sambil tengok nota yang saya tulis.
“It really changes me a lot. Saya dah khatam dah KTCM. It changes me completely.
“Banyak tabiat-tabiat buruk saya dapat saya buang & create tabiat baru yang baik.”
Sentapkan dan hentikan tabiat buruk
“Seriously, Baru saya sedar apa yang berlaku dengan TABIAT saya tu…
“Bila ada CUE tabiat buruk saya tu, saya tersentak kejap. Tarik nafas. Fikir: “Eh, ni cue tabiat buaruk aku ni, lebih baik aku pergi buat benda lain yang lagi bermanfaat daripada dok scroll FB ni.”
“Terus saya CUT tabiat negatif saya tu.”
Besarnya kuasa tabiat
Dalam KTCM ada cerita tentang satu eksperimen. Ini eksperimen yang dijalankan selama lebih 40 tahun dan telah kenalpasti apa faktor yang mendorong kejayaan seseorang.
“Dulu saya pun ada tengok pasal eksperimen ni dalam Discovery Channel kalau saya tak silap.
“Tapi lepas tu Tuan bagi quote pasal habit tu, saya pun, “Oh, aku silap faham ke selama ni dengan eksperimen ni”. Baru sedar, BESARNYA impak tabiat dalam hidup kita. Walaupun kecik, tapi benda tu la yang shape diri kita in future.”
Dah tak bertangguh lagi…
Tuan Izzat Amir tak tunggu lama untuk terus implemen apa yang beliau belajar. Tengok video berulang kali, TERUS BUAT!
“Saya takde dah bangun lambat apa semua. Saya takde dah blur tanpa arah. Saya ada matlamat setiap hari. Saya tahu apa saya nak buat setiap hari. Takde dah bertangguh-tangguh lagi.
“Kerja saya semuanya siap. Dulu saya sibuk buat banyak benda. Rasa macam produktif. Tapi bila tengok balik, entahlah apa saya buat.
Kerja siap, tapi ada banyak masa lapang!
Dulu beliau selalu komplen: masa takde, selalu sibuk, tapi kerja tak siap dan tak puas hati dengan diri sendiri!
“Lepas saya belajar KTCM, hidup & kerja saya lebih teratur. SEMUA KERJA SIAP.
“Yang peliknya kerja saya buat semua dapat siap TAPI saya ada banyak masa pulak! Ada banyak masa nak baca buku & tambah ilmu.”
Sebelum ni, bertahun cari ubat
“Bertahun saya cari ubat untuk masalah bertangguh saya ni. Macam-macam artikel & ebook saya baca. Saya baca artikel-artikel dalam internet ada yang membantu tapi impak dia tak besar.
“KTCM yang betul-betul menyentap diri saya. Mengubah diri saya. Alhamdulillah.
Ubah bisnes & ubah kehidupan
BRC tak pernah keluarkan konten & produk yang bagi janji bulan bintang bisnes untung juta-juta goyang kaki dapat duit. Kalau anda percaya benda tu, tak perlu duduk dalam semesta BRC.
Produk yang BRC keluarkan pun banyak cerita tentang perubahan tabiat daripada asas fundamental, bukan pasal teknik & taktik hebat. Teknik & taktik hebat tak guna kalau kita sendiri kelabu asap.
Bukan semata-mata untuk bisnes je, tapi benda ini untuk kehidupan.
Tak boleh nak harap hasil bisnes hebat kalau diri tunggang-langgang huru-hara tak menentu.
“Tuan Bukhari, terima kasih sangat-sangat. Saya rasa macam nak menangis je dengan apa yang Tuan kongsikan ni. Saya tak tahu macam mana nak cakap & tunjuk betapa bersyukur appreciate-nya saya dengan apa yang Tuan kongsikan. Bukan dalam KTCM ni je, tapi sepanjang saya kenal Tuan.
“Dah 2 tahun lebih tak silap saya. Bukan hanya improve bisnes saya je, tapi kehidupan saya jugak. A lot of things I learnt from you.
“Memang ikhlas dari hati saya, saya takkan mampu balas jasa Tuan. Hanya Allah je yang mampu balas jasa Tuan. Saya sentiasa doakan Tuan Bukhari sekeluarga sihat sentiasa, diberikan kesihatan yang baik & dilimpah ruah rezeki di dunia dan di akhirat.
“Hanya satu je saya nak cakap: Jangan berhenti dalam perjuangan Tuan untuk mengubah masyarakat kita. Kami perlukan Tuan.”