Kenapa pelanggan tak membeli?

Kenapa lepas saya terangkan pasal produk...

Pelanggan masih tak membeli?

Pelanggan tidak sekadar membeli lepas anda buat iklan atau buat posting menjual.

Silap anda ialah: Anda ingat buat iklan atau buat posting menjual je, terus berduyun-duyun orang datang nak beli daripada anda?

Sebenarnya anda sendiri pun tak tahu apa pelanggan beli & kenapa pelanggan membeli.

Soalannya: Apa benda yang pelanggan beli? Kenapa mereka membeli?

   

Sebenarnya... Pelanggan tidak beli produk

Apa yang mereka beli ialah:

+ Penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi

+ Kehidupan yang lebih baik

 

Tengok dan fahamkan apa yang Mario ini cuba terangkan...

tip copywriting

Kalau kita anggap Mario di atas sebagai pelanggan anda... Dia sebenarnya bukannya beli cendawan magik itu! Walaupun anda memang jual cendawan magik tu.

Apa yang dia beli ialah Mario versi superpower upgraded. Mario versi yang lebih baik, lebih power, lebih hebat!

 

Contoh...

Kita ambil contoh paling biasa: Produk kurus.

Ye, anda jual produk kurus. Tapi bukan itu yang pelanggan mahu beli.

Pelanggan beli diri dia yang kurus, lebih hensem, lebih kacak, lebih yakin, orang pandang hebat. Dia beli diri dia nampak best dalam gambar, boleh pakai baju idaman dan tidak lagi termengah bila kawan ajak jogging.

 

Kenapa anda tidak dapat jualan

Kenapa pelanggan tidak mahu beli daripada anda?

Sebab anda sibuk menjual.

Anda tidak menyelesaikan masalah mereka. Anda tidak menjanjikan kehidupan yang lebih baik?

 

Kenapa anda tidak berjaya selesaikan masalah mereka?

Kerana anda sendiri tidak kenal pelanggan anda.

Anda sendiri tidak tahu apa masalah mereka.

Anda sendiri tidak tahu apa mereka mahu.

 

Anda sibuk mahu jual jual jual

Anda tidak menjual dengan betul.

Tidak kisah sikit pun pasal mereka.

Tidak pelik kalau mereka tak kisah dan tak peduli langsung pasal anda!

 

Nak tahu lebih lanjut tentang cara menjual dengan betul?

Nantikan sesi Training Online 'Menjual Dengan Betul'. Ada 3 sesi training melalui video untuk bantu anda faham tentang iklan, marketing dan menjual. Sesi pertama akan bermula 8 pagi, 21 November 2016! Tandakan dalam kalendar dan jadual supaya tidak terlupa.

Kalau masih belum mendaftar...

KLIK SINI sekarang

Pendaftaran ditutup pada 11.30 malam, Ahad 20 November 2016

   

Jika anda tidak dapat konten selepas share, sila tekan back. Tidak perlu refresh.