Kenapa masih takut untuk melangkah dalam bisnes? Niat baik yang beracun!

Trend yang bagus sekarang apabila ramai orang mahu dan sudah pasang niat untuk mulakan bisnes.

Ramai yang berjaya dan dapat mulakan langkah. Namun… ada juga yang masih tidak mulakan langkah atas pelbagai sebab dan alasan.

MASALAH BESAR: kita rasa kita perlu banyak benda sebelum kita boleh mula. Kita rasa kita perlu tahu ilmu itu ini, kita rasa kita perlu ada itu ini untuk mulakan bisnes.

Niat ini nampak baik.

Tapi…

 

Niat ini BERACUN dan berpotensi membunuh!

‘Saya perlu belajar Adwords ke? Saya perlu belajar product launch ke?'

‘Saya tiada modal.'

‘Saya tiada masa.'

‘Saya masih belum mahir menggunakan Power Editor.'

Soalan pelempang bagi sedar: perlu sangat ke belajar macam-macam tu? Kau nak meniaga ke nak buka sekolah bisnes?

Kita rasa semua perlu lengkap baru rasa boleh mula.

Sampai ke sudah pun takkan mula.

Semak semula:
a) adakah kita benar-benar mahu bersedia dengan persiapan yang betul

ATAU

b) kita takut mula lalu mencipta pelbagai alasan menipu diri sendiri

Menzalimi diri sendiri!

 

Kita tidak perlu terlalu banyak persiapan

Sebenarnya, kalau anda dalam situasi (a) di atas, tidak banyak perkara yang perlu anda tahu. Cukup tahu sikit dan terus mulakan.

Kalau anda dalam situasi (b), sebenarnya anda takut bertindak. Segala macam persiapan dan kelengkapan yang anda buat hanyalah alasan untuk bertangguh supaya anda tidak perlu bertindak. Secara tidak sedar: anda berfikir makin lama anda tangguh perkara yang anda takutkan, lebih baik!

 

DUA CARA untuk berjogging: yang satu menghidupkan, yang satu lagi membunuh

Katakan kita mahu jogging.

Mamat A:
Kita terus sarung seluar dan kasut yang agak-agak sesuai apa yang ada dalam almari. Terus lari ke luar. Terus saja lari di kawasan perumahan sampai ke kedan depan sana.

Apabila sudah jogging 1-2 km hari pertama, baru kita tahu kasut itu ok atau tidak. Seluar ok atau tidak.

Beli seluar dan kasut baru, APABILA perlu.

Selepas berjogging 5-6 bulan, mungkin perlu kasut yang lebih baik lagi. Mungkin perlu trek yang lebih baik lagi.

Teruskan berjogging.

Mamat B:
Research tentang jogging. Apa manfaat jogging. Mengapa perlu jogging. Beli buku tentang jogging. Buka buku tentang jogging.

Research tentang kasut terbaik untuk jogger amatur. Habis 5-6 jam baca review online. Buka segala jenis blog tentang jogging. Baca pengalaman orang lain tentang jogging. Habis lagi 2-3 jam pilih kasut di kedai.

Pilih pula laluan yang sesuai. Buka forum. Join group Facebook. Tanya otai sana-sini. Risau tentang macam-macam. Mana boleh pilih trek sebarang. Kalau trek tidak sesuai, nanti kaki terseliuh, siapa susah? Kalau trek terpencil sangat, nanti kena culik, siapa mahu tanggung?

Tak seronok la jogging tanpa lagu. Beli iPod. Huh, iPod yang mana satu? Shuffle? Touch? Nano? Lagi 5 jam baca reviu dan perbandingan antara semua iPod ini…

Sudah dapat iPod pilihan…

Cari pula lagu apa terbaik untuk diletak dalam iPod. Lagu mesti semangat. Mesti yang boleh buat rasa berkobar-kobar. Takkan mahu dengar lagu jiwang leleh? Lagu apa yang main masa Rocky berlari tu?

Baju pula tak kena. T-shirt biasa panas. Mana sesuai dibawa berjogging. Takkan pakai t-shirt pagoda pula. Mesti kena pakai Adidas yang climalite ke apa tu. Baru peluh cepat kering.

Ha, peluh! Nanti peluh dari kepala dari dahi masuk mata. Kena pakai headband.

Kena pakai sunglass. Matahari terik. Cari pula sunglass paling sesuai untuk bersukan. Mana boleh pakai sebarang. Kalau longgar sangat nanti jatuh masa berjogging tu. Kalau salah pilih, tidak selesa pula.

Seluar kasut baju iPod sunglass headband semua dah ok.

Apa lagi?

Earphone! Kalau salah earphone nanti tidak lekat dalam telinga. Macam mana nak jogging dengan betul kalau earphone selalu jatuh?

Bla bla bla.

Sudahnya sampai tahun depan pun masih tidak mula.

 

Jangan menipu diri sendiri

Bangun. Jangan terus mimpi.

Anda mahu bersiap ATAU anda takut untuk mula lalu mencipta pelbagai alasan untuk tidak mula?

Alasan itu nampak baik. Niatnya baik: untuk bersedia supaya tidak tersilap langkah.

Tapi…

Adakah anda menipu diri sendiri dan bersedia dengan perkara-perkara mengarut macam Mamat B yang bersiap entah apa, akhirnya sampai ke sudah masih tidak keluar rumah untuk berjoggin?

Cara Mamat A vs cara Mamat B: Mana satu jalan kita pilih?

 

Termenung lama masih tak boleh hasilkan copywriting ayat iklan??

Jemput tinggalkan komen / soalan di bawah...

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my