“Bisnes saya masih kecil. TAKUT mahu ambil pekerja…”

Banyak bisnes kecil takut untuk ambil pekerja. Takut tentang hal-hal teknikal seperti isu gaji, bagaimana temuduga pekerja dan sebagainya.

Tapi…

Sebelum kita pergi lebih jauh sama ada cerita teknikal pasal gaji, cara untuk manage, atau mencari pekerja…

Kita mulakan dengan mindset asas untuk mendapatkan bakat-bakat ke dalam tim bisnes kita.

1. Ramai orang kata tak ambil pekerja sebab tak mampu

Bunyi macam logik.

Tapi, cuba kita terbalikkan…

Apa kata kalau sebenarnya kita tak mampu sebab tak ambil pekerja?

Maksudnya, semua benda kena buat sendiri…

Bisnes tak berkembang. Sebab itu tidak ada kemampuan untuk ambil pekerja.

Nak tunggu bisnes besar baru ambil pekerja? Atau sebenarnya bisnes tak besar-besar SEBAB tiada pekerja?

Cuba fikir…

2. Buat semua seorang diri = tak cukup masa untuk buat semua

Terkejar-kejar ke sana ke mari.

Bila buat marketing, tak buat production.

Bila buat production, tak buat marketing.

Bagaimana nak mampu?

Bagaimana nak dapatkan duit banyak masuk ke poket bisnes?

Bagaimana nak ada modal cukup untuk ambil pekerja?

Bagaimana nak berkembang?

3. Bakat baru dalam tim yang bantu bisnes berkembang

Kalau kita sangka kita tak mampu bayar gaji pekerja, mungkin kerana:
+ kita tak pandai delegate tugas
+ kita tak pandai berikan tugas yang membawa duit kepada syarikat

Bukan kita yang terpaksa bekerja lebih untuk bayar gaji pekerja.

Mereka yang sepatutnya bayar gaji sendiri.

Kita yang perlu bijak untuk berikan kerja produktif dan mendatangkan duit untuk pekerja buat.

Datang duit pada syarikat bermakna syarikat mampu bayar gaji pekerja.

Ini BUKAN soal tidak mampu, ini bukan soal kewangan.

Soalnya pada kita tidak mampu berikan kerja yang scaleable, measureable dan profitable.

Pekerja yang perlu berusaha untuk bayar gaji mereka.

Win-win.

Kita win kerana dapat bina sistem buat duit yang tidak bergantung kepada masa kita.

Pekerja win kerana mereka dapat duit daripada kerja yang kita berikan dan gunakan kemahiran mereka.

Ini baru soal mindset saja..

Kita perlu hire pekerja dengan mindset yang betul.

1. Mungkin selama ini kita tak berani.

Kita kena ingat: bisnes akan limited kalau kita tak berani.

2. Hire pekerja bukan untuk kita bayar gaji mereka.

Mereka yang perlu bayar gaji sendiri. Jika tidak, something wrong somewhere.

Dah faham semua tu, baru kita boleh pergi kepada isu agak teknikal…


1. Mulakan sikit demi sikit

Tak perlu la terus hire 50 orang pekerja. ???

Mulakan sikit-sikit. Mungkin dengan pekerja part time. Mungkin dengan intern.

Dengan ini, kita boleh kurangkan risiko.

+ Gaji mereka masih dalam range yang sedikit. At least, tak la kena bayar gaji penuh.

+ Kita sendiri perlu belajar bagaimana untuk ada staf. Kita sendiri perlu belajar untuk beri kerja pada staf.

Mulakan sikit demi sikit.

2. Jangan hire terus pekerja yang kita jumpa secara full time

Walaupun pekerja full time, ada beberapa step untuk sampai kepada stage: You're hired!

Kita boleh adakan tempoh percubaan.

Boleh mulakan dengan bayar gaji harian dulu untuk permulaan. Beri kerja part time dulu.

Sampai satu tahap, baru boleh sahkan dan lantik sebagai pekerja full time.

Ini penting supaya kita tak rasa macam kita kena commit dengan seseorang pekerja itu terus.

Hubungan dengan pekerja boleh dibina stage by stage.

3. Kita bayar gaji pekerja sebulan selepas kita hire mereka

Jadi, kita ada masa sebulan untuk pastikan mereka buat kerja dan bayar gaji mereka bila tiba masa untuk bayar nanti.

Kalau kita tak boleh buat begitu, maknanya bukan soal modal, bukan soal mampu tak mampu hire pekerja.

KITA sendiri yang tak tahu bagaimana untuk ada pekerja, bagaimana untuk delegate kerja.

Tembok yang menghalang tumbesaran bisnes

Saya cerita panjang lebar bahagian ini kerana ini TEMBOK penting untuk setiap usahawan pecahkan.

Selagi tembok ini tidak pecah (BUKAN sekadar hire pekerja, tapi hire pekerja dengan mindset dan cara yang betul), kita akan terus tersangkut di tahap SELF EMPLOYED — bekerja dalam bisnes sendiri.

Ini TEMBOK penting.

Ini perbezaan besar antara menjual produk VS bina bisnes.

Ini perbezaan besar antara bekerja sendiri VS menjadi pemilik bisnes.

Ramai orang yang tersangkut dan tak lepas tembok ini.

Boleh menjual, pandai buat duit. Tapi sendiri terpaksa bekerja dalam bisnes sendiri.

Kita akan lebih mudah buat keputusan dalam bisnes (seperti di atas), bila otak kita jelas berfikir…

3 thoughts on ““Bisnes saya masih kecil. TAKUT mahu ambil pekerja…””

Jemput tinggalkan komen / soalan di bawah...

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my