“Buat iklan, tapi kurang prospek yang berminat.”
Siapa ada masalah macam ni?
Ramai kan?
INGAT NI: Kalau kita buat macam orang lain, kita pun akan dapat hasil sama macam orang lain.
Kita pun tahu, kebanyakan orang dapat hasil biasa-biasa.
Nak dapat hasil bukan biasa-biasa?
Kita kena ubah strategi kita dalam buat iklan.
Strategi yang saya nak kongsi ni takde kaitan dengan isu-isu teknikal atau setting iklan dalam FB ad mahupun Google Adwords.
Malah, saya rasa anda yang membaca ni mungkin lagi handal dalam isu teknikal setting iklan.
Sebelum masuk bab strategi yang saya nak kongsikan ni.
Kita tengok dulu masalah-masalah yang berlaku yang jadi punca kenapa kuasa tarikan iklan kita kurang?
Ambil contoh satu bisnes servis telefon.
Kita nampak iklan dia.
Kita memang ada telefon. Sampai 2-3 telefon kita ada.
Tapi…
Telefon kita tak rosak lagi. Kita belum lagi ada masalah pasal telefon kita.
So apa jadi?
Kita tak bertindak untuk buat apa-apa mengikut CTA iklan tadi tu.
Sampai masa telefon kita rosak atau nak kena servis…
Kita pun dah lupa pasal iklan tadi tu. Entah bisnes mana entah. Nama apa entah bisnes dia.
Lost opportunity bagi bisnes tu!
Ini disebabkan oleh satu fenomena yang dinamakan…
Dalam satu-satu masa, hanya 3% daripada target market yang ready untuk beli sekarang jugak!
Lagi 97% berada dalam kategori seperti yang kita boleh tengok dalam gambar kat atas.
Maknanya…
Kalau kita buat iklan menjual, contoh macam iklan servis telefon tadi, kita hanya dapat tangkap 3% daripada target market kita yang sepatutnya.
Sebab iklan menjual TAK RELEVAN pada 97% yang lain tu.
Rugi tak?
Dah la tadi kita cakap kita boleh dapat 3% je.
Sebenarnya…
3% tu pun boleh jadi kita tak dapat penuh.
Sebab apa?
Yang dah niat nak beli pun, tak semestinya akan beli dari kita.
Ya, dia ada niat nak beli dah.
Tapi dia kena lalu langkah seterusnya.
Dia tengok iklan kita, dalam kepala otak dia: Siapa ni? Boleh percaya ke? Bagus ke?
Dengan sekali ‘sentuhan' (touch point bisnes kita dengan prospek), boleh ke kita nak jawab semua persoalan dia?
Kalau tak sempat kita nak jawab semua persoalan dia dalam iklan menjual kita…
Dia tak akan buat tindakan seperti CTA dalam iklan kita.
Satu lagi…
Semua pesaing kita pun buat benda yang sama.
Dekat sini semua orang nak ‘memancing'.
Sudahlah prospek tak ramai yang sedia membeli kat sini, ramai pulak pesaing kita kat sini.
Maka eloklah kita cari ‘kolam' lain yang lebih tenang & boleh dapat hasil lebih!
OK…
Ni yang nak cerita ni.
Rujuk balik piramid tadi. Takpe, saya tampal sekali lagi gambar piramid tu kat sini…
Kita tengok paling atas: 3% yang nak beli sekarang.
Kemudian: 7% yang terbuka nak beli.
Kemudian: 30% yang belum terfikir nak beli.
Kat 3 tingkat piramid ni saja ada 40% target market.
Macam mana kita nak buatkan supaya kita boleh tarik 40% ni & bukan setakat 3% macam tadi?
Tak salah buat iklan terus menjual.
Ini strategi tambahan untuk tingkatkan kuasa tarikan iklan kita.
Kita kena perah otak & fikir:
Apa tawaran yang aku boleh bagi supaya 40% ni akan buat tindakan yang aku nak?
INGAT BALIK:
Kalau kita bagi tawaran terus jual barang, kurang dari 3% je yang akan bertindak.
Kita kembali kepada contoh bisnes servis telefon tadi.
Kalau dia terus buat iklan: ‘Servislah telefon dengan kami…'
Hanya yang telefon memang sedia rosak je yang akan bertindak (itupun tak semua).
Apa yang kita nak buat sekarang ialah…
Takpe telefon belum rosak. Kita cuma nak masuk sebelah kaki dalam kehidupan prospek ni.
Supaya bila masa dia perlukan servis telefon, kita dah memang wujud dalam hidup dia.
Jadi…
Kita tak buat iklan terus menjual: ‘Servislah telefon dengan kami!'
Kita buat iklan sampaikan mesej untuk jemput dia bertindak hubungi kita SEBELUM telefon dia rosak.
Kita boleh buat iklan:
Well…
Dapat idea kan?
Apa yang kita buat ialah…
Kita fahamkan perjalanan pelanggan (customer journey).
Kita tak tunggu sampai tahap dia masuk dalam kategori 3% yang ciput tu untuk buat iklan target kat dia.
Kita jemput dia & masuk dalam kehidupan dia SEBELUM dia sampai kat tahap nak membeli.
Kita berpotensi jemput 40% trafik (targetted) yang kita capai.
Dan bila sampai masa dia nak membeli, kita sudah sedia ada depan mata dia.
Dia dah kenal kita.
Dah percaya kita.
Dah banyak kali dapat ‘sentuhan' kita.
Lebih mudah untuk dia buat keputusan membeli dengan kita.
Saya harap anda dapat ilmu bermanfaat dari artikel ni. Yang ada ni pun dah cukup utuk bergerak dulu dah.
Kepada anda yang nak lebih lagi…
Saya nak ajak untuk belajar lebih lagi.
✅ Bina mesin marketing yang tukarkan stranger jadi prospek kepada jadi pelanggan
✅ Cara tarik pelanggan berkualiti datang ke bisnes kita
✅ Petua dapat idea konten yang banyak & tak putus-putus idea
✅ …dan banyak lagi!
BRC.my 2019 | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my