Ada banyak perkara kita perlu tahu untuk membina bisnes.
Mencari dan melatih staf.
Menguruskan aliran tunai.
Buat perancangan unjuran ke depan.
Perlukah kita tahu semua itu dari mula?
TIDAK!
Jadi apa yang perlu kita tahu?
Seorang bayi tidak perlu terus tahu berlari marathon atau merentas desa. Mulakan dengan meniarap, mengensot ke depan ke belakang, kemudian angkat badan untuk merangkak.
Berjalan juga merupakan satu proses yang panjang dan bukan terus boleh pandai.
Kesilapan ramai pemula bisnes
1. Tunggu sempurna baru mahu mula.
Kalau seorang bayi tunggu dia pandai marathon baru mahu mula meniarap, sampai ke tua dia tidak akan berjalan.
Ramai yang belajar dan terus belajar kelas demi kelas. Setelah dua-tiga tahun, masih tidak bergerak kerana menunggu ilmu cukup di dada.
2. Terus mula tanpa ilmu asas.
Kalau seorang bayi terus ditolak disuruh berlari, pastinya dia akan jatuh lalu menangis mencari ibunya.
Ramai yang mulakan bisnes dengan mencari skim atau ‘peluang perniagaan’ yang tidak memberi apa-apa ilmu atau skill yang diperlukan bagi seorang usahawan.
Ramai pula yang sibuk belajar teknikal membuat iklan di Facebook, Adwords atau belajar kumpul ‘follower’ di Instagram.
Ia sekadar buatkan kita rugi duit iklan kalau kita buat iklan tanpa asas yang betul.
Ada pula kategori yang belajar cara menulis perancangan bisnes untuk buat pinjaman.
Buat bisnes dengan pinjaman tanpa kita betul faham apa itu bisnes, akan buatkan kita terus semput membayar hutang lama sesusah bisnes kita berkubur.
Apa yang kita perlu tahu
Kita perlu cari jalan tengah antara dua ekstrim ini.
Kita perlu sekadar tahu cukup untuk bermula.
Apa yang kita perlu tahu?
Kita cuma perlu apa yang kita perlukan untuk mulakan langkah.
Apa yang kita perlu untuk mula langkah?
Untuk mula langkah dengan berjaya, kita WAJIB ada pelanggan yang membeli dari kita.
Itu matlamat kita.
Jadi…
Apakah SKILL PALING ASAS yang perlu kita ada untuk capai matlamat ini?
Untuk mencapai matlamat mendapatkan pelanggan yang sanggup membeli dan membayar, kita cuma perlu tahu DUA skill ini:
1. Kenalpasti permintaan pasaran.
2. Berikan tawaran yang pasaran mahu.
Mari kita kupas secara ringkas setiap satunya…
Kenapa perlu tahu cara kenalpasti permintaan pasaran
Dalam pasaran, penuh dengan produk tidak laku.
Saya sudah berjumpa dengan berpuluh beratus kes di mana produk berlambak jadi penyendal pintu dan katil atau duduk di bawah tangga.
Tidak kiralah beli produk orang atau sudah siap mengeluarkan produk sendiri.
Sedih tak?
Kesedihan dan kerugian ini boleh dielakkan jika kita telah kenalpasti kepada siapa kita mahu jual dan apa mereka mahu beli.
PERHATIKAN: kita bukan mahu cari produk yang boleh dijual. Kalau kita fikir semula, semua benda boleh dijual. SEMUA benda pasti ada orang mahu beli.
Batu dan kayu buruk pun boleh dijual, kalau kita jumpa orang yang memang mahu membeli batu dan kayu buruk.
Yang pentingnya di sini ialah: mencari SEKUMPULAN ORANG yang mahu dapatkan dan beli sesuatu produk itu.
Kita bukan sekadar mahu cari produk laku. Kita mahu tahu siapa yang suka membeli produk itu.
Apabila kita sudah berjumpa dengan kumpulan ini, tugas kita seterusnya ialah…
Berikan tawaran yang membuatkan mereka bertindak membeli
Kita mahu pastikan mereka MEMBELI.
Bukan sekadar cakap mereka mahu beli.
Cakap, semua orang boleh cakap. Kita mahu buatkan mereka membeli dan bukan sekadar cakap mahu beli kerana mahu jaga hati kita.
Kumpulan prospek yang mahukan produk, masih tidak akan membeli jika kita tidak tawarkan mereka membeli dalam cara yang membuatkan mereka mudah membuat tindakan membeli.
Elakkan rugi, kuasa dua skill ini
Kesimpulannya…
Untuk mulakan bisnes, kita WAJIB tahu dan kuasa dua skill ini.
Cari jalan untuk belajar dua skill ini supaya kita tidak kerugian:
1. Duit modal: disebabkan kita membeli stok barang yang takde orang mahu beli.
2. Masa: disebabkan kita sibuk mengumpul dan belajar ilmu-ilmu yang tidak diperlukan pada peringkat awal permulaan bisnes.
1 thought on “Skill bisnes paling asas: Jangan mula bisnes kalau anda takde 2 ilmu bisnes ni…”
terima kasih brc atas perkongsian ini.