logo brc 200

Siapa nak bina ‘mesin marketing' 3-4 angka sehari…?

Teruskan baca page ini, kalau anda mahu:

✅ Mesin marketing menarik prospek tepat dengan konten berkualiti & close mereka jadi pelanggan / klien anda

✅ Dengan cara straight forward senang faham, simple senang buat, dengan masa 1-2 jam sehari pun boleh buat

❌ Tanpa cara kompleks komplikated macam-macam nama teknik, sampai serabut kepala tak reti buat, nak buat pulak menyusahkan diri, tapi habuk pun takde

Kita mula dulu dengan gula-gula 😂

Assalamu’alaikum wa rohmatullah. Hai. 

Saya Bukhari Ramli dari BRC.my (website yang anda sedang baca ini).

Ini gambar saya masa sedang buat fisio di hospital rehab — kejap lagi kita tengok kenapa ia relevan dalam bina mesin marketing

Ini satu hasil bisnes yang saya buat untuk partner

Ini hasil dari Tiktok Shop. Tengok tarikh hari berlainan (biasa antara RM1,500-3,000++ sehari):

Ada juga jualan di website (ini hasil sebulan):

 
Ada juga prospek yang isi borang di Tiktok:

Itu belum kira lagi:
✅ Prospek hubungi direct link melalui link di profile Tiktok & Instagram
✅ Jualan direct di premis
✅ Klien upgrade dari beli product kepada ambil servis — purata belanja RM500 sekali, biasanya berulang kali, mungkin 4-6 kali setahun

Kira semua sekali bolehlah bisnes ini dapat RM120-150 ribu sebulan.

(Harap partner saya bagi dividen lebih lah nanti 🥳)

Takdelah banyak sangat hasilnya kan?

Tapi oklah untuk…

🔥 Aktiviti marketing yang saya buat sambil-sambil rawatan fisio intensif di hospital rehab (dari pagi sampai petang, 6 sesi satu hari) — tengah warded pun boleh buat

(Gambar workstation WFH saya selama berbulan-bulan. WFH = work from hospital 😅)

🔥 Hanya ambil masa saya 1-2 jam sehari — saya buat semua copywriting, marketing, edit video, posting, reply DM & komen; logistik & shipping ada tim yang uruskan

🔥 Saya buat kerja menaip & edit hanya boleh sebelah tangan je 😢 — sebelah tangan lagi masih proses recovery & selalunya saya buat kerja sambil berbaring atas katil wad je

Malah bulan 12 haritu buat kempen 6 angka dalam masa 3 hari — masa itu baru lagi sakit, saya masih terlantar atas katil hospital! 💪

❌ Tak pernah live promote barang — apatah lagi nak live berejam-rejam sampai mental burnout

❌ Tanpa video terkinja berjoget gedik-gedik atau acah ikut trend yang buat kita mual

❌ Tak perlu selalu tukar iklan — ada iklan yang sudah jalan berbulan-bulan & lebih setahun

❌ Tak beriya sangat close prospek berjela-jela — biasanya jawab soalan lebih kurang je

Kira sedap lah tu kan?

Soalan sekarang ialah…

Kalau anda ada satu MARKETING MACHINE yang:

✅ Bagi hasil cukup untuk, sekurang-kurangnya meringankan beban anda; atau lebih lagi, boleh membebaskan masa anda dari terbelenggu terikat buat kerja terpaksa

✅ Low maintenance, tak terlalu renyah kena buat macam-macam untuk pastikan ia terus beroperasi bagi hasil pada anda — (Bayangkan saya boleh buat dengan hanya sebelah tangan + sambil sibuk fisio di hospital!)

🚗 Ibarat ada kereta yang bagus, tak banyak cekadak, yang tak modal keras, yang tak payah asik masuk bengkel, yang spare part murah…

Asal isi minyak, angin tayar cukup, servis ikut jadual… boleh pandu ke mana saja tak banyak ragam.

Berapa nilainya pada anda?

❓ Apa impaknya pada hidup anda?

❓ Apa perubahan yang bakal berlaku pada hidup anda?

❓ Seronok tak, bila anda  boleh bina hidup yang anda mahukan?

Untuk saya sekarang, cukup lah saya mampu tanggung keluarga & bayar bil perubatan + saya boleh fokus masa untuk proses penyembuhan…

TANPA saya meminta-minta atau terpaksa kerja lebih masa sampai kesihatan tak dapat sembuh. Syukur Alhamdulillah. 😇

Bayangkan, kalau saya tak bina mesin begini… macam mana lebih susahnya situasi saya sekarang?

(Sambil sarap roti canai pun masuk order)

Apa anda sanggup buat untuk dapatkan ‘mesin' ini?

❓ Sanggup belajar?

❓ Berapa sanggup bayar?

Saya ambil masa bertahun-tahun untuk buat macam di atas. Sanggup bayar beribu-ribu untuk dapatkan.

Sejak 10 tahun lepas, memang berusaha design hidup saya supaya boleh kerja dari mana saja, bila masa saja. 

Bukan sembang kosong, memang dah habis berpuluh ribu untuk belajar pun 🤯 

Lepas tu, saya mudahkan dari semua yang saya belajar tu.

Tak payah pening komplikated, saya tinggalkan yang senang je. 

Worth it!

⛔️ Kalau anda tak rasa berbaloi & tak sanggup…

Jangan teruskan.

Sebab…

Nak bagi pelempang pulak ni… 😈

Dah bagi gula-gula, kena bagi pelempang kesedaran pulak kan?

Supaya tak terlalu tinggi di awangan tak jejak tanah.

⚠️ AMARAN:

• BUKAN untuk yang mudah terpedaya senang kena ayam dengan gula-gula pulangan untung banyak & pendapatan pasif

• BUKAN untuk mangkuk-mangkuk yang terkinja-kinja mencari jalan magik jalan senang, lembik meleweh dalam berusaha

• BUKAN untuk yang takde otak tak nak susah payah belajar ilmu & mengharap semua disuap dihantar ke kepala lutut

❌ Kalau anda kategori macam gini, elok berambus awal & jangan terlepas masuk sini

🔥 Kelas saya agak ‘ganas & heavy', banyak cuci otak buang karat & keladak, banyak ubah cara fikir… baru boleh menjadi!

Kelas  ini TIDAK ajar teknikal Facebook Ads, Tiktok Ads, Instagram Ads — cara buat teknikal ini anda boleh belajar sendiri dengan lebih baik lepas cerah kepala otak cara berfikir

Kelas ini lebih kepada strategi & cara berfikir yang betul — sebab ramai pandai buat teknikal dah pergi banyak kelas, TAPI buat dengan cara berfikir yang salah

Yang magiknya:
Saya tak perlu ajar teknik. Bila kepala otak cerah berfikir tanpa sampah sarap… peserta tiba-tiba boleh buat teknik yang tak diajar pun! #ytjt

✅ Kita datang belajar macam orang dewasa berakal

✅ Kita belajar stategi & cara berfikir supaya boleh bertindak usaha di jalan yang betul

✅ Kita sedar yang kita TETAP kena usaha untuk belajar & buat

OK semua?

We good?

Janji sanggup usaha?

Janji tak buat perangai terkinja?

OK…

Jom kita!

Saya dah ajar proses saya bina mesin marketing ini dalam…

Pada 9 Mei 2024 haritu.

Lebih 150 orang join LIVE workshop ini.

Padat saya bagi dalam masa 3 jam lebih.

Ini maklumbalas & hasil mereka sudah dapat dalam masa 10 hari lepas sesi workshop…

Dulu: Gagal close sebab terlalu melayan prospek

Kat kelas ini, saya belajar ringkaskan poin bercakap dengan prospek.

Perangai terlalu melayan prospek lama-lama itu betul-betul terkesan pada saya.

Dulu, bila prospek datang atau panggil site visit saya gagal close order. Kadangkala sebulan tak ada tempahan.

Kali ini saya dapat close deal terus tanpa perlu banyak bersembang. Saya deal satu kerja kabinet dapur Ahad lepas.

Simple, tak banyak sembang. Close deal. Terangkan 10 minit, dapat job RM11,000.

Akmal Zainal, Hexaglas Kitchen Cabinet

Senang buat konten + jual mahal, berjaya close prospek

Sebelum ini saya malu-malu nak tepek link promote servis sendiri. Sekarang saya tahu setiap yang saya buat itu bertujuan.

Saya mula menulis content dengan matlamat yang spesifik. Dah tahu nak cara ajak stranger mula membeli dari saya.

Sekarang saya tulis aja content yang saya mahu target audience saya baca. Tak perlu fikir ayat gempak atau apa. Tahu-tahu Insya-Allah content saya boleh pergi jauh juga.

Alhamdulillah hasilnya saya berupaya tulis content yang berdaya saing, nampak PAKAR di mata target audience. Sampaikan founder kitafundmy pun recommend servis saya hehehe.

Saya mula close first customer retainer saya. Saya pun tak terkejar nak follow-up leads yang sepi tiba-tiba. Macam tuan cakap, kita kena jual mahal.

— Husni Ibrahim, HusniDev.com

Buat konten orang percaya & berjaya close klien pakej harga mahal

Sebelum ini saya selalu fikir nak buat marketing ini complicated sangat sampaikan ada macam-macam nama teknik la.

Dulu rasa nak buat content ini susah sangat, sampaikan nak buat content dekat social media pun rasa susah. Bila dah belajar nak buat content ini, saya belajar yang kita kena tunjuk kita punya authority dalam bidang. Baru la orang faham dan percayakan kita.

Dulu saya overthinking takut takde klien yang akan beli harga tinggi. Bila lepas dah belajar SMM ini kebanyakan klien ambil pakej yang dah siap kita dah add on servis yang kena dengan value dan masalah client selesai. 

Bagi yang tak pernah kena cuci otak lagi. Saya memang recommend untuk belajar Simple Marketing Machine ni.

— Redzwan Rosli, RR Details car detailing services

Layan prospek cara simple ‘malas-malas', lagi senang close!

Ada satu ilmu yang baru: tepuk sebelah tangan..tak terfikir sangat sebelum ni. Kami masa closing, kadang-kadang macam kami terlebih cakap dan bagi info, tapi end up takda resit pun. Saya dah ubah cara saya closing. Sebelum ni kami agak ramah berbual, kadang rasa terlebih berbual.

Selepas kelas ni, kami kurangkan membalas supaya tak sampai ke friend zone, hanya info yang penting dan soalan gali serba sedikit masalah pesakit. Biar kita in control the scene. Praktik ilmu baru cuba style friendly suam-suam kuku.

Biarkan prospek macam tertunggu dan ternanti. Hasilnya ada beberapa cold prospek yang respon dan kami berjaya closed. Satu pencapaian hasil ilmu baru dan perubahan baru bagi kami dalam closing.

Satu cold prospek sejak 2022, tak pernah reply satu pun follow-up kami. Yang best, prospek ni siap follow-up kami balik boleh tak appointment hari ni.

Sekarang ni dah tak fikir nak improve skrip, just fikir nak sampai kan je, tak perlu buang masa dah. Make it simple and sweet. Jangan kompleks kan sangat closing ni. Terima Kasih Tn BR & BRC beri peluang masuk kelas. Ada je ilmu baru dapat.

Mohd Nazrul, pengurus klinik pergigian 

Ada tertanya soalan-soalan begini…?

• Macam mana cara buat marketing sebenarnya?

• Saya takde idea apa nak jual, kat mana nak mula?

• Saya ada jual XYZ, macam mana cara marketing konsisten?

• Orang kata kena buat konten ikut apa trending, betul ke?

• Saya tak tahu apa konten saya kena buat. Buntu takde idea lah!

• Dah banyak buat konten & marketing, takde hasil pun?!

• Betul ke nak buat konten kena berjoget bergelek terkinja-kinja?

• Saya takut nak buat iklan berbayar takut rugi.

• Konten macam mana boleh buatkan prospek datang kat kita berterusan?

• Bila nak close prospek, asik kena sidai je, tak dapat close pun?!

Tengok baik-baik…

Dah berapa lama soalan & masalah ni merencatkan perjalanan anda?

😓😓😓

Kalau anda sanggup belajar & sanggup usaha, saya jamin:
✅ Selesaikan masalah ini boleh bagi pulangan minima RM10 ribu pada anda dalam masa setahun!

(Itu pun kira-kira selamat.)

Nampak tak?

Apa kita belajar?

0️⃣ Yang utama, kita belajar jalan marketing yang simple dengan cara simple

Jalan marketing simple:
✅ BUKAN jalan senang goyang kaki
✅ Jalan yang tak komplikated berbelit
✅ Ilmu yang ‘straight forward',  takde ropol fancy yang konon advanced tapi pening serabut kepala

Cara belajar simple:
✅ BUKAN tak perlu usaha belajar
✅ Cara penyampaian tak pening berjargon macam buku teks
✅ Saya sampaikan cara mudah bahasa rakyat

1️⃣ Kita belajar 3 pecahan utama ‘Simple Marketing Machine':

ATTRACT — Tarik perhatian audiens yang tepat

CONNECT — Jemput audiens yang mahu lebih, untuk bina hubungan dengan kita

CONVERT — Bawa mereka yang mahu lebih lagi, untuk jadi pelanggan / klien

Macam mana caranya?

2️⃣ Kita belajar 3 jambatan untuk bawa audiens melintas:

CONTENT
• Jenis-jenis konten yang kita patut buat
• Strategi cari idea konten TANPA buntu burnout

INVITATION 
• Jenis-jenis jemputan yang kita boleh guna
• Baik buruk setiap jenis jemputan supaya boleh pilih yang sesuai untuk kita

CORE OFFER
• Apa sebenarnya CORE OFFER? (Hint: BUKAN sibuk fikir produk)
• Strategi cari idea apa boleh dijual — tinggi potensi & luar kebiasaan
• Strategi ‘market research' cara simple mudah difahami tak berbelit

Inilah perkara paling asas…

🔥 Yang saya susun setiap kali rancang marketing

🔥 Yang kami beri pada klien untuk permulaan perancangan

Belajar macam mana?

🔥 Saya sedang susun semula & tambahbaik isi kelas ini dari sesi LIVE workshop haritu + maklumbalas peserta lepas — anda akan dapat isi lebih sedap dari mereka!

🔥 Anda akan belajar dalam bentuk kelas online secara video rakaman yang anda boleh tonton berulang kali

Apa anda akan dapat?

📽 Video: Mindset Simple Marketing Machine — Cuci kepala otak dengan hukum hakam Simple Marketing Machine supaya tidak serabut kepala dengan banyak kekacauan otak

📽 Video: Strategi cipta CORE OFFER untuk pilih apa patut dijual, pilih target market tepat, mampu menjual dengan yakin berani tanpa segan silu & memudahkan kerja marketing

📽 Video: Strategi cipta INVITATION untuk ‘kaut' prospek dari platform pinjaman ke aset milik sendiri, buat prospek angkat tangan supaya kita tidak bertepuk sebelah tangan & buat mereka lebih mendambakan kita

📽 Video: Strategi rancang CONTENT yang bertujuan membawa hasil dengan jalan lurus senang buat, tanpa terperangkap trend mengarut sampai burn out & takkan pernah putus idea

🎁 BONUS Video: Cara berfikir tentang trafik organik & berbayar — supaya lebih berani melabur dapatkan trafik berbayar yang lebih konsisten

🎁 BONUS Video: Cara selesaikan masalah closing dengan ‘JUAL MAHAL' — supaya tak kena ‘sidai' dengan prospek lepas dah layan lama-lama

🎁 BONUS Video: Kupasan Case Study Simple Marketing Machine — supaya nampak aplikasi dalam bisnes sebenar

⚠️ Mungkin ada perubahan dalam isi konten! Tapi anda lagi untung, sebab konten takkan berkurang, malah bertambah!

Haritu peserta join LIVE workshop 3 jam tanpa rakaman dengan yuran RM100.

Itupun mereka gembira boleh terus dapat ilmu dalam kelas tak meleret & boleh terus buat dapat hasil cepat.

Anda bakal dapat rakaman:
🔥 4 video modul utama Simple Marketing Machine
🔥 3 video bonus

Berapa nilai semua ini kepada anda?

Tak payah fikir besar sangat kalau tak mampu…

Berapa nilai mesin marketing yang mampu beri hasil RM 3 angka (ratus-ratus ringgit) sehari kepada anda?

Darab dengan berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan & bertahun-tahun!

Belajar sekali, guna sampai mati.

Kepada peserta LIVE workshop haritu, saya bagi misi kepada mereka untuk capai:

🚀 RM1,000 sebulan dalam masa sebulan

🚀 RM5,000 sebulan selepas 3 bulan

🚀 RM10,000 sebulan selepas 6 bulan

Mereka terima misi ini & rasa boleh dicapai dengan ilmu Simple Marketing Machine + usaha gigih mereka.

Daftar dengan yuran RM250 sahaja

Jual buku di Tiktok & Facebook

Bisnes servis cuci karpet

Sebelum:
❌ Sales jatuh teruk tinggal RM5 ribu sebulan

Selepas:
✅ Sales naik ke RM20 ribu sebulan selepas 3 bulan
✅ Sales cecah RM75 ribu sebulan pada Mac 2024

— 

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my