Daftar program advanced berpuluh ribu, tapi tak jadi apa!

Solusi:
Jangan daftar program advanced.

Ye betul.

Kan banyak dengar cerita pergi join program berpuluh ribu tak dapat apa.

Salah siapa?

Senang je:
Salah sendiri la.

Teruskan baca untuk pengajaran.

Kalau nak positif, jangan baca.

Kalau hati tisu cepat sentap, jangan baca.

Kalau sanggup membiarkan penipuan asalkan semua positif, bercakap perkara baik-baik indah cantik mempesona dan Melayu tak dengki Melayu, jangan baca.

Kalau di kelas basic pun tak boleh menjadi, JANGAN pergi kelas advanced

Mungkin salah pengajar. Mungkin salah sendiri.

Ulang sekali lagi:
Mungkin salah pengajar. Mungkin juga salah SENDIRI.

Apa yang penting:
TAK menjadi.

Dah tak menjadi kat kelas basic, apa magik pulak tiba-tiba kelas advanced boleh menjadi?

Kelas advanced bukan magik

Sebab apa?

Sebab kelas advanced BUKANNYA satu benda lain, benda magik yang tiba-tiba boleh ubah nasib.

Kelas advanced ialah tambahan dan lanjutan.

Kalau di kelas basic pun tak menjadi, apa benda yang nak dilanjutkan?!

Setelkan dulu urusan basic tu.

Takde mananya jual kereta gadai emas untuk bayar yuran mahal boleh jadi magik tiba-tiba.

Buat yang basic dulu

Senang cerita macam ni…

Kalau 1 2 3 pun tak kenal lagi, JANGAN la daftar kelas trigonometri.

Belajar dulu 1 2 3.

Sampai faham.

Apa ke gila takde sales dari kelas basic, lepas tu kena bayar berpuluh ribu pulak untuk join platinum coaching.

JANGAN terpedaya untuk ke kelas advanced kalau yang basic tak menjadi lagi.

Pernah ke cikgu kita cakap:

‘Tak faham 1 2 3? Tak nampak lagi hasil belajar matematik ni ye? Saya sarankan ambil program platinum coaching belajar trigonometri dan kuadratik polinomial kompleks.’

Takde!

Mesti la cikgu tu suruh teruskan usaha, cuba lagi macam dia tulis dalam report card tu.

Saya pun tak faham budaya menggelinjang nak pergi kelas advanced ni.

Kelas basic tayang kereta besar rumah besar bini besar. Separuh hari cerita sejarah dari dia lahir sampai ke mampu beli kilang kereta kontinental.

Masa pertama kali buat kelas 5 tahun dulu, saya kaget bila lepas habis je orang tanya pasal kelas advanced.

Dalam kepala:
WTF? Kau balik la dulu buat semua ni dulu!

Tapisan yang ketat untuk kelas advanced

Sekarang ni, saya pun offer program lanjutan dalam kelas basic saya yang sesekali buat tu.

Dah la jarang buat. Setiap kali buat, susun konten balik. Tak sanggup orang datang jauh, setakat untuk dengar cerita gebang merapu. Yang suruh berjoget berjimba 10 minit pun tak sampai hati tak cukup masa.

Itupun TAPIS kalau siapa nak ke tahap seterusnya. Kalau rasa tak best, saya cancel dan refund duit.

Sebab apa?

Sebab, bagi saya, program advanced bukan kelas semata-mata.

Tapi proses perjalanan bersama-sama.

Yang mengajar WIN.

Yang diajar pun WIN.

Saya kena invest masa saya yang mahal untuk bantu bisnes orang lain.

Jadi, dalam proses tapisan, saya kena jawab soalan:

Siapa yang aku boleh bantu?

Supaya masa saya tak membazir kepada bisnes yang tak boleh dibantu atau pemilik bisnes yang tak boleh dibantu.

Kalau:
🔥 Bisnes tak boleh dibantu, kita reject WALAUPUN dia sanggup nak bayar mahal

🔥 Bisnes bagus, tapi owner pula bermasalah, kita reject WALAUPUN dia cakap, ‘kau ingat aku tak mampu bayar kau?’

(Jawapan: Kau ingat aku sangap duit kau? Itu pintu, sila berambus!)

Kita pergi kelas macam manapun, kita sendiri kena usaha

Kenapa kita marah sangat dekat satu-satu kelas?

Sebab kita bergantung sangat dengan kelas tu, sebab kita rasa kelas tu magik, sebab kita rasa kelas tu yang akan ubah kita.

HEL-LO!

Takde kelas yang akan ubah kita.

Kita yang ubah kita.

Nak berubah, kita kena tahu caranya. Nak tahu caranya kita kena BELAJAR.

Ramai orang masuk kelas, tapi tak BELAJAR. Mengharap ilmu terus download masuk kepala, tak nak usaha berfikir.

Kita boleh BELAJAR tanpa masuk kelas.

Kita boleh MASUK KELAS tanpa belajar.

Pergi kelas duduk menganga kagum pada speaker takkan buat kita belajar.

Duduk rumah, baca buku, baca artikel dengan tekun walaupun lebih 2,000 perkataan, buka Youtube tengok video, buat nota, cuba buat sampai ada sesuatu masuk kepala otak kita… ITULAH BELAJAR!

Lepas buat, tengok mana yang tak menjadi, belajar lagi, buka buku lagi, baca artikel lagi, buka Youtube tengok video lagi, buat nota lagi, buat lagi.

INI proses belajar.

BUKAN masuk kelas menganga kagum pada speaker tayang kemewahan > tak menjadi > masuk kelas lagi > tak menjadi lagi > masuk kelas lagi mahal!

Nak jadi apa?

Fikir untuk diri sendiri!

Sebenarnya, fikir je bebaik.

Otak kasi jalan.

Kalau fikir, boleh jumpa jawapan sendiri.

Terlalu sangat meletak harapan pada orang dan outsource kerja berfikir pada orang, itu boleh jadi hidup kena tipu kena scam sentiasa.

Petua untuk daftar kelas advanced (atau buat apa saja pelaburan)

Anggap je masuk kelas advanced ni umpama berjudi. Umpama takkan dapat duit tu balik.

Kita hanya (sepatutnya) berjudi duit yang kita tak kisah dapat balik atau tak.

Bukan duit last yang kita ada. Bukan duit beli susu anak. Bukan duit bayar sewa rumah 3 bulan ke depan.

Maknanya kena berlapang dada tak nampak duit tu semula.

Berlapang dada ni penting.

Supaya kita tak rasa bergantung dan mengharap magik.

Supaya kita beri masa yang cukup untuk dapat hasilnya.

Supaya kita bertenang dalam buat keputusan.

Dapatkan duit banyak dulu

Macam mana nak berlapang dada tak kisah tak dapat duit balik?

Wajiblah kita dalam keadaan berduit banyak sampai tak kisah tak nampak duit tu balik.

Jadi kita tak desperate dan buat tindakan salah.

Kadang kelas tu dah betul, tapi desperate sangat nak balik modal banyak buat keputusan gelojoh.

Macam mana nak berduit banyak?

Cari duit dulu dengan ilmu basic.

Banyak ilmu basic yang boleh bagi kita sejumlah duit yang kecil dulu.

Kalau ada kelas murah, pergi belajar.

Kalau tak mampu, YouTube ada, Google ada.

Belajar dengan orang. Kalau tak mampu bayar, tawarkan khidmat pada orang yang mengajar.

Quid pro quo. Kita nak sesuatu, bagi sesuatu. Bukan setakat, ‘Ilmu kan milik Allah. Sedekah lah ilmu kat saya.’

Come on. Jadi orang yang berusaha. Bukan jadi peminta.

Ramai orang berjaya nak bantu underdog. Mereka tak nak layan LOSER.

Leverage duit vs masa

Waktu takde duit, kita gunakan masa. Modal titik peluh.

Belajar sendiri. Walaupun lambat, usahakan juga.

Ye la, takde duit. Guna je telefon pintar tu untuk cari ilmu. Jangan telefon je pintar, tapi sendiri bengap.

Bila dah ada modal, boleh bayar untuk cepatkan dapat ilmu. Sama ada bayar untuk belajar, atau bayar orang buatkan untuk kita.

Ye la, dah ada duit. Duit boleh beli masa.

Berpada-pada. Duit yuran mahal bukannya magik untuk ganti usaha. Duit yuran mahal bukan tongkat malas.

Pemikiran palsu: Kena berkorban masuk kelas mahal

Takde mananya kena bergolok bergadai keluar duit yuran RM45,000 dalam keadaan bisnes pun sendu-sendu ayam.

Takde mananya, ‘Kena wajib berkorban buat hutang RM25,000 bayar yuran untuk belajar keluar daripada belenggu hutang.’

Ye, kita memang kena berkorban.

Berkorban dengan usaha! Bukan berkorban habiskan duit yang kita tak ada!

Ramai je orang (termasuk student BRC) yang boleh dapat berpuluh ribu dengan yuran belajar beratus je.

Setakat ni BRC belum ada program umum berpuluh ribu. Tapi dah banyak case study dapat jualan berpuluh beratus ribu.

Tapi itulah, kau tak nak join sebab yang mengajar yuran beratus ni tak tunjuk kereta besar rumah besar bini besar dan buat cerita sedih dulu duit dalam poket tinggal seringgit.

Ulang sekali lagi:
Ada duit yang boleh rasa tak kisah tak dapat semula, BARULAH buat keputusan join kelas advanced (atau buat pelaburan) dengan rasional.

Ini nasihat, untuk yang mahu ambil

Ada banyak lagi.

Tapi lain kali la.

Ini pun dah bonus lagi panjang dari poin utama.

Saya tulis pepanjang ni pun bukan ada orang ikut.

Dah la tulis panjang. Bukan dapat apa pun.

Berbuih mulut nasihat, masih ramai lagi mabuk pergi kelas tak tentu haluan

Nasihat baru sikit, semua pakat suruh bersabar jangan marah-marah.

Majulah sukan untuk negara!

Mahu tips & petua direct to the point terus ke telefon pintar anda?

KLIK SINI untuk join lebih 11,000 orang di Channel Telegram BRC


Jemput tinggalkan komen / soalan di bawah...

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my