logo brc 200

Khas untuk pemilik & pemimpin bisnes yang sudah bersedia untuk ke tahap seterusnya...

Sudah ada jualan, tapi adakah masalah terus terhenti di situ?

Sudah berjaya buat marketing di peringkat awal, jualan sudah bertambah…

Adakah cukup di situ?

Mari kita lihat apa masalah yang dihadapi oleh bisnes yang sudah ada jualan & mahu lebih berkembang:

Hilang punca tak tahu apa lagi nak buat
Alhamdulillah bisnes dah berkembang, tapi jadi makin banyak perkara nak dibuat, makin banyak perkara nak difikirkan. Ada 1,001 benda boleh dibuat, tapi tak tahu mana patut buat. Capai itu salah, capai ini salah. Nak tanya siapa pun tak tahu.

❌ Mahu bisnes berkembang, tapi diri sendiri masih di tahap sama
Cabaran & masalah bisnes makin lama makin berbeza daripada di peringkat awal. Lebih banyak kuasa berfikir & kemahiran buat keputusan tepat diperlukan. Tapi diri sendiri masih beroperasi & berfikir macam di peringkat awal bisnes.

Perlaksanaan kerja tak cekap
Kerja dah makin banyak, staf pun dah ada, tapi takde sistem & workflow yang tersusun. Takde budaya kerja yang bagus dalam bisnes. Kerja susah payah, tapi tak dapat hasil yang berbaloi. Tak tahu cara betulkan & track semua kerja dalam bisnes.

Ada staf, tapi tak tahu efektif ke tidak
Kadang rasa macam tak tahu apa yang berlaku dalam bisnes. Tak boleh tidur memikirkan berbaloi ke bayar gaji staf ni? Semua orang buat kerja sepatutnya ke? Siapa buat apa? Ok ke hasil kerja masing-masing. 

Makin lama, dah lost direction kat bisnes
Sibuk sangat urusan harian. Urus staf, handle meeting, selesaikan masalah itu ini timbul tak habis-habis. Sampai tak sempat fikir panjang dah. Sekadar buat benda yang urgent depan mata je. Hari-hari buat kerja penat, tapi tengok sebulan dua bulan tiga bulan setahun, macam takde progress!

Sibuk seharian, tapi tak capai impian pun
Asal buat bisnes untuk dapat kebebasan kelapangan dari segi masa & kewangan. Sudahnya kewangan tak terurus, cash reserve tak bertambah, gaji sendiri pun tak tentu. Masa pun makin lama makin takde. Family time, me time pun ke laut. Kalau ada pun, kepala otak masih ligat fikir bisnes. Nak tidur pun terngigau-ngigau!

Kalau anda ada masalah macam ini, jemput teruskan baca…

Jom kita gali lebih dalam…

Kita kupas lebih dalam masalah di atas tadi, dari mana datangnya.

Ini semua berkait-kait tau…

🔥 Tak tahu cara mengurus pasukan bisnes
Kerja-kerja seharian staf tidak dipantau. Takde report. Takde KPI. Nak buat reporting & KPI pun tak tahu nak letak apa. Jadi kerja staf berjalan je tak tentu hujung pangkal. Tak tahu apa patut dibetulkan, dihentikan atau diteruskan.

Yang disebabkan oleh…

🔥 Tak tahu cara memimpin pasukan bisnes
Gagal komunikasikan dengan jelas visi misi bisnes secara general yang kemudiannya dipecahkan jadi KPI setiap staf secara spesifik. Gagal memimpin & menggalakkan staf untuk mendokong visi misi bisnes.

Yang berpunca daripada…

🔥 Diri sendiri tak jelas hala tuju
Kalau kita sendiri tak jelas ke mana kita mahu pergi, kita tak boleh sampaikan kepada pasukan bisnes. Berbelit-belit dalam kepala sendiri, berbelit-belit juga keluar dari mulut kita. Kita gagal komunikasikan. Kita gagal memimpin. Kita gagal mengurus.

Yang terakhir ini punca sebenar! 😱

Betul tak?

Cuba fikir balik…

Kita mula dari matlamat akhir di hujung & patah balik ke pangkal:

1. Kita bina bisnes supaya kita mampu capai kelapangan kebebasan masa & kewangan.

2. Untuk itu, kita perlu pastikan operasi bisnes berjalan lancar setiap hari — sales, marketing, logistik, khidmat pelanggan dsb.

3. Jadi, kita perlu ada pasukan bisnes yang menjalankan semua operasi & aktiviti kerja ini.

4. Dan, kita mahu pasukan bisnes itu boleh buat kerja sepatutnya untuk capai hala tuju bisnes & boleh betulkan kerja sendiri kalau tersasar hala tuju.

5. Jadi, kita perlu komunikasikan kepada mereka apakah hala tuju bisnes tersebut sampai mereka faham dengan jelas & tiada keraguan tiada berteka teki.

6. Dan, bukan saja tahu sekadar tahu, kita juga mahu pasukan bisnes bersemangat & mahu bersama-sama mendokong hala tuju bisnes.

7. Jadi, akhirnya kita sendiri mesti jelas sejelas-jelasnya apakah hala tuju bisnes yang kita mahu bawa dengan yakin:
✅ Supaya kita boleh komunikasikan dengan jelas tak berbelit
✅ Supaya kita ada keyakinan kuat & tetap tak berbelah bahagi

Banyak masalah besar berlaku dalam bisnes disebabkan…

Kita gagal di No 7 di atas.

Dari No 7, ia membawa sampai ke No 1.

Gagal kat No 7, habis semua No 6, 5, 4, 3, 2 & 1 pun ikut gagal!

Ia satu aturan yang berkait!

Nampak sikit dah kan?

🤯🤯🤯

Jadi, apa ubatnya?

Berdasarkan pengalaman kami dalam proses ‘consult & advice' klien-klien kami di tahap jualan 6, 7 & 8 angka setahun…

Semua masalah tadi boleh diubat dengan:
✅ CLEAR STRATEGIC DIRECTION & FOCUS

Ye, kita selesaikan masalah di No 7 tadi.

Kita mula di sini dulu.

Setiap pemilik & pemimpin bisnes mesti boleh terangkan STRATEGIC DIRECTION — halatuju bisnes — dalam ayat yang ringkas, padat, senang faham & tak berbelit.

🔥 Kita sendiri yang bercakap mesti bercakap dengan yakin

🔥 Kita sendiri yang bercakap & mendengar sendiri apa kita cakap, mesti faham apa yang kita cakap

🔥 Komunikasi kita tentang STRATEGIC DIRECTION ini mesti difahami oleh audiens kita: shareholder, investor, pasukan bisnes, pelanggan, prospek dsb

Insya-Allah dengan jelaskan STRATEGIC DIRECTION bisnes kita, lebih mudah untuk selesaikan lebih banyak masalah bisnes.

Contohnya, masalah pengurusan staf…

Kita tak tahu siapa buat apa.

Kita tak tahu apa yang berlaku dalam bisnes.

HILANG PUNCA dalam bisnes sendiri.

Jom kita tengok…

1. Perlaksanaan kerja yang berkesan (effective execution) MEMERLUKAN dashboard & metrik untuk:
Memantau perkembangan kerja — kita tahu apa berlaku dalam bisnes
✅ Menentukan prestasi berjaya / gagal — setiap kerja diukur prestasi
✅ Melatih pasukan bisnes yang melaksanakan operasi — berdasarkan prestasi kerja

2. Ukuran metrik membolehkan kita melihat:
✅ Apa yang patut ditambahbaik & dibetulkan dalam perlaksanaan kerja
✅ Supaya meningkatkan & mempercepat hasil


3. Tanpa ukuran metrik jelas, kita tak tahu:
❌ Apa kerja-kerja & operasi yang sedang berjalan dalam bisnes
❌ Siapa sedang buat apa dalam bisnes
❌ Apakah prestasi setiap kerja yang dilakukan oleh setiap orang
❌ Apa yang patut ditambahbaik & dibetulkan
❌ Adakah organisasi bisnes kita berada di landasan yang betul

4. Sebelum kita ada UKURAN METRIK, kita mesti tahu:
Apakah OBJEKTIF setiap perlaksaan kerja dalam bisnes — Dah tahu objektif jelas, barulah kita boleh tentukan apa metrik yang kita mahu ukur

5. Untuk tentukan OBJEKTIF setiap perlaksanaan kerja:
Kita perlu tahu apakah HALATUJU bisnes secara keseluruhan dalam sudut pandang yang lebih luas

Nampak tak aturan dia?

Bermula dengan jelas STRATEGIC DIRECTION:
👉 Jelas objektif kerja
👉 Jelas ukuran metrik kerja
👉 Pemantauan & laporan kerja yang betul
👉 Kita tahu apa berlaku dalam bisnes
👉 Mampu kenalpasti kerja mana yang patut dihentikan, ditambahbaik atau diteruskan
👉 Mampu bina pasukan bisnes yang menjalankan operasi & perlaksanaan kerja bisnes berkesan
👉 Mampu capai matlamat bisnes — kelapangan masa & kewangan

Bayangkan semua ini berlaku untuk setiap jabatan dalam bisnes:
✅ Sales
✅ Marketing
✅ Akaun & pengurusan kewangan
✅ Logistik
✅ Khidmat pelanggan
✅ …dan sebagainya

Dengan berfikiran & berpandangan strategik begini, kita selesaikan perkara lebih besar & leverage besar…

Akan bantu kita selesaikan masalah lain dengan lebih mudah!

Macam domino berangkai — tolak satu domino, semua yang berkait akan jatuh sekali!

mahu belajar menjadi pemimpin strategik & berkesan untuk bisnes anda?

Anda ada pilihan…

A:
Belajar sendiri.
Cari sendiri.
Baca sendiri.
Tapis sendiri.
Buat ‘trial & error' sendiri.

Atau…

B:
Belajar bersama kami!
Seperti mereka ini…

👇👇👇

Serius untuk ke tahap seterusnya dalam bisnes anda?

Kalau anda mahu…

✅ Jelaskan STRATEGIC DIRECTION bisnes anda

✅ SELESAIKAN MASALAH dalam bisnes dengan berfikir secara strategik lebih meluas

✅ Jadi pemimpin bisnes yang boleh BUAT KEPUTUSAN lebih baik untuk bisnes anda

Kalau anda rasa…

💰 Dengan jelaskan ketiga-tiga perkara di atas, bisnes anda bernilai lebih tinggi kepada anda!

💰 Anda lebih jelas apa yang berlaku dalam pasukan & operasi bisnes anda

💰 Dan anda boleh uruskan bisnes dengan lebih tenang tak serabut kepala & jiwa

Kami jemput ke Next Level Business!

Apa itu Next Level Business?

🔥 BUKAN sesi seminar atau belajar kelas
• Satu sesi SEMI-PRIVATE CONSULTATION
• Bawa masalah yang anda sudah lama stuck
• Selesaikan masalah dalam kumpulan kecil

🔥 LIVE deep dive
• Sesi soaljawab pantas untuk gegarkan kepala otak & dapat perspektif baru
• Lihat bisnes anda dari sudut pandang berlainan & lebih luas
• Soalan-soalan & sudut kajian yang anda sendiri tak pernah terfikir

🔥 Collaborative business makeover
• Sesi roundtable diagnostic pelbagai jenis bisnes peserta lain
• Supaya anda belajar dari pelbagai konteks & bidang bisnes berlainan
• Berada dalam circle yang sama tujuan dalam proses yang menggalakkan percambahan idea baru & memecahkan tembok kebiasaan

🔥 Objektif kami:
• Anda balik dari sesi ini penuh tenaga, penuh semangat, kepala otak meletus-letus
• Bersedia untuk bawa pencapaian bisnes anda ke NEXT LEVEL
• Dapat ROI 10X yuran penyertaan anda, malah 100X ganda!

Antara fokus kita dalam sesi ini…

🔥 Strategic Business Direction
Jelaskan sejelas-jelasnya KOMPAS halatuju bisnes supaya tim bisnes boleh digerakkan ke satu halatuju yang sama


🔥 Business Diagnostics
Cara kenalpasti sendiri masalah & tahap bisnes kita SEBELUM kita cari penyelesaian

🔥 High Impact Low Hanging Fruits
Strategi depan mata yang mudah diimplemen, yang kita terlepas pandang, untuk beri impak yang besar

🔥 Business / Brand Builder Mindset
Sudut pandangan seorang pembina bisnes & brand yang kita perlukan

🔥 Market Leadership
Strategi membina organisasi bisnes / brand supaya jadi pemimpin dalam pasaran

🔥 Systemise Your Business
Cara susun aturan kerja dalam bisnes supaya operasi berterusan lancar

Jemput Daftar ke next level business

Yurannya tak murah.
Yurannya tak mahal.

Tak sampai RM1,000.
Lebih RM100.

Ini jauh lebih murah dari yuran sesi consulting kami.

Dan jauh lebih rendah berbanding nilai yang ditawarkan.

📆 Tarikh:
(Masih dalam perancangan)

⏰ Masa:
9 pagi – 5 petang

📍 Lokasi:
Cyberjaya

Kalau sesi 1 hari ‘pecah otak'…

Boleh memberi cetusan idea & menghasilkan perubahan besar memberi pulangan 100X ganda kepada anda…
🚀💪


Jika anda benar-benar berminat & berada dalam golongan yang boleh dapat manfaat berganda dengan sesi ini…

Isi borang di bawah…

Kami akan maklumkan kepada yang layak apabila pendaftaran dibuka. 

Ambil perhatian!

Ambil perhatian:
Sesi deep dive semi-private consultation ‘Next Level Business' ini hanya untuk jenis pemilik bisnes tertentu sahaja.

Kalau operasi bisnes / brand anda tidak berada di tahap jualan & untung yang cukup untuk mewajarkan pelaburan yuran begini, ia mungkin bukan untuk anda.

Kalau tak pasti, isi borang di atas… kami akan maklumkan.

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my