Hentakan Kejayaan & Cara Berfikir Orang Berjaya

"MACAM-MACAM SAYA NAK BUAT... TAPI SEMUANYA TAK MENJADI. GERAM BETUL DENGAN DIRI SENDIRI!"

"Tak tahu cara nak mulakan. Asyik tangguh..."

photo_2018-04-17_23-00-31

"Takut gagal lagi. Dah letih dengan diri sendiri..."

photo_2018-04-17_23-00-24

"Malu tak berkesudahan, tak yakin..."

photo_2018-04-17_23-00-29

"Terlalu banyak nak buat, akhirnya satu pun tak terbuat..."

photo_2018-04-17_23-24-02

"Banyak kali buat tak menjadi, terus takde semangat..."

photo_2018-04-17_23-25-29

sampai bila nak terus macam ni?

Ini kalilah! Pecahkan tembok yang halang anda berusaha untuk capai impian anda

Sekarang ni musim nak pilihanraya.

Pening nak mengundi siapa kan?

Tak kisahlah siapa yang anda nak undi.

Yang penting…

UNDILAH DIRI SENDIRI!

Pilih diri sendiri untuk berusaha dan kerjakan impian anda sampai berjaya.

Takde orang lain akan buat untuk anda.

 

Alasan-alasan untuk tidak berjaya…

Ramai yang ada impian yang besar nak dikejar.

Tapi…

Selalu bagi alasan…

Takde motivasi.

Tak jumpa big why.

Takde guide.

Tak tau nak mula mana.

Tak fokus.

Susah.

Tak reti.

Tak pandai.

Takut gagal.

Takut rugi.

Takut tak menjadi.

Takde sokongan.

Malu kat orang.

Macam-macam.

Sudahlah orang tak pilih kita.

Kita pula REJECT diri sendiri dengan macam-macam alasan.

 

Sudah sampai masa…

Untuk ubah perjalanan hidup sendiri.

Takkan selamanya nak kaya dengan alasan dan jawapan je.

Takkan selamanya mahu hidup secara autopilot dan ikut saja ‘flow' sekarang.

Sudah sampai masa untuk kita KUASAI DIRI SENDIRI.

Sudah sampai masa untuk kita MENANG dalam perlawanan menentang alasan dan halangan yang kebanyakannya kita sendiri yang cipta. 

Sudah sampai masa untuk kita HIDUP sebenar-benar hidup dengan yakin dan tenang.

Teruskan baca jika anda mahu periksa hidup anda sekarang dan bina hidup yang lebih baik. 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

CARA FIKIR ORANG YANG BERJAYA SANGAT BERBEZA...

Usaha tangga kejayaan, tapi mana tangganya?

Nak berjaya kita mesti kena usaha. 

Ni semua orang tahu.

Masalahnya…

Ramai yang nak usaha pun tak boleh mula. 

Atau mereka usaha dengan cara yang salah. 

KENAPA?

Sebab dibuat dengan mindset dan cara berfikir yang salah.

Kalau usaha pun tidak, mana nak sampai kejayaannya?

Kita pun tahu, cara fikir orang berjaya mesti berbeza dengan cara fikir orang yang tak berapa nak menjadi. 

 

Tengok perbandingan ni…

A: Orang yang yakin, buat semua benda menjadi, nampak macam rilek je ambil risiko, nampak macam rilek je ada masa banyak, tak takut, tak risau & nampak macam pandai je buat semua benda

B: Orang yang takut-takut, selalu risau, buat benda tak menjadi, rasa tak cukup ilmu, takde guide, tak cukup masa & tak berani bertindak satu benda pun

Rasa-rasa sama ke cara A & B berfikir? 

Rasa-rasa sama ke cara A & B tengok sesuatu benda?

Mestilah lain!

Betul tak?

Takkan sama pulak…

 

Anda nak jadi yang mana?

A ke B?

Nak tak belajar apa sebenarnya cara fikir orang kategori A?

Nak tak berfikir dan melihat dunia ni dari kacamata orang kategori A?

Bebaskan diri anda...

Kita pergi sekolah.

Kita study macam-macam. 

Tapi majoriti kita tak pernah study diri sendiri.

Kalau kita tak pernah study diri sendiri, kita akan sampai kepada hidup kita sekarang ‘by default'.  Ikut nasib je. 

Kalau main ikut nasib je…

Kita akan dapat cara hidup dan cara berfikir yang salah, yang bahaya kepada kita. 

Kita tak sedar benda ni sebab kita dapat ni ikut nasib je dan kita tak pernah untuk periksa cara hidup & cara fikir kita.

Jadi kita terperangkap dengan cara hidup & cara berfikir yang kita dapat ikut nasib ni.

Jom…

Bebaskan diri anda dari cara hidup & cara berfikir yang sekarang.

Anda ada kuasa untuk memilih.

Mahu guna atau tidak?

Apa pilihan anda?

SEDIA? MULA!

Saya Bukhari Ramli, dari BRC.

Saya la yang bercakap dari tadi tu.
😎😎😎

Saya dan BRC banyak buat consulting untuk bisnes dari segi marketing, strategi bisnes, pengurusan persyarikatan, pengurusan sumber manusia dan banyak lagi.

Selain itu, kami juga ada buat kelas dan program latihan. 

Masalah yang banyak saya jumpa sama macam yang saya cakap tadi…

Kadang dah pergi kelas…

Dah tahu ilmunya…

Tapi masih tak bertindak!

Masih tak buat!

 

Stress sampai botak kepala!

Stress jugak saya…

Dah bagi macam-macam, tapi peserta yang datang ramai yang tak buat apa-apa. 

Ingat saya buat kelas saja-saja nak jual air liur ke? Saya pun nak tengok hasil yang peserta dapat. Baru la puas hati!

Tapi…

Banyak sangat alasan mereka bagi.

Ini bukan masalah tak cukup ilmu. Ilmu dah ada. 

Ini masalah mindset dan cara berfikir yang pelik (kejap lagi saya bagi satu contoh).

Jadi…

Selain daripada berkongsi ilmu bisnes dan marketing, saya juga kongsi ilmu tentang produktiviti, tabiat dan mindset berfikir yang betul. 

3 tahun lepas saya buat kelas Clorox Bisnes untuk cuci mindset orang bisnes yang buatkan mereka gagal bertindak dan gagal dalam bisnes.

2 tahun lepas sehingga sekarang, saya jalankan program latihan online Kuasai Tabiat Capai Matlamat untuk buang sikap bertangguh, buang tabiat buruk, bina tabiat baru yang lebih baik dan sistem produktiviti.

Hasil daripada pengalaman saya mengajar tentang topik ini dan hasil maklumbalas peserta…

Saya nak kongsi dalam program terbaru BRC: ‘Master Your Life'.

hentakan KEJAYAAN & CARA BERFIKIR ORANG BERJAYA

Apa itu program latihan ‘Master Your Life'?

Dalam program latihan online Kuasai Tabiat Capai Matlamat, saya fokus kepada buang tabiat buruk, bina tabiat baik dan bina sistem produktiviti.

Dalam ‘Master Your Life' saya akan tekankan kepada mindset berfikir yang membuatkan perjalanan untuk berjaya lebih mudah. 

Saya panggil mindset berfikir orang berjaya ini HENTAKAN KEJAYAAN.

Ini konsep yang sangat berkuasa – kena hentak dengan satu Hentakan Kejayaan saja boleh buat kita terbangun (macam kena hentak!) dan mengubah cara kita berfikir & bertindak.

 

Apa itu Hentakan Kejayaan?

Jom kita tengok satu cara berfikir yang PELIK. 

Pelik ni bukan sebab jarang orang buat — RAMAI tau orang berfikir pelik macam ni.

Pelik ni sebab tak logik bagi saya. Dan cara berfikir ni buatkan kita terperangkap dan terus jadi loser. 

Pemikiran pelik:
Tak baca buku sebab takde masa. Tak baca buku sebab nanti mengantuk.

“Takde masa la nak baca buku. Kalau baca pun nanti mengantuk, terus tak jadi baca.”

Sudahnya, bertahun-tahun cakap kat diri sendiri nak baca buku tapi masih tak mula-mula lagi. 

Lama-lama identiti ‘si loser cakap tak serupa bikin' tu melekat kat diri sendiri.

Hentakan Kejayaan:
Tak perlu tunggu lagi. Baca je. Kalau takde masa, baca je satu muka surat. Kalau mengantuk, baca sambil berjalan. Satu muka surat je pun cukup.

 

Apa jadi apabila kita aplikasikan Hentakan Kejayaan ni?

1. Kita mula bina identiti sebagai seorang yang buat apa kita cakap kita nak buat.

2. Lepas 2-3 hari buat, kita mula rasa seronok baca dan sambung lagi 2-3 muka surat. 

3. Lama-lama, kita bina identiti diri sebagai seorang yang suka baca buku dan akan cari masa untuk baca buku. 

Berbeza tak daripada kita asyik merungut takde masa dan mengantuk baca buku?

Dengan Hentakan Kejayaan ini kita berjaya bawa diri kita ke arah yang lebih baik…

 

Itu baru satu Hentakan Kejayaan!

Dengan satu Hentakan Kejayaan tadi kita boleh ubah diri kita sikit-sikit. 

Bandingkan apa jadi pada diri kita kalau kita terus buat fahaman pemikiran pelik tadi tu. Alamatnya kita terus saja duduk dalam diri kita yang lama bertahun-tahun tak berubah.

Bayangkan apa jadi pada anda apabila anda aplikasi lebih banyak Hentakan Kejayaan dan berjaya ubah cara berfikir untuk:

🔥 Tambah keyakinan diri

🔥 Berani ambil risiko yang bermanfaat

🔥 Berani minta naik gaji, letak harga tinggi dan berunding untuk dapatkan apa yang anda mahu

🔥 Berjaya mulakan usaha yang dah bertahun-tahun bertangguh

🔥 Tidak lagi bergantung kepada motivasi dan boleh bina momentum tindakan berterusan

🔥 Tidak lagi takut pada kegagalan dan pandai MANIPULASI kegagalan untuk bantu kejayaan

🔥 Pandai tanya soalan berkualiti dan dapatkan bantuan daripada mentor dan kawan-kawan

APA ANDA AKAN BELAJAR DALAM PROGrAM LATIHAN INI...

Sepanjang sehari program latihan ‘Master Your Life' ini, anda akan menggali lebih banyak lagi pemikiran pelik yang ada dalam kepala anda, yang menghalang kejayaan anda!

Anda juga akan dibekalkan dengan Hentakan Kejayaan untuk pecahkan tembok pemikiran pelik, ubah cara anda berfikir dan bertindak.

 

Apa anda akan belajar?

🔥 Penipuan yang anda buat pada diri sendiri sehingga memerangkap diri sendiri bertahun-tahun

🔥 Kenapa orang berjaya tidak takut kegagalan — Bagaimana mereka MEMANIPULASI KEGAGALAN untuk percepatkan proses kejayaan

🔥 Bagaimana orang berjaya berfikir tentang RISIKO dan boleh ambil risiko WALAUPUN boleh takut risiko

🔥 Cara untuk tambah keyakinan diri untuk cuba benda baru WALAUPUN anda memang jenis selalu takut-takut

🔥 Langkah demi langkah untuk kenali tembok-tembok halimunan yang menghalang perjalanan usaha anda

🔥 Cara untuk hentikan perangai tak henti-henti ‘cari cara terbaik' sampai tak buat-buat

🔥 Pelaburan #1 yang bawa pulangan untung paling tinggi

🔥 Teknik-teknik hapuskan kerisauan dan ketakutan

🔥 Langkah demi langkah untuk bertindak supaya tidak bergantung kepada motivasi dan bina momentum usaha berterusan

🔥 Teknik ‘berfikir negatif' yang boleh menghasilkan pulangan positif 

🔥 Cara untuk kenalpasti dan bezakan shortcut yang hebat vs shortcut yang sesat

🔥 Langkah demi langkah tanya soalan yang betul & berkualiti untuk dapatkan jawapan yang membantu

🔥 Langkah demi langkah untuk minta bantuan daripada pakar

🔥 Cara yang betul untuk dapatkan mentor yang boleh bantu perkembangan anda

🔥 Langkah demi langkah tukarkan matlamat kepada realiti

🔥 Kenapa anda tidak patut buat kerja dan buat bisnes yang anda minat

🔥 Cara untuk pilih kerja mana patut diteruskan vs kerja mana patut dihentikan supaya jimat masa buat kerja yang tak menjadi

🔥 Langkah demi langkah cara belajar yang betul untuk dapatkan skill baru

🔥 Aset paling berharga yang ramai orang bazirkan 

🔥 Langkah demi langkah strategi marketing yang mudah dan berkesan — BUKAN saja untuk bisnes, malah dalam kareer dan hidup

SIAPA PATUT SERTAI PROGRAM LATIHAN INI?

PROGRAM LATIHAN INI BUKAN UNTUK ANDA JIKA…

❌ Anda sekadar suka komplen TANPA mahu bertindak.

Komplen pasal ekonomi, komplen pasal orang lain, komplen pasal bos.

Tak jadi apa kalau anda sendiri tidak mahu bertindak. Program ini bukan kuasa magik untuk ubah diri anda.

❌ Anda suka salahkan orang lain, benda lain TANPA rasa mahu bertanggungjawab.

Apa-apa yang jadi dalam hidup anda, mesti anda yang kena bertanggungjawab.

❌ Anda tak sudah-sudah mencari tips dan taktik.

Tips dan taktik ialah perkara luaran. Ia benda mudah untuk dicari dan buat anda rasa puas hati dengan diri sendiri sekejap tapi tak berkesan.

❌ Anda masih meleweh-leweh tak ketentuan hala.

Meratap hiba bersedih takkan bawa ke mana. Kalau diri sendiri tak mahu, orang lain pun takkan boleh bantu kita.

 

PROGRAM LATIHAN INI MEMANG UNTUK ANDA JIKA…

🔥 Anda sudah muak dengan alasan-alasan yang anda beri kepada diri sendiri tapi masih tak bergerak-gerak.

🔥 Anda sedia untuk jujur dengan diri sendiri dalam usaha untuk ubah diri dan kehidupan kepada yang lebih baik.

🔥 Anda nak tahu cara untuk bertindak kerjakan impian tanpa drama-drama dan mainan jiwa.

🔥 Anda sanggup ubah cara berfiki dan melihat cabaran dunia dari sudut yang berlainan.

🔥 Anda tahu perjalanan ini susah dan ada banyak turun naik tapi anda sanggup usaha untuk kawal apa yang anda mampu kawal.

"Macam mana nak sertai?"

Butir program

Lokasi: Dewan Kuliah Kolej Teknologi Maklumat, UNITEN Bangi

Tarikh: 12 Mei 2018

Masa: 8.30 pagi – 5 petang

 

Yuran

Yuran kelas ini RM250 sahaja.

Daftar sekarang untuk dapatkan tawaran EARLY BIRD dengan yuran RM120 sahaja.

Ini tawaran untuk anda yang bertindak segera.

Yuran akan naik pada 30 April 2018 pukul 11.30 malam!

No bullshit advices.

Sebelum ini bisnes jenis hentam keromo. Lagipun syok sendiri sebab rasa dah baca buku sangat banyak. Dah follow macam-macam orang.

Rupa-rupanya tiada satu benda: check and balance. BRC beri buah fikiran yang tak konvensional, tapi obvious.

Satu benda basic yang buat saya terfikir, “aduhai, basic giler benda ni. Tapi aku tak nampak.”

Ashraf Latif
Shariah Auditor

Saya tertarik pada tuan BR. Dia cakap benda yang jelas dan tanpa hype. Tak janji jutawan, tak guna dalil agama.

Sebelum ini: saya asyik mencari taktik di sana sini. Ke kelas sana sini.

Selepas saya sertai BRC: saya sudah mula faham asas bisnes dan baca artikel yang betul.
 Sudah tak kisah sangat dengan hype. 

Khairudi MJ

Tabiat bertangguh yang berjaya saya ubah setakat ini adalah tidak bertangguh buat kerja rumah.

Kalau dahulu saya akan tangguh nak basuh pakaian, memasak, gosok baju kerja. Dengan alasan nak rehat dan letih.

Sudah 2 hari, baju kerja siap digosok 2 hari awal, tak terkejar-kejar nak bersiap di pagi hari macam selalu. Balik kerja terus sediakan bahan utk masak, lepas siap basuh baju terus masak.

Kehidupan semakin teratur insya-Allah.

Adila Farhana
Peserta Kuasai Tabiat Capai Matlamat

AlhamduliLlah. Terima kasih kepada Tuan Bukhari. Apa yang tuan kongsikan memang dari hati. Bukan sekadar nak menjual.

Yang saya paling suka adalah dapat buang tabiat bertangguh. Sekarang, bila tengok jam ada je masa nak buat apa yang perlu.

Kalau sebelum ni, bila tengok jam saya banyak fikir dulu, ‘nanti tak sempatlah, lamalah, takpe lepas ni buat’.

Sekarang tak lagi. Buat je, banyak kerja siap, dan masih ada masa.

Dalam bab ibadah sama. Kadang bila nak buat ibadah sunat, banyak fikir, letihlah, ikut mood. Sekarang, buat je. Bila dah buat baru dapat tahu kemanisannya walaupun penat.

Saya harap Tuan sentiasa dalam Rahmat Allah. JazakaLlahu khairan kathiro.

Mohd Jamri Mohd Naji
Peserta Kuasai Tabiat Capai Matlamat

Alhamdulillah tabiat yg telah saya lakukan adalah BUAT JE….

Sampai terasa seronok lakukan apa sahaja sehingga selesai berbanding sebelum ini terasa berat nak mulakan sesuatu pekara…

Terima Kasih buat Tuan Bukhari Ramli telah sedar saya dari dibuai mimpi…

Alhamdulillah juga sekarang prestasi potensi kerja saya meningkat.

Raja Hafinaz
Peserta Kuasai Tabiat Capai Matlamat

Mindset tuning saya banyak dibuat oleh BRC.

Sebelum ni banyak gunapakai mindset yang mengarut-ngarut. Ikut orang buta-buta. Malas nak fikir dan tak diasak untuk berfikir.

Konten BRC banyak membawa saya kembali kepada asas. Fahamkan asas setiap perkara sebelum pergi kepada perkara yang lebih kompleks. Tahu ke mana nak pergi dan kenapa perlu pergi.

Sabina Abdul Aziz
Peserta Clorox Bisnes

Tq tuan Bukhari untuk kelas Clorox Bisnes.

Betul kata Tuan, asas & fundamental perlu dikuasai dahulu sebelum pergi yang lebih advanced & Clorox Bisnes adalah kelas yang menekankan dan menanam aspek ‘biji benih’ ni.

Kita sibuk nak tau yang advanced padahal yang basic belum dikuasai. Akhirnya gelabah.

Kuasai fundamental of bisnes, yang lain kuasa di tangan anda, kuasa tindakan. Terima kasih sekali lagi, cara & penyampaian tuan Bukhari ikhlas & memang lain dari org lain.

Tersentap jugak, tapi jadikan pembakar semangat untuk tidak mundur & terus maju inshaaAllah.

Hazran Zuberi
Peserta Clorox Bisnes

Saya telah menghadiri berbagai kursus untuk buat duit online tapi tak mula apa-apa pun hingga lupa semua ilmu yang dipelajari.

Dalam kelas Clorox ini saya mula memahami kenapa saya jadi begini: WHY saya tidak cukup kuat dan takut akan kegagalan.

Saya cuma nak tambah pendapatan “sambil-sambil” dan nak tunggu semua perfect baru nak mula..!!

Pengajaran yang saya ambil dari kelas ini, cari WHY yang lebih bermakna dan mulakan saja dengan ilmu yang ada.

Terima kasih Tuan Bukhari Ramli.

Nur ‘Ain Zainal
Peserta Clorox Bisnes

Clorox Bisnes ni mahal sangat!

Bukan yurannya tapi ilmu yang dikongsikan tu mahal. Ilmu clorox yang dipelajari tidak terhad setakat bisnes saja tapi merangkumi segala bidang yang memerlukan kejayaan.

Apa saja profesion yang bermatlamat untuk berjaya, mungkin inilah kelas terbaik untuk dipelajari kerana fikiran kita akan tersedia dengan terang dan jelas tentang matlamat dan bagaimana untuk mencapainya.

Terima kasih tuan atas ilmu yang dicurahkan, tak sia-sia usaha saya datang dari jauh sebab memang berbaloi sangat-sangat.

Noor Izwanizam
Peserta Clorox Bisnes

Selama ini saya terlalu banyak fikirkan benda-benda yang tak perlu untuk bisnes saya. Terlalu banyak fikir sampai tak tau nak buat apa.

Kadang-kadang jadi takut atau malas nak bertindak.Akhirnya tak jadi apa-apa.

Apa yang Tuan sampaikan haritu memang benar. Kita kena back to basic. Pendekatan OMTM juga sangat berkesan.

Syahril Badli
Peserta Clorox Bisnes

PENGHALANG TERBESAR ANDA...

Nampak tak apa persamaan orang yang masih tersangkut tak bergerak?

Mereka cakap, “Nanti.”

Mereka tunggu masa yang tepat.

Mereka tunggu cukup ilmu, cukup berani, cukup maklumat. 

Akhirnya…

Nanti jadi esok. 

Esok jadi lusa. 

Jadi minggu depan. 

Jadi bulan depan. 

Jadi tahun depan.

Tahu-tahu dah 3 tahun, 5 tahun…

Masih menunggu masa yang tepat. 

Masa yang tepat takkan datang kalau anda tak cari ruang dan mulakan langkah…

Setahun dari sekarang… Anda mahu berada di mana?

Sudah mula bertindak dan nampak hasilnya…

ATAU masih duduk di tempat sama menunggu-nunggu benda yang takkan sampai?

Tengok pula setahun ke belakang. Dari tahun lepas sampai ke hari ini, berapa jauh anda sudah bergerak?

Kalau tak buat sekarang, mungkin sampai bila-bila takkan buat.

Beri masa 8 jam pada diri anda untuk belajar dalam program latihan ini. Ia mungkin bagi anda bertahun-tahun masa hidup yang lebih baik…

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my