Makin banyak produk, makin rugi! Kenapa?

1. Dalam apa jua kerja kita, satu benda yang kita lupa ialah FOKUS.

2. Banyak tidak semestinya menghasilkan lebih banyak.

3. Case study:
Jual 1 produk, jualan sebulan RM50,000.
Jual 2 produk pun, jualan sebulan RM50,000.
Jual 3 produk pun, jualan sebulan RM50,000.

4. Apa yang berlaku ialah penambahan produk tidak membawa penambahan jualan. Lebih teruk lagi, dalam banyak kes yang BRC jumpa dalam consulting…

SEMAKIN TAMBAH PRODUK, JUALAN SEMAKIN JATUH

5. “Eh, bagus la tambah produk. Daripada takde, baik ada! Daripada dua, baik tiga!”

Ya. Ini satu benda yang counter-intuitive. Jadi PENTING untuk faham supaya tidak mudah tertipu lagi.

6. Kita mesti fikir tentang OPPORTUNITY COST.

Salah satu prinsip penting dalam ekonomi ialah:
The true cost of something is it's opportunity cost.

Maksudnya:
Kos sebenar untuk setiap perkara ialah kos peluang.

Apa itu kos peluang? (Pelik bunyinya dalam bahasa Melayu. Haha.)

Opportunity cost = apa yang kita TAK dapat buat jika kita buat sesuatu.

Peluang yang kita terlepas…

7. Contoh:
Kita beli murtabak dengan harga RM3.50. Dan itu sahaja duit kita ada. Lepas beli, habis duit dah.

Apabila kita beli murtabak itu, kita tidak dapat guna RM3.50 itu untuk beli tepung pelita Paya Jaras.

Apabila kita beli murtabak itu, kita terlepas PELUANG beli benda lain dengan duit itu.

Kos murtabak itu bukan sahaja RM3.50, tetapi kita kena ambik kira benda-benda lain yang kita tak dapat beli dengan duit itu.

Tak dapat beli tepung pelita Paya Jaras, tak dapat isi minyak motor, tak dapat beli air katira, tak dapat beli coki-coki, tak dapat sedekah, tak dapat beli komik Doraemon dan seribu satu macam lagi.

Makin banyak produk, makin rugi

8. Apa kaitan dengan case study tadi?

Apabila kita sibuk mahu tambah produk, kita jangan lihat semata-mata hasil jualan yang kita dapat daripada produk baru yang kita mahu jual.

Tengok juga apakah PELUANG YANG HILANG apabila kita tambah produk baru.

Kita selalunya sekadar nampak apa yang dapat. Kita terlepas pandang apa yang terlepas.

Untuk dapat duit sikit, mungkin hilang duit banyak

9. Contoh:
Tambah produk BARU.

Apa yang dapat:
Jualan RM10,000 sebulan.

Apa yang terlepas:
FOKUS & masa yang dulu diperuntukkan untuk produk SEDIA ADA yang jualannya RM20,000 sebulan.

10. Ulang sekali lagi:
INI BENDA SUSAH UNTUK FAHAM.

Tapi penting untuk faham.

More is not always more.

Money is not always money.

11. Ada masa duit baru yang kita dapat, menyebabkan duit lama (yang lebih banyak) hilang.

Disebabkan oleh FOKUS yang terpecah.

12. Jika ada peluang baru, produk baru, kerja baru yang kita mahu tambah…

Pastikan ia tidak menghapuskan hasil yang kita dapat daripada peluang sedia ada, produk sedia ada, kerja sedia ada.

Duit sama banyak, tapi tak sama nilainya…

13. Katakan kita scam orang, menipu atau menjual dalam keadaan menyebabkan reputasi kita terjejas busuk nama sendiri. Dapat RM50,000.

Berbaloi tak?

Dapat RM50,000.

Sekali je dapat RM50,000.

Tapi disebabkan perbuatan tadi menghapuskan reputasi dan kepercayaan orang terhadap kita, kita HILANG PELUANG untuk menjual seumur hidup (atau seberapa lama orang ingat).

Money is not always money.

Duit RM50,000 yang dapat secara jujur tak sama nilainya dengan duit RM50,000 yang dapat dari jualan memperdaya orang.

RM50,000 yang dapat dari memperdaya orang itu MAHAL HARGANYA.

14. Semua benda ada kos. Tiada yang percuma.

Apabila melihat apa yang kita dapat, jangan kabur mata sampai tak nampak apa yang kita perlu bayar untuk dapat.

Mungkin benda ini baru bagi anda. Baca sampai faham supaya anda tidak buat keputusan yang salah.


[thrive_leads id='23114′]

1 thought on “Makin banyak produk, makin rugi! Kenapa?”

Jemput tinggalkan komen / soalan di bawah...

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my