Kenapa susah jual? Sebab buat benda mengarut! - BRC.my
logo brc 200

Patutlah susah nak jual. Rupanya buat benda mengarut!

❓”Saya jual produk XYZ ni. Kenapa susah jual?”

❓”Macam mana nak promote produk yang saya jual ni?”

❓”Dah pos dekat media sosial, tapi tak dapat jualan pun! Macam mana ni?”

Kalau pernah tertanya-tanya soalan macam di atas, teruskan baca…

📣 Amaran:

1. Jangan teruskan baca kalau hati cepat sentap!

2. Jangan teruskan baca kalau tak sanggup hadapi realiti.

3. Jangan teruskan baca kalau nak teruskan hidup macam biasa tanpa perlu berubah.

Dalam cerita ini, 17 kali kena hentak dengan soalan yang sama. Alhamdulillah dia tak sentap. Akhirnya dia belajar sesuatu.

Cerita ni panjang sikit. Apalah sangat baca 10 minit kalau boleh buatkan anda untung & elak rugi buat silap langkah kan?

Tutup page ini kalau tak mahu teruskan baca.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oh, masih ada lagi?

Ready?

Let's go!

Ceritanya macam ni…

Ada seseorang DM saya di Twitter.

Senang ke nak jawab soalan ni?

Susah!

Biasanya saya jarang layan DM camni. Sebab kalau nak bagi jawapan yang betul-betul, PANJANG & ambil masa.

Sebab saya tahu, ramai orang sendiri tak tahu apa benda dia buat. Main ikut je. So jadi kerja saya untuk tanya soalan macam-macam untuk korek maklumat. 

(Tak caya, tengoklah nanti. Perbualan ni panjang lebar!)

Tapi kali ni, saya rasa nak bagi betul-betul. Saya sanggup luangkan masa nak bagi dia faham.

Tak semudah disangka…

Sebenarnya, nak jawab soalan ni… 

Bukan semudah bagi ayat template copywriting. Buat iklan tak semudah itu. Ada banyak komponen lain dalam buat marketing.

🔥 Sentapan pertama: Ayat gempak saja tak cukup. 

Agak-agak ayat gempak boleh ke buat kita nak beli benda kita tak nak?

Tolonglah jangan percaya benda ni!

Copywriter legend dah buat berpuluh juta USD pun cakap: Tak boleh jual benda orang tak nak.

🔥 Sentapan kedua: Kalau orang tak nak, bagilah ayat gempak promosi hebat beli 1 percuma 15 pun, orang tetap tak nak!

“Dapatkan pembedahan tukar jantina dengan doktor pakar tukar jantina terhebat Nombor 1 di dunia. Diskaun 99%. Beli untuk 1 orang, dapat hadiah percuma tukar jantina untuk 15 orang. Dijamin tak menyakitkan. Jaminan pulangan wang 10X ganda jika tak berpuas hati.”

Nak ke?

Tawaran hebat tu!

😂😂😂

Kenapa jual benda ni?

🔥 Sentapan ketiga: Majoriti orang yang menjual, TAK TAHU kenapa dia jual apa benda yang dia jual tu.

Tengoklah jawapan kat atas tu. 

Mengarut!

Ada jawapan tapi entah apa bendanya jawapan.

Kalau ramai orang guna, mestilah senang jual kan?

Kan jawapan mengarut tu!

Nak ubah kewangan, boleh jual apa saja produk. Kenapa jual PRODUK NI dan bukan produk lain?

Tengok, pusing semula jawapan sama. “Sebab ramai orang guna.”

🔥 Sentapan keempat: Cakap ‘ramai orang guna, produk laku keras, banyak demand…' Semua tu tak berguna kalau realitinya tak berlaku!

Masih lagi pusing jawapan sama.

“Semua orang guna.”

Habis, kalau semua orang guna, kenapa susah nak jual?

Sambung lagi…

Masuk bab mengarut yang baru pulak.

Jangan berangan nak dapat pendapatan pasif kalau pendapatan aktif pun belum dapat lagi. 

Jangan berangan nak repeat sale kalau sekali sale pun belum ada.

🔥 Sentapan kelima: Newbie & amatur yang tak berfikir je senang percaya dengan janji manis pendapatan pasif yang tak jejak bumi.

Bla bla bla…

Dan macam-macam lagilah. 

“Sebab saya yakin hanya dengan jual simkad ni saya mampu generate income lebih dari orang lain.”

Habis tu, tak menjadi pun?

Dah berapa income?

“Baru RM30 sebulan.”

“Sebab saya nak bantu orang lain yang hadapi masalah dengan simkad mereka.”

Apa dia masalah tu?

Siapa orang yang hadapi masalah tu?

“Ramai. Terutama yang bil mahal & line slow.”

So jual lah kat mereka.

“Saya sudah cuba jual kepada mereka. Tapi tak dapat menarik mereka.”

Maksudnya mereka tak kisah pun masalah tu.

🔥 Sentapan keenam: Kita yang menjual je syok sendiri dengan produk kita. Orang lain sebenarnya tak kisah pun.

Ulang balik…

“Sebab ramai yang pakai telefon. Setiap telefon kan ada simkad.”

Ramai orang pakai baju. Lagi ramai orang pakai baju dari pakai telefon. Kenapa tak jual baju?

🔥 Sentapan ketujuh: Biarlah 20 juta orang yang pakai & beli pun, tak berguna jugak kalau takde 1 orang pun nak beli dari kita!

Sebenarnya banyak kali berulang-ulang jawapan kat sini. 

Kalau saya ceritakan semua kat sini, makin panjang jadinya.

Sebab tak relevan…

“Saya jual simkad sebab saya minat dengan bisnes simkad ni.”

Kenapa minat?

Macam mana boleh minat simkad?

Minat macam mana?

“Saya minat disebabkan lihat ramai yang berjaya.”

“Saya minat disebabkan stok simkad yang mudah dibawa ke mana sahaja. Tanpa perlu bersusah payah mengangkutnya.”

Kalau macam tu, angkutlah ke mana saja dengan gembira. Tak payah risau takde jualan.

Kan suka mengangkut. Angkutlah ke mana saja.

“Saya jual simkad disebabkan saya suka dengan data plan di samping kelebihan yang lain untuk saya kongsikan kepada orang lain.”

Kalau suka dengan data plan & suka berkongsi, kongsi je dengan orang. Tak payah kisah pasal dapat jualan ke tidak.

Ok camtu?

“Tak ok. Saya nak jualan.”

Akhirnya…

Kalau nak jualan, bagi jawapan bodoh ni kenapa?

‘Suka. Minat. Senang angkut.'

Kan ke jawapan bodoh semua tu.

Kenapa jual simkad?

“Maaf, saya tak dapat jawab.”

Semua jawapan tadi mengarut. Setuju tak?

“Setuju.”

Jawapan sebenar…

Kenapa bagi jawapan macam tu?

“Sebab saya ambil jawapan dari orang yang ajar saya.”

BINGO!

Ini jawapan sebenar!

Dia bagi jawapan bukan jawapan yang datang dari hati yang jujur ikhlas sendiri. 

Dia ikut skrip jawapan yang dibagi je.

Kenapa benda ni penting untuk kita faham?

Baca sambungan lagi…

Baru nampak!

Bodoh tak jawapan tadi tu? Terasa tak kebodohan tu?

“Rasa, Tuan. Saya baru nampak. Ia bukan dari diri saya sendiri.”

Percaya ke dengan jawapan tu?

“Tak, Tuan. Teragak-agak jugak tadi.”

Nampak tak kenapa orang tak nak beli?

🔥 Sentapan kelapan: Kalau kita tak boleh beritahu dengan yakin dari hati yang jujur & ikhlas kenapa orang kena beli TANPA guna ayat-ayat mengarut & skrip yang kita tak percaya, JANGAN HARAP orang akan membeli!

Ini pengajaran penting!

Ini saya kupas supaya nampak lebih jelas:

1. Produk simkad ini contoh je. 

2. Produk lain pun kalau kita bagi jawapan mengarut, sama juga. Mengarut jugak hasilnya.

3. Mungkin kita tak dapat jawapan mengarut dari upline, tapi dari diri sendiri. 

4. Produk simkad kalau berjaya disampaikan dengan baik kepada target market yang betul, boleh saja dijual dengan baik.

5. Sebenarnya SEMUA produk boleh dijual, SEMUA produk ada permintaan. Cuma kita yang tak jumpa.

6. Sebab apa kita tak jumpa? Sebab kita tak mencari. Sebab kita tak nak mencari.

7. Sebab apa kita tak nak mencari? Sebab kita rasa kita dah jumpa jawapan. Padahal jawapan tu mengarut!

🔥🔥🔥 Sentapan paling utama:
Kebanyakan orang menjual produk yang dia jual sebab ikut-ikut orang, sebab nampak macam senang jual, sebab rasa produk tu laku kononnya. Realitinya, banyak kerja kita kena buat!

Kita sendiri tak tahu kenapa dia jual produk tu. 

Bila tanya, “Kenapa jual produk ni?”

Kita tak boleh jawab. 

Jadi, tak peliklah kenapa kita tak boleh nak yakinkan orang untuk membeli. 

Sebab kita sendiri tak tahu, tak yakin & tak pasti apa tujuan kita menjual.

Nampak tak?

Dalam bisnes, semuanya berkait!

Bukan setakat ayat gempak je dah cukup.

Kalau produk tak sesuai, ayat gempak macam mana pun, tak guna jugak.

Ramai orang fikir pasal ayat hebat gempak meletup, padahal masalah sebenarnya LEBIH BESAR dari tu!

Dalam bisnes, semuanya berkait!

Ini baru cerita pasal menjual.

Kita belum cerita pasal produk yang berjaya dijual, tapi dengan harga yang tak sesuai. Produk jual, tapi makin rugi!

Dalam bisnes, semuanya berkait!

Kita kena pandai berfikir. 

Berfikir sebagai seorang pemilik bisnes yang faham GAMEPLAN BISNES secara keseluruhan. 

Secara keseluruhan tau!

Bukan asyik-asyik sangkut dengan mencari ayat hebat, ayat gempak, ayat meletup je.

Nak belajar?

Serius nak belajar?

Saya tak paksa belajar. 

Kalau nak ubah, pergilah belajar.

Saya tak paksa pun belajar dari saya.

Belajar dari orang lain pun boleh.

Ini jemputan untuk orang yang sanggup terima hentakan dari saya.

Jemput daftar training ini…

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my