Zero pengalaman buat content.
Malam sebelumnya saya dah plan macam-macam nak ajar. Bermodul. Akademik.
Esoknya, depan staff tu, saya buang semua plan tu.
📛 Sebab staff mindset lain dari owner mindset — dia bukan self-driven cari jawapan sendiri macam orang yang datang kelas saya selama ni.
Jadi saya ringkaskan. Tiada content pillar. Tiada brand guideline. Tiada teori berat.
Saya cuma bagi apa yang dia perlu untuk execute.
Dan secara tak sengaja… saya terjumpa satu sistem yang sesuai untuk bagi pada orang yang nak execute je tanpa pening-pening teori berat.
🥳
Duduk depan laptop. Nak buat konten.
Cursor berkelip-kelip. Tab buka tutup buka tutup. Scroll feed orang lain — konon cari inspirasi.
Sejam lepas, masih takde apa siap.
Kita simpulkan:
🔥 “Aku memang tak creative.”
🔥 “Content bukan untuk aku.”
Masalah sebenar:
⚠️ Kita datang ke meja kerja dengan tangan kosong — otak terpaksa cari idea, pilih format, tulis hook, susun skrip, figure out shoot… semua serentak.
Itu bukan masalah kreativiti. Itu masalah struktur.
🔪 Tukang masak yang bagus tak decide menu masa tengah masak. Menu dah plan. Bahan dah sedia dalam fridge. Dia tinggal masak.
Content pun sama — kerja tu patut dah siap sebelum duduk depan kamera.
Semua bermula dengan 5 Library yang dibina sebelum diperlukan — tempat simpan bahan mentah supaya bila tiba masa nak buat konten, tinggal gaul-gaul aje.
Tiga prinsip yang buat sistem ni bergerak lancar:
✅ Compartmentalised — cari idea, tulis skrip, rancang format, hasilkan konten — semua diasingkan, buat waktu berlainan
✅ Preseeded — bahan & tertibnya dah sedia sebelum perlu
✅ Recyclable — buat sekali, guna berkali-kali
🔥 Betulkan struktur kerja, output akan terhasil — tak bergantung pada kreativiti, mood atau kerajinan.
Sebab aturan sistemnya berjalan…
⚙️ Idea → ⚙️ Outline (isi konten) → ⚙️ Skrip siap → ⚙️ Storyboard → ⚙️ Shoot / tulis + media
Kalau memang takde mood pun, ikut je cara ni — konten tetap siap. Kurang perisa sikit, tapi siap.
Hasilnya:
Staff saya — zero pengalaman content & marketing.
Minggu pertama kerja, dia dah boleh produce konten dari awal sampai habis:
✅ Idea sendiri
✅ Hook sendiri
✅ Skrip sendiri
✅ Tahu macam mana nak shoot
Edit je saya masih tolong sikit. Dapat view tinggi. Dah ada orang komen kat video dia.
Ada hari dia guna sistem ni ala-ala je. Konten bolehlah, taklah gempak gila. Tapi siap. Dan siap lagi baik dari tak buat langsung sebab “idea tak mari” 😅
Takdelah saya pening hire staff tapi takde output!
Nak belajar sistem ini?
→ Bos yang nak delegate kerja konten kepada staff, tapi tak reti ajar
→ Staff yang baru belajar buat konten
→ Practitioner yang kena hasilkan konten setiap hari
→ Orang yang dah cuba macam-macam teknik tapi masih buntu
❌ Software / app / AI tool — ini tatacara & susunan kerja
❌ Cara buat satu-satu konten menarik — ini sistem untuk penghasilan konsisten, day in day out
❌ Kelas hook berapi, view tinggi, viral trending — bukan pasal isi konten, ini pasal tatacara kerja
📆 8 Julai 2026, Rabu
⏰ 9PM sampai selesai
🎥 Live Zoom — tiada rakaman
📝 Mula dengan clarity & mental model dulu, baru skillset & toolset
💰 RM100 sahaja
📛 Tutup pendaftaran 2pm hari ini
BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my