logo brc 200

Case study: Klinik Lovina

Klinik Lovina diasaskan oleh pasangan suami isteri Dr. Hamidah & Dr. Amir Zakwan. Klinik ni bertapak di Wangsa Maju & menyediakan servis estetik & perubatan am.

Dulu:
❌ Jualan sangkut sekitar RM30,000 sebulan
❌ Terpaksa buka klinik sampai ke malam — kurang masa untuk keluarga
❌ Banyak masalah dalam bisnes tanpa disedari

Sekarang:
✅ Bina tim bisnes untuk jalankan operasi
✅ Lebih mudah urus bisnes
✅ Jualan meningkat, simpanan bisnes bertambah

Mula berbisnes...

Sebelum ada klinik sendiri, Dr. Hamidah bekerja sebagai doktor di sektor kerajaan. Beliau juga merupakan seorang tentera berpangkat Mejar.

Beliau pernah dihantar berkhidmat di Sahara Barat dalam pasukan medikal.

Sampailah satu masa apabila timbul niat untuk buka klinik sendiri. Beliau pun buka Klinik Lovina di Wangsa Maju.

RUPANYA, BISNES INI SUSAH…!

Merawat pesakit & mengurus bisnes adalah 2 benda yang berbeza.

Ini cabaran yang dilalui oleh Dr. Hamidah lepas berjaya buka klinik sendiri.

Bila bekerja dengan orang, hanya fokus untuk merawat pesakit sahaja. Bila dah ada klinik ni beliau perlu fikir juga untuk menguruskan bisnes.

Banyak kerja-kerja yang sebelum ni tak pernah buat, sekarang TERPAKSA buat.

Dari nak ada masa lebih dengan anak-anak, rupanya lagi takde masa!

Sebelum ini, jualan Klinik Lovina sangkut di level RM30,000 dalam satu tempoh yang lama.

Buntu dah tak tahu nak buat apa.

Tahu bisnes bermasalah, tapi tak tahu apa masalah sebenar!

Banyak bisnes yang ada masalah macam ni…

Bila sales tak berapa padu, mesti nak tengok teknik marketing & sales je.

Asik-asik pergi kelas belajar marketing & sale.

Sedangkan masalah besar sebenarnya kat tempat lain…

Apa masalah dalam bisnes ini?

Dr Hamidah sertai kelas Business Strategic Gameplan (BSG) dengan harapan untuk belajar marketing & sales (sama macam orang lain).

Rupanya, banyak lagi yang beliau dapat!

Beliau baru sedar, ada masalah besar kat dalam bisnes…

Bisnes bukan sekadar buat marketing & sales

Marketing = sebarkan mesej & dapatkan prospek

Sales = tukarkan prospek jadi pelanggan & dapat jualan

Adakah cukup kat situ je?

T I D A K !

Kalau itu saja kita fokus, banyak benda lain akan cicir. 

Contohnya:

❌ Ada jualan, tapi takde untung — sebab salah kira-kira

❌ Ada untung, tapi simpanan tak bertambah — sebab duit tak diurus dengan betul

❌ Banyak jualan, tapi kena buat sendiri & banyak kerja cicir — sebab takde staf & tak rancang proses kerja

❌ Ramai pelanggan, tapi tak tahu berpuas hati ke tidak — sebab takde staf customer service

❌ Boleh buat marketing sendiri dapat jualan banyak, tapi tak menang tangan buat kerja lain pulak — sebab takde staf yang buat marketing secara tetap

…dan macam-macam lagi!

TAK JELAS PELANGGAN & MARKETING

Ini masalah terbesar Klinik Lovina. Tak jelas sebenarnya siapa pelanggan ideal yang dia nak target.

Bila tak jelas siapa pelanggan, marketing juga akan bermasalah.

Selama ini, marketing yang Klinik Lovina jalankan terlalu umum. Iklan yang sama target kepada semua orang.

Padahal servis yang ditawarkan berbeza-beza. Ada mahal, ada murah. Ada yang selesaikan masalah lain-lain.

Jenis pelanggan juga berbeza-beza.

Iklan yang terlalu umum tak mampu nak tarik jenis pelanggan yang spesifik untuk rawatan yang sesuai.

TAK BUAT CUSTOMER SERVICE & KUMPUL CASE STUDY

Terlalu fokus nak menjual, customer service pun terabai.

Case study pelanggan yang berjaya pun tak dikumpul & didokumenkan dengan betul. Hanya simpan dalam kepala saja.

Lepas belajar dengan, baru Dr. Hamidah sedar kita perlu obses nak tahu hasil pelanggan.

Case study pelanggan yang berjaya juga boleh jadi ‘peluru’ untuk digunakan dalam marketing & untuk ‘close’ pelanggan ambil servis rawatan yang mahal.

TAK CUKUP STAF

Masa Dr. Hamidah banyak sangkut dengan kerja-kerja operasi bisnes.

Sibuk & serabut sangat dengan kerja-kerja kecil dalam bisnes.

Padahal, mereka sepatutnya fokus kerja-kerja yang bagi impak tinggi macam fikirkan strategi untuk naikkan lagi jualan bisnes.

Lepas kelas kelas BRC, mereka senaraikan semua kerja-kerja dalam bisnes.

Baru perasan yang mereka sebenarnya tak cukup staf. Kena tambah lebih ramai lagi staf untuk uruskan kerja-kerja yang spesifik dalam bisnes.

Apa yang beliau buat?

Lepas sedar beberapa perkara kat atas tadi, Klinik Lovina mula buat beberapa perubahan…

TAMBAH STAF

Sebelum ni memang nak tambah staf, tapi tak jelas siapa yang Klinik Lovina perlu hire.

Kalau tambah staf pun, tak tahu kerja apa nak bagi.

Lepas Dr. Hamidah senaraikan kerja-kerja & perkemas aturan kerja dalam bisnes, nampak jelas siapa perlu beliau hire.

Sekarang dah ada 4 orang staf untuk bantu operasi klinik & 2 staf ‘virtual’ untuk kerja-kerja yang spesifik macam customer service & jaga klien untuk servis business to business.

SEGMENKAN PELANGGAN

Selama ni ada dah segmen pelanggan ni, tapi tak pernah buat dengan serius & dokumenkan.

Dah ada staf yang jaga customer service ni, lebih senang nak segmenkan pelanggan.

Dari sini baru beliau perasan ada rupanya pelanggan yang ambil servis mahal.

Selama ni tak yakin nak jual servis mahal sebab takut tak ada orang nak beli.

JALANKAN MARKETING IKUT TARGET SEGMEN PELANGGAN

Bila dah ada segmen pelanggan berserta case study, senang nak buat iklan yang spesifik kepada segmen pelanggan yang berbeza.

Hasilnya, lebih mudah untuk tarik pelanggan yang ideal & tak putus prospek masuk.

Pelanggan yang ambil servis mahal juga bertambah. Makin yakin & tak rasa takut dah nak jual servis mahal.

Lagi mudah untuk capai milestone jualan bisnes.

TUKAR MASA OPERASI KLINIK

Klinik Lovina pernah beroperasi dari pukul 9 pagi sampai 9 malam.

Dulu fikir buat operasi bisnes macam ni sebab takut hilang pelanggan.

Ada pelanggan yang hanya ada masa lepas pukul 5 petang terutama sekali masa hari bekerja.

Tapi, macam tak ada beza kerja di sektor kerajaan dengan bisnes sendiri. Balik kerja dah malam, tak ada masa dengan anak-anak.

Sekarang dah berani tukar operasi bisnes. Klinik hanya beroperasi dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang.

Pelanggan kebanyakannya datang secara booking appointment. Ada sistem untuk urus booking pelanggan.

Apa hasilnya?

Lepas buat semua tindakan tadi…

SENANG DAPAT PELANGGAN BERNILAI TINGGI

Hasil dari buat segmen pelanggan tadi, Klinik Lovina lagi mudah nak tarik pelanggan mahal.

Seorang pelanggan boleh berbelanja sampai puluhan ribu untuk dapatkan servis rawatan.

Dulu memang Dr. Hamidah tak terfikir boleh dapat jenis pelanggan macam ni.

Sekarang, makin berani nak tarik lebih ramai pelanggan yang mampu berbelanja lebih.

Segmen pelanggan macam ni tak nak tahu pun servis yang murah. Mereka terus nak dapatkan servis yang premium sebab mereka mampu.

MAKIN MUDAH URUS BISNES

Dalam kelas BSG, Dr. Hamidah belajar & faham pasal leverage.

Banyak kerja-kerja operasi harian klinik dah dilepaskan kepada pekerja. Rawatan ringan juga dia dah tak buat.

Dia hanya fokus rawatan yang ‘high value’ saja.

Ada pekerja yang khusus untuk uruskan hal-hal berkaitan dengan servis kepada bisnes lain (business to business) seperti suntikan vaksin typhoid.

Masa lapang juga makin banyak. Sekarang, Dr. Hamidah banyak buat sesi networking dengan pemilik bisnes & klinik lain.

Dr. Hamidah juga ada meluangkan masa untuk sesi perkongsian dalam bidang perubatan dalam kalangan ahli perubatan.

JUALAN KLINIK NAIK!

Sebelum belajar dengan BRC, jualan Klinik Lovina sangkut lama dekat level RM30,000 sebulan.

Bila dah buat milestone & jelas apa nak dibuat untuk capai milestone, jualan mula naik.

✅ Dari RM30,000 ke RM50,000 sebulan

✅ Dari RM50,000 ke RM70,000 sebulan

✅ Pertama kali cecah RM80,000 sebulan bulan Mei 2021

✅ Pernah capai RM120,000 sebulan bulan November 2021, paling tinggi dalam sejarah

DUIT SIMPANAN BISNES BERTAMBAH

Bila jualan naik, duit simpanan bisnes pun makin bertambah.

Dr. Hamidah tak guna duit simpanan bisnes itu untuk berjoli sakan. Sebaliknya guna untuk tambah baik infrastruktur bisnes.

✅ Tambah staf baru
✅ Tambah mesin baru untuk rawatan baru
✅ Beli stok peralatan rawatan & ubat-ubatan
✅ Tambah cawangan baru di Kajang

Ada mesin yang harganya sama macam sebiji rumah!
😱😱😱

TERCAPAI IMPIAN BERBISNES

Antara benda paling best yang Dr. Hamidah kongsikan kepada kami ialah senang nak balik kampung.

Tak perlu nak balik hujung minggu, pening kepala nak hadap jem macam orang lain. Balik kampung ikut masa sendiri.

Balik kerja pun awal, tak macam dulu. Banyak masa boleh luangkan dengan anak-anak.

🚀🚀🚀 TERKINI: Baru dapat audit report!

✅ Jualan tahunan meningkat 2.5X ganda

✅ Kepada RM890 ribu

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my