logo brc 200

Case study bisnes berkembang #4: Tadika Naluri Kreatif

Ini case study Puan Hanan.

Puan Hanan menjalankan bisnes tadika & taska di bawah jenama Naluri Kreatif. Sekarang, Tadika Naluri Kreatif sudah ada 16 cawangan.

HQ di Bangi tapi Puan Hanan mengurus bisnes dari jauh di Teluk Intan.

Dulu:
❌ Sudah 3 tahun jualan sangkut pada RM2 juta setahun (walaupun sebelum PKP)
❌ Bila PKP, makin pening dengan penurunan jualan
❌ Risau, serabut, sibuk buat kerja-kerja kecil dalam syarikat — TIADA MASA untuk fikir strategi bisnes

Sekarang:
✅ Lebih bertenang dalam buat keputusan & ada masa lapang lebih untuk berfikir 
✅ Jualan 2021 naik ke RM3.2 juta –walaupun masih dalam PKP!
✅  Pendaftaran sesi 2022 paling tinggi dalam sejarah — on track untuk capai RM5 juta setahun

Jom kita baca…

Apa masalah dalam bisnes?

3 TAHUN JUALAN BISNES STUCK

Dari tahun 2018 hingga 2020, jualan bisnes stuck RM1.8 juta ke RM2 juta setahun. 3 tahun tak pernah lepas jualan melebihi RM2 juta setahun.

Kenapa stuck?

1. Tak jelas roadmap bisnes

Antara benda penting yang Puan Hanan belajar dalam kelas Business Strategic Gameplan (BSG) adalah roadmap bisnes.

Nak naikkan jualan bisnes, nak kembangkan bisnes, tapi takde hala tuju. Tak jelas apa sebenarnya yang nak dicapai.

2. Tak ada masa berfikir

Puan Hanan sedar bisnes bermasalah, tapi tak ada masa berfikir untuk selesaikan masalah & rancang strategi untuk naikkan jualan bisnes.

Kenapa?

Beliau masih sibuk dengan kerja-kerja yang ‘low impact’ yang sepatutnya dilepaskan kepada pekerja. Sedangkan kerja-kerja itu dah ada staf yang sepatutnya buat.

Kalau Puan Hanan takde masa nak fikir pasal strategi yang lebih besar, macam mana nak naikkan jualan & kembangkan bisnes?

Ada staf, tapi masih sibuk buat kerja-kerja renyah. Tak sempat untuk fikir strategi perkembangan bisnes!

3. Ada cawangan rugi, TANPA disedari!

Dengar macam sedap ada banyak cawangan, betul tak?

Sebenarnya, ada cawangan yang rugi. Selama ini tak nampak sangat sebab kerugian itu ‘ditutup' oleh cawangan lain yang untung.

Sebelum ini…

Beliau sebenarnya tak pasti pun ada cawangan yang rugi. Lepas sesi consultation bersama BRC, barulah sedar untuk buat kiraan untung rugi untuk setiap cawangan.

Barulah CONFIRM ada yang rugi!

PKP MELANDA…

Bisnes tadika antara yang paling terkesan semasa PKP.

Jualan bulanan jatuh dari RM170k ke RM110k sebab ada parents yang berhenti hantar anak ke tadika.

Keadaan ni tambah lagi sakit kepala Puan Hanan & dia tak nampak jalan macam mana nak pulihkan semula jualan yang hilang ni.

Untuk pengambilan baru, biasanya tadika akan adakan ‘open day’ untuk tarik ibu bapa hantar anak untuk sesi percubaan.

Disebabkan pandemik, Puan Hanan rasa tak yakin nak buat ‘open day’ & dia berpendapat yang ibu bapa masih takut nak hantar anak ke tadika.

Titik perubahan besar dalam bisnes

Yang paling utama & jarang ditekankan ialah…

Bila dah banyak masalah yang timbul, ditambah pula dengan pandemik, Puan Hanan makin rasa tak tenang & gelabah.

Rasa ‘overwhelm’ dengan segala beban yang beliau tanggung dalam bisnes.

Lepas belajar di kelas BSG, Puan Hanan sedar ada satu kemahiran yang PENTING tapi kurang ditekankan oleh pemilik bisnes, iaitu…

BERTENANG!

Inilah titik tolak perubahan besar dalam bisnes Naluri Kreatif.

Pemilik bisnes perlu belajar bertenang — supaya boleh buat keputusan yang lebih baik

Baca apa kata beliau…

“Antara perkara peribadi yang paling penting saya rasa ialah berani dan bertenang.

“Saya lebih tenang. Dah tak risau tak berkesudahan untuk bisnes.

“Saya rancang pelan saya dengan lebih teratur. Saya tutup benda-benda yang saya tak perlu fokus, saya pilih apa yang nak fokus dan siapkan.”

Apa yang beliau buat?

Bila dah bertenang & tak gelabah, barulah Puan Hanan boleh susun semula kerja-kerja dalam bisnes.

Barulah boleh berfikir jelas tanpa serabut kepala.

Ini apa yang beliau buat…

Brainstorm bersama ‘core team’

Dalam syarikat sudah ada orang-orang penting yang bantu Puan Hanan mengurus bisnes.

Antara perkara yang dibincangkan adalah roadmap bisnes. Ke mana hala tuju Tadika Naluri Kreatif untuk jangka masa panjang.

Bila dah jelas roadmap, barulah boleh rancang strategi & taktik untuk capai target.

Beliau juga bincang pasal siapa sebenarnya pelanggan ideal bisnes ni. Buat semula praktis ‘customer avatar & demographic’ yang beliau belajar dalam kelas BRC untuk gali siapa pelanggan yang mereka nak target.

Bila dah setel bab kenal pelanggan, susun funnel untuk tarik pelanggan ideal ini untuk hantar anak mereka ke Tadika Naluri Kreatif.

Obses kumpul review dari ibu bapa

BRC ajar prinsip pastikan pelanggan berpuas hati.

Obses gila-gila dengan kejayaan pelanggan.

Puan Hanan mula obses untuk kumpul review dari ibu bapa lepas belajar pasal ‘Unfair Advantage’.

Selama ni ada juga review dari ibu bapa tapi tak serius nak kumpul & ambil tahu.

BRC buatkan beliau nampak kelebihan besar review pelanggan ni. 

Ambil review BUKAN untuk tujuan marketing semata-mata.

Ambil review kerana ambil berat dengan kejayaan pelanggan & pastikan mereka puas hati!

Bertindak berani & pantas tanpa ‘overthinking'

Dalam kelas BSG, Puan Hanan belajar cara nak kurung rasa takut & buang perangai suka ‘overthinking'.

Bila sudah buat praktis macam dalam kelas, baru beliau nampak yang tak ada apa pun sebenarnya yang nak ditakutkan.

Dari takut-takut nak buat ‘open day’ pendaftaran pelajar baru untuk sesi tahun 2022 sebab pandemik, Puan Hanan beranikan diri untuk buat juga.

Hasilnya, dari 10 orang yang datang, 8 orang akan daftar.

Beliau juga dah berpindah ke ofis yang lebih besar & selesa. Selama ni rasa takut sangat nak pindah ofis sebab tak yakin yang bisnes dah bersedia untuk dikembangkan.

Lebih yakin lepaskan kerja kepada tim

Puan Hanan dah kurang sibuk dengan kerja-kerja operasi bisnes sebab banyak kerja dah dilepaskan kepada staf.

Selama ni rasa tak yakin dengan hasil kerja staf. Mesti rasa nak buat sendiri juga & kacau kerja staf.

BRC tekankan untuk percaya kepada kebolehan staf & bina tim yang bagus.

Sekarang yakin untuk lepaskan kerja kepada staf. Rupanya staf lagi gembira buat kerja sebab rasa dihargai & rasa diri penting dalam bisnes.

Berani naik harga

Benda yang paling ramai orang bisnes takut buat, tapi Puan Hanan berjaya buat.

Kenapa berani?

Sebab beliau yakin dengan harga baru yang lebih mahal, itulah nilai sebenar servis Tadika Naluri Kreatif.

Untuk bagi pelanggan rasa lebih berbaloi, modul kelas juga dah ditambah baik setimpal dengan harga yang pelanggan bayar.

Pelajar-pelajar pun ceria, ibu bapa gembira, Puan Hanan pun suka.

Apa hasilnya?

Lepas buat semua tindakan tadi…

Berjaya pecah rekod jualan

Lepas 3 tahun bisnes stuck dekat jualan bawah RM2 juta, tahun 2021 berjaya naikkan jualan.

👉🏻 Jualan 2018 – 2020: RM1.8 juta – RM2 juta

🚀 Jualan 2021: RM3.2 juta
🚀 Sales pendaftaran tahun 2022 paling tinggi dalam sejarah
🚀 Dulu paling tinggi pendaftaran 480 orang, sekarang 650 orang
🚀 Pendaftaran pelajar baru lebih 50%, pertama kali dalam sejarah
🚀 Dengan jumlah pendaftaran begitu, boleh menuju kepada jualan RM5 juta untuk 2022

Lebih mudah urus bisnes

Lepas percaya dengan staf, kerja-kerja operasi sudah banyak dilepaskan kepada staf. Beliau sekarang hanya pantau sahaja.

Puan Hanan juga ambil staf untuk jawatan penting seperti pengurus cawangan untuk bantu urus bisnes lebih baik.

Walaupun Puan Hanan duduk nun jauh di Teluk Intan, HQ berada di Bangi & ada 16 cawangan serata Malaysia, bisnes masih boleh berjalan dengan lancar.

Masa makin lapang

Bila dah lepaskan kerja-kerja kepada staf yang berkaitan, masa Puan Hanan makin lapang daripada kerja-kerja operasi.

Sekarang beliau ada masa lebih untuk berfikir strategi untuk lebih kembangkan lagi bisnes ini.

Langkah seterusnya...

🔥 Nantikan case study yang seterusnya yang akan dihantar ke emel anda…

Dapatkan ‘5 Case Study Bisnes Berkembang' — ada 4 lagi case study macam di atas.

🔥 Kalau belum daftar emel, klik butang di bawah…

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my