Case Study Bisnes Berkembang #3
logo brc 200

Case study bisnes berkembang #3: Azizi Arshad Builders

Ini cerita bisnes Tuan Azizi Arshad…

Dulu:
❌ Bisnes shoe spa
❌ Jualan bawah RM5,000 sebulan
❌ Terpaksa tutup & fokus bisnes baru awal 2021

Sekarang:
✅ Bisnes design & build
✅ Jualan hampir RM1 juta untuk tahun 2021
✅ Target jualan RM2 juta untuk tahun 2022

Jom kita baca lebih lanjut…

Apa masalah dalam bisnes?

Mula dengan bisnes shoe spa

Dulu Tuan Azizi ada bisnes cuci kasut. 

Ada kedai fizikal, berkongsi kedai dengan satu kedai gunting rambut di Johor.

Purata jualan sebulan lebih kurang RM2,000 ke RM3,000 sahaja.

Beliau join Business Strategic Gameplan (BSG) untuk naikkan jualan.

Jualan mula naik…

Habis kelas BSG, beliau susun strategi untuk naikkan jualan bisnes. Dan alhamdulillah jualan naik!

Tuan Azizi faham nilai servis yang dia bagi untuk bisnes ini bernilai tinggi kepada orang yang betul.

Dalam kelas BSG, Tuan Azizi dipaksa untuk memahami pelanggan dengan lebih mendalam.

Dari situ dia dah mula nampak siapa sebenarnya pelanggan ideal dia & apa cara untuk tarik pelanggan supaya berbelanja lebih.

Jualan bulanan naik lebih kurang 2 kali ganda ke RM5,000 sebulan!

Tapi… model bisnes susah dikembangkan!

Untuk kapasiti sekarang, jualan paling tinggi boleh dapat pun lebih kurang RM5,000 tu je.

Nak naikkan lagi jualan?
Tak cukup pekerja untuk cuci kasut.
Kena tambah lagi pekerja.

Nak tambah pekerja?
Kedai sekarang kecil, tak muat nak tambah pekerja. Perlu pindah kedai yang lebih besar.

Nak pindah kedai lebih besar?
Tak mampu.

Kenapa?

BRC ada ajar pasal Unit Economics & kira-kira bisnes dalam BSG.

Dari buat kira-kira mudah pun dah boleh nampak yang untung bisnes ni sebenarnya tak cukup besar. Bila untung sikit, susah nak simpan duit bisnes.

Marketing & sales hebat saja tak cukup kalau kira-kira bisnes itu salah!

Bisnes ini dibunuh matematik!

Jualan sikit, untung sikit sangat. Nak ambil gaji sendiri pun tak lepas. 

Memang ada cadangan beliau untuk pindah & tambah kapasiti.

Tapi…

Lepas BRC bantu buat kira-kira bisnes, baru sedar — model bisnes & kira-kira tak untung walaupun jualan banyak.

Macam ni..

1. Nak jualan banyak, kena tambah pekerja & pindah kedai. 

2. Nak tambah pekerja & pindah kedai, kos makin besar.

Duit yang dapat dekat No 1, habis dekat No 2. Jualan makin banyak, kos pun makin banyak.

Senang cerita, pusing macam mana pun tak habis!

Bisnes dibunuh matematik = kira-kira yang tak menguntungkan.

Nak jualan banyak, kena keluar duit makin banyak. Akhirnya tak untung pun. 

Berat juga untuk nasihatkan beliau tukar bisnes.

Tapi…

Jadi senang sebab BRC baru tahu beliau ada bisnes lain!

Yang lebih elok!

Titik perubahan besar dalam bisnes

Rupanya ada bisnes lain…

Tuan Azizi jalankan bisnes ni dah lama.

Bermula dari tolong bisnes ayah di KL, sekarang beliau jalankan sendiri di sekitar kawasan Johor Bahru.

Setiap bulan tak putus projek. Sebulan paling sikit pun ada 1 projek dengan klien.

Sebelum dengan BRC, bisnes ni takde nama pun.

Beliau anggap bisnes ni sebagai bisnes kedua dia. Tak serius &  tak fokus jalankan bisnes ini.

Klien bisnes ini bukan calang-calang orang. Pernah buat projek dengan Tunku Mahkota Johor & Dato’ Rizalman.

Bayangkan Dato’ Rizalman yang teliti dalam design pun berpuas hati dengan servis Tuan Azizi untuk projek Pusat Pengajian Al Qari di Pasir Gudang.

Penat lebih kurang sama, hasil berganda-ganda

Lama juga berfikir.

Sebab beliau minat bisnes shoe spa.

Yang buat Tuan Azizi yakin untuk tinggalkan bisnes lama & terus fokus kepada bisnes design & build, apabila BRC cakap:

🔥 Nak bangunkan bisnes design & build memang akan penat — bisnes mana yang tak penat?

🔥 Tapi… nak bangunkan bisnes shoe spa dari RM5,000 ke RM10,000 sebulan, pun penat jugak — entah-entah lebih penat lagi!

🔥 Lebih baik penat usaha itu disalurkan ke bisnes design & build yang boleh beri lebih banyak jualan (1 projek RM100,000 ke atas) & lebih untung — sebab model bisnes & kira-kira lebih baik

Akhirnya, beliau ambil keputusan untuk tutup bisnes shoe spa.

Inilah titik tolak perubah besar dalam perjalanan bisnes Tuan Azizi!

Lepas tu, apa jadi?

Lepas tutup bisnes Shoe Spa, Tuan Azizi boleh fokus 100% dekat bisnes design & build.

Banyak perubahan dalam bisnes yang berlaku…

Mindset bisnes berubah

Bila dah fokus ni, mindset bisnes juga berubah.

Dulu, Tuan Azizi sekadar bekerja sebagai seorang kontraktor. Bekerja dari projek ke projek. Takde pengurusan bisnes yang betul.

Sekarang, dia berfikir & mengurus bisnes seperti seorang pemilik bisnes.

✅ Ada rekod jualan & duit keluar masuk bisnes
✅ Susun strategi untuk naikkan jualan bisnes
✅ Ada ofis & pekerja untuk licinkan urusan bisnes

Bina identiti & reputasi bisnes

Dulu bisnes main-main. Takde nama.

Walaupun projek hebat-hebat…

Sayangnya, orang susah nak cari bisnes ini.

Iyelah, nama bisnes pun takde!

Sampaikan follower Dato’ Rizalman tercari-cari siapakah kontraktor untuk projek sekolah tahfiz ni.

Tuan Azizi dah belajar dari kesilapan. Sekarang, bisnes dia dah ada nama iaitu Azizi Arshad Builders. Siap ada logo sekali.

Reputasi bisnes dia tadi dah boleh lekat dekat nama Azizi Arshad Builders.

Positioning lebih premium & harga lebih tinggi

Dulu, asal boleh buat duit, semua projek dia sebat.

Letak harga pun cukup-cukup makan je. Asalkan harga lebih tinggi dari kos & ada untung sikit, jalan!

Lepas belajar dengan BRC, baru sedar yang kira-kira bisnes & cara dia meletakkan harga projek salah.

Sudah buat projek untuk orang-orang ternama & teliti dalam design.

Mereka suka siap bagi lagi banyak projek pulak tu!

Mestilah ada nilai kan?

Sekarang, beliau dah tak tunduk dengan permintaan harga murah. Beliau dah siap-siap letak harga lantai untuk sesuatu projek.

Cerewet memilih klien berkualiti

Sudah disedarkan BRC pasal nilai bisnes beliau…

Tak lagi main sauk layan semua klien walaupun yang banyak songeh. 

Sekarang apa jadi?

Klien banyak songeh?
Minta kurang harga?
Beliau tolak je.

Kenapa boleh tolak klien?

Sebab ada klien berkualiti yang menghargai nilai yang ditawarkan oleh Azizi Arshad Builders.

Dalam BSG, beliau belajar pasal nilai masa.

Baru sedar yang masa beliau terlalu berharga untuk melayan kerenah klien yang mengarut ni.

Lebih baik fokus kepada klien berkualiti.

Langkah seterusnya...

🔥 Nantikan case study yang seterusnya yang akan dihantar ke emel anda…

Dapatkan ‘5 Case Study Bisnes Berkembang' — ada 4 lagi case study macam di atas.

🔥 Kalau belum daftar emel, klik butang di bawah…

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my