BANGKIT DENGAN BISNES
— bukhariramli (@bukhariramli) September 6, 2021
TEPI JALAN!
- Jual mahal walau ramai pesaing
- Susun perancangan strategik
- Buat iklan berbayar
🎉 Lepas 6 bulan, dah ada cawangan & jualan RM1 ribu sehari.
Next target:
- RM50 ribu sebulan
- Tambah cawangan
Ini cerita @baj_abam & @zarastore5 pic.twitter.com/6AtqQjyXNL
Ini cerita pasal bisnes Tuan Hisam & Puan Zara.
Mereka menjalankan bisnes menjual ayam tempayan di tepi jalan kawasan Serkam, Melaka di bawah jenama Ayam Tempayan Serkam.
Tapi sebelum ni, mereka ada bisnes lain. Bisnes jual makanan frozen food jenama sendiri. Ada kilang untuk proses makanan.
Kenapa ubah bisnes?
Teruskan baca…
Masalah bermula masa PKP.
Jualan bisnes frozen food terjejas teruk.
Sebelum ni, mereka sendiri hantar stok kepada ejen-ejen. Disebabkan pergerakan semasa PKP terbatas, susah nak hantar stok kepada ejen.
Buntu fikir cara & strategi baru untuk naikkan semula jualan bisnes.
Nak pos stok pun tak boleh sebab ambil masa lama & makanan akan rosak kalau sampai lambat.
Mereka pun ambil keputusan untuk daftar kelas Business Strategic Gameplan (BSG).
Lepas kelas BSG, mereka duduk bertenang & berfikir.
Mereka naikkan ‘value’ produk untuk rancakkan semula order dari ejen.
Pelanggan suka!
Dapat naikkan semula jualan ke 5 angka sebulan.
Tapi…
Walaupun jualan cecah 5 angka sebulan, takde untung sangat pun.
Mereka sedar benda ni sebab baru belajar kira-kira bisnes & costing dalam BSG.
Mereka nekad untuk tukar bisnes.
Awal dulu, kami mula dengan produk frozen. Bila datang covid, terpaksa slowdown dan susun semula strategy. Macam-macam idea keluar, dan macam macam jugaklah yang bertimbun-timbun sangkut. 😫#bsgBRC #bsgsetahun pic.twitter.com/kSXOWLhVmr
— zarastore (@zarastore5) September 25, 2021
Lepas berfikir lama, Tuan Hisam & Puan Zara buat keputusan untuk mulakan bisnes jual ayam tempayan di tepi jalan.
Mereka study semula ilmu ‘Unit Economics’ & kira-kira kos untuk pastikan setiap ayam yang terjual, ada untung. Segala kos-kos dah termasuk dalam harga jualan.
Segala ilmu yang mereka belajar dalam BSG, mereka aplikasikan semula dalam bisnes baru.
Bulan puasa tahun 2021, maka bermulalah perjalanan mereka dalam bisnes Ayam Tempayan Serkam.
Cari punya cari, jumpa lah idea Bisness Tempayan Berasap. Masa ni lah jumpa kelas BSG. Jadi, selepas bertenang, paham betul betul unit economic, terus apply dalam business. Mulakanlah dengan apa yang ada. pic.twitter.com/wLkWKEAeOX
— zarastore (@zarastore5) September 25, 2021
Macam bisnes frozen food sebelum ni, bisnes ayam tempayan ni juga ada cabaran yang mereka perlu atasi.
Antaranya…
1. Trafik kurang
Pacak khemah di tepi jalan kampung yang tak ramai orang lalu lalang. Bila trafik kurang, pelanggan juga akan kurang.
2. Pesaing ramai & lebih murah
Tak cukup dengan trafik yang kurang, terpaksa pula berkongsi trafik dengan peniaga-peniaga lain yang jual makanan yang jauh lebih murah.
Mana taknya, ayam tempayan yang mereka jual ni harganya RM27-RM30 seekor. Peniaga lain kebanyakannya jual makanan yang bawah RM7.
Bisness ni tepi jalan je + Kawasan kampung. Traffic ada, tapi tak cukup padat. Sekeliling banyak gerai jual makanan harga bawah RM7. Inilah cabaran kami. Jadi, macam mana nak jual produk makanan yang harga RM27, RM30? pic.twitter.com/0HLtWumbSR
— zarastore (@zarastore5) September 25, 2021
3. Dilanda bencana
Bayangkan apa perasan kita meniaga penat-penat, dalam sekelip mata barang-barang berniaga boleh rosak.
Itulah yang Tuan Hisam & Puan Zara hadapi. Kedai hanyut dibawa banjir, khemah terbang dibawa ribut.
1. Buat iklan berbayar
Mereka bukan sekadar tunggu pelanggan datang. Trafik orang lalu lalang di kawasan kampung memang kurang.
Mereka tak salahkan orang kampung sebab tak keluar rumah. Sebaliknya buat iklan berbayar untuk tarik orang untuk datang ke kedai.
Buat video simple je, yang penting mesej sampai & audiens boleh nampak nilai tinggi dari produk yang mereka jual
2. Persembahan produk tiptop depan pelanggan
Pelanggan datang nak beli, baru ayam dipotong. Pelanggan boleh nampak ayam fresh, masa potong boleh terpercik jus-jus dari ayam tu.
Sapu pulak dengan sos resipi sendiri yang sedap. Tabur lagi bawang goreng atas ayam.
Masa tulis artikel ini pun saya saya terliur. 🤣
Inikan pulak pelanggan yang datang tengok sendiri ayam mereka disediakan depan mata. Lagilah terliur.
Sambal ni ada kacang tumbuk. Biar rasa lemak lemak kacang campur manis masam, hujung hujung ada rasa pedassssss.... Sambal ni ada mixherbs+bawang putih+ cili padi+ cili akar+kicap cair+ kicap ikan + gula + minyak bijan. Nak lebih? tambah RM1 pic.twitter.com/bDU3OLC8rL
— zarastore (@zarastore5) August 9, 2021
3. Buat harga pakej
Ada pakej harga jimat untuk galakkan pelanggan beli lebih dari seekor. Dia dah terliur dengan persembahan produk tadi, takkan nak beli seekor je?
Rindu keluarga di kampung? Nak hantar makanan yang sedap ke rumah keluarga? Mereka sediakan pakej untuk hantar makanan rumah ke rumah.
Mereka juga ada buat servis katering untuk kenduri & bisnes yang nak belanja staf makan sedap.
4. Berani naikkan lagi harga
Orang lain takut nak naikkan harga, Tuan Hisam & Puan Zara selamba nak naikkan lagi.
Mereka perkenalkan ayam bersaiz jumbo supaya pelanggan ada pilihan untuk beli yang lebih mahal. Kata mereka, memang ayam jumbo yang habis dulu.
Buat packaging cantik-cantik dalam kotak, bukan balut pakai kertas minyak je.
Pelanggan marah ke harga mahal ni? Tak pun. Happy je makan ayam tempayan yang sedap.
5. Tak berhenti R&D
Sebelum mula lagi mereka eksperimen resepi ayam tempayan ni. Orang kata sedap & ada yang sanggup bayar, mereka pun jual.
Mereka sekarang obses kumpul feedback dari pelanggan untuk tambah baik produk mereka.
Sentiasa rasa teruja nak deliver produk terbaik untuk pelanggan.
Walaupun niaga tepi jalan, kami tetap nak upgrade packaging. Terus naikkan harga jualan. Tiba tiba, street food jadi premium food. Ramai customer happy dgn perubahan ni. Tak bising kami naikkan harga. 🤣 . Cantik tak kotak ni? 🤭🤭 pic.twitter.com/JFOaAOTHEH
— zarastore (@zarastore5) September 25, 2021
Dulu, awal-awal pagi dah kena beratur di pasar untuk beli ayam. Kena datang awal untuk dapatkan pilihan ayam yang lebih banyak.
Sekarang, dah tak payah susah-susah nak keluar awal pagi beratur di pasar. Supplier ayam sendiri yang hantar ayam. Takde isu nak berebut ayam.
Ini baru betul bisnes!
Dulu urus jualan khemah sendiri, sekarang urus jualan cawangan. Mula jual 1,000 ekor sebulan, tapi dengan 4 cawangan ni nanti, kami target boleh buat jualan 3,000 - 4,000 ekor sebulan. Market 1 Melaka kami tapau! pic.twitter.com/37Fr2M04tf
— zarastore (@zarastore5) September 25, 2021
Bisnes bermula pada bulan Ramadhan 2021, jualan bulan pertama mereka cecah RM13,000 sebulan & ada untung RM6,000!
Jualan sekarang makin bertambah. Jualan hujung minggu saja boleh capai RM1,000 sehari untuk setiap cawangan.
Yang paling best, meniaga separuh hari je ayam dah habis. Buka kedai pagi, tengah hari dah kemas-kemas nak balik.
Kalau bulan puasa tahun 2021, jualan mereka RM13,000. Bulan puasa tahun 2022, jumlah jualan dari 2 cawangan mereka cecah RM47,000.
Data jualan terkini Ayam Tempayan Serkam
Cawangan 1:
Mac: RM18,000
April: RM29,000
Cawangan 2:
Mac: RM12,000
April: RM18,000
Jualan lepas raya alami kejatuhan sikit disebabkan isu kekurangan bekalan ayam di Malaysia.
Bermula di tepi jalan kampung, sekarang dah ada 3 cawangan Ayam Tempayan Serkam.
Macam tak percaya kan?
Tapi mereka boleh buat sebab margin untung mereka besar disebabkan ‘Unit Economics’ bisnes mereka betul.
Bila ada untung, bertambah lagi duit simpanan bisnes. Duit ini yang mereka guna untuk tambah cawangan baru.
Berbekalkan ilmu kira-kira bisnes yang mereka belajar dari BRC, Tuan Hisam & Puan Zara sedang giat lagi rancang untuk tambah lebih banyak cawangan.
Mereka berimpian nak tawan satu Melaka & jadikan Ayam Tempayan Serkam ni satu makanan wajib cuba untuk pelancong datang ke Melaka.
Yang terbaru, mereka dah buka satu kedai makan di Bandar Hilir, Melaka. Pelanggan boleh datang & makan di kedai dengan pilihan set makanan yang sedap.
Mereka juga ada kilang sendiri untuk proses & perap ayam. Dari kilang ni mereka supply ayam ke cawangan-cawangan Ayam Tempayan Serkam.
[Melaka] Tempayan Kasim Baba , abam modified jadi dapur. Ayam Tempayan Serkam 👇 pic.twitter.com/6XbiE1Aj2P
— zarastore (@zarastore5) April 10, 2022
🔥 Nantikan case study yang seterusnya yang akan dihantar ke emel anda…
Dapatkan ‘5 Case Study Bisnes Berkembang' — ada 4 lagi case study macam di atas.
🔥 Kalau belum daftar emel, klik butang di bawah…
BRC.my | Made with in Putrajaya | hai@brc.my