logo brc 200

Case study bisnes berkembang #1: MySkinBazar

Ini cerita pasal Cik Ain Zakiah, seorang stokis & reseller produk kecantikan kepada beberapa jenama.

Bisnes ini dijalankan dengan nama MySkinBazar.

Tonton video ringkasan cerita beliau…

Apa masalah dalam bisnes?

Ini situasi bisnes MySkinBazar sebelum ini…

Jadi stokis kepada beberapa brand produk kecantikan. Ada ejen di bawah bimbingan beliau.

Aktiviti bisnes dijalankan dari rumah keluarga. Stok simpan dalam bilik yang dikongsi.

Kadang-kadang adik beradik tolong, sambil ambil sikit stok sebagai upah πŸ˜…

Jualan sangkut sekitar RM15 ribu sebulan.

Ini masalah yang dihadapi dalam bisnes…

1. Ejen ramai tapi sendu

Siapa yang ada ejen memang ramai ada masalah macam ni. Ejen ramai, tapi yang aktif berapa kerat je.

Orang yang sama je akan restok. Ada pula ejen yang restok 2-3 bulan sekali. Pening kepala Cik Puan Ain nak mengurus ejen ni.

2. Takut nak spend iklan

Takut rugi spend iklan.

Dah pernah pun spend iklan & dapat hasil yang memuaskan. Tapi masih takut-takut nak spend.

Sebab, tak pernah buat kira-kira atas kertas untung rugi bisnes. Buat iklan ada untung tapi sebab tak nampak tu yang jadi punca dia takut.

3. Bisnes tak serius

Ini sebenarnya masalah yang paling besar!

❌ Tak pernah rekod duit keluar masuk — setakat tengok bank statement hujung bulan untuk tahu berapa duit tinggal

❌ Tak pernah ambil gaji — tapi rompak duit bisnes

❌ Tak asingkan duit bisnes dengan duit peribadi

❌ Urus bisnes cara koboi je — sekadar menjual tanpa ada perancangan & cara untuk urus duit jualan jadi bisnes berkembang

❌ Semua kerja buat sendiri — sampai takde masa untuk fikir strategi perkembangan bisnes; nak ambil pekerja pun tak tahu nak letak mana sebab bisnes dari rumah keluarga

❌ Buntu & lost tak tahu apa nak buat untuk kembangkan bisnes

Titik perubahan besar dalam bisnes

Yang pertama: belajar tambah ilmu & dapatkan kesedaran cara berbisnes yang sebenar

Bila belajar dalam Business Strategic Gameplan (BSG), baru sedar PUNCA masalah sebenar:
Tak buat bisnes dengan serius!

Dari masalah ini, ia merebak kepada masalah-masalah lain.

Sebelum selesaikan masalah lain, kena ubah diri untuk buat bisnes secara serius dulu…

Turning point utama: Ambil gaji untuk diri sendiri!

Dalam kelas BSG, baru sedar pentingnya ambil gaji. Selama ini duit peribadi campur aduk dengan duit bisnes.

Bila duit bisnes bercampur & tak diasingkan, secara tak langsung TAK NAMPAK sempadan antara bisnes & peribadi.

πŸ”₯ Jadilah sekadar ‘buat duit tepi', BUKAN buat bisnes.

Yang kedua: Ubah mindset kepada bisnes yang lebih serius

Cik Ain mula ambil gaji pada Februari 2021.

Bila buat langkah pertama mula ambil gaji…

Baru rasa lebih serius dalam bisnes. Mindset pun dah lain!

Bisnes ialah aktiviti yang banyak melibatkan duit, takkan tak nak urus duit betul-betul?

Dari situ, mula urus duit bisnes dengan lebih teratur:

βœ… Buat catatan jualan & duit keluar masuk

Mula-mula buat sendiri, tapi kadang-kadang tak selari, ada hilang sana sini.

Lepas tu, hire akauntan freelancer untuk buat bookkeeping teratur.

βœ… Bila buat catatan & rekod, baru nampak data depan mata

Bila nampak data depan mata, lagi senang nak selesaikan masalah.

Dulu setakat tahu je ada masalah, bila cuba nak selesaikan, tak nampak hujung pangkal.

Bila ada data, senang untuk buat analisis seperti:
β€’ Kat mana kurang?
β€’ Jualan produk mana yang bagus?
β€’ Kat mana perlu ditambah?
β€’ Keluar bajet iklan, ada hasil ke?
β€’ Channel jualan mana yang berhasil?

βœ… Duit bisnes tak lagi bocor

Selama ni bocor ke mana?

Ke diri sendiri!

Sebab apa?

Takde catatan hitam putih, senang je nak ambil berapa-berapa pun, bila-bila masa pun.

Lepas dah buat catatan duit, barulah ada rasa bersalah kalau main nak sebat je duit bisnes — nanti nak tulis apa dalam bookkeeping?
πŸ˜…

Takde lagi acah-acah terguna duit bisnes tanpa sedar (sebenarnya sedar).

Lepas tu, apa jadi?

Lepas mula BUAT KEPUTUSAN nak bisnes dengan serius & urus duit…

Barulah perkara lain lebih senang berlaku.

Pindah premis bisnes

Disebabkan ada buat proper bookkeeping & urus duit, dapatlah menabung — bertambah duit simpanan bisnes.

Maka, ada lah bajet untuk sewa premis baru.

Dari berbisnes di rumah famili, sekarang pindah & sewa satu townhouse 3 tingkat untuk jalankan bisnes.

1 bilik buat bilik tidur.

Bilik lain buat simpan stok.

Ada tempat buat kerja yang proper. Makin selesa & tak serabut nak buat kerja. Senang nak fokus bisnes.

Bila dah ada premis bisnes, apa lagi…

Rasa MAKIN SERIUS buat bisnes!
πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Ambil staf untuk lancarkan operasi bisnes

Lepas dah ada premis bisnes, senanglah untuk hire staf. Dah ada tempat untuk bekerja.

Bila hire staf, MAKIN SERIUS berbisnes — sebab ada overhead gaji staf yang perlu dibayar.

Tak bolehlah layan emo sendu bermuram durja bila down macam dulu lagi. 😝

Mula sikit-sikit dulu, hire staf part time untuk buat kerja yang renyah. Supaya boleh lapangkan masa.

Ini pun Cik Ain belajar dari BSG — value of time as a business owner.

Antara posisi yang beliau hire ialah…

βœ… Akauntan part time

Daripada tak reti buat tak siap-siap & ambil masa untuk belajar, hire je akauntan untuk siapkan bookkeeping tanpa bertangguh.

Sebab cepat buat, itu yang cepat maju ke langkah seterusnya.

βœ… Part time content creator

Cik Ain fikirkan apa nak buat — berdasarkan data & analisis yang ada.

Kemudian, bagi brief & planning kepada content creator untuk terus buat konten siap sampai sebulan.

Dari situ, beliau boleh jimat 5 jam sehari.

Strategi rekrut & latih ejen yang lebih baik

Bila dah ada tempat bisnes yang khas, dah makin serius, dah lapang masa sebab ada staf…

Maka ada lah masa lebih untuk mula berfikir strategi yang lebih besar.

βœ… Training untuk ejen — ada yang dibuat sendiri, ada juga sponsor ejen untuk pergi training luar

βœ… Bukan sekadar ajar menjual, ajar juga strategi & roadmap bisnes yang jarang diajar dalam training ejen

Hasilnya…

Ejen makin aktif buat jualan & restock produk.

Berani buat iklan berbayar

Lepas belajar tentang ‘Unit Economics' & ‘Paid Traffic Mindset' dalam BSG…

Cik Ain lebih berani untuk buat iklan berbayar.

Unit economics = kiraan untung rugi untuk 1 unit dalam bisnes

Paid traffic mindset = mindset & manipulasi kira-kira buat iklan berbayar supaya berbaloi & untung

Malah di Shopee pun buat iklan berbayar.

Hasilnya jualan di Shopee bulan Mei 2022 naik hampir 3X ganda berbanding bulan Januari 2022.
πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

Ada apa-apa masalah, lebih rilek & tenang untuk setelkan

Baca sendiri apa Cik Ain tulis…

Langkah seterusnya...

πŸ”₯Β Nantikan case study yang seterusnya yang akan dihantar ke emel anda…

Dapatkan ‘5 Case Study Bisnes Berkembang' — ada 4 lagi case study macam di atas.

πŸ”₯ Kalau belum daftar emel, klik butang di bawah…

BRC.my | Made with ❀️ in Putrajaya | hai@brc.my