Artikel oleh: Bukhari Ramli
Dalam artikel ini, kita akan lihat:
Hakikat bahawa kebanyakan bisnes SME yang dioperasikan secara solo sebenarnya RUGI tanpa disedari
Cara kasar untuk kira-kira untung dan margin yang mencukupi supaya bisnes boleh hidup
Nombor-nombor penting yang perlu kita tahu dalam perjalanan bisnes untuk pastikan bisnes sihat
Dalam kerja saya sebagai konsultan dan strategis bisnes, saya telah bertemu dengan beratus-ratus bisnes.
Berdasarkan pengalaman saya, saya boleh cakap dengan yakin bahawa majoriti bisnes SME sebenarnya tidak untung seperti disangka.
Antara punca masalah ialah: bisnes SME yang dijalankan secara solo atau sepasang suami isteri jarang merekodkan dan mengira nombor-nombor penting dalam bisnes mereka.
Asal saja ada jualan…
Asal saja harga jualan lebih daripada harga kos belian barang…
Mereka rasa sudah untung.
Soalan: betul ke untung?
Data bernombor yang kita rekodkan dan pantau akan memberitahu kita prestasi atau ‘tahap kesihatan' bisnes kita sendiri.
Kita ambil contoh kesihatan diri sendiri…
Kita boleh gunakan data suhu badan, degupan jantung, kadar pernafasan dan tekanan darah untuk pantau kesihatan seseorang. Namun, tanpa ilmu yang cukup, data ini sekadar data mentah.
Kita perlu belajar bagaimana untuk memahami data mentah ini, apa maknanya jika suhu begini, apa maknanya jika degupan jantung begitu, kadar pernafasan ini dikira normal atau tidak, dan sebagainya.
Data bernombor dalam bisnes kita juga begitu.
Banyak bisnes sekadar melihat harga jual dan harga kos barang.
Jual saja dengan harga lebih tinggi daripada harga beli, sudah rasa cukup untung.
Soalannya: betul ke cukup?
Kita mula dengan contoh mudah dulu…
Kita lihat contoh klasik bisnes paling banyak orang buat & mudah kita faham: jual tudung online.
Harga purata kos satu tudung = RM20
Harga purata jualan satu tudung = RM50
Untung RM30! Besarnya untung!
Kita lihat lebih dekat…
Untung kasar = (50-20)/50 = 60%
60% ini ialah gross margin. Gross margin dikira kos untuk membeli barang yang akan dijual.
Daripada gross margin ini kita boleh tahu berapa banyak ruang kita ada untuk kos-kos lain.
Ingat, gross margin ini belum mengambil kira kos-kos lain selain harga barang. Semakin besar margin ini, semakin besar ruang kita ada untuk kos-kos lain.
Katakan kos-kos lain dalam bentuk peratusan ialah seperti berikut:
Jumlah = 57%
Selagi jumlah peratusan ini kurang daripada peratusan gross margin tadi, bermakna kita masih selamat.
Dalam kes ini, kita ada 3% = RM1.50 lebihan.
Tadi rasa macam untung banyak sangat. Sampai boleh dapat RM30 setiap helai tudung.
Sekarang ni tinggal RM1.50 je?!
Ini baru kira-kira teori atas kertas!
Di dunia nyata, mungkin ada kos-kos lain yang kita tidak sedar.
Bagaimana kalau tudung tak laku? Kita sudah keluar duit untuk stoktetapi tidak dapat dijual. Ada lebihan. Kos ini perlu diserap. Berapa tu?
Bagaimana kalau ada stok rosak?
Bagaimana kalau ada pelanggan pulangkan barang kerana tersalah hantar dan kita perlu hantar semula (tambahan lagi 12% untuk kos pos yang baru)?
Tiba-tiba, sudah nampak untung kasar 60% tadi seperti tidak cukup. Kan?
Kes di atas hanyalah kes yang mudah saja.
Apa jadi kalau kita punyai model bisnes berlainan, sebagai contoh, menggunakan ejen?
Kita perlu ambilkira diskaun untuk diberi kepada ejen i.e. untung yang ejen buat.
Saya pernah jumpa kes satu pemilik bisnes yang hanya ada 17% gross margin dan menggunakan sistem ejen untuk pengedaran produk.
Setiap hujung bulan, beliau tidak nampak hasil berbisnes. Bukan saja tak untung, rugi lagi!
Baru sedar selama ini gaji sendiri yang menampung perjalanan bisnes itu!
Margin yang terlalu kecil akan membuatkan kita ‘sempit': kurang ruang untuk ‘bermain' dengan kos-kos lain.
Ini belum kita cerita lagi kalau kos iklan tinggi kerana tidak pandai buat iklan dengan bajet yang betul. Banyak bisnes yang saya jumpa bermain iklan Facebook tanpa kira-kira yang memakan sehingga 15-20% untuk kos iklan produk.
(Buat iklan bukan sekadar pandai picit-picit butang itu ini. Kita juga perlu tahu berapa banyak bajet kita boleh keluarkan untuk dapatkan seorang pelanggan. Ini topik lain!)
Jika gross margin 50%, ditolak pula kos iklan sehingga 20%…
Berapa pula margin yang tinggal untuk kos-kos lain?
Jujurnya, soalan ini bukan mudah untuk dijawab.
Setiap situasi bisnes berlainan. Kebanyakan masa, banyak kos tersembunyi yang pemilik bisnes sendiri tidak dalam.
Dalam banyak situasi business consulting yang saya jalankan, kadang-kadang memakan masa sehingga 2 jam untuk menggali semua data-data penting untuk dimasukkan dalam kira-kira.
Ada masa, sudah gali selama 2 jam, sudah buat kira-kira…
Saya tanya satu soalan dan keluar jawapan yang membuatkan pengiraan jadi salah! Rupanya ada lagi data yang pemilik bisnes terlepas pandang. Kena kira semula.
Sudah dapat semuanya?
Margin yang mencukupi ialah…
Melebihi jumlah peratusan yang kita baru kira tadi!
Atau saya ada sifir lebih mudah: Margin yang mencukupi ialah SEBANYAK YANG BOLEH!
Realitinya kita bisnes kecil yang bergantung harap pada usaha dan cashflow sendiri.
Kita bukan bisnes besar yang ada credit term lama, bank facility dan investor besar. Kita perlu bijak mengurus nyawa bisnes kita: cashflow.
Aliran tunai ialah nyawa kita. Itulah yang bantu kita beli stok seterusnya, bayar gaji pekerja, bayar utiliti, bayar sewa dan sebagainya.
Setiap RM yang kita laburkan, yang kita keluarkan; kita patut tahu berapa RM yang ia akan hasilkan.
Dengan aliran tunai yang ketat, sedikit saja silap pada margin untung, boleh buatkan bisnes kita mati.
Paling teruk lagi kalau kita buat bisnes secara part time dan sebenarnya kerja full time kita yang menanggung bisnes.
Buat bisnes penat, kerja penat, hasil tiada!
BRC.my | Made with in Putrajaya | hai@brc.my