Antara salah faham marketing yang selalu orang bisnes buat ialah nak buat branding atau brand marketing.
Ada audiens BRC yang hampir nak buat billboard untuk jenama dia. Alasannya nak bagi orang lain kenal dan tahu pasal bisnes dia.
Bagi kebanyakan bisnes, ini mungkin langkah yang salah.
Perlu ke buat branding? Sesuai ke dengan bisnes kita?
Kenapa jenama-jenama besar seperti Coca-cola dan McDonalds boleh buat?
Jadi dalam artikel ini kita akan kupas beberapa isu berkaitan branding ini:
- Apa sebenarnya branding dan marketing?
- Apa cara untuk bina branding bisnes kita?
Ini bukan branding!
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita kena tahu dulu apa sebenarnya branding.
Ramai anggap branding ini bermaksud perlu menjadi bisnes yang gah, satu negara kenal dan mempunyai billboard yang banyak.
Ada yang kata branding ini ada follower dan like yang banyak.
Ada yang anggap branding bermaksud logo, nama & imej dikenali ramai.
Ini BUKAN branding.
Jadi, apa itu branding?
Branding = reputasi
Ini maksud paling mudah.
Ramai orang buat branding sebab nak bagi orang lain kenal dan tahu pasal bisnes dia.
Kat sini kita patut tanya:
Nak orang kenal & tahu APA BENDA pasal bisnes kita?
Itulah dia reputasi.
Branding ialah reputasi bisnes kita. Kita dikenali sebagai APA di mata pelanggan.
Apa yang terlintas di fikiran orang masa mereka fikir pasal bisnes kita?
Apa yang terlintas di fikiran orang masa mereka fikir nampak logo & nama kita?
Kita ambil contoh Apple. Apple adalah satu nama besar dalam dunia teknologi. Kita tengok produk mereka kita boleh tahu itu produk Apple. Kita tengok logo pun kita tahu itu logo Apple.
Kita tahu Apple keluarkan produk:
🔆 Yang user friendly
🔆 Design yang simple & elegan
🔆 Kualiti premium & harga premium
Mereka dah letak siap-siap ‘expectation’ pelanggan yang produk mereka ni mahal. Tak akan ada orang yang nak beli telefon murah pergi ke Apple.
Ini REPUTASI mereka.
Ini apa yang orang fikir pasal mereka.
Logo & nama Apple yang dijaja dalam iklan branding mereka sekadar wujud untuk membantu trigger reputasi ini.
Logo & nama Apple ialah shortcut untuk buat orang fikir pasal reputasi ini.
Tapi tak guna ramai orang kenal logo & nama Apple kalau orang tak tahu apa maksud yang dibawa oleh logo & nama Apple.
Branding bukan logo & nama. Itu hanyalah sebahagian daripada branding.
Apa Itu Marketing?
Bahasa mudahnya marketing ini adalah ‘jambatan' di antara bisnes kita dengan pelanggan. Kita ada produk atau servis dan kita ada target market. Marketing ini yang menghubungkan antara produk kita dengan target market.
Jadi tugas marketing ialah menyampaikan mesej bisnes kita kepada pelanggan. Supaya pelanggan tahu, kenal dan percaya dengan bisnes kita.
Apa mesej yang kita nak sampaikan adalah:
- Apa manfaat yang pelanggan akan dapat dari produk dan servis kita.
- Membina dan meningkatkan keinginan pelanggan untuk dapatkan produk atau servis kita.
Ini 2 tujuan marketing ini yang kita perlu pegang. Apa saja jenis kempen marketing yang kita nak buat mesti cukup 2 ramuan ini. Barulah mencapai maksud marketing tu.
Sesuai Ke Bisnes Kita Nak Buat Brand Marketing?
Sesuai, kalau kita faham branding = reputasi.
Tak sesuai, kalau kita faham branding = logo, nama, warna & design.
Saya bagi contoh…
Tengok iklan di bawah:
Iklan McDonald's ni takde logo & takde nama.
Bagi kebanyakan orang, tengok je iklan ni, dah boleh tahu iklan ni iklan siapa, brand mana, apa yang brand ni tawarkan, berapa range harga produk brand ni dan kat mana nak cari.
Saya nak PECAHKAN fahaman anda pasal branding.
Ramai orang sibuk membina branding logo & nama.
Iklan ni langsung takde logo & takde nama!
Tapi orang tetap tahu semua butir lengkap pasal brand ni.
Sebab apa?
Sebab reputasi yang dah dibina.
Branding = reputasi.
Contoh lain:
Billboard Panadol tak perlu terangkan manfaat Panadol.
Orang kebanyakan dah tahu: apa kegunaan Panadol, berapa harga & kat mana nak beli.
Sebab?
Panadol dah bina reputasi tersendiri.
Meniru Benda Yang Salah
Apa jadi kalau kita tiru iklan McDonald's tadi?
Orang tahu iklan ni siapa punya? Kat mana nak cari? Berapa range harga?
Tak tahu!
Apa jadi kalau kita tiru iklan Panadol pula?
Angkat billboard sepanjang lebuhraya.
Orang tahu kat mana nak beli? Berapa range harga?
Tak tahu!
Adakah iklan billboard ini TRIGGER apa-apa reputasi di kepala otak pelanggan?
Takde!
Iklan branding yang gah, logo cantik, design hebat TIDAK AKAN beri apa-apa makna kalau ia tak TRIGGER apa-apa dalam fikiran pelanggan.
Membina VS Menguatkan Branding
Satu lagi benda penting:
Brand besar buat iklan branding untuk MENGUATKAN brand.
Kalau kita tiru, apa jadi?
Kita buat iklan branding macam brand besar, sekadar letak nama. Sedangkan orang tak kenal lagi nama kita. Apa benda yang kita nak kuatkan?
Orang kenal pun tidak!
Kalau nampak nama kita, apa yang akan bermain di fikiran pelanggan?
Takde!
Sebab kita belum bina reputasi.
Jadi…
Apa Kita Patut Buat?
Untuk permulaan, ada 3 perkara kita boleh buat…
Sampaikan Mesej Yang Tepat Kepada Target Market Yang Tepat
Kita tak perlu untuk buat marketing kepada semua orang. Sebaliknya cukup sekadar kita sampaikan mesej tepat kepada orang yang tepat.
1. Mesej yang tepat
Kita fokus sampaikan mesej dan manfaat produk kita.
Beritahu dengan jelas, apa yang produk kita buat & kenapa produk kita patut dipilih.
Contoh:
Kalau kita jual produk untuk merawat sakit lutut, iklan kita dari headline, isi copywriting dan gambar perlu jelas untuk masalah sakit lutut.
2. Orang yang tepat
Iklan kita juga kita buat untuk target orang yang berkemungkinan ada masalah sakit lutut contohnya golongan emas, anak yang ada ibu bapa ada masalah sakit lutut dan kepada golongan muda yang kerap bersukan.
Tak perlu target semua orang.
Kita pilih target market yang kecil dulu. Supaya kita boleh sampaikan mesej tepat kepada target tepat dengan bajet yang sesuai dengan bisnes kecil.
Tunaikan Manfaat Yang Dijanjikan
Lepas ada satu kumpulan pelanggan awal yang beli & guna produk kita, pastikan kita tunaikan janji kita.
Produk kita bagus & berkesan.
Servis kita bagus & mesra.
Kita ‘overdeliver' apa yang kita janjikan.
Sampai pelanggan gembira dengan ‘result' yang mereka dapat.
Kat sinilah kita bina reputasi kita di mata kumpulan pelanggan awal ini.
Supaya dalam kepala mereka tertanam satu idea:
Kalau aku nak dapatkan manfaat ABC, produk XYZ inilah yang aku kena cari.
Ha, nampak!
Kat sini brand baru bermula.
Tadi awal dia kenal nama je.
Lepas tu baru dia mula PADANKAN satu reputasi dengan nama yang dia kenal ni.
Sekarang kita tengok pula, apa jadi kalau kita GAGAL tunaikan janji?
Pelanggan akan marah.
Mereka rasa menyesal beli.
Mereka menyampah dengan produk.
Kalau ini berlaku, tak guna kita ada logo cantik & nama gah. Reputasi buruk sedang terbina.
Logo & nama kita akan TRIGGER reputasi buruk di kepala pelanggan.
Berikan Khidmat Pelanggan Yang Terbaik
Khidmat pelanggan atau ‘customer service' ini selalu dipandang sepi oleh bisnes kecil. Kita terlalu fokus cari cara macam mana nak naikkan jualan dan branding tetapi abaikan khidmat pelanggan yang baik.
Contoh:
Ejen insuran lepas saja dapat pelanggan, jangan terus hilang. Sebaliknya mudahkan pelanggan untuk hubungi kita jika ada pertanyaan atau masalah.
Masa nak yakinkan pelanggan untuk ambil insuran, kita bersungguh-sunguh janji itu ini. Tapi bila pelanggan yang dah ambil insuran dari kita ada masalah dan cuba hubungi kita, kita hilang.
Apa akibatnya?
Branding atau reputasi kita di mata klien sedia ada sudah jadi buruk.
Kalau ada prospek klien bertanya kepada klien sedia ada, “Bagus tak ejen tu?” mereka akan dapat jawapan, “Tak payahlah. Masa nak close je beriya. Lepas tu hilang.”
‘Masa nak close beriya, lepas tu hilang' inilah reputasi kita.
Itulah BRAND kita.
Bukan logo atau nama.
Buat Dahulu 3 Perkara Tadi Sebelum Fikir Nak Buat Branding
Kita buat dulu 3 perkara ini untuk bisnes kita. Tak perlu pun keluar modal yang besar, cukup sekadar gunakan apa yang kita ada. Jangan janji manfaat yang kita tak mampu tunaikan.
- Sampaikan mesej tepat kepada orang yang tepat.
- Tunaikan apa yang kita janjikan dalam mesej.
- Berikan khidmat pelanggan yang baik.
Bila bisnes kita sudah dikenali ramai baru boleh fikir langkah seterusnya untuk kuatkan branding.
Kalau kita buat branding sekarang tapi produk kita tak seperti yang kita janjikan, khidmat pelanggan yang teruk, branding kita akan makan tuan.
Daripada sepatutnya kita nak orang ramai tahu kebaikan produk atau servis kita sebaliknya orang ramai tahu produk kita tak bagus dan tak memberi khidmat pelanggan yang baik.
Kalau dah sampai tahap macam tu, iklan branding logo & nama takkan mampu selamatkan kita.
Lagi senang buat keputusan nak buat branding lepas faham konsep sebenar kan? Jemput belajar pasal konsep bisnes yang lain pula…