Buntu? Takde idea? Ini cara untuk upgrade kualiti berfikir

Buntu? Takde idea? Ini cara untuk upgrade kualiti berfikir

Kepala kosong? Takde idea? Jalan buntu?

Kita ni kadang berfikir lama-lama pun tak jadi. Tetap juga buntu.

Mungkin sebab kualiti berfikir kita rendah.

Untuk bantu kita selesaikan masalah, keluar dari kebuntuan & dapatkan idea-idea segar…

Kita kena UPGRADE kualiti berfikir kita.

Senang je.

Masalah ni dah diselesaikan beribu-ribu tahun dahulu lagi.

Macam mana?

Teruskan baca…

Jawapannya:
BACA BUKU!

CARA BACA BUKU UNTUK HAPUSKAN BUNTU

Salah satu cara saya baca (cara baca pun ada banyak tau):

1. Baca seputar topik yang saya nak fikir.

2. Baca je. Melompat-lompat pun takpe. Banyak sumber pun takpe.

3. Baca je. Tak faham pun takpe. Kasi otak ‘stretching’. Biasakan otak dengan dunia baru.

4. Baca je. Untuk bagi bahan mentah kat otak. Bagi otak proses.

5. Kadang sebab baca pasal topik tu je, sampai bawa ke mimpi.

6. Lepas tu, sambil buat kerja lain… #TING! Mentol menyala. Bahan mentah yang disuap ke dalam kepala otak tadi rupanya otak sedang proses. Tahu-tahu keluar idea!

7. Saya rasa ini lagi baik dari melangut je mengharap kita ‘terpandai’ sendiri. Inilah usaha kita untuk pandaikan diri sendiri sampai diri kita sendiri mampu bawa diri kita ke jalan hidup lebih indah.

Berapa banyak diri & sendiri tu.
😂😂😂

Dah memang semuanya kita kena gerak sendiri dulu.

MEMBACA SEBAGAI ‘MUZIK LATAR’

Kadang-kadang, saya baca buku sambil menerawang.

Pelik nak diterangkan. Tapi saya cuba jelaskan…

A. Saya baca buku. Setiap patah saya baca. Bukannya sekadar merenung tak baca. Siap selak muka surat. Sama macam baca biasa.

B. Pembacaan saya hanya sebagai latar belakang. Saya sendiri tak ‘dengar’ apa saya baca. Tahu-tahu dah gerak 4-5 muka surat. Apa yang saya baca tadi, satu pun tak lekat. Saya tak ingat apa saya baca.

C. Bacaan tadi macam muzik latar. Dekat depan, saya sedang sibuk berfikir. Macam-macam tengah jalan dalam kepala.

D. Jadi, apa gunanya baca? Ha… Kat sini saya rasa magik dia. Beberapa kata kunci yang saya baca, masuk meresap dalam fikiran secara tak sedar. Ia memandu fikiran saya.

E. Berfikir sambil baca jadi satu alat untuk UPGRADE suasana berfikir saya. Kalau saya fikir sendiri takde ‘muzik latar’ pembacaan, mungkin entah ke mana & butirnya low class.

F. ‘Muzik latar’ pembacaan menyediakan satu ruang berfikir yang lebih bagus. Ada hala tuju jelas & butir apa yang saya fikir tu lebih high class.

G. Seolah-olah macam saya jemput penulis buku tu untuk bantu saya brainstorm. Saya seorang diri berfikir seorang diri, tapi rasa macam duduk semeja dengan bijak pandai untuk bantu sesi berfikir saya.

GUNA ‘AUDIOBOOK’ SEBAGAI RUANG BERFIKIR

Kalau nak panjangkan analogi ‘muzik latar’ pembacaan tadi:
Inilah saya cara dengar audiobook.

Saya tak dengar audiobook untuk buku yang saya tak pernah baca.

Saya dengar audiobook untuk buku yang saya pernah baca. Saya tahu dah isinya.

Masa dengar audiobook, kepala saya bebas daripada nak meneka apa isi buku.

Kepala saya bebas untuk berfikir DALAM KONTEKS buku tersebut dengan dipandu bacaan buku tersebut. Walaupun saya tak tangkap setiap butir bacaan.

Sambil berfikir, pendengaran saya macam keluar masuk keluar masuk untuk dengar butir buku yang dibaca. Sekadar untuk tangkap kata kunci yang memandu fikiran saya.

Ha gitu.

Boleh faham ke ni?
😂😂

Senang je kan?

Tak payah fikir lagi nak mencari cara terbaik.

Masalah ni dah selesai lama.

Jalan pun dah ada.

Tinggal nak buat atau tak je.

Boleh?

Kalau bermanfaat, bagitau kawan-kawan. Sampaikan walau seayat.

❤️❤️❤️


Download panduan percuma ini…


BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai @brc.my | Privacy policy