logo brc 200

BONUS: DARI MANA DATANG IDEA IKLAN? (HINT: bukan dari kepala otak kita sendiri!)

Kenapa kita blur tulis iklan?

Kenapa kita tak dapat-dapat idea nak tulis copywriting?

Kenapa kalau ada idea pun, entah apa-apa rupanya?

Kesilapan dalam mencari idea ayat iklan copywriting

Silap paling besar ialah:
Kita rasa idea ayat iklan copywriting kena datang daripada kita sendiri.

Ini silap paling besar. 

Sebab apa?

1. Ia akan ambil masa lama atau tak datang langsung. 

Seriously…

Dah berapa lama masa anda habis termenung, tengok kertas kosong, tengok bulan bintang di angkasa…

Harap ilham datang, tapi tak datang-datang juga. 

Berfikir sampai keluar urat dahi pun, tak datang-datang juga idea.

Anda dah alami benda ni sendiri kan?

2. Kalau keluar idea pun, ia bukannya idea yang ‘sedap'.

Bayangkan…

Dah la lambat idea tu datang…

Bila datang idea pulak, entah apa-apa yang datang tu.

Kadang-kadang, rasa syok sendiri je. Sendiri tulis idea tu, sendiri boleh rasa macam TAWAR je. Kurang perisa. 

Bila buat iklan pulak, takde pun pelanggan yang rasa WOW sangat dengan iklan tu.

Hakikat sebenar: Kita takkan boleh keluarkan idea ayat iklan copywriting dari kepala sendiri

Bukan setakat untuk newbie copywriter je…

Copywriter yang tahap legend pun mengakui benda ni.

TERUTAMANYA kalau kita sendiri bukan dari kalangan target market. Maksudnya, kita jual benda yang kita sendiri tak gunakan.

Jadi…

Tunggulah macam mana pun…

Fikirlah macam mana pun…

Menunglah lama mana pun…

Idea ayat iklan copywriting, TAKKAN keluar dari kepala kita. 

Dari mana datang idea iklan?

Kalau bukan dari kita… 

Dari mana datang idea iklan?

Idea iklan yang terbaik, datang dari pelanggan sendiri!

Sebab apa?

Sebab yang nak membeli nanti, ialah pelanggan. 

Pelanggan tu tahu situasi sendiri yang mereka alami. 

Pelanggan tu tahu kenapa mereka membeli.

1. Idea ayat iklan copywriting yang datang dari pelanggan, dah tentu kena tepat dengan situasi pelanggan. 

Bukan yang kita reka-reka.

Memang datang dari pelanggan. 

Kalau datang dari mereka sendiri, dah tentu menarik bagi mereka. 

Contoh:
Kita jual kasut. 

Kita rasa pelanggan beli sebab murah. Kita pun sibuk la tenyeh murah murah murah dalam iklan. 

Rupanya…

Bila kita tanya pelanggan sendiri…

Mereka tak kisah pun pasal harga. 

Ramai yang beli produk kita sebab selesa & sesuai untuk berdiri lama!

Bila kita ubah ayat iklan guna angle selesa & sesuai untuk berdiri lama, LAJU perginya.

Idea yang datang dari pelanggan tu JAUH LEBIH BAIK daripada apa yang kita keluarkan dari kepala sendiri.

2. Selalunya idea yang datang dari pelanggan, kita pun tak boleh terfikir.

Pelanggan yang lalui keadaan sebenar. Kita kalau nak fikir pun, mungkin sampai bila-bila tak keluar. 

Contoh:
Kita jual krim jerawat. 

Memanglah pelanggan beli untuk hilangkan jerawat. Tapi, sebab apa?

Apa yang trigger emosi dia untuk membeli?

Dalam kes salah satu klien saya…

Satu segmen pelanggan yang membeli krim jerawat ini ialah cikgu. Apa yang buatkan mereka membeli?

Bila anak murid tegur kuat-kuat:
“Cikgu muka cikgu ada jerawat!”

Ha! Kita pun tak terfikir pasal benda ni. 

Idea yang datang dari pelanggan yang buat kita tahu.

Dah tahu, bolehlah guna idea tu dalam iklan!

Nanti kita sambung lagi…

Pastikan anda ikut siri emel Copywriting 101.

Kita akan kupas lebih dalam pasal copywriting ni.

Kalau anda belum daftar emel & datang sini secara ‘sesat…

KLIK SINI untuk daftar supaya tak terlepas siri seterusnya…

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my