logo brc 200

Bisnes drop sebab pandemik, bangkit lebih hebat dengan bisnes baru!

Ini cerita pasal Tuan Izman — seorang peserta kelas BRC. Sebelum ini jadi ejen takaful & produk kewangan.

Sejak pandemik melanda & mula PKP, pendapatan dari takaful terjejas teruk.

Sebab susah nak set appointment & jumpa depan-depan.

Mungkin ada ejen Takaful lain boleh elok berjumpa secara maya.

Tapi beliau rasa susah nak buat macam tu.

Ini cerita beliau bangkit semula…

1. Selepas join kelas BRC, Tuan Izman duduk berkurung berfikir.

Ambil pengajaran dari kelas BRC yang suruh rancang betul-betul & tak buat keputusan melulu.

2. Hampir-hampir nak join satu jenis bisnes.

Tapi dengan ilmu kira-kira yang BRC ajar, beliau sedar bisnes ini tak untung pun nanti.

Lepas tolak semua kos, tak berapa sen sangat tinggal. Buat penat je.

3. Pada satu hari, ada kawan yang kenalkan Tuan Izman dengan satu produk kesihatan.

4. Sebab produk ada permintaan, ramai juga penjual.

Tuan Izman berfikir dalam-dalam untuk cari kelainan. Kalau tak, akan sama hanyut dalam padang ramai pemain.

5. Ramai penjual terlalu fokus pada mesej ‘mengubati penyakit'.

Sudahlah ramai guna mesej yang sama, boleh jadi ‘false claim' pula tu.

6. Berbekalkan ilmu ‘Unique Positioning Strategy' (UPS), beliau guna mesej yang lain daripada orang lain.

Selepas buat kajian & ikut langkah seperti dipelajari dalam UPS, Tuan Izman fokus kepada mesej ‘__________' (ini rahsia beliau!)

Ingat keyword tu: UNIQUE POSITIONING STRATEGY.

7. Dengan mesej itu, beliau berjaya melarikan diri dari bersaing teruk dengan penjual lain.

Iyelah, kalau kita jual produk yang sama, kepda target market yang sama, dengan cara yang sama, guna mesej yang sama…

Memanglah kita terpaksa bersaing.

βœ…Β Apabila kita berjaya cipta kelainan guna UNIQUE POSITIONING STRATEGY, kita tak perlu bersaing dah!

8. Dalam masa 2 minggu pertama jalankan produk baru ini, sales beliau mencecah RM12 ribu.
πŸŽ‰πŸ˜±

9. Walaupun produk yang dijual ada beberapa pakej, Tuan Izman hanya buat iklan pakej pertengahan sahaja.

Kalau prospek cakap tak cukup bajet, beliau akan downsell ke pakej lebih murah.

10. Selepas iklan makin stabil & dapat lebih banyak maklumbalas pelanggan, Tuan Izman naikkan bajet iklan sampai RM8 ribu.

Beliau juga ikut cakap BRC banyakkan iklan jenis maklumbalas pelanggan.

11. Sebelum ini Tuan Izman tak faham baca data iklan.

Lepas belajar, baru faham betapa pentingnya data dalam berbisnes.

Hari-hari beliau rekod berapa jualan, berapa kos iklan, berapa untung, adakah capai KPI harian & sebagainya.

“Saya berani spend iklan tinggi sebab saya faham baca data iklan. Contoh spend iklan RM7,000, sales RM24,000. Boleh kira ROAS (return on ad spend).”

12. Jualan untuk bulan Julai 2021 ialah RM29,000+ dengan keuntungan hampir RM10,000.

Jumlah ini lebih 4X ganda daripada pendapatan masa buat takaful dulu!
πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

βœ…Β Sekali lagi, perhatikan betul-betul: Pendapatan sekarang 4X ganda berbanding sebelum ini.

13. Untuk bulan seterusnya (Ogos 2021), Tuan Izman sudah bersedia untuk tambah seorang staf untuk buat kerja-kerja melayan pelanggan.

Ini pun benda yang beliau belajar dari BRC.

Jangan terlalu lama buat kerja yang renyah. Cepat-cepat bagi kerja lebih mahal kepada diri sendiri & delegasikan kerja yang lain kepada pasukan bisnes.

14. Beliau juga dapat kepercayaan HQ yang melihat potensi beliau untuk rekrut tim ejen sendiri.

Dengan ada tim sendiri, Tuan Izman boleh pergi lebih jauh.

15. Rupanya, ada hikmah. Tuan Izman sedar yang bisnes sebelum ini tidak tersusun.

Projek terbaru beliau mendatangkan lebih pulangan daripada aktiviti bisnes sebelum ini.

“Paling saya terkesan dengan ayat ‘bisnes tak jejak bumi' (dalam kelas BRC). Bisnes saya sebelum ini memang celaru.Β Saya pegang nasihat Tuan Bukhari, bisnes tanpa faham data adalah bisnes yang buta.”

16. Tuan Izman juga terkesan dengan proses refleksi yang berkali-kali diulang dalam kelas.

BRC memang tekankan proses refleksi ini supaya kita sendiri faham perjalanan bisnes kita & kita jelas hala tuju.

βœ…Β Tanpa proses refleksi yang jelas, apa benda kita belajar pun kita tak faham. Lepas tu, makin banyak makin serabut — bukannya makin membantu.

17. Semua orang boleh buat teknik. Ramai orang belajar teknik.

Cuma adakah teknik itu dibuat bersungguh-sungguh oleh jiwa yang faham dalam-dalam & jiwa yang tenang berfikir.

Kalau jiwa tak faham, takkan habis kejar teknik sampai serabut & buntu! Inilah yang ditekankan dalam ‘Business Strategic Gameplan' (BSG).

βœ… BSG tak fokus pada teknik. BSG fokus pada orang yang membuat teknik — diri kita sendiri.

Lepas belajar & faham dengan jelas, kita buat teknik simple pun boleh dapat hasil.

Tidak lagi terkinja-kinja terkejar-kejar teknik terhebat terbaru ter-wow tapi makin serabut buntu tak tau nak buat mana satu.

“Proses refleksi sangat berbaloi. Saya nampak apa beza refleksi & feedback. Refleksi datang dari jiwa. Ini mahal! Nota BSG ini bagi saya bernilai million dollar!”

πŸ”₯ Terkini! πŸ”₯

Ini cerita terbaru yang kami terima.

Selepas 2 bulan setengah mulakan bisnes baru ini, Tuan Izman sudah capai jualan RM110,000!

πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

Ringkasan apa yang beliau buat…

βœ… Fikir dalam-dalam sebelum buat satu-satu tindakan — elakkan terkinja-kinja ikut orang

βœ… Buat kira-kira untung rugi sebelum mulakan sesuatu bisnes

βœ… Cari keunikan walaupun jual produk yang sama macam orang lain — supaya tidak perlu bersaing

βœ… Tetapkan KPI & matlamat jualan yang mahu dicapai

βœ… Fahamkan data & nombor dalam berbisnes — tanpa data, bisnes buta!

Jemput belajar macam Tuan Izman…

bisnes drop - izman 1
bisnes drop - izman 2
arrows_three_down

BRC.my | Made with ❀️ in Putrajaya | hai@brc.my