Tulisan ini akan ubah pandangan anda pasal marketing…

MARKETING TAK MENJADI?

Baca ni untuk cerahkan kepala otak:
(ini bakal buat anda termenung panjang)

Biasa orang fikir:

❌ Marketing = teknik

❌ Marketing = platform IG, FB, TT

❌ Marketing = iklan gempak, ayat meletup

Betul tak? Anda pun mesti macam tu kan?

Patutlah kepala jadi serabut!

Sebab…

⛔️ Kita letakkan marketing JAUH dari kehidupan manusia

⛔️ Kita tongkatkan marketing pada alat & teknik

⛔️ Kita tak faham marketing yang sebenar-benarnya

Fahaman marketing tadi tu entah dari mana kita dapat. Kita main telan je macam tu.

TANPA faham apa benda sebenarnya marketing.

Habis tu apa dia marketing?

Ini akan ubah pandangan anda pasal marketing.

Ini bukan MAKSUD marketing, tapi inilah SEMANGAT marketing yang kita patut ada…

✅ Marketing = suka berkongsi benda baik & berguna kepada orang

✅ Marketing = rasa rugi kalau orang perlukan sesuatu benda, tapi dia tak tahu pasal benda tu

✅ Marketing = bila orang itu guna benda yang baik itu, kita suka tengok dia dapat manfaat & suka tengok kejayaan dia

Fuh!
🤯🤯🤯

MELETUP KEPALA!

Kan ke nampak kerja marketing tu lebih manusiawi kan?

MANUSIAWI.

Marketing yang lebih dekat kepada manusia. BUKAN fokus pada teknik atau alat!

Cuba baca lagi sekali kat atas tu.

Tengok beza antara ❌ dan ✅.

Cepat. Baca balik.

Saya tunggu… 😎

Marketing BUKAN satu benda yang jauh dari manusia.

✅ Marketing = menyebarkan & menyampaikan kebaikan manfaat

Itulah tujuan utama marketing. Dan itu jugalah sebahagian sifat manusia sendiri.

Fitrahnya suka berkongsi kebaikan.

SELARI!

Dalam masa sama, kita juga menolak kerja-kerja keji dalam marketing yang menghakis kemanusiaan.

❌ Yang menipu
❌ Yang mengelirukan
❌ Yang mengadu domba
❌ Yang membawa keburukan
❌ Yang membodohkan masyarakat

Lebih senang faham & buat marketing…

Kita sendiri manusia.

Bila kita terima MARKETING sebagai satu kerja yang:
✅ Dekat dengan manusia
✅ Menjadikan kita LEBIH manusia

🔥 Lagi senang untuk kita faham sedalam-dalamnya
🔥 Takde halangan (malu / segan) untuk kita buat marketing

Inilah fahaman / pegangan yang BRC mahu sebarkan…

✅ Bagi ramai pandai & boleh buat marketing — sebab dah faham sebenar-benar

✅ Bagi ramai orang buat marketing yang baik-baik

Anda dah baca sampai sini.

Anda dah dapat peluang baca tulisan ini.

Kongsikan kepada kawan-kawan.

Latih diri biasakan berkongsi benda baik.

Termenung lama masih tak boleh hasilkan copywriting ayat iklan??

Jemput tinggalkan komen / soalan di bawah...

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my