logo brc 200

TAHNIAH... jom kita teruskan...

Ayat menempah gagal

Ramai orang fikir, nak bertindak perlukan motivasi.

Sebenarnya…

Motivasi boleh buat kita makin gagal dan makin susah untuk berjaya!

“SAYA TAKDE MOTIVASI!”

Ini 3 perkataan yang sangat bahaya.

Dengan 3 perkataan ini seolah kita menempah gagal seumur hidup.

Di sebalik 3 perkataan ini, kita sebenarnya cakap pada diri sendiri, “Aku memang tak boleh buat apa, dah nasib aku macam ni.”

Kita berserah dan pasrah.

Takde apa kita boleh buat.

Kalau kita dah cop diri kita macam tu, macam mana nak jadi lebih baik & maju?

😭😭😭

Yang lebih teruk lagi…

MOTIVASI SEBENARNYA BUKAN SYARAT UNTUK BERJAYA

Orang yang berjaya, tak bergantung kepada motivasi — sebab motivasi ni datang dan pergi.

Orang berjaya bina tabiat, sistem dan disiplin.

Mereka latih kekuatan mereka berusaha. Setiap kali pusingan mereka buat kerja dan berusaha, mereka tambah kekuatan ‘otot' disiplin mereka.

Mereka bina sistem untuk bekerja.

S I S T E M!

Tak perlu fikir banyak.

Dah bina sistem…

Ikut saja sistem yang mereka sudah bina. Semakin hari, semakin kukuh sistem produktiviti mereka.

Hari-hari buat, sistem pun jadi TABIAT.

APA BEZA MOTIVASI, DISIPLIN DAN TABIAT?

🔥 Motivasi: tunggu kita ‘RASA' nak buat sesuatu kerja baru nak buat kerja tu. Buat kerja tunggu ‘mood mari'.

🔥 Disiplin: kita akan terus buat kerja yang patut dibuat bila masa kita patut buat, tak peduli apa kita rasa. Kita paksa diri buat, kerja tetap kena buat.

🔥 Tabiat: ialah aturan kerja yang automatik. Apabila ‘petik suis' je, kita terus buat secara automatik. Tak perlu paksa diri nak buat, tak perlu tunggu ‘mood mari', takde fikir berdolak dalih tak nak buat.

Sekarang…

Anda kena buat lagi satu keputusan.

(Ye, orang berjaya memang kena buat banyak keputusan.)

Mana satu pilihan anda?

A. Anda mahu teruskan menunggu ‘RASA' nak buat, baru nak buat; tunggu ‘mood' sedap, baru nak buat. Macam selalu-selalu.

Atau…

B. Anda mahu bina disiplin dan tabiat supaya anda boleh buat apa patut buat tak kisah apa anda rasa. Benda penting tetap akan dibuat siap!

Ambil masa buat keputusan terbaik untuk diri sendiri.

10

9

8

7

6

5

4

3

2

1

Kalau anda pilih A, berhenti baca.

Teruskan hidup macam biasa-biasa, macam selalu-selalu.

Kalau anda pilih B, jom kita teruskan…

Sedia? Jom kita...

Hai!

Saya Bukhari Ramli. Dari BRC.my.

Saya la yang bercakap dari tadi tu.
😎😎😎

BRC.my pula ialah laman yang anda sedang baca ini.

Masalah yang anda hadapi ni masalah universal…

Saya temui ‘fenomena' ini sebab saya selalu berhubung dengan audiens saya. Ramai yang mengadu masalah macam ni. 

Macam yang anda baca dalam muka surat sebelum ni. (Itu semua aduan di page & inbox emel BRC.)

Berita baik untuk anda ialah…

DISIPLIN DAN TABIAT BOLEH DIBINA…

Cuma kita je tak tahu caranya.

Cuba fikir…

Kalau kita beli TV, kita dapat ‘user manual' macam mana nak guna TV tu.

Untuk ‘guna' diri sendiri, kita tak pernah pulak belajar macam mana untuk bina tabiat dan disiplin yang bagus.

Dah 20, 30, 40 tahun hidup…

Ramai orang yang masih tak tahu macam mana nak ‘guna' diri sendiri dengan betul.

Itu yang jadi kerja asyik tak siap-siap tu.

Tak reti cara macam mana nak buat kerja sampai menjadi!

‘USER MANUAL' UNTUK DIRI ANDA

Saya dan BRC sentiasa hasilkan konten premium berkualiti tinggi untuk bantu masalah yang dihadapi oleh audiens BRC.

Untuk atasi masalah malas, lemau, takde motivasi, selalu bertangguh ni…

Saya pernah buat satu sesi kelas berkongsi apa yang saya telah jumpa BERKESAN untuk selesaikan masalah ini.

Tapi yang datang kelas tu tak ramai. Adalah dalam 50 orang. 

Kemudian…

Saya pindahkan ke program latihan secara online melalui modul 4 video.

Hasilnya…

SAYA SENDIRI TERKEJUT!

Macam-macam yang peserta berjaya capai.

Ada yang berjaya bina tabiat baca buku.

Bangun awal.

Solat awal waktu.

Kerja FOKUS tanpa gangguan.

Kerja rumah siap, kerja bisnes pun siap.

Mula bersenam. Jogging. Pergi gym.

Ada yang berjaya hapuskan sikap bertangguh yang dah bertahun-tahun melekat.

Ada yang berjaya berhenti merokok walaupun perokok tegar.

Macam-macam…

Pencapaian peserta program MELANGKAUI JANGKAUAN AKAL saya. Saya pun tak sangka sampai ke situ!

Sebelum ni saya seorang perokok tegar. Masa zaman rokok murah selamba je saya hisap rokok Dunhill merah 2 kotak bersamaan dengan 40 batang setiap hari. Lama kelamaan harga rokok semakin mahal.

“Tapi sebagai perokok tegar itu bukanlah penghalang untuk saya teruskan merokok. Apalah sangat harga rokok yang mahal tu berbanding dengan rasa kepuasan yang dinikmati hasil dari merokok jenama Dunhill merah tu…

“Saya terjumpa iklan dari BRC tentang ‘KUASAI TABIAT CAPAI MATLAMAT’ katanya boleh ubah tabiat, jadi saya pun cubalah try beli.

“Dalam video pertama KTCM diajar tentang [3 langkah aturan tabiat]. Benda ni lah yang saya paham dengan cepat dan terus dapat ubah tabiat buruk dan boleh buat tabiat baru yang saya suka bila-bila masa je asalkan faham aturan tabiat.

“Serius membantu gila!! Saya boleh ubah tabiat buruk saya dengan hanya mendengar video pertama sahaja. Tak sangka pulak video ke-3 adalah cara nak ubah tabiat walhal saya berjaya ubah tabiat buruk hanya dengan paham video pertama.

“Saya nak ubah tabiat buruk saya iaitu menghisap rokok. Apabila masuk hari kedua dan ketiga memang rasa susah sangat-sangat nak berhenti merokok..mana taknya perokok tegar kot.

“Sampai ke hari ini saya langsung tak hisap rokok dan pada saya dah kira berjaya berhenti merokok. Rupanya senang je nak buang tabiat buruk ni asalkan paham caranya.

“Serius cakap harga tu murah sangat-sangat berbanding dengan tabiat buruk yang boleh diubah tanpa perlu pergi kelas motivasi yang mahal-mahal, tanpa perlu makan ubat yang mahal.”

Hassan Abd Rahman

“Alhamdulillah, KTCM banyak ajar diri saya utk berubah jadi seorang yg produkif. Jujurnya, masa saya daftar ni saya tengah fight dengan depression saya. Jadi lemau teruk sangat, lost kerja tak jalan langsung dah beberapa bulan.

“Saya tekad nak join sbb nak berubah. Saya nak tinggalkan masa silam saya dan mulakan hidup baru. Nak daftar KTCM & BSG pun masa tu x mampu sebenarnya. Tapi ada je jalan ALLAH bagi pada saya utk join, siap boleh daftar BSG extra- early bird.

“Alhamdulillah lepas KTCM & BSG, Saya boleh rasakan banyak perubahan positif keatas diri saya, lebih terurus dan berdisiplin.

“Saya dah jadi seorang yg boleh kawal diri sendiri, energetic, kurang sangat bertangguh, dah mulakan banyak tabiat baru (baca buku, solat awal, morning walk dll) ada jadual hidup sendiri utk buat kerja, makan, tidur dll). Sekarang banyak depends pada alarm phone & google calendar untuk remind sy buat task2 saya.

“Saya dapat hidup yg saya mahu. Tak banyak buang masa. alarm bunyi dah bangun untuk gerak. Yang best sangat Alhamdulillah saya berjaya solat awal waktu. Lepas tu waktu saya terasa sangat panjang.

“Walaupun banyak lagi yg saya perlu improve, tapi perubahan kecil dlm aspek pengurusan diri saya ni, saya sangat bersyukur. Selalu doakan Tn Bukhari dan keluarga sebab ALLAH temukan saya dengan Tuan.

“Terimà Kasih atas ilmu2 Tuan. Semoga Tuan dan BRC lebih banyak memberi manfaat pada orang lain.”

Sarah Ramli

“Alhamdulillah, saya dah go through semua video KTCM. Nak UBAH dan MULAKAN habit baru TAK PERLU berfikir – berdilema lama, BUAT JE!

“Once kita dah mula buat habit tu kita akan rasa takde la payah sangat sebenarnya habit tu nak buat and kita start suka dengan habit tu dan kita rasa nak buat lagi.

“Contoh habit yang saya sekarang dah start jadikan sebagai routine ialah workout waktu petang. Start je 6.30 ptg tanpa pikir panjang saya start je workout. Tak yah pikir-pikir dulu.

“Sebelum ni bila saya nak workout mesti rasa malas la penat la kejap lagi la takde tenaga la. Macam-macam alasan lah.

Habit satu lagi saya sekarang dah mula buat, time waktu nak tidur start je da baring terus lelap mata tidur takde dah pegang phone. Sebab sebelum ni sebelum nak terlelap mesti layan fb, instagram, tengok youtube sampai drag pukul 2 pagi.

Selama ni punca saya tak cukup tidur sebab habit tengok phone sebelum lelap ni la. Memang tak produktif jadi hari esok tu kalau tidur tak cukup. So sekarang saya dah tak tengok phone lagi. Start je baring nak tidur terus pejamkan mata. Esok pagi bangun tidur pun awal.”

Muhammad Syahiid

Memperkenalkan...

Program latihan Kuasai Tabiat Capai Matlamat (KTCM) ialah program latihan video online 6 modul yang membantu anda untuk kuasai tabiat, kuasai masa dan kuasai hidup anda…

Dulu ada 4 modul video sahaja.

Setelah lebih 1,000 orang peserta awal berkongsi macam-macam maklumbalas…

Saya dah UPGRADE & IMPROVE konten KTCM kepada 6 modul video yang lebih padat dan diperkaya dengan vitamin & nutrien!
😂😂😂

SEKARANG… GILIRAN ANDA PULA!

Sertai lebih 5,000 peserta yang sudah berjaya mengusai tabiat dan sudah dalam perjalanan untuk mencapai matlamat mereka.

Dalam 6 modul video ini anda akan sedar betapa mudahnya kuasai tabiat dan bina sistem produktiviti kalau anda tahu caranya.

Kalau anda mahu to do list, productivity app, kalendar yang fancy dan macam-macam tool yang canggih tapi tak membantu… Anda boleh Google.

Kalau anda mahu baca tips-tips yang buat anda rasa best tapi tak membantu sangat, pun boleh Google je.

Tapi kalau anda serius untuk kuasai dan kawal hidup anda sendiri…

Program latihan ini untuk anda.

Sekaranglah masanya!

Apa anda akan belajar...?

VIDEO 1: Kenali Tabiat & Diri Sendiri

Tabiat ialah senjata yang hebat.

Kita pecahkan aturan tabiat supaya kita kenal dan boleh ‘tundukkan’ ia. Kita mahu jadi TUAN kepada tabiat, bukan jadi MANGSA tabiat.

Dengan aturan tabiat ini saja, anda akan boleh ubah tabiat dengan mudah.

Kita akan tengok satu kajian tentang kejayaan yang dijalankan selama lebih 40 tahun. Dari sini anda akan kenal apakah satu sikap yang menentukan kejayaan.

VIDEO 2: Kenali ‘Pengaruh Masa' kepada Diri Sendiri

Bagaimana kita mahu habiskan masa?

Mahu buat kerja atau tonton TV?

Mahu makan nasi sepinggan penuh atau bersenam?

Mahu terus tidur sedap bawah selimut atau keluar bekerja dengan semangat?

Semua pilihan kita ditentukan oleh 5 ‘penapis’ yang tentukan cara kita luangkan masa.

SALAH cara kita susun 5 ‘penapis’ ini, memang huru hara hidup kita tak tentu haluan.

KUASAI 5 ‘penapis’ ini supaya kita dapat kuasai masa kita sendiri.

VIDEO 3: Cara Mulakan Tabiat Baru yang Lebih Baik

Kita gunakan aturan tabiat yang kita belajar dalam video 1 untuk mulakan tabiat baru yang lebih baik dalam 4 langkah sahaja.

Apa yang anda mahu buat?

Apa yang anda mahu capai?

Apa tabiat baru yang anda mahu mulakan?

IKUT saja 4 langkah yang mudah diikuti ini untuk mulakan segera!

VIDEO 4: Cara Buang Perangai Bertangguh & Tabiat Buruk

Kita lihat dulu apa punca-punca:
+ Tabiat buruk
+ Sikap bertangguh

Apabila sudah tahu puncanya, mudah saja kita buang sikap bertangguh dalam 5 langkah.

VIDEO 5: Kuasai Persekitaran, Kuasai Tabiat

Membina tabiat yang susah akan jadi mudah apabila kita kuasai persekitaran kita.

Bina persekitaran yang baik untuk bina DIRI SENDIRI yang lebih baik.

Teknik ‘Pandang Luar Tingkap’ akan paksa anda buat kerja — bagaimana kerja fokus 3 jam boleh dapat hasil lebih daripada orang kerja 8 jam tanpa fokus

Kita boleh ubah hidup besar-besaran dengan mula ubah tabiat kecil saja — yang dinamakan keystone habit.

VIDEO 6: Motivasi vs Disiplin vs Sistem

Apa beza antara motivasi dan disiplin?

Apakah SILAP FAHAM besar ramai orang tentang motivasi & disiplin yang membuatkan mereka sesat & tersangkut tak dapat bergerak menuju masa depan yang lebih baik?

Bagaimana menggunakan kedua-dua KUASA ini untuk perkembangan diri yang lebih baik?

Bagaimana membina SISTEM HIDUP yang lebih baik untuk membina kehidupan yang lebih baik?

Siapa patut sertai?

PROGRAM LATIHAN INI BUKAN UNTUK ANDA KALAU…

❌ Anda sekadar suka komplen TANPA mahu bertindak.

Komplen pasal ekonomi, komplen pasal orang lain, komplen pasal bos.

Tak jadi apa kalau anda sendiri tidak mahu bertindak. Program ini bukan kuasa magik untuk ubah diri anda.

❌ Anda suka salahkan orang lain, benda lain TANPA rasa mahu bertanggungjawab.

Apa-apa yang jadi dalam hidup anda, mesti anda yang kena bertanggungjawab.

❌ Anda tak sudah-sudah mencari tips dan taktik.

Tips dan taktik ialah perkara luaran. Ia benda mudah untuk dicari dan buat anda rasa puas hati dengan diri sendiri sekejap tapi tak berkesan.

❌ Anda masih meleweh-leweh tak ketentuan hala.

Meratap hiba bersedih takkan bawa ke mana. Kalau diri sendiri tak mahu, orang lain pun takkan boleh bantu kita.

PROGRAM LATIHAN INI MEMANG UNTUK ANDA KALAU…

🔥 Anda serius untuk kuasai masa, kuasai tabiat dan kuasai diri sendiri. Anda serius untuk ubah nasib hidup dan capai matlamat yang anda mahu.

🔥 Anda sudah cuba macam-macam untuk tingkatkan diri anda tapi tak berkesan. Anda sudah cuba ikut tips-tips dan taktik untuk ubah tabiat tanpa hasil.

🔥 Anda tak mahu lagi rasa malas, rasa bertangguh, rasa tak fokus buat kerja. Anda sudah rasa muak dengan keadaan diri sendiri yang tak menentu dan tak ke mana bertahun-tahun dah. 

🔥 Anda sanggup usaha dan labur masa beberapa jam seminggu untuk praktikkan apa yang dipelajari dalam program ini. Anda sanggup berusaha untuk buang tabiat buruk dan mulakan tabiat baru yang berpanjangan.

🔥 Anda tahu perjalanan ini susah dan ada banyak turun naik tapi anda sanggup usaha untuk kawal apa yang anda mampu kawal.

Macam mana nak sertai?

INI MASA ANDA…

Apa tabiat buruk yang anda ada?

Sudah berapa tahun anda ada tabiat buruk ini?

Berapa nilainya pada anda jika anda boleh hapuskan tabiat buruk ini?

Apa pula kerja-kerja yang anda mahu mulakan tapi masih tak mula-mula?

Sudah berapa tahun anda simpan niat baik ini?

Apa anda akan dapat kalau anda berjaya buat?

Berapa nilainya pada anda jika anda berjaya buat terus tanpa tangguh-tangguh?

Saya jemput anda…

…untuk kuasai tabiat, kuasai masa dan kuasai hidup anda.

…untuk bina kehidupan yang anda mahu, bukan sekadar hidup.

…untuk capai matlamat dan impian yang anda simpan sekian lama.

Yuran pelaburan untuk kuasai tabiat hanyalah... RM70 sahaja

Ya.

Jangan tak percaya.

RM70 sahaja.

Anda dapat 6 video.

Atau cuma RM11.67 jatuhnya satu video.

Mesti berbaloi kan bayar RM11.67 satu video untuk ubah hidup anda?

(Tapi tak jual satu-satu lah ye, gila apa.)

Bayangkan impian yang anda boleh capai dan kehidupan yang anda boleh bina apabila anda berjaya kuasai tabiat, kuasai masa dan kuasai hidup seharian…

Lepas anda daftar…

1. Anda akan terima emel pengesahan.

2. Kemudian anda akan terima emel beserta ke link page video modul KTCM.

Di page modul, anda boleh tonton video pertama, seperti berikut…

3. Kemudian anda akan dapat emel seterusnya. Untuk ke link video modul seterusnya. Dan seterusnya. Dan seterusnya.

4. Dalam emel-emel yang saya hantar, saya ada minta anda buat renungan tentang apa yang anda belajar.

Ini cara belajar yang bagus.

Sila REPLY emel itu:
✅ Anda akan lebih faham
✅ Apa anda belajar lebih mudah lekat

5. Semua 6 video dalam modul latihan ini dihantar secara berperingkat. Nak betulkan tabiat bertahun-tahun, ambil masa perlahan-lahan untuk hadam ye.

6. Lepas habis semua video, anda akan dapat emel beserta link untuk download semua modul latihan dalam bentuk audio.

✅ Download audio
✅ Dengar selalu

Ada peserta yang masih dengar selalu walaupun dah 5 tahun!

Soalan kerap ditanya...

“PROGRAM LATIHAN NI MACAM MANA?”

Program latihan ini akan dihantar melalui emel. Anda akan dapat video-video latihan secara berperingkat.

Tonton setiap video beberapa kali untuk bagi faham.

Lagi baik tonton perlahan dan berkali-kali sampai dapat satu video, daripada tengok tonton banyak video tapi tak dapat apa. 

“DIJAMIN BERKESAN KE?”

Saya tak mahu bodohkan anda dengan janji bulan bintang. Saya pun bukannya Tuhan nak menjamin apa-apa.

Saya cuma boleh jamin TAK BERKESAN kalau anda tak buat. 😂

Program ini telah diuji dan disertai lebih 5,000 peserta. Lihat apa kata mereka dan nilaikan sendiri…

“MACAM MANA KALAU SAYA NI MEMANG TAKDE MOTIVASI?”

Dalam program ini anda akan lihat bagaimana untuk membina sistem hidup tanpa perlu bergantung kepada motivasi.

Sebenarnya anda hidup dengan panduan yang salah selama ini.

Program ini akan RESET kepala otak anda supaya berfikir tentang tindakan, motivasi dan disiplin dengan cara yang betul dan berkesan.

“MACAM MANA PROGRAM LATIHAN INI MEMBANTU?”

Tiada benda pelik dan tahyul dalam program latihan ini.

Kita cuba fahami psikologi dan mindset sendiri. Manusia ada fitrah sendiri dalam bertindak dan menghasilkan tabiat. 

Tabiat terhasil secara automatik selalunya, tanpa kita sedar.

Apa yang kita buat dalam program ini ialah balik kepada asas pembentukan tabiat. Kita KACAU pembentukan tabiat buruk dan KEMBANGKAN tabiat baik secara sedar.

“MACAM MANA KALAU SAYA TERCICIR?”

Jangan risau… 

Anda boleh kembali tonton video ini bila-bila masa.

Masing-masing ada speed masing-masing. Jadi anda boleh tonton video ini semula, berkali-kali.

“BERBALOI KE SEMUA NI?”

Cuba tengok semula…

Kebanyakan orang hidup secara automatik. Ikut saja flow yang ada.

Tak pernah tahu tentang pembentukan tabiat, cara urus emosi, cara urus masa dan CARA URUS HIDUP SENDIRI.

Fikirkan…

Anda sertai kelas/seminar/kursus beribu-ribu, nak buat bisnes, nak berjaya dalam karier, nak berjaya dalam pelajaran…

TIDAK AKAN berjaya kalau tidak disertakan dengan buat.

Belajar ilmu POWER sekalipun takkan jadi kalau tak buat.

Anda susah untuk buat kalau TIADA TABIAT yang bagus.

Bayangkan anda join kelas harga RM1,500…

Bayangkan anda enroll PhD…

Bayangkan anda buka bisnes sendiri…

Bayangkan anda mahu bina karier…

Tapi tak menjadi kerana tabiat yang tak betul.

APA JADINYA?

Ini hidup anda. Berbaloi tak untuk belajar macam mana cara urus hidup sendiri?

Berbaloi tak melabur untuk belajar tabiat SEBELUM melabur buat benda lain?

Baca lagi cerita peserta...

✅ Lebih 5,000 peserta pernah sertai program latihan ini

✅ Dari tahun 2016, kemudian ditambah baik pada tahun 2017

✅ Setiap hari kami terima maklum balas melalui emel kiriman peserta — beratus beribu emel kami terima dah!

🔥 Kami masih di sini setiap hari, tidak pernah lari menghilangkan diri

🔥 Malah, lepas anda sertai nanti… kami yang akan follow up perkembangan anda BERKALI-KALI

🔥 Kami betul-betul mahu anda BERJAYA mencapai matlamat anda

Jemput baca lagi cerita peserta-peserta lepasan program latihan ‘Kuasai Tabiat Capai Matlamat'…

“I dah beli banyak ebook, panduan, but when I raised a question, i received no answer. Macam once money credited into their bank account, no more further communication is made.

“I initially thought you were just like the rest. i am truly sorry for being judgmental.

You are…actually, different. Thank you for being you.”

Hazwani Ishak

“Video ini membantu saya berfikir kenapa saya buat sesuatu perkara. Dan cepat-cepat ubah kepada tabiat baru jika tabiat lama itu merugikan masa saya.

“Pada awalnya saya ingat video ni biasa-biasa jer. Alhamdulillah, ia membantu saya buat sesuatu yg lebih bermanfaat dlm hidup saya. Tq Tuan Bukhari kerana hasilkan video seperti ini.”

Faris Osman

“Demi Allah kandungan KTCM memang saya tak pernah jumpa dari mana-mana motivasi atau artikel yang saya pernah baca untuk buang sifat malas dan bertangguh.

Tuan BR tak pernah berikan nilai level biasa-biasa. Sangat luar biasa tapi bukan fancy. Saya akan terus follow tuan dan saya sangat bersyukur ditemukan dengan guru yang luas ilmu dan seikhlas tuan yang benar-benar ikhlas nak bantu orang menjadi manusia yang berilmu dan bermanfaat.

Baru saya rasa hidup saya ni amat bermakna, Tuan. Demi Allah saya rasa ucapan terima kasih pun tak cukup untuk menzahirkan kesyukuran saya dari ilmu yang saya dapat dari tuan.

“Hanya doa yang baik semoga guru saya ini diberikan kesihatan yang baik, dipelihara imannya, dipermudahkan segala urusannya, diterima amalannya.”

Hidayani Noor

“Sebelum ni tabiat buruk yang saya susah nak ubah ialah suka tangguhkan kerja dan buat tugasan last minute. Bila dapat tugasan tu, bila deadline lambat lagi, rilek dulu tapi bila dah sampai deadline, mulalah kelam kabut. Masa tu stress dia, tuhan saja tahu. Bila dicari-cari balik, rupanya ada satu program dipanggil kuasai tabiat capai matlamat oleh tuan bukhari ramli.

“sebaik subscribe, video yang pertama pun dah buka minda saya untuk ubah tabiat buruk dan bertangguh kepada yang lebih produktif. kalau nak buat sesuatu, buat je, jangan fikir panjang. sebaik video kedua dan seterusnya, buat dan ikuti. barulah saya sedar yang memang program ni yang saya cari selama ini.

“Hasil daripada ikuti kelas KTCM, yang paling utama saya perasan boleh ubah tabiat saya ialah secara automatik, setiap jam 8.30 pagi saja, saya bersedia untuk bekerja walaupun kerja dari rumah. memang dah solat subuh sebelum tu tapi selalunya sambung tidur balik, haha.

“Yang kedua ialah saya fokuskan untuk selesaikan satu tugasan tu dalam masa 30 minit. duduk je dekat situ, tak buat benda lain even lagu atau you tube pun tak. disiplinkan diri utk siapkan dlm masa 30 minit sesuatu tugasan tu sblm pergi ke tugasan yang lain. rasa ada perubahan sikit.

“Yang lain cuba praktikkan juga seperti blocking masa tapi kadang-kdang kena langgar juga sebab ada masa time keje, kena buat meeting online.

“Apa pun sesi ktcm pada saya amat membantu dalam mengubah tabiat yang sebelum ni rasa tak cukup masa, tak produktif walau rasa macam sibuk sangat kepada jadual kerja yang lebih tersusun.

“Sambil2 tu, saya ulangi video yang tuan bukhari sediakan beberapa kali sebab tiap kali dengar, ada je perkara baru yang boleh ditangkap. Doakan supaya saya lebih istiqamah dalam memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“teknik yang dikongsikan memang simple tapi sangat berkesan. untunglah sesiapa yang praktikkan apa yang diajarkan sebab nilai dia memang jauh tinggi berbanding pelaburan yang kita telah buat.

“semoga tuan bukhari dan team lebih sukses dan istiqamah memandaikan orang rama di luar sana.”

Ahmad Hanizam Abdullah

“Terima kasih Tuan Bukhari buat course KTCM ni. Secara jujurnya saya tak apply semua pun lagi yang diajar. Cuma buat yang reminder tu je. Buat satu tu tapi besar betul kesan dia!

Saya baru sedar yang selama ni ada je masa untuk buat benda-benda yang saya perlu buat dalam hidup seharian saya. Tapi rupanya masa tu dicuri oleh mindless scrolling dekat social media dan main game!

“Aduhh. Insaf betul bila sedar ni. Buat hari-hari, tapi tak perasan tengah buat. Betul sangat kata Tuan, itulah tabiat!

Tabiat lama yang saya dah tinggal:
1) Tak ada mindless scrolling dekat social media. Saya still buka facebook, instagram, twitter semua tapi saya dah tak spend berjam-jam scrolling macam sebelum ni.
2) Dah tinggal main game yang tak membantu otak pun.

Tabiat baru:
1) Pagi-pagi baca buku sebelum pukul 8 pagi.
2) Bangun awal. Sebab sedar kalau bangun lambat semua benda yang dah schedule tu lari.
3) Tangguh keseronokan! Sebelum ni setiap malam kerap juga saya main phone sebelum tidur, selepas anak tidur sebab saya fikir saya dah bebas dah anak tak ganggu. Sekarang ni saya dah tak buat sebab saya set dalam otak, kalau nak tengok nak cek update ape semua, boleh buat esok. Saya tak dapat keseronokan main phone tanpa gangguan, tapi saya dapat tidur yang cukup.

“Alhamdulillah. Semua dengan izin Allah. Terima kasih sekali lagi Tuan Bukhari!”

Siti Aqeelah

“Alhamdulillah Tuan. Setakat ini yang saya dapat ubah adalah tabiat membaca. Sebelum ni saya susah sangat nak baca buku. Tapi selepas masuk kelas BRC dan KTCM ni, saya dah makin suka membaca.

Alhamdulillah… saya rasa hidup saya pun dah makin terurus. Sebelum ni susah sangat nak buat jadual. Kalau buat pun, selalu tak ikut. Yang sebenarnya tak reti dan tak faham. Dah macam – macam cara buat.

“Selain daripada tu, sebelum ni saya selalu set matlamat, tapi lepas tu blur… Tapi lepas belajar KTCM, saya lebih faham dan nampak lebih jelas apa yang patut saya lakukan. Alhamdulillah…

“Terima Kasih Tuan Bukhari.. KTCM ni sangat-sangat membantu saya untuk faham dengan lebih jelas cara ubah tabiat. Walaupun banyak lagi tabiat yang saya nak ubah. Saya sangat yakin dengan ilmu dari KTCM ni akan ubah hidup saya dengan lebih baik.

“Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa Tuan. Terima kasih banyak Tuan. Semoga Tuan sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat.”

Fazidah Mohamad

“Tabiat buruk yang dah saya buang jauh-jauh adalah tengok channel YouTube yang tak de manfaat dan scroll shopee app tapi tk beli pape window shopping which is bad really bad.

it took hours bfr I stopped scrolling tengok benda2 yg trending on shopee. How saya stopped adalah sy pikir reward-scrolling on shopee will result in “mental illness, low cognitive power and the worst part: bad mood!! So dengan pikir reward yg tk best ni sy stopped.

“Tabiat baik yang baru tumbuh adalah buat je – done is better than perfect iaitu tidur on time. Sy mengalami sleep procrastination.

“Selain itu tabiat baru yang baik sy buat secara paksa adalah kemas bilik – just do it! Sy juga wujudkan sistem untuk cepatkan proses. Sy akan make sure sy prepare semua benda yg diperlukan untuk sesuatu kerja supaya momentum tak terganggu.

“Sekian. THANK YOUU TUAN BUKHARI!! YOU'RE ONE OF A KIND. MASHA ALLAH!! MAY ALLAH REWARD U IN THIS WORLD N THE HERE AFTER!!”

Shud Yusoff

“Tabiat bertangguh yang berjaya saya ubah setakat ini adalah tidak bertangguh buat kerja rumah.

“Kalau dahulu saya akan tangguh nak basuh pakaian, memasak, gosok baju kerja. Dengan alasan nak rehat dan letih.

Sudah 2 hari, baju kerja siap digosok 2 hari awal, tak terkejar-kejar nak bersiap di pagi hari macam selalu. Balik kerja terus sediakan bahan utk masak, lepas siap basuh baju terus masak. Kehidupan semakin teratur insya-Allah.”

Adila Farhana

“Memang best ilmu yg tuan kongsi siap teknik dan langkah langkah praktikal. Lagi best mudah nak paham.

Panduan ni memang banyak membantu saya membuang tabiat bertangguh. Saya suka lambat2 buat kerja, fikir banyak kali lama2 tak buat. Contoh nak basuh baju,tengok baju dan ambil baju letak kat mesin pergi rehat dulu. Lama2 1 jam pun tak mula lagi.

“Sebelum ni, nak mula call client untuk temujanji susah macam macam fikir, last last banyak masa terbuang, call tak cukup banyak.

“Sekarang saya rancang bila nak call. Create trigger, terus jer call tak fikir apa apa pun. Buat bagi siap.

“Dan sampai sekarang saya suka ulang dengar tak jemu jemu, dah banyak kali tp still rasa best nak dengar macam tengok cerita p ramlee berkali kali masih gelak. Terima kasih tuan hasilkan ilmu yang bermanfaat ni.”

Ahmad Najib

“Pada mulanya lepas habis tengok semua video, saya mula buat tabiat baru. Sejujurnya, saya gagal sebenarnya untuk memulakan pada minggu pertama. Lepas itu, saya jadualkan daily schedule dekat google calendar. Still ada yang buat ada yang tak buat.

“Tak lama lepas itu, saya sedar silap saya which is saya terlalu excited sangat senarai banyak tabiat baru yang saya nak buat dan masuk dalam kalender tanpa prioritize yang mana satu saya utamakan.

“Lepas sedar, saya berfikir nak fokus satu je dulu tabiat baru yang betul betul saya nak ubah. Iaitu bangun pagi tepat pukul 6.00 pagi. Alhamdulillah hari ini hari yang ke-10 saya bangun awal.

“Nak dibandingkan saya yang dulu yang bergantung pada semangat semata-mata memang tabiat baru selalunya kekal hanya 3 hari sahaja. Saya tak sangka yang saya boleh konsisten sampai ke hari ini.

“Walaupun ada satu hari saya kecundang bangun pada pukul 6.15 pagi dek tidur lewat dan kepenatan, tapi saya amazed yang saya still boleh bangun pagi. Sebelum ini, saya tak boleh bangun langsung kalau tidur lewat.

Pelbagai teknik saya cuba sebelum ini, berapa banyak buku dan blog saya dah baca dan buat…satu pun tak membantu saya untuk konsisten.

“Saya bersyukur sangat saya jumpa thread Tuan Bukhari Ramli dekat twitter. Lepas baca satu thread ke satu thread, sampai satu tahap saya boleh daftar ktcm.

“Terima kasih banyak banyak Tuan dan tim bantu saya untuk ubah tabiat saya lama kepada baru yang lebih baik. Terima kasih kerana tunjukkan jalan untuk masalah saya bertahun-tahun saya cuba selesaikan. Sekarang saya dapat. Semoga ramai lagi orang dapat mengubah tabiat mereka melalui ktcm. InsyaAllah amin!”

Fatin Amirah

Nak baca lagi...?

Kalau kami nak letak semua kat sini, memang boleh 5 hari 17 malam pun tak habis baca 😂

Sila-sila, jemput baca lagi…

“Alhamdulillah dengan ktcm saya dah berjaya bangun awal setiap pagi.. unbelievable!

saya ni jenis confident level rendah. so selalu je tak yakin saya boleh buat tu dan saya boleh buat ni.

“Alhamdulillah sebenarnya kita cuma banyak sangat berfikir dan tak buat. Buat je la, ape nak fikir banyak2 pulak kan.

“Alhamdulillah syukur. tq BRC sebab sediakan Modul hebat ni. Saya rasa rakyat malaysia semua kene dapatkan ktcm ni untuk membina malaysia yg lebih sejahtera.”

Shafie Ismail

“Saya beli video ktcm masa Mac 2016 rasanya. Dan video KTCM bantu saya turunkan berat badan tahun tu dan next year tu saya join bisnes dan mula-mula tu stuck juga la.

“Lepas tu malas nak buat marketing sebab HQ tengah pong pang dropship dan ejen buat sales 1 hari lepas join bisnes tu dan rasa nak putus asa dengan perniagaan lepas 2 bulan tak ada sale lagi.

“Tapi saya buat juga, terus buat gambar-gambar marketing, tulis artikel blog dan buat beratus-ratus gambar marketing ig, try jadi lain dari ejen lain. Buat benda berbeza dari peniaga lain. Dan tulis beratus copywriting walaupun ayat tunggang.

“Saya cakap dekat diri saya
“kerja kena siap”
“makan boleh tangguh, buat ni dulu, satgi malas pulak”
“ni kena buat”
“artikel kena tulis”
“study ni ni ni dan ni” *buka 10 tabs*
“dah bodo tu kena belajar la”
“semua orang start dari 0 juga”

“So benda ni push saya buat kerja dengan baik dan buat sampai siap. Saya ada perangai suka bertangguh lepas tu takut sorang-sorang. Entah takut dekat apa. Haha.

“Sales mula naik. Walaupun still 3 angka sebulan sebab guna marketing blog, saya rasa happy sebab saya push diri saya tanpa kisah Big Why dan sebagainya. Kerja tu kerja, suka atau tak kena buat juga. Sampai jadi automatik, kalau duduk tu boleh siap 1 – 2 artikel blog dan beberapa gambar marketing.

“Tahun ni dah 2018, kena ulang dengar video KTCM lagi. Saya dah switch ke bisnes lain dah kena start balik dari 0. Tapi berbeza dengan waktu 2017 adalah, sekarang saya dah boleh buat je, takut tu nombor 2. Saya pakai skill saya develop dari bisnes 1 untuk buat bisnes 2. Dan saya boleh gerak lagi laju untuk bisnes 2. Thank you so much.”

Fazlinda Kamarudin

“Cth tabiat buruk. Belanja ikut suka. Duit tak tahu ke mana. Sekarang dah guna apps untuk semak balik belanja harian.

setiap 7.30 pagi saya akan baca zikir pagi. Ada masa macam malas. Tapi buat saja. Ada hari lain rasa macam malas lagi. Paksa jugak diri buat. Kadang sebelum 7.30 pagi dah mula zikir pagi. Sebab otak dah autopilot yang saya ada tugasan zikir pagi yang perlu diselesaikan. Ada masa bila selesai awal. Rasa puas hati sangat-sangat berpuas hati sebab berjaya selesaikan tugasan dan selesai awal. Dapat 2 reward.

“mind set banyak berubah. Dulu banyak fikir. Buat sikit. Sekarang masih banyak fikir. Tapi dah lebih banyak buat berbanding fikir tak kerap tak buat.

“Semoga Allah berkati usaha Tuan membantu manusia lain. Semoga Allah luaskan rezeki Tuan.”

Mohd Roesfan Sazzerin

“Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih sebab hasilkan program latihan kuasai tabiat ini. Saya dah perasan produk ni lebih kurang 3-4 bulan sebelum ni. Ada iklan BRC yang lalu di fb newsfeed saya. Saya jenis yang suka membaca dan saya banyak baca buku-buku tentang motivasi diri dan penambahbaikan diri.

“Bila iklan BRC tentang KTCM ni lalu, saya ada kata pada diri… ‘Apalah sangat nak ubah tabiat ni. Benda ni pun perlu keluarkan produk juga ke? Bukannya susah sangat pun. Nak ubah tabiat ubah je lah. Kena bersungguh. Itu pun perlu nak beli program online ni ke?' Ego saya berkata2.

“Tapi ternyata…nak kuasai tabiat ia tak semudah dikata.

“Sekarang dah khatam kesemua 6 video program. Memang berbaloi! KTCM membuka mata, jiwa dan minda tentang bagaimana nak ubah tabiat buruk kepada baik secara bersistem.

“Tanpa perlu ada motivasi. Tanpa perlu ikut emosi (bila semangat buat, bila down tinggal). Ia memberi ketukan mental berkali-kali pada saya.

“Sebelum ni antara masalah besar yang saya hadapi adalah tak dapat fokus untuk buat sesuatu kerja. Semua benda nak buat. Kesudahannya satu pun tak berjalan. Kalau bergerak pun separuh jalan je. Pastu kepala pening. Masalah jadi makin besar bila dicampur pula dengan suka bertangguh. Last minit baru menggelabah nak siapkan.
Lepas tu tension sorang-sorang. Kadang-kadang asyik memikirkan result sampai kerja pun tak buat.

Lepas dah hadam KTCM ni. Saya lebih fokus. Sebenarnya tak perlu buat semua benda. Fokus mana yang penting. Kemudian perkara yang penting ni bila sampai trigger dia, kita buat sampai habis. Jangan fikir-fikir dah. Buat je sampai habis. Last sekali jangan lupa reward pada diri.

“Bercakap tentang reward, benda ni lah yang saya tak faham sebelum ni. Ingatkan reward ni maksudnya belanja diri makanan kegemaran ke, pergi tengok wayang ke, beli barangan kegemaran ke…tapi semua tu salah. Bendanya senang je rupanya. Pada yang tak dapatkan lagi KTCM ni, wajib dapatkan untuk tahu benda ni.

“Last but not least. Mendapatkan KTCM memang tindakan yang betul. No regrets! Nilai yang dibayar untuk baiki diri menjadi lebih baik dengan KTCM ni terlampau rendah.

Shufi Samsudin

“Alhamdulillah saya dah khatam KTCM ni. banyak kali dengar ulang-ulang. lagi best sebab sekarang dah ada versi audio. boleh dengar dalam kereta sambil drive.

lepas dengar KTCM ni, list kerja-kerja saya jadi makin jelas. kalau dulu buat kerja mesti ikut mood. dapat pulak kerja saya memang buat kat komputer. 24 jam menghadap komputer je. kadang-kadang bila mood tak ada, sehari dua kerja mesti tak jalan.

“KTCM bantu tuk saya jelas kan kenapa saya nak buat kerja tu. penting ke tidak. kena buat cepat ke tidak. bantu saya jelaskan pada diri sendiri. kalau kau buat kerja ni nanti ko dapat sekian-sekian. lagi lambat kau buat. lagi lambat laa ko dapat hasil.

“so dengan expected result yang dah clear, dapat juga saya paksa diri untuk terus buat kerja tanpa berlengah. Ye lah . nak hidup senang cepat, kerja-kerjanya pun mesti lah kena buat terus kan.terima kasih tuan Bukhari Ramli

Rasyidi Alwee

“Terima kasih sebab wujudkan class ni.

Actually dulu saya jenis orang yang menunggu, nak buat bisnes, tunggu orang datang suap. Dah ada org tunjuk cara pun, masih dengan perasaan kalau tak jadi macamana? Selalunya sehari jee motivasi tu naik, lepas tu down balik. Dulu nak cari kerja pun, malas nak cari dalam jobstreet atau website yang seangkatan dengan dia. Nak tunggu orang tengok kita berpotensi dalam syarikat dorang, padahal mana ada wujud perkara macam tu.

“Bila tengok video dari BRC ni, barulah tahu kesilapan tu sebenarnya datang diri sendiri. Dari dulu saya babysit anak orang. Selalu rasa tak ada masa. Masak yang selalu ialah mak, sidai kain pun tunggu mak buat, nak lipat kain pun mak yang suruh lipat, ada vacuum kat rumah pun masih malas bukannya guna penyapu pun.

Semenjak tengok video BRC, skrg ni hampir semua kerja saya buat tanpa disuruh. Saya rasa hidup saya agak produktif. Sembahyang pun dah banyak awal waktu, ada laa jugak kadang-kadang terlambat waktu nak sembahyang, itu pun atas sebab memang ada hal diluar atau anak jagaan menangis.”

Farah Idayu

Untuk pengetahuan Tuan, saya sedang menyambung pengajian dalam PhD. Saya sedang mencari satu method untuk mengekalkan momentum study saya.

“Masalah saya sebelum ni adalah rasa semacam give up bila saya jumpa jalan buntu semasa membuat kajian, tak nampak jalan untuk meneruskan kajian. Tak nampak solution pada kajian yang sedang saya jalankan. Saya nak sesuatu yang nampak hasil yang besar. Bila saya tak dapat capai saya rasa macam mengalah. Terus rasa malas nak mencuba.

Tapi bila follow teknik yang Tuan beri, saya rasa kurang stress sebab saya dah tak fikirkan hasil yang besar tapi saya cuba untuk konsisten belajar. Daripada sebelum ni saya sentiasa risau kalau tak dapat hasil, kalau itu dan ini dan finally saya tak cuba pun buat improvement sebab risaukan hasilnya.

“Ada satu peristiwa yang jadi pada saya selepas saya baca email Tuan berkenaan ‘cara paksa diri buat'. Minggu lepas saya ada appointment dengan supervisor. Tapi sampai hari kejadian saya rasa saya tak tahu apa progress nak beritahu. Macam tak sedia pula nak berjumpa.Rasa takut kalau supervisor tak gembira dengan hasilnya. Dah sampai parking rasa nak patah balik rumah, nak tangguhkan appoinment. Tapi teringat pesan Tuan, paksa diri buat. so tanpa fikir panjang saya teruskan jumpa. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Baiknya Allah. Pastu dapat lagi cadangan cadangan bernas untuk kajian. Rupanya hasilnya tak la seburuk yang saya fikirkan.

“Terima kasih Tuan atas ilmu yang dikongsikan. Teknik Tuan ajar, banyak membantu saya lebih positif dan dapat manage kehidupan lebih teratur. Bila saya buat alarm alert ni rasa kurang sikit fikirkan apa nak buat lepas ni. Just follow schedule yang sudah kita rancangkan.

“So saya dapat bahagi masa untuk belajar, uruskan rumahtangga dan luangkan masa untuk suami dan anak-anak. Perkongsian tuan menyedarkan saya banyak perkara. Saya dah banyak baca teknik, kaedah dan cara untuk ubah diri kepada lebih baik tapi kurang berkesan sebab kita ni sebagai manusia selalunya nak usaha sikit then nak hasilnya cepat dan banyak. Jadi bila tak dapat kita jadi give up and claim yang kaedah tu tak bagus, menipu. Sedangkan rupanya kita kena ubah dulu diri kita..TABIAT kita.

“Terima kasih Tuan. Semoga Allah merahmati hidup Tuan, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik supaya dapat berkongsi lagi ilmu-ilmu yang bermanfaat. Doakan semoga saya sentiasa konsisten dengan tabiat positif yang saya sedang praktikkan ini. Doakan juga semoga saya dapat menghabiskan pengajian saya dengan cemerlang dan dapat memanfaatkan ilmu ini kepada pembangunan agama bangsa dan negara InshaAllah.”

Maizatul Zalela

“saya telah dengar kesemua video. Tiba2 dtg idea. siapkan 1 kerja besar dengan buat sikit2 dan kecik2. sekarang sy tgh nak siapkan thesis phd, bahagian literature. (sebelum ni rasa horror tak tahu nak mula dr mn, nak bc apa, nak study apa, hukum apa apatah lagi nak tulis apa sampai sy bertangguh berbulan2, memang buang masa layan tv, layan anak, layan internet kalau dah siap urus rumah tangga then stress)

lepas khatam video, sy let go perasaan bercelaru2 tu, just duduk 30 minit dan baca slow2. i got something new which is ilmu baru dr bacaan sy, then feel heppy. sy stop sekejap buat hal2 lain urus anak2 dan kerja rumah.

“at the sime time sy eager nak lagi buat 30 minit ‘je', tak nak lama2. then start again 30 minit lagi..accomplised 30 minit lagi, yeayy. 1hour for today saya focus. amazing lagi sy buat lagi 30 minit before sleep at night, focuse 1 jam 30 minit. Alhamdulillah

sy implement this teknik. mmg sy dpt focus berjam2 juga bila pecah2 30 minit setiap masa. hbs 30 minit , sy makan, jemur kain, haha.

“Now, my study flow going smoothly step by step in shaa Allah. Saya dah tahu what next to do for next 30 minit. so sy tak buang masa untuk ambil 3o minit focus.

Siti Mariah

Tabiat buruk yg sy dh berjaya buang adalah tidur dan bangun lambat. Sekarang dh berjaya tidur sebelum pukul 12 malam dan bangun pukul 6 pagi.

“Lagi satu, suka bertangguh. Sebelum ni apa kerja pun selagi boleh tangguh, tangguh sampai kan banyak kerja tak siap dan kena marah dengan bos. Sekarang alhamdulillah banyak kerja2 sy boleh siap ontime.

“Terima kasih tuan atas ilmunya. Semoga Allah merahmati tuan dan keluarga. Ameen.”

Ahmad Faridzuan Zakeria

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my