Produk saya power… Tapi kenapa takde orang beli?

PRODUK POWER… KENAPA TAKDE ORANG BELI?

Ramai penjual rasa produk dia power.

Tapi pelik, orang tak beli pun.

Nak tahu kenapa?

Baca artikel ini sampai habis…

Hanya yang serius saja akan baca sampai habis.

.
.

Peserta program training online Tawaran Meleleh v4 mesti pernah dengar saya cakap ni berulang kali…

“Product is nothing.”

Apabila saya cakap, “product is nothing,” tidak bermaksud saya kata produk cincai pun boleh jalan.

BUKANNYA saya bandingkan produk tak bagus vs produk bagus.

Apa yang saya bandingkan ialah:
Produk vs pelanggan.

Sekali lagi:
Produk VS pelanggan.

“Produk saya bagus, tapi takde orang nak beli pun!”

Benda ni biasa.

Perfume terhebat. Tahan lama. Murah. Wangi.

Pil suplemen gempak. All natural. Mudah dimakan.

Produk hebat. Iklan power. Call to action power. Beli 1 free 16. Wow!

Tapi…

Krik krik krik…

Takde orang beli.

Pelanggan takkan beli…

Pelanggan takkan beli semata-mata sebeb produk kita power hebat gempak no 1 di dunia.

Sebab?

Walaupun produk hebat, tapi mungkin takde memberi apa-apa kesan dalam kepala otak pembaca.

Produk hebat pun tak guna kalau tak beri manfaat pada prospek.

Produk power gila mana pun tak guna kalau takde kaitan pada prospek.

Contoh:
Jual produk kurus paling power kepada mamat yang kurus keding.

Contoh:
Jual but bolasepak paling hebat kepada orang yang takde rasa langsung nak main bola.

Nak ke anda beli produk yang POWER sedangkan ia tiada guna sedikit pun pada anda?

Ada aku kisah?

Ye, produk kita bagus…

Ramai orang suka cerita produk gempak dia.

Boleh belah laut la terbang ke bulan la produk kau tu kan.

Tapi…

Setitik pun tak kisah pasal apa kaitan dengan prospek yang membaca mesej tawaran.

Apa yang penting ialah kaitan dengan pelanggan. 


Kita buka kafe.

Kita ada satu menu…

Sup cendawan resepi gempak diperbuat daripada cendawan liar dari Eropah dipetik di waktu bulan mengambang malam Jumaat oleh pari-pari dara dalam kumpulan 7 orang (ekor?).

Tapi…

Kalau pelanggan tak tahu pasal asal-usul benda tu, pelanggan rasa benda tu sama je macam mushroom soup dalam tin.

ATAU mungkin lepas kita beritahu pun, pelanggan masih tak heran langsung pasal kehebatan benda tu.

“Aku makan Campbell soup pun sekali seumur hidup, mana aku nak tau rasa cendawan liar Eropah?”


Macam kita ada jersi bola authentic tulen 100% signed by Messi disirami peluh Messi, tapi bagi pada orang tak main bola tak tengok bola macam saya…

Memang saya buat kain buruk je la.


Atau jam tangan Patek Philippe Sky Moon Tourbillon (harga USD1.3 juta) yang belakang dia ada langit dengan bintang-bintang, depan dia ada bentuk fasa bulan bagai…

Tapi bagi pada orang yang tak pernah tahu pun apa menatangnya Patek Phillippe tu dan apa menatangnya tourbillon itu…

Yang dia tau jam tangan RM10 je…

Memang dia takkan tahu jam tu harga dia berjuta!

Dan dia takkan hargai jam tu mahal camtu.

Produk saja tak cukup!

Iklan power + produk power tak berguna kalau tak terkesan pada prospek.

Selain dari fokus sangat pada produk, kita perlu juga:

✅ Pilih target market yang menguntung — mahu & mampu beli apa kita jual dengan tak sabar-sabar

✅ Susun mesej marketing kita supaya prospek nampak apa yang mereka dapat bila beli dari kita

Kalau anda sanggup belajar usaha perah otak… 💪💪💪

Jom join:
𝗢𝗳𝗳𝗲𝗿 𝗖𝗿𝗲𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘁𝗲𝗿𝗰𝗹𝗮𝘀𝘀

✅ Pilih target market yang menguntungkan — ELAK stuck menjual kepada target yang salah

✅ Kenalpasti apa yang mereka mahu & mampu beli — ELAK menjual benda yang mereka tak mahu

✅ Cipta tawaran jualan (BUKAN diskaun potong harga) — supaya kita boleh menjual dengan yakin & mereka tidak sabar membeli

• Sabtu, 29 Jun 2024
• 8.30 – 11.30 malam
• Live ZOOM Online

𝗕𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝟯 𝗷𝗮𝗺, 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮:

🚀 Hasilkan jualan sekurangnya RM1,000 (kalau belum pernah)

🚀 Tingkatkan jualan dengan jalan lebih jelas & yakin (untuk yang sudah ada jualan)

🚀 Timeline: Dalam masa sebulan dari sekarang

​​​​Boleh commit untuk join?

🔥 Yuran RM100
Buat dengan cara betul, bulan pertama pun boleh balik modal yuran workshop berkali ganda.

🔥 150+ orang sudah sah akan ke workshop ini

KLIK SINI untuk tempah tiket anda…

Semoga bermanfaat.

Amiin.

~ Bukhari Ramli

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my