Saya banyak buat kira-kira bisnes untuk klien & partner.
Tak sia-sia dulu belajar Mechatronics Engineering jauh-jauh… Walaupun tak jadi engineer.
Dalam artikel ni, kita akan tengok kira-kira macam mana kita patut buat SEBELUM buat bisnes.
Kalau anda tak mahu buat bisnes yang rugi, silakan baca sampai habis…
NOMBOR TIDAK MENIPU
Kita sendiri yang tipu diri sendiri apabila kita tak nak tengok atau tak terfikir langsung buat kira-kira sebelum buat bisnes.
Bisnes kan main dengan duit keluar masuk? Takkan tak nak buat kira-kira SEBELUM buat bisnes.
Kita wajib buat kira-kira supaya kita boleh buat simulasi macam mana gameplan kita dalam bisnes nanti.
Nak untung berapa?
Berapa untung setiap unit?
Berapa unit boleh jual?
Boleh ke kita jual sekian banyak pada harga sekian?
Semua jawapan kepada soalan ini akan menentukan gameplan kita.
HERO KALAH DULU
Kalau kita buat projek besar — katakan nak buat menara dengan bajet RM800 juta — kita akan buat feasibility study.
Syarikat pembinaan akan keluar bajet — katakan RM3 juta — untuk hire analyst, engineer, geologist dan sebagainya untuk buat penilaian projek tu boleh jalan atau tak.
Kalau hasil penilaian risiko tadi cakap tak boleh buat menara tinggi di kawasan itu…
Adakah syarikat tadi sudah bazir RM3 juta?
Jawapannya: TIDAK! Syarikat itu terselamat daripada keluar bajet RM800 juta untuk projek yang akan gagal.
Sama macam kita tadi…
Kita buat simulasi dan kira-kira SEBELUM buat bisnes untuk menilai bagus atau tidak untuk teruskan bisnes kita.
Biarlah kita kalah dulu masa simulasi. BUKAN kalah SELEPAS berhabis banyak keluar duit, masa dan tenaga untuk buat bisnes tu.
PANDANGAN SONGSANG PENIAGA BARU
Masalahnya…
Ramai peniaga baru yang rasa membazir RM3 juta tu. Huh! Baik tak payah buat!
Ramai yang rasa baik terus terjun je buat bisnes daripada bazir masa dan duit buat simulasi.
Ada pula yang cakap kerja-kerja mengkaji risiko kegagalan bisnes ini sebagai NEGATIF! Pulak dah!
Orang Melayu dari dulu lagi dah cakap: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Baik kita cari titik kegagalan tu awal-awal. Tinggalkanlah budaya positif terlajak ni!
3 SITUASI KIRA-KIRA BISNES
Dari dulu, dapat je kes yang boleh buat kira-kira, saya terus buka Excel dan acah-acah jadi engineer. Hahaha.
Ada 3 kategori PENTING yang saya nak kongsi…
Dua rugi.
Satu lagi boleh untung.
Jom kita tengok…
UNTUNG… TAPI RUGI!
1. Paling biasa, kira-kira yang pemilik bisnes rasa untung… Tapi sebenarnya RUGI!
Ini biasa berlaku.
Terutamanya pada yang bisnes geli-geli part time sambil makan gaji full time dan isteri yang buat bisnes untuk bantu suami.
Terutamanya yang buat bisnes di rumah, tak ambil gaji sendiri, guna ruang di rumah dan guna utiliti rumah.
Akhirnya gaji sendiri atau gaji suami yang tampung bisnes tanpa disedari.
Kalau boleh kembang pun, tak mampu kembang sebab tiada bajet gaji, utiliti dan sewa dari awal.
Saya jamin lebih 90% bisnes macam ni tak seuntung seperti disangka.
Rasa-rasa buat duit dah, untung banyak dah…
Tapi… Hmmm kelabu asap!
BISNES TAKKAN MENANG
2. Kira-kira bisnes kategori takkan menang.
Bisnes yang takkan untung.
Atau susah nak untung.
Disebabkan kira-kira yang dah memang cacat dari awal.
Contoh:
Nak untung RM10,000 kena jual 2,000 unit. Margin RM5 saja seunit.
Tapi…
Nak jual 2,000 unit pulak, kena keluar modal besar untuk beli atau buat produk. Modal pulak, kena keluar dulu. Hasil jualan pulak, kena term 60 hari.
Strike one, two, three terus kat situ!
Modal besar. Modal beku. Sementara tunggu duit rolling, kena jugak produce produk lagi. Mana nak cekau duit?
Kalau ada berpuluh beratus ribu cash cushion takpe jugak.
Kalau takde?
Memang tak boleh hidup.
BISNES BOLEH ‘PERGI'…
3. Kira-kira bisnes yang ada potensi.
Sebelum mula, dah buat kira-kira dengan beberapa hipotesis awal.
a. Nak untung sebanyak RM X
b. Nak untung RM X, kena jual pada RM Y sebanyak Z unit
Ini TARGET AWAL.
Reality check:
Boleh ke jual dengan harga RM Y sebanyak Z unit?
Buat validation. Tanya pada market. Dapatkan lebih data untuk sokong teori boleh jual dengan harga RM Y sebanyak Z unit.
Kalau tak boleh? Kena update kira-kira.
TARGET BARU: Jual pada harga RM Q sebanyak R unit.
Awal-awal buat kira-kira kasar saja dahulu. Tak perlu pergi teliti dan butir terperinci.
Kalau kiraan awal nampak cerah…
Baru godek-godek benda detail terperinci.
Kemudian kita akan dapat parameter atau syarat-syarat ukuran yang mesti kita capai.
Parameter:
a. Kalau nak untung keseluruhan RM X…
b. Kena jual pada harga RM Q…
c. Sebanyak R unit.
Jadi sekarang, kita dah ada parameter sebagai panduan. Tak la main tala main sebat je mulakan bisnes tanpa pedoman!
Kalau tinggi keyakinan dan kebarangkali untuk berjaya capai TARGET yang ditetapkan…
Barulah LAYAK buka bisnes.
Kalau situasi tak membenarkan kira-kira ini terjadi…
Eloklah kita elakkan melabur duit, masa dan tenaga untuk bisnes ini.
Nak belajar cara kira margin untung?
Jangan terkejut kalau untung besar yang anda sangka tu sebenarnya RUGI!
1 thought on “Kalau salah kira-kira, bisnes anda mungkin takkan untung…”