Dalam masa 1 hari, saya dah begitu efisyen guna masa untuk kerja seharian sebagai surirumah dan urus anak-anak.
Bila urusan rumah teratur, saya boleh buat kerja untuk perniagaan lebih efisyen.
Perkara yang membuang masa telah pun saya lupakan dan buang terus. Sekarang ni saya nak fokus dan ulang semula video. Untuk nak buat pecahan kecil kerja, dan buat task yg penting demi mencapai matlamat/goal.
Doakan saya ye Tuan. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa menyediakan video ni. Semoga tuan sekeluarga dirahmati Allah dan diberi kesihatan yg baik.
Jazmiladina Husin
Saya berjaya membaca buku ilmiah sekurang-kurangnya 5 muka surat sehari. Tapi biasanya sampai 20 muka surat sekali hadap kalau topik yang dibaca tu sangat menarik.
Sebelum ini saya buat kerja dalam 10-15 minit dah mula main handphone. Buka telegram/whatsapp, FB, youtube dan main games. Dah bermain2 dalam 1/2 jam baru sambung balik kerja. Dalam 15 minit kemudian mula main2 balik.
Macam tu lah hari-hari dari masuk kerja sampai petang.
Sekarang, sebelum saya mulakan kerja, saya settlekan dulu semua emel, offkan notification semua sosial media apps di handphone. Dengan cara ini, saya boleh bekerja terus menerus sehingga 3 jam.
Syahril Badli
AlhamduliLlah. Terima kasih kepada Tuan Bukhari. Apa yang tuan kongsikan memang dari hati. Bukan sekadar nak menjual.
Yang saya paling suka adalah dapat buang tabiat bertangguh. Sekarang, bila tengok jam ada je masa nak buat apa yang perlu.
Kalau sebelum ni, bila tengok jam saya banyak fikir dulu, ‘nanti tak sempatlah, lamalah, takpe lepas ni buat’.
Sekarang tak lagi. Buat je, banyak kerja siap, dan masih ada masa.
Dalam bab ibadah sama. Kadang bila nak buat ibadah sunat, banyak fikir, letihlah, ikut mood. Sekarang, buat je. Bila dah buat baru dapat tahu kemanisannya walaupun penat.
Saya harap Tuan sentiasa dalam Rahmat Allah. JazakaLlahu khairan kathiro.
Mohd Jamri Mohd Naji
Tabiat ialah senjata yang hebat.
Kita pecahkan aturan tabiat supaya kita kenal dan boleh ‘tundukkan’ ia. Kita mahu jadi TUAN kepada tabiat, bukan jadi MANGSA tabiat.
Dengan aturan tabiat ini saja, anda akan boleh ubah tabiat dengan mudah.
Kita akan tengok satu kajian tentang kejayaan yang dijalankan selama lebih 40 tahun. Dari sini anda akan kenal apakah satu sikap yang menentukan kejayaan.
Bagaimana kita mahu habiskan masa?
Mahu buat kerja atau tonton TV?
Mahu makan nasi sepinggan penuh atau bersenam?
Mahu terus tidur sedap bawah selimut atau keluar bekerja dengan semangat?
Semua pilihan kita ditentukan oleh 5 ‘penapis’ yang tentukan cara kita luangkan masa.
SALAH cara kita susun 5 ‘penapis’ ini, memang huru hara hidup kita tak tentu haluan.
KUASAI 5 ‘penapis’ ini supaya kita dapat kuasai masa kita sendiri.
Kita gunakan aturan tabiat yang kita belajar dalam video 1 untuk mulakan tabiat baru yang lebih baik dalam 4 langkah sahaja.
Apa yang anda mahu buat?
Apa yang anda mahu capai?
Apa tabiat baru yang anda mahu mulakan?
IKUT saja 4 langkah yang mudah diikuti ini untuk mulakan segera!
Kita lihat dulu apa punca-punca:
+ Tabiat buruk
+ Sikap bertangguh
Apabila sudah tahu puncanya, mudah saja kita buang sikap bertangguh dalam 5 langkah.
Membina tabiat yang susah akan jadi mudah apabila kita kuasai persekitaran kita.
Bina persekitaran yang baik untuk bina DIRI SENDIRI yang lebih baik.
Teknik ‘Pandang Luar Tingkap’ akan paksa anda buat kerja — bagaimana kerja fokus 3 jam boleh dapat hasil lebih daripada orang kerja 8 jam tanpa fokus
Kita boleh ubah hidup besar-besaran dengan mula ubah tabiat kecil saja — yang dinamakan keystone habit.
Ini MODUL TERBARU yang tiada dalam versi sebelum ini!
Apa beza antara motivasi dan disiplin?
Apakah SILAP FAHAM besar ramai orang tentang motivasi & disiplin yang membuatkan mereka sesat & tersangkut tak dapat bergerak menuju masa depan yang lebih baik?
Bagaimana menggunakan kedua-dua KUASA ini untuk perkembangan diri yang lebih baik?
Bagaimana membina SISTEM HIDUP yang lebih baik untuk membina kehidupan yang lebih baik?
Macam-macam cara buat kekunun nak berubah tapi tak berjalan.
Hangat-hangat taik hangit.
Rupanya kena faham punca dan step by step. Jangan banyak fikir. Tau cue dan terus buat. Habit memang tak perlukan untuk kita berfikir..terus jalan.
Terima kasih tuan perkongsian ilmu mahal ini.
Fadhilah Hussin
Saya sekarang ni cuba untuk mulakan tabiat workout lepas balik kerja. Target 10 minit workout saja. Berkesan!
Alhamdulillah, makin hari, makin rasa best workout. Saya dapat bentuk tabiat bersenam.
Selain itu, saya juga sudah ubah tabiat buruk iaitu tidur lambat kepada tidur lebih awal.
Shamil Ahmad
Alhamdulillah tabiat yg telah saya lakukan adalah BUAT JE….
Sampai terasa seronok lakukan apa sahaja sehingga selesai berbanding sebelum ini terasa berat nak mulakan sesuatu pekara…
Terima Kasih buat Tuan Bukhari Ramli telah sedar saya dari dibuai mimpi…
Alhamdulillah juga sekarang prestasi potensi kerja saya meningkat.
Raja Hafinaz
BRC.my 2019 | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my