3 Strategi buatkan pelanggan berduyun datang ke bisnes anda

3 Strategi buatkan pelanggan berduyun datang ke bisnes anda

Anda ada bisnes yang ada premis?

Contoh:
🔥 Kedai makan
🔥 Bengkel kereta
🔥 Pusat tuisyen
🔥 Tadika
🔥 Kedai runcit
…dan lain-lain yang lebih kurang sama

Biasanya, bisnes berpremis macam ni bergantung kepada pelanggan dari kawasan sekitar di mana bisnes itu berada.

Kita boleh panggil bisnes jenis macam ni sebagai ‘bisnes setempat'.

Kalau anda ada ‘bisnes setempat' dan mahu dapat lebih ramai pelanggan, teruskan baca…

Risiko yang bisnes setempat hadapi

Setiap bisnes ada risiko pelanggan datang & pergi; jualan turun naik.

Kalau masalah ini berlaku pada bisnes online yang buat sendiri di rumah, kesannya tak berapa terasa sangat. Mungkin boleh ikat perut lagi.

Tapi…

Bayangkan situasi sales jatuh ni berlaku kepada bisnes yang ada premis dan ada pekerja.

Kos tinggi setiap bulan untuk bayar sewa premis & bayar gaji pekerja. Itu belum kira lagi bil api, bil air, kos penyelenggaraan & macam-macam kos lagi.

Jadi…

Jualan yang jatuh akan bagi impak LEBIH PERIT kepada bisnes setempat yang tanggung kos overhead sewa premis & bayar gaji pekerja.

Bisnes setempat perlu strategi yang betul SUPAYA jualan tidak jatuh sampai tak boleh bayar kos overhead!

3 cara nak panggil pelanggan datang ke premis

Sebelum kita tuduh terkena sihir buatan orang, elok kita faham dulu strategi macam mana nak panggil orang datang ke kedai.

Jom kita tengok apa kita boleh buat untuk bawa pelanggan datang berduyun-duyun ke bisnes kita…

1. Kaji ‘trend’ pelanggan sekitar

Yang pertama, macam BRC selalu bebelkan ialah: FAHAM PELANGGAN.

Kita kena faham apa tabiat masyarakat di sekeliling kita.

Cari apa yang mereka nak dan apa yang mereka suka.

Isetan-Mitsukoshi, sebuah syarikat gedung beli-belah di Jepun pernah berhadapan dengan masalah penurunan pelanggan datang membeli di gedung mereka.

Hasil dari ‘survey' mereka temui tabiat orang Jepun yang terlalu bergantung kepada enjin carian Google.

Tip: Survey pelanggan untuk tahu tabiat bertindak & cara mereka berfikir.

Dari ‘survey' ini, mereka dapati pelanggan akan ‘search' dulu sebelum nak buat sesuatu perkara.

Tabiat ini dinamakan ‘micro moment habit’ yang terdiri dari 3 tindakan:
👉 ‘I want to do moment'
👉 ‘I want to buy moment'
👉 ‘I want to go moment’

Maksudnya, pelanggan ada detik-detik dalam hidup mereka di mana mereka nak buat sesuatu, nak beli sesuatu dan nak pergi ke satu-satu tempat.

Apa yang kita patut buat?
👉 Kita MESTI faham detik-detik ini.
👉 Kita sampaikan mesej kita pada prospek yang bersesuaian dengan detik-detik ini.

Contoh hasil kajian Isetan-Mitsukoshi dan apa marketing yang mereka buat untuk dapatkan detik-detik kehidupan pelanggan:
👉 I want to do: Orang cari mana tempat nak pergi hujung minggu, akan keluar iklan tempat-tempat menarik di dalam gedung Isetan.
👉 I want to buy: Orang nak beli kasut baru keluaran Adidas, akan keluar iklan premis Adidas di gedung Isetan.
👉 I want to go: Orang nak pergi Chiba, akan keluar iklan Isetan Chiba.

Impak kepada strategi ini, jumlah pelanggan dan jualan meningkat.

Bisnes besar seperti Isetan pun ada masalah kurang pelanggan, apatah lagi bisnes kecil yang baru nak bermula.

2. Beritahu kewujudan bisnes kita

Tak guna kita buka kedai tapi orang tak tahu pun kewujudan kedai kita.

Jadi…

Kita mesti sampaikan mesej untuk beritahu siapa kita & di mana lokasi kita.

Paling UTAMA kita nak mereka membeli dengan kita.

Jadi…

Kita juga mesti sampaikan mesej untuk beritahu apa yang kita jual.

Sebagai contoh nak mulakan bisnes tadika di kawasan perumahan baru: pasang banner dan edar flyer untuk beritahu tentang bisnes dan lokasi supaya ibu bapa yang mencari tadika nampak dan tahu pasal bisnes ini.

McD yang dah dikenali & ada beratus cawangan pun masih pasang banner untuk beritahu penduduk setempat tentang pembukaan cawangan baru.

Kalau McD yang dah terkenal pun buat, apatah lagi bisnes kita yang masih kecil belum dikenali.

Tapi…

Ada juga orang tanya:
“Saya dah pasang banner & edarkan flyer di kawasan setempat. Tak menjadi pun?!”

Ini membawa kita kepada poin seterusnya…

3. Beri sebab untuk pelanggan bertindak

Kita nak pelanggan kita bertindak. Bertindak hubungi kita. Bertindak datang ke premis kita. Bertindak membeli dari kita.

Kita kena faham, manusia tak bertindak saja-saja tanpa tujuan. Kita mesti bagi SEBAB untuk mereka bertindak.

Dengan cara kita beri insentif lebih untuk mereka buatkan mereka bertindak.

Tak cukup sekadar beritahu apa benda kita jual. Kalau itu saja yang kita letak pada banner & flyer, rasanya cukup kuat untuk buat pelanggan bertindak datang & beli?

Contoh:
👉 Kita buka kedai kek. Kita sampaikan mesej kita menjual kek dalam banner & flyer.

Dalam masa yang sama, ada lagi 5 kedai kek dalam kawasan yang sama. Ada ke sebab UNIK untuk pelanggan pilih kita & bukan pilih orang lain.

Senang cerita:
Pelanggan tak nampak SEBAB untuk dia datang ke kedai kek kita. Kalau dia nak kek, ada lagi 5 kedai kek yang lain.

Jadi, kita mesti BAGI LEBIH dari sekadar beritahu apa kita jual.

Macam mana cara nak buat?

Kalau anda baca sampai sini, maknanya anda betul-betul serius menjalankan bisnes setempat & nak dapat hasil yang lebih.

Saya nak jemput anda baca cerita pasal beberapa bisnes macam bisnes anda:
🔥 Sebuah bisnes yang baru buka lepas renovate: Berjaya tingkatkan jualan 5X ganda walaupun ada pesaing di kawasan yang sama. Malah pelanggan dari jauh pun sanggup datang!

🔥 Sebuah kedai yang bisnes jatuh teruk: Jualan jadi ratus-ratus sehari sebab ramai pesaing baru buka. Berjaya tingkatkan jualan sampaikan ada hari yang boleh cecah RM15,000.

🔥 Sebuah kedai yang buka cawangan baru: Risau orang tak tahu lokasi cawangan baru. Set target untuk dapat RM50,000 dalam masa 3 hari pertama. Berjaya pecahkan target & dapat jualan RM106,000 dalam 3 hari pertama pembukaan.

🔥 Sebuah premis car detailing: Jualan musim hujan jatuh teruk. Berjaya tingkatkan jualan 3X ganda dalam masa sebulan walaupun dalam musim hujan.

🔥 Sebuah bisnes homestay: Ramai pesaing, kos marketing berbelas ribu. Berjaya tingkatkan jualan 2X ganda dan turunkan kos marketing dengan drastik sampai jadi kosong!

Nak belajar lebih lagi?

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai @brc.my | Privacy policy