Duit ialah alat.
Duit itu sendiri tidak boleh beri impak baik atau buruk.
Apa yang kita buat dengan ia yang akan beri akibat baik buruk bagus celaka.
Ramai orang belanja duit.
Tapi tak semua tahu cara belanja duit. Tak pernah semak pun cara membelanjakan duit. WALAUPUN hari-hari buat.
Soalan: Ke mana hala orang bijak membelanjakan duit mereka?
HINT:
ROI
1. Kita boleh belanjakan duit kita untuk utiliti (penggunaan) sendiri.
Penggunaan yang sekali belanja terus habis.
Sama ada perbelanjaan wajib sehari-hari. Contoh:
+ Kereta, minyak, tol
+ Makan, duit dapur
+ Sewa rumah
+ Pakaian
Ini tidak boleh elak.
Atau boleh jadi juga kita habiskan duit beli benda yang tidak diperlukan untuk kepuasan sendiri.
Contoh:
+ Jam mahal
+ Makan mewah
+ Gajet canggih
Yang ini mungkin boleh elak.
Semua orang buat No 1 ini. Malangnya… Ramai yang tersangkut di sini sahaja.
Mari kita lihat cara belanja duit yang kurang dibuat.
2. Belanjakan duit kita untuk perkembangan diri.
Terutamanya dalam hal-hal meningkatkan utiliti (kegunaan) kita kepada masyarakat.
Potensi ekonomi kita berkadar langsung dengan nilai yang kita boleh beri kepada masyarakat.
Lagi besar nilai kita boleh beri kepada masyarakat, lagi besar kesediaan masyarakat untuk bayar kita.
Jadi kita mesti belanjakan duit untuk mengembangkan kebolah kita memberi nilai kepada masyarakat.
Contoh:
+ Beli buku
Dapat ilmu dan meningkatkan skil. Mampu beri lebih nilai.
+ Daftar kelas
Dapat ilmu dan meningkatkan skil. Mampu beri lebih nilai.
3. Duit juga boleh dibelanjakan ke jalan yang akan menghasilkan lebih banyak duit.
Orang panggil ini sebagai pelaburan.
Duit buat duit.
Belanja duit, dapat duit lebih banyak. Labur duit, dapat duit lebih banyak.
Contoh:
+ Belanja iklan
Belanja RM1, dapatkan untung bersih RM1. Sekarang daripada RM1 sudah jadi RM2!
+ Beli barang untuk dijual
Belanja RM10 modal barang, jual dengan harga RM20.
Mudah buat perkara No 3 ini jika kita buat perkara No 2 tadi.
Kita lebih mudah menggandakan duit yang dilaburkan jika kita sudah buat pelaburan ke atas diri sendiri untuk dapatkan ilmu menggandakan duit.
Berbelit tak? ?
Belanja duit untuk dapat ilmu > Dengan ilmu, boleh gandakan duit yang dilaburkan dalam bisnes, hartanah, atau apa saja instrumen pelaburan lain.
RECAP…
1. Duit boleh digunakan sekali habis untuk utiliti sendiri.
2. Duit boleh digunakan untuk meningkatkan skil supaya mampu memberi lebih utiliti kepada orang lain.
3. Duit boleh digunakan bertujuan untuk buat lebih banyak duit.
Ramai orang sangkut di nombor No 1 sahaja.
Lupa yang No 2 & No 3.
Orang kurang bijak belanja duit untuk beli benda semata-mata.
Orang bijak belanja duit untuk tingkatkan nilai diri dan untuk dapatkan lebih banyak duit.
Orang bijak belanja duit untuk dapat lebih pulangan.