Live Training Percuma - Apa Itu Bisnes?
logo brc 200

BANYAK MASALAH BISNES KECIL & BESAR BERLAKU DISEBABKAN TAK FAHAM ‘APA ITU BISNES'!​

Masalah bisnes kecil / baru mula (~RM0 -RM10,000 sebulan):
❓ Nak jual produk apa? Takde idea macam mana nak mula!
❓ Betul ke apa aku buat ni?
❓ Macam mana nak buat marketing?
❓ Bisnes stuck ni, kat mana masalahnya? Macam mana nak selesaikan?
❓ Banyak sangat benda nak buat, tak tau mana nak fokus!

Masalah bisnes sudah bermula / mahu dikembangkan (~RM10,000 – RM100,000 sebulan):
❓ Mana satu nak buat untuk kembangkan bisnes?
❓ Nampak jualan banyak setiap bulan, tapi tak nampak duit pun?
❓ Macam mana nak gandakan pelanggan & tingkatkan jualan?
❓ Dah boleh ke laburkan banyak untuk buat marketing?
❓ Macam mana nak kukuhkan bisnes supaya tak jatuh?

Ramai orang nak mula bisnes & sedang buat bisnes yang TAK TAHU ‘Apa Itu Bisnes'!

Pelik kan?

Berusaha habis masa berjam-jam setiap hari, tapi TAK FAHAM apa benda yang sedang dikerjakan kan tu!

Kenapa kita kena tahu ‘Apa Itu Bisnes'?

Kalau kita tak tahu apa itu bisnes dalam pengertian paling asas:
❌ Kita tak tahu apa komponen asas dalam buat bisnes
❌ Kita main buat je, sama ada pakai hentam atau ikut-ikut orang
❌ Bila kita jumpa masalah dalam bisnes, kita tak tahu macam mana nak selesaikan

Mari kita belajar ‘Apa Itu Bisnes'

Saya nak bawa anda faham ‘Apa Itu Bisnes':

✅ Apa tujuan kita buat bisnes dalam pengertian paling tadika & bahasa paling senang faham — baru kita faham & nampak apa sebenarnya kita buat

✅ Dari pengertian tadi, kita pecahkan bisnes kepada komponen-komponen yang kita boleh faham & kita tahu kenapa kita buat benda tu

✅ Dari mana datang untung bisnes? — Formula mudah ni pun RAMAI yang salah!

✅ Kira-kira PALING ASAS dalam bisnes — untuk tentukan bisnes kita boleh pergi jauh atau tak

✅ Apa tujuan kita buat marketing? — Yang ini pun ramai tak faham & sekadar ikut-ikut orang

✅ Apa pengertian marketing dalam bahasa paling tadika & bahasa paling senang faham — marketing bukan benda kayangan yang susah nak buat kalau kita faham benda ni

✅ 3 SISTEM PENTING yang mesti ada dalam bisnes — bisnes kecil kena faham untuk bermula, bisnes besar kena faham untuk kukuhkan & kembangkan bisnes

Patut ke join training ni?

Saya banyak tulis posting di Facebook & Twitter. Semua benda sebenarnya saya dah tulis. Boleh baca je, tak payah bayar pun.

Kalau anda boleh faham dari situ, bagus Alhamdulillah.

Cuma, dalam training ini, kita ada masa lebih untuk saya terangkan di satu tempat & bagi anda faham. Percuma jugak, bukan kena bayar pun.

Tak bermaksud training percuma ni saya bagi konten sampah ala kadar sambil lewa ye. Tak BRC la buat perangai bodoh macam tu.
😎😎😎

Ini satu pesan saya…

SEBELUM anda laburkan duit & masa lebih banyak untuk buat satu benda yang anda namakan ‘bisnes'…

Saya jemput luangkan masa 2 jam dalam training percuma untuk anda lebih faham apa benda yang anda bakal buat tu nanti.

SEBELUM habis duit banyak & masa bertahun-tahun…

Apa salahnya untuk duduk belajar 2 jam dalam training percuma ni?

Gila kan kalau anda tak bagi peluang ni kat diri sendiri?

Training ini BERNILAI TINGGI sebab ia akan bantu anda selesaikan masalah yang berat dalam kepala anda sekarang. 

Kalau saya letak harga RM1,000 pun, saya yakin ia masih berbaloi sebab boleh bantu anda:
✅ Dapatkan pulangan berkali ganda
✅ Elakkan kerugian duit & masa yang banyak

Tapi…

Anda boleh sertai training ini percuma. Dengan syarat. (Nanti kita cerita kat bawah nanti…)

Jemput join training percuma ini

Pilihan di tangan anda.

Tindakan pun mudah je:
Join je training percuma ni.

⏰ 9 malam
⏰ 2 Mac 2021
⏰ Live melalui Zoom

Training ini percuma…

Cuma, sebagai syarat & pengerasnya, saya minta tolong anda sebarkan tentang training ni. Mungkin anda tahu pun sebab ada orang beritahu.

Give back! Sebarkan pula kepada orang lain…

Ajak kawan-kawan yang buat bisnes untuk faham benda asas dalam bisnes ni…

✅ Anda dapat join
✅ Kawan anda dapat join
✅ Saya dapat sampaikan training kepada lebih ramai orang

WIN-WIN-WIN!

Sila share di Facebook, Twitter, Whatsapp dsb. Jujur dengan diri sendiri ok.

Deal?

OK, klik butang di bawah untuk daftar sesi LIVE ZOOM…

Apa kata mereka yang pernah join training percuma BRC.my?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Siapa yang buat training ni? Boleh percaya ke?

Nak percaya atau tidak, terpulang pada anda.

Saya tak boleh (dan tak nak pun) paksa.

Saya cerita sikit pasal saya, anda buat keputusan sendiri.

Saya Bukhari Ramli, dari BRC.my.

Sejak tahun 2010 (di Australia) dan bermula tahun 2013 (di Malaysia) saya merupakan konsultan & strategis yang dipanggil oleh pemilik bisnes untuk…

● Mendengar pemilik bisnes bercerita tentang situasi bisnes dari pangkal ke hujung, dari luar ke dalam, dari belakang ke depan

● Merungkaikan masalah bisnes yang berselirat sampaikan pemilik bisnes sendiri tak jumpa punca masalah sebenar

● Membantu pemilik bisnes membuat keputusan yang sesuai berdasarkan situasi & kekangan yang mereka hadapi

● Menggali & mempersembahkan masalah yang kadang-kadang pemilik bisnes sendiri tidak sedar itu satu masalah besar

● Menunjukkan kepada pemilik bisnes apa tahap seterusnya dalam bisnes & apa mereka patut buat untuk keluar daripada tahap sekarang dan melangkah ke tahap seterusnya

Saya banyak bekerja belakang tabir bisnes-bisnes yang mungkin anda pernah dengar atau pernah membeli dari bisnes tersebut.

😊😊😊

‘Tukang bisik' kepada pemilik bisnes…

Kerja-kerja saya dengan klien & partner bisnes yang dah capai jualan dari 6 ke 8 angka sebulan, sebenarnya tak banyak sangat pasal sales & marketing pun.

Kerja saya sebagai konsultan, strategis, penasihat & tukang fikir kepada pemilik bisnes banyak pasal topik-topik lain:
● Struktur & aliran kerja dalam bisnes
● Analisa kira-kira & struktur kos
● Analisa & kira-kira produktiviti tim bisnes
● BIG PICTURE strategi bisnes secara keseluruhan, bukan sekadar sales & marketing
● Membina bisnes ke arah satu mesin yang boleh bergerak tanpa penglibatan aktif pemilik bisnes
● Membina ‘pertahanan & perlindungan' kepada ISTANA BISNES yang mula terbina
● Visi 10-25 tahun untuk memastikan kelangsungan syarikat

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my