Cara berfikir untuk buat keputusan dalam hidup & bisnes
logo brc 200

technician tua & kereta mainan: Macam mana cara berfikir untuk buat keputusan yang betul & pilih jalan dalam kehidupan?

IMG_2699

Anda mesti pernah dengar cerita ni…

Di sebuah kilang ada sebuah mesin. Mesin ini penting untuk operasi kilang. Kalau mesin ni tak jalan, kilang ni tak boleh beroperasi. Kalau kilang tak beroperasi, setiap jam akan tanggung rugi.

Pada satu hari, mesin ini rosak.

Macam mana nak buat kerja kalau mesin ini tak jalan?

Mereka pun panggil technician yang hebat dengan sijil berkajang-kajang untuk datang repair.

Technician pertama datang. 5-6 jam dia menggodek mesin tu.

Berpeluh-peluh dahi, ketiak sampai ke celah kangkang dia bertungkus-lumus mem-pomen mesin tu. Tak berhasil!

Sampailah dia putus asa. Pengurusan kilang pun terpaksa panggil technician lain.

Satu demi satu technician hebat datang. Takde siapa pun yang berjaya baiki mesin ini.

Maka runsinglah pengurusan kilang. Setiap saat mesin ini rosak & kilang tak beroperasi, mereka terpaksa tanggung rugi yang makin lama makin bertambah.

Gaji pekerja ramai-ramai tetap terpaksa dibayar. Tapi kerja tak boleh jalan!

Sampailah satu orang technician tua dipanggil.

Technician tua ni, sijil pun takde. Tapi dah terdesak, kilang pun panggil jugak.

Lepas lebih kurang 30 minit dia periksa mesin tu, dia pun ketuk & ketatkan skru di satu bahagian.

Sebelum balik, technician tua ni bagi invois. RM10,000.

“Kenapa mahal sangat? Kerja senang je ni, ketuk & ketatkan skru je.”

Technician tua tu pun betulkan invois.

RM50 – ketuk & ketatkan skru.

RM9,500 – tahu kat mana nak ketuk & skru mana nak ketatkan.

Pernah dengar orang cakap macam ni…

“Berfikir ialah kerja yang mahal.”

Kenapa macam tu?

Yang pertama, dari sudut kerjaya, berfikir MEMANG kerja yang dibayar mahal.

Ye, membuat itu penting. Tapi kalau buat benda yang tak perlu atau salah, tak jadi hasil apa atau jadi makin teruk.

Dalam contoh cerita tadi, ramai technician yang datang awal tu BUAT lagi banyak dari technician tua. Tapi, technian tahu APA PATUT DIBUAT. Jadi, dia tak perlu buat banyak, cukup buat benda yang betul.

Dalam banyak syarikat & organisasi pun, yang dibayar gaji mahal bukan kerja MEMBUAT. Yang gaji besar duduk di atas semuanya banyak kerja BERFIKIR & MERANCANG apa patut dibuat.

Yang kedua, dari sudut kehidupan, berfikir membolehkan kita buat keputusan yang betul dalam hidup.

Satu langkah yang salah dalam hidup boleh mendatangkan kerugian yang besar.

Satu langkah yang betul dalam hidup boleh mendatangkan pulangan hasil yang besar — sama ada dari segi duit, kebahagian, kebebasan dsb.

Kalau kita sekadar buat buat buat, tanpa kita fikir APA PATUT DIBUAT dalam hidup…

Mungkin kita tersalah langkah.

Macam mana nak pilih apa yang kita patut ‘ketuk' dalam hidup kita?

1. Untuk kita pilih & tentukan apa kita patut buat dalam hidup, kita mesti buat keputusan.

2. Untuk buat keputusan yang betul & pilih apa kita patut buat, kita mesti memahami realiti yang berlaku dalam dunia.

Lagi dekat kita kepada kefahaman realiti dunia, lagi tepat keputusan kita.

Technician tua tadi memahami realiti yang berlaku kat mesin yang rosak tu. Sebab tu dia tahu kat mana nak ketuk.

Technician yang datang sebelum tu hilang punca tak tahu apa yang berlaku kat mesin tu. Sebab tu mereka tak tahu apa patut dibuat.

Mesin = dunia & kehidupan yang berlaku.
Technician = diri kita yang mahu ‘repair' kehidupan kita.

Macam mana cara nak memahami realiti dunia & kehidupan yang berlaku sekeliling kita?

Saya nak perkenalkan anda kepada satu konsep yang dinamakan…

MENTAL MODEL.

Apa itu mental model?

Yang pertama, model.

Kita tak bercakap pasal model fesyen atau pakaian.

Kita bercakap tentang benda olok-olok untuk melambangkan benda sebenar. Macam model kereta yang melambangkan & mewakili kereta yang sebenar.

Anak-anak kecil bina model bandar menggunakan lego untuk mewakili bandar yang sebenar.

Yang kedua, mental.

Mental ialah proses berfikir. Senang je kan.

Jadi…

Mental model ialah…

Proses berfikir tentang sesuatu yang berlaku di dunia sebenar.

Dengan adanya mental model ini, kita boleh memahami realiti dunia sebenar. Seterusnya akan membantu kita buat keputusan yang lebih tepat bersandarkan realiti.

Kita sebenarnya dah banyak menggunakan mental model secara tak sedar.

Peribahasa & perumpamaan orang tua-tua ialah pemerhatian mereka kepada alam sekeliling yang kemudiannya jadi ‘rule of thumb' dalam berfikir.

Contoh:
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

‘Mental model' ini bercakap tentang buluh dan rebung. Kalau kita faham konsep ini, kita boleh gunakan konsep yang sama dalam mendidik anak-anak – ajar anak dari kecil, bukan tunggu dah besar baru nak diajar.

Bak kata Tokti:
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Nak lebih faham, jom kita tengok contoh aplikasi…

Macam mana nak dapat kerja kalau sijil tak bagus?

Ini antara soalan yang saya jumpa.

Mesti ramai anak-anak muda yang skor tak berapa hebat masa belajar yang risau pasal prospek kerjaya kan?

Patut ke terus risau?

Kat sini mental model boleh membantu.

Salah satunya ialah:
✅ JALAN vs MATLAMAT.

Kalau kita tak faham konsep ‘JALAN vs MATLAMAT' ini, kita akan terlalu stress tentang skor yang tak cantik sampai risau tak dapat kerja bagus.

Sedangkan kalau kita faham mental model ‘JALAN vs MATLAMAT', kita akan tahu:
Skor & sijil hanyalah satu JALAN untuk majikan menilai bakal pekerja.

Adakah majikan boleh gembira dapat pekerja yang bagus skor & sijil tapi tak berguna satu sen pun masa bekerja?

Mestilah tak.

Skor & sijil bukan MATLAMAT.

Skor & sijil sekadar JALAN untuk capai MATLAMAT.

Jadi…

Apa MATLAMAT sebenar majikan?

Pendeknya, mestilah majikan nak dapat pekerja yang boleh beri hasil kepada syarikat.

Macam mana kalau skor & sijil kita tak bagus?

Kita tunjukkan dengan JALAN lain, macam mana kita boleh beri hasil yang menjadi MATLAMAT syarikat.

Mungkin dengan cara: pengalaman & hasil yang kita pernah dapat, skill yang kita ada selain daripada dalam bilik kuliah, projek yang kita pernah buat dsb.

You get the idea.

Macam mana nak buat iklan & marketing yang bagus?

Kalau kita ikut pemikiran macam kebanyakan orang, kita akan fikir pasal ayat copywriting, ayat meletup, ayat hebat dsb.

Maka serabutlah kita pergi keluar masuk kelas cuba belajar ayat hebat gempak meletup pukau semua.

Tapi, tak menjadi jugak. Kita tiru bulat-bulat ayat hebat pun kita tak dapat hasil.

Kenapa?

Ingat lagi mental model kat atas tadi?

Ayat hanyalah JALAN untuk capai MATLAMAT.

Apa MATLAMAT sebenar kita?

Kita nak buatkan pelanggan bertindak.

Macam mana nak buat pelanggan bertindak?

Kita tengok lagi satu mental model. Kali ini daripada prinsip ekonomi yang ke-4 dalam ‘Ten Principles of Economics' yang digariskan oleh Gregory Mankiw:
✅ People respond to incentives.

Maksudnya: Manusia bertindak balas terhadap insentif. Manusia bertindak sebab nak dapatkan ganjaran.

Kalau kita gabungkan dengan mental model yang tadi, manusia bukan bertindak membeli disebabkan ayat hebat gempak meletup pukau. Itu sekadar JALAN, bukan MATLAMAT.

Kalau ayat hebat gempak meletup pukau tak membawa kepada MATLAMAT, tak berguna pun JALAN tu.

Apa MATLAMAT sebenar manusia bertindak membeli?

Manusia bertindak membeli sebab nak dapatkan ‘SESUATU' — insentif yang dicari — hasil daripada proses pembelian dia.

Apakah ‘SESUATU' itu?

Kita tambah lagi satu mental model:
✅ People act to avoid pain & achieve gain.

Manusia bertindak untuk:
🔥 Menjauhkan diri dari kesakitan & masalah
🔥 Mencapai untung, kesedapan & impian indah

Jadi…

Macam mana nak buat iklan & marketing yang bagus?

Kita kajilah apakah PAIN & GAIN bagi target market kita.

Berapa nilai mental model pada hidup anda?

Bayangkan anda di dua tempat tadi. Bezakan antara faham mental model vs tak faham mental model.

Perbandingan sekadar contoh untuk meletakkan nilai angka supaya kita nampak secara konkrit.

1. Dalam proses mencari kerja.

Tak faham mental model:
❌ Stress dengan skor & berterusan mencari kerja dengan skor yang tak berapa bagus. Dapat gaji rendah. e.g. RM1,500 sebulan.

Faham mental model:
✅ Siapkan dengan dengan pengalaman, portfolio & skill yang membantu bakal majikan. Datang interviu dengan gaji. Dapat tawaran kerja yang sedap & gaji lebih tinggi. e.g. RM3,500 sebulan.

(Ingat cerita technician tua tadi?)

2. Dalam proses buat iklan & marketing.

Tak faham mental model:
❌ Buat macam orang lain, belajar ayat hebat gempak meletup pukau. Tak mengira apa kesannya kepada target market. Terpaksa bersaing (sebab buat macam orang lain). Hasil: susah dapat jualan.

Faham mental model:
✅ Kaji & faham pasal insentif bertindak target market. Kaji dalam-dalam melebihi orang kebanyakan buat. Tak bersaing sangat (sebab tak ramai buat macam ni). Hasil: banyak dapat jualan.

Itu baru sikit…

Ada banyak lagi mental model…

Ada banyak lagi pilihan & keputusan yang mesti kita buat sama ada dalam kerjaya, dalam kehidupan, dalam perhubungan, dalam bisnes dsb.

Setiap satu aspek kehidupan kita, Insya-Allah boleh ditambah baik dengan memahami mental model.

Semoga bermanfaat…

Duduk bertenang.

Refleksi diri & renungkan macam mana apa yang anda baru baca ini bakal membawa perubahan dalam hidup.

Saya doakan anda berjaya kuasai konsep mental model ini.

Nak belajar lebih lagi pasal konsep mental model & buat keputusan?

Ini jemputan hanya untuk anda yang serius mahu belajar lebih lagi bersama saya.

1. Tentang mental model & kerangka berfikir.

2. Supaya kita boleh berfikir dengan jelas & buat keputusan dalam hidup, karier & bisnes.

Yuran tak sampai RM100 pun.
Kalau rasa berbaloi, saya jemput daftar.

Pendaftaran sudah ditutup…

🔥 8 Mac 2022
🔥 9 malam 
🔥 Melalui Zoom secara online

Daftar waiting list untuk pemberitahuan sesi seterusnya…

Apa kata peserta sebelum ini?

 

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my