logo brc 200

tahniah!

Tahniah kerana sudah belajar dalam Business Strategic Gameplan (BSG)!

Semoga bermanfaat & banyak yang anda dapat. 

Semoga berbaloi dengan yuran & masa yang anda laburkan.

Mungkin lain apa yang anda baca di salespage BSG vs apa yang anda alami dalam kelas BSG. 

Sebab apa yang berlaku dalam kelas, susah nak diceritakan tanpa mengalami sendiri.

Itu beza TAHU vs RASA. 

Kita boleh beri tahu. Tapi kalau dah rasa sendiri, barulah pengalaman tu meresap dalam jiwa. 

Betul tak?

Ingat semula…

Macam mana anda boleh sampai ke BSG?

Apa beza jangkaan anda pasal BSG vs apa yang anda alami sendiri dalam kelas?

Apa MAKNA semua yang anda alami dalam kelas BSG?

Saya harap anda boleh kutip semua yang baik dalam kelas BSG. 

Semoga anda boleh menjadi manusia yang berilmu & bermanfaat. 

Semoga rasa & nikmat yang anda lalui dalam kelas BSG meresap dalam diri &  tak terlepas dari dikutip untuk jadi bekalan.

What's Next?

Sebenarnya…

Lepas dah kena cuci dengan BSG, kita dah bersedia untuk ke langkah seterusnya. 

Ada banyak lagi benda yang saya nak bagi, tapi sebelum ni belum sesuai.

Kalau dah lepas BSG, sampai masa untuk belajar The Gameplan pulak…

Apa yang akan berlaku dalam The Gameplan?

Saya tak nak janji benda baru benda lebih fancy dan sebagainya.

Apa yang kita akan lalui dalam The Gameplan (TGP) ialah benda yang sama dalam BSG. 

Cuma dengan masa lebih & anda pun dah dicuci dengan BSG, kita boleh gali lebih dalam.

Dalam The Gameplan, kita belajar berlapis-lapis!

Dengan ada masa lebih:

✅ Saya ajar – anda belajar satu kali dalam satu lapis, kepala otak belajar secara pasif

✅ Anda terus buat dalam kelas masa tu jugak – ni lapis kedua, kepala otak terus bergerak aktif sebab dipaksa buat

✅ Saya terus ulas apa yang anda buat masa tu jugak, ada feedback loop – ni lapis ketiga, anda tengok dari sudut pandang analisis

✅ Masa ulas, saya terangkan macam mana cara sepatutnya – ni lapis keempat, anda tengok apa yang salah

✅ Saya juga terangkan apa sebenarnya cara berfikir (mental state) untuk buat apa yang kita buat tadi – ni lapis ketiga, anda tengok proses berfikir di sebalik apa yang dibuat

🤯🤯🤯

Proses meletupkan otak ni berlaku pantas. 

Segala masalah anda yang dah bertahun-tahun tu, kita selesaikan segera.

Anda rasa anda faham?

Marketing?

Copywriting?

Storytelling?

Survey?

Funnel?

Customer avatar?

Sama juga macam peserta TGP sebelum ni…

Dah bertahun belajar & dengan semua istilah tadi. Dan macam-macam istilah marketing & bisnes yang lain.

Tapi…

Ramai yang baru SEDAR sebenar-benarnya bila mereka belajar semula dalam TGP.

(Itupun sebenarnya dalam sesi group consultation pulak, kena basuh lagi. Terbukak lagi kesedaran & kefahaman baru.)

Take a simple idea and take it seriously.
~ Charlie Munger

Kita tak perlu belajar banyak kaedah…

Kita belajar beberapa kaedah yang sama, yang CORE kepada perjalanan kehidupan, marketing & bisnes kita…

Dan kita belajar sedalam-dalamnya.

Perah sehabisnya.

1. Supaya berbaloi kita belajar. Dapat hasil yang sepatutnya.

2. Supaya kita tak pening mengejar banyak kaedah yang buat kita makin serabut & sudahnya tak jadi apa sangat hasilnya.

Dah berapa tahun cuba belajar marketing & bisnes?

Kalau dah pernah merasa belajar bertahun-tahun, anda sendiri tahu rasanya macam mana. Belajar macam-macam ilmu dari macam-macam tempat.

Kalau belum pernah lagi, ini masa untuk sedar & elakkan terjerumus ke jalan itu.

Saya jemput untuk belajar di satu tempat:

1. Dengan tersusun. Fahamkan asas dulu, baru tambah satu-satu ilmu yang seterusnya.

2. Lihat bagaimana SEMUA kaedah yang kita belajar ‘fit together'. Supaya kita tak pening & rasa macam kaedah ni semua berlawanan.

Tengok orang yang dah rasa cakap apa…

Saya cakap banyak pun, tak sama macam anda rasa sendiri.

Sama macam apa anda rasa dalam BSG.

Cuba tengok apa yang orang dah pernah rasa cakap…

Ayuh bersama kami…

✅ Advanced class The Gameplan
17, 18 & 19 Jun 2022
9 pagi – 5 petang
(Live Online melalui Zoom)

✅ 1 x Private consultation

Pakej A:
The Gameplan sahaja
RM1,200

Pakej B:
The Gameplan + Private Consultation
RM2,500

BONUS untuk 30 peserta terawal…

🎉 1 sesi Group Consultation (3 jam+)

Apa yang kita belajar dalam The Gameplan: 5 perkara ini boleh bagi anda pulangan lebih RM10 ribu (malah lebih RM100 ribu!)

Macam biasa…

Paling penting: Hentakan berfikir tu. 

Apa benda kita belajar tu tak penting sangat. Mestilah saya dah pilih benda yang patut belajar je saya bagi.

Yang lebih penting: Cara kita belajar. Berlapis-lapis. Kena paksa buat. Bagi lebih faham. Belajar cara fikir pasal apa yang kita nak buat.

Mari kita tengok sebahagian daripada apa yang kita bakal belajar.

Tak payah banyak pun. 

Tengok ni je dulu, itu pun sepatutnya dah boleh nampak nilai berganda-ganda-ganda-ganda-gandaaaaaaaaa. 😂😂😂

Kita tengok 5 je dulu…

1: PROSES MENJUAL 9 LANGKAH

Belajar langkah demi langkah proses menjual ni sampai prospek yang TERCLOSE DIRI SENDIRI.

Bab 9 Step Sales Process ini saja pun dah berbaloi-baloi 10-20X yuran yang dibayar. 

Takkan dah pandai buat proses closing sampai pelanggan TERCLOSE DIRI SENDIRI masih nak stay dengan tahap bisnes yang sama je? Mesti nak buat lebih kan?!

2: kira-kira, marketing metrics, letakkan harga yang betul…

Ada banyak kira-kira dalam bisnes.

Kalau tak reti matematik bisnes ni, memang kita terlingkup.

Dalam The Gameplan, kita belajar manipulasi kira-kira untuk:

✅ Tetapkan target & pecahkan target kepada bentuk lebih kecil supaya kita jadi boleh bertindak, BUKANNYA tepu buntu tak bergerak

✅ Tetapkan bajet & flow dalam marketing supaya kerja marketing jadi lebih berkesan dan kita TAK TAKUT untuk buat marketing lebih meluas

✅ Belajar costing yang lebih menyeluruh supaya…

✅ Kita sedar berapa sebenarnya pulangan yang kita patut dapat daripada bisnes untuk bayar semua kos & masih ada untung dengan cara…

✅ BERANIKAN DIRI untuk letak harga yang sepatutnya dalam bisnes, BUKANNYA tak sudah-sudah main buang harga!

Bila dah sedar kira-kira bisnes, dah tahu cara susun marketing yang menjadi, dah berani letak harga sepatutnya, dah pandai pecahkan kira-kira nombor dalam bisnes… BERAPA BESAR BISNES anda boleh pergi?

Mustahil masih nak duduk tempat sama & berpuas hati dengan hasil macam sekarang kan?!

3: Kenal siapa sebenarnya pelanggan kita…

Macam mana kita nak menjual kalau kita tak kenal siapa pelanggan kita? 

Kalau semua orang kita tembak, satu orang pun kita tak dapat!

4: Faham apa yang manusia nak, tanya soalan survey untuk tahu apa yang mereka nak…

Pernah dengar teknik survey?

Ye, ramai orang dah tahu. 

Tapi bila buat, KELABU ASAP!

Dah buat, tapi lepas tu tak tau nak buat apa. Akhirnya, tak guna apa pun. Membazir je buat.

Dalam The Gameplan, kita gali lebih dalam sampai ke pangkal punca apa tujuan kita buat, SUPAYA kita boleh buat dengan berkesan.

Apa kesan pada bisnes anda bila anda dah tahu cara untuk kenalpasti apa yang pelanggan mahu & boleh pulak tanya soalan yang betul pada mereka untuk gali apa mereka mahu?

5: Content marketing & marketing funnel: Susun perjalanan & ‘sedut' prospek sampai jadi pembeli

Content marketing.

Marketing funnel.

Ramai yang pernah dengar.

Ramai jugak yang pernah belajar.

Tapi tak pernah belajar dalam-dalam sampai faham beriya-iya boleh buat dengan baik.

Tengok apa jadi pada mereka yang dah hentak kepala belajar gali lebih dalam…

Itu baru sebahagian je tau…

Itu baru 5 je.

Ada banyak lagi.

Dan lebih penting lagi…

Kita ada lebih masa untuk belajar & buat terus masa tu jugak!

Ada silap, terus betulkan kat situ. Tak bawak buat silap bertahun-tahun sampai rugi masa dan duit lama-lama.

Semua kefahaman asas kita selesaikan dalam sesi The Gameplan ini.

Tak puas lagi baca kata-kata peserta TGP sebelum ni…?

Jom kita tengok, apa lagi yang mereka dapat. 

Nak lagi?

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai@brc.my