Business Strategic Gameplan - BRC.my
logo brc 200

Takut mulakan bisnes? Takut kembangkan bisnes? Serabut dengan banyak teknik? Tak pasti jalan yang betul? Hilang punca dalam berbisnes?

ADAKAH ANDA MENGALAMI MASALAH SEPERTI INI?

Tak yakin nak mulakan bisnes, takut ambil tindakan & mulakan langkah

Terlalu banyak pilihan apa benda nak dibuat dalam bisnes sampai tak tahu mana satu patut dibuat untuk bawa bisnes ke tahap seterusnya

Makin besar bisnes, makin banyak masa habis untuk selesaikan masalah-masalah kecil yang timbul tak habis-habis sampai takde masa untuk berfikir BIG PICTURE & susun strategi bisnes

Tak mampu buat keputusan yang terbaik untuk bisnes sampaikan banyak kali buat keputusan yang salah dan merugikan

Terlalu banyak habiskan masa sepanjang hari kat bisnes sedangkan dulu mula buat bisnes sebab nak ada kebebasan masa

Takde tempat untuk berbincang, brainstorm & bertukar fikiran selesaikan masalah dengan orang yang sama-sama faham masalah pemilik bisnes

Rasa keseorangan & tepu berfikir sendirian sampai rasa nak gila tak tahan menanggung

Kalau anda jawab YA kepada mana-mana situasi di atas, teruskan baca...

Jangan ketinggalan!

Daftar waiting list & jadi peserta terawal untuk dapat:
Fast Action Bonus Group Consultation & Surprise Session apabila pendaftaran dibuka nanti!
🎁🎁🎁

BSG - Edwin

Kalau ada masalah seperti di atas tadi…

Tak kisahlah bisnes di tahap mana. Belum mula, baru mula atau dah lama.

Tak kisahlah walaupun belum mula bisnes pun. Masih tengah berfikir-fikir nak mula.

Jemput join ‘Business Strategic Gameplan'.

Kalau anda pernah tertanya-tanya & buntu dengan soalan-soalan macam ni:

❓ Produk apa patut saya jual?

❓ Saya ada modal RMxyz, apa bisnes saya patut buat?

❓ Saya takde modal, apa bisnes saya patut buat?

❓ Apa cara marketing patut saya guna?

❓ Saya dah buat cara marketing X, Y & Z, kenapa tak menjadi?

❓ Saya jual produk XYZ, macam mana cara nak jual?

❓ Kenapa prospek krik krik lepas saya bagi harga?

❓ Kat mana saya patut jual? Kat Shopee, Lazada, Facebook, Instagram, Twitter, Google, Tik Tok? Kat mana?!

❓ Macam mana nak berlawan dengan pesaing yang suka buang harga?

❓ Bisnes saya dah bagus, jualan pun banyak, macam mana nak kembangkan?

Jemput join ‘Business Strategic Gameplan'.

Saya jamin…

Saya tak jamin bulan bintang anda boleh kaya raya dengan hanya goyang kaki goyang telur tak buat apa.

Apa yang saya jamin ialah:

βœ… Kepala otak anda akan bekerja keras sepanjang kelas sampai berasap kepala sebab saya paksa berfikir

βœ… Pemikiran & pandangan anda pasal bisnes akan ditunggang terbalikkan

βœ… Banyak pemikiran & pandangan anda yang salah pasal dunia bisnes akan dihapuskan

βœ… Anda akan berasa ditampar, dilempang & diketuk dengan poin-poin panas dalam kelas nanti

βœ… Anda akan berasa insaf, sedar & baru mula nampak apa yang sepatutnya dibuat

Jemput join ‘Business Strategic Gameplan'.

Apa yang penting untuk kita tahu dalam buat bisnes?

BUKAN:

❌ Nak buat post kat mana

❌ Nak post apa, tulis ayat apa

❌ Nak post berapa kali sehari

❌ Nak kumpul follower & like

❌ Nak buat live berapa kali

❌ Nak buat personal branding

Habis tu?

Kita hanya patut cari cara untuk buat yang kat atas tadi, lepas kita tahu benda ni…

Yang penting:

βœ… Kepada siapa kita nak jual

βœ… Apa masalah yang mereka hadapi & sanggup bayar

βœ… Apa nilai yang kita nak bagi pada mereka

βœ… Apa yang pelanggan mahukan (sebenar-benarnya)

βœ… Apakah cerita & mesej yang mereka mahu dengar

βœ… Cara buat pelanggan puas hati gembira melompat keriangan

βœ… Berapa harga kita patut & boleh jual

βœ… Berapa kos kita

βœ… Bisnes boleh untung ke tak: Kira-kira asas untung rugi yang patut dibuat SEBELUM mula

Kalau kita sibuk mencari cara yang ❌ tadi, keluar masuk kelas sekalipun, belajar teknik terhebat terbalik langit sekalipun…

Tapi kita tak belajar yang βœ… tadi, apa yang kita buat SUSAH NAK MENJADI.

Perjalanan bisnes ialah satu perjalanan yang ada strategi terancang.

BUKAN satu uncang teknik bercampur-campur yang kita seluk harini nak buat apa, esok nak buat apa, lusa nak buat apa.

Logik ke macam tu?

Hadamkan tu.

Mungkin pertama kali dengar benda ni.

Cepat sedarkan diri.

Sekarang…

Carilah tempat untuk belajar semua βœ…βœ…βœ… tu.

Kalau nak belajar dengan BRC, jemput daftar Business Strategic Gameplan.

Pendaftaran sesi Mac 2021 bakal tutup pukul 12 malam ini.

Dah dapat kesempatan untuk tahu pasal benda ni, bagi peluang kat diri sendiri untuk baca dengan teliti….

APA BENDANYA β€˜BUSINESS STRATEGIC GAMEPLAN'?

1. Satu program latihan LIVE ONLINE untuk orang baru & lama dalam bisnes belajar tentang strategi PERMAINAN BISNES yang lebih menyeluruh.

2.Β Untuk membina bisnes yang bertahan lama dengan mengambil kira banyak komponen dalam bisnes, bukan setakat sales & marketing.

3. Supaya tak STUCK di peringkat awal. Supaya tak STUCK di peringkat tengah naik.

4. Supaya sedar KEGAGALAN BISNES lebih awal sebelum melabur duit, masa & tenaga yang banyak dekat bisnes yang dari awal dah gagal.

5. Untuk membina skillset BUSINESS BUILDER sebagai seorang pemilik & pembina bisnes yang bertahan lama.

APA JADI APABILA KITA PANDAI MAIN permainan bisnes?

Supplemen kecantikan: Dapat ejen lebih berkualiti & jualan lebih banyak

1. Puan Lubna ialah leader produk supplemen kecantikan.Β 

2. Sebelum ini hanya kejar sales selalu. Tak pernah kisah pun pelanggan yang sedia ada.Β 

3. Ada ejen pun penat nak melayan ejen tiap-tiap hari. Kena belai baru gerak.

4. Lepas belajar dengan BRC, mula tapis ejen yang berkualiti. Mula mengenal untuk faham karakter setiap orang.Β 

5. Ada perubahan mendadak:
● Dulu: Biasanya 1 ejen ambil masa 3 bulan untuk jual 200 kotak.
● Sekarang: Dalam masa cuma 2 minggu, dah ada ejen terbaik yang cecah jualan 200 kotak. Yang lain pun, 100 kotak.

Tonton video Puan Lubna di bawah. (Part hujung tu dia marah diri sendiri, jangan miss!)
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kedai emas: Berjaya tambah pelanggan tanpa pening teknik iklan

1. Seorang pemilik bisnes kedai emas yang datang dari Kedah untuk sesi consultation bersama BRC.

2. Banyak pesaing terdekat yang lebih established. Pelanggan berduit pula jauh & lebih banyak pilihan di tempat berdekatan mereka.

3. Masa consulting, BRC berjaya jumpa ‘value proposition' yang mampu menarik pelanggan datang walaupun dari jauh, walaupun banyak saingan.

4. Pemilik bisnes ini terus implemen & jalankan kerja. Ini tak melibatkan teknik marketing atau iklan yang advanced pelik-pelik pun.Β 

5. Sebulan lepas consulting, beliau dengan bangganya melaporkan:
● Pelanggan berduit yang ditarget, ramai yang datang walaupun jauh
● Ada pelanggan datang berkali-kali terus daripada tempat kerja siap dengan uniform kerja
● Pecah rekod jualan tertinggi pada Ogos 2020 walaupun jualan bulan sebelumnya pun dah cecah RM500,000 sebulan!
● TERBARU! Jualan Januari 2021 hampir mencecah RM1 juta sebulan.

Bisnes makanan sihat: Lapangkan Kepala & berfikir strategi bisnes dengan tenang

1. Buat macam-macam teknik marketing.Β 

2. Rupanya masalah sebenar pada pengurusan masa & produktiviti pemilik bisnes.Β 

3. Kepala otak serabut dengan kerja-kerja yang sepatutnya boleh diberikan kepada orang lain.Β 

4. Selepas consulting dengan BRC, mula agihkan tugas-tugas low impact kepada orang lain.Β 

5. Dalam masa 3 bulan, ini hasilnya:
● Kepala lebih lapang & tenang untuk berfikir
● Dengan ketenangan, mula nampak apa yang selama ini tercicir untuk dibuat
● Susun saja cara kerja baru, sales meningkat 3 kali ganda dalam masa 3 bulan!

Bisnes event planning: Jualan tertinggi walaupun tahun 2020 patutnya lumpuh!

1. Bisnes wedding planner. Pelamin, hiasan, meja makan etc.

2. Sudah beberapa tahun buat, rasa penat walaupun ada masa dapat job banyak. Buat banyak job, pulangannya tak seberapa.Β 

3. Selama 3 bulan pasangan suami isteri pemilik bisnes ini ulang alik dari Kelantan ke BRC (masa itu di Setia Alam). Dalam sesi consulting dengan BRC, baru sedar masalah sebenar ialah penetapan harga & bermain dalam segmen market yang salah.

4. Selama 3 bulan juga kena psiko & kena ‘cuci' untuk naikkan harga dan tukar market segmen kepada yang lebih baik.Β 

5. Hasilnya:
● Sepanjang berbisnes banyak tahun dah, tahun 2020 ialah tahun yang mencatatkan UNTUNG TERTINGGI
● Walaupun tahun 2020 ni berbulan-bulan tak boleh beroperasi kerana PKP dan banyak bisnes berkaitan event lain sengsara

APABILA KITA FAHAM PERMAINAN BISNES yang lebih luas...

1. Kita ada perkakas yang lebih banyak untuk ‘dimainkan' dan boleh bantu kita buat keputusan.

2. Kita tak lagi semata-mata bergantung harap pada komponen sales & marketing semata-mata.Β 

3. Kita nampak & mula sedar BLIND SPOT yang selama ini kita tak nampak — yang tersembunyi & boleh membunuh kita dalam senyap!

4. Kita tahu langkah-langkah dalam bisnes. Apabila ada masalah dalam bisnes, kita ada perkakas yang lebih banyak untuk kenalpasti & selesaikan masalah.Β 

5. Kita lebih tenang dalam berfikir & buat keputusan dengan pandangan yang lebih jelas.

Apa kandungan modul 'Business Strategic Gameplan'?

WHAT IS BUSINESS?

Ramai orang yang nak buat bisnes, malah yang dah lama buat bisnes pun tak faham 'APA ITU BISNES' dengan kefahaman yang betul

Kita fahamkan 'APA ITU BISNES' daripada pengertian yang paling asas supaya mudah faham apa yang membentuk komponen bisnes

Supaya anda tetap pendirian, tak sesat & tak mabuk dengan tafsiran bisnes yang menyesatkan

FUNDAMENTAL OF SUSTAINABLE BUSINESS

Asas membina bisnes bertahan lama, bukan buat bisnes yang naik cepat lepas tu jatuh pun cepat

Apa tiang-tiang seri dalam perjalanan keseluruhan bisnes

Memahami PERMAINAN BISNES yang lebih luas secara keseluruhan

problem based learning: case studies & stories of real businesses

Perkongsian cerita bisnes yang kurang diceritakan dengan contoh-contoh yang membuka mata

Case study situasi masalah & penyelesaian yang pernah dihadapi oleh klien consulting & partner bisnes BRC

Kupasan & penerangan supaya lebih faham apa yang berlaku di sebalik setiap keputusan & tindakan bisnes

MILESTONES OF SUSTAINABLE BUSINESS

Kenalpasti kedudukan diri sendiri dalam tahap-tahap berlainan pembinaan bisnes

Memahami kerja-kerja berlainan yang patut dibuat dalam tahap-tahap berlainan dalam pembinaan bisnes

Nampak jelas ke mana tahap seterusnya dalam bisnes supaya tak stuck di tahap yang sama terlalu lama

FUNDAMENTAL OF MARKETING

Memahami pengertian marketing yang paling asas dalam cara yang paling mudah

Supaya boleh buat keputusan untuk memilih cara marketing yang bersesuaian dengan situasi sendiri

Supaya tak sesat dalam buat marketing & boleh buat marketing yang menjadi!

BUSINESS VIABILITY ASSESSMENT

Cara menilai potensi sebenar bisnes sebelum melabur masa, tenaga & duit yang banyak ke dalam sesuatu bisnes

Buat keputusan yang betul dalam memilih bisnes yang baru atau menilai semula kemampuan bisnes sedia ada untuk diteruskan

Supaya tak rugi & menyesal di kemudian hari lepas membuat pelaburan besar dalam bisnes yang tak patut dibuat

BUSINESS unit economics & CALCULATOR

Kefahaman dari mana datang untung bisnes dalam unit terkecil -- inilah unit paling asas perlu ada dalam bisnes SEBELUM bisnes boleh berjalan & dikembangkan

Asas kira-kira dalam bisnes yang semua pemilik bisnes wajib tahu -- kiraan kos & untung rugi dalam bisnes

Cara paling senang faham untuk rekod kira-kira bisnes -- lepas buat ni, RAMAI yang baru sedar bisnes sebenarnya tak untung mana!

Cara merancang gameplan bisnes menggunakan manipulasi matematik

Be a better business leader

Bentuk diri sendiri untuk jadi manusia yang matang berfikir & boleh berfungsi dengan baik

Supaya boleh jadi pemimpin bisnes yang bagus kepada bisnes sendiri

Supaya boleh buat keputusan yang betul dalam bisnes & kerjakan langkah tindakan yang sepatutnya

Ini yang paling penting!

Tak payah pening pun pasal modul & konten ‘Business Strategic Gameplan' ni.

Itu semua cara je.Β 

Yang penting, tujuan kita ialah…

βœ… Kita nak buka mata & sedarkan diri untuk pastikan kita bertindak di jalan yang betul.

βœ… Kita nak GEGARKAN OTAK & betulkan pandangan anda supaya anda boleh jadi pemimpin yang bagus kepada bisnes sendiri.

βœ… Kita nak jadi manusia yang MATANG & BERFIKIR DENGAN JELAS supaya layak jadi pemilik bisnes yang bagus kepada bisnes sendiri — bukan lagi orang yang terkinja-kinja & tak boleh fokus dengan tindakan yang betul!

SIAPA YANG AKAN

Assalamu’alaikum wa rohmatullah.

Saya Bukhari Ramli, dari BRC.my.

Sayalah yang bercakap dari tadi.

😎😎😎

Sejak tahun 2010 (di Australia) dan bermula tahun 2013 (di Malaysia) saya merupakan konsultan & strategis yang dipanggil oleh pemilik bisnes untuk…

● Mendengar pemilik bisnes bercerita tentang situasi bisnes dari pangkal ke hujung, dari luar ke dalam, dari belakang ke depan

● Merungkaikan masalah bisnes yang berselirat sampaikan pemilik bisnes sendiri tak jumpa punca masalah sebenar

● Membantu pemilik bisnes membuat keputusan yang sesuai berdasarkan situasi & kekangan yang mereka hadapi

● Menggali & mempersembahkan masalah yang kadang-kadang pemilik bisnes sendiri tidak sedar itu satu masalah besar

● Menunjukkan kepada pemilik bisnes apa tahap seterusnya dalam bisnes & apa mereka patut buat untuk keluar daripada tahap sekarang dan melangkah ke tahap seterusnya

Saya banyak bekerja belakang tabir bisnes-bisnes yang mungkin anda pernah dengar atau pernah membeli dari bisnes tersebut.

Saya suka bekerja di belakang tabir sampaikan ada klien saya yang staf mereka sendiri pun tak tahu saya konsultan mereka.

😊😊😊

Topik perbincangan bisnes-bisnes besar…

Kerja-kerja saya dengan klien & partner bisnes yang dah capai jualan dari 6 ke 8 angka sebulan, sebenarnya tak banyak sangat pasal sales & marketing pun.

Kerja saya sebagai konsultan, strategis, penasihat & tukang fikir kepada pemilik bisnes banyak pasal topik-topik lain:
● Struktur & aliran kerja dalam bisnes
● Analisa kira-kira & struktur kos
● Analisa & kira-kira produktiviti tim bisnes
● BIG PICTURE strategi bisnes secara keseluruhan, bukan sekadar sales & marketing
● Membina bisnes ke arah satu mesin yang boleh bergerak tanpa penglibatan aktif pemilik bisnes
● Membina ‘pertahanan & perlindungan' kepada ISTANA BISNES yang mula terbina
● Visi 10-25 tahun untuk memastikan kelangsungan syarikat

Bila & macam mana 'business strategic gameplan' akan dijalankan?

1. Kelas LIVE ONLINE akan berjalan dalam 3 sesi berturut-turut pada:
πŸ‘‰ Tarikh sesi seterusnya akan dimaklumkan

2. Kelas berjalan secara LIVE ONLINE melalui aplikasi Zoom.

Tiada rakaman disediakan.

πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
Penting: Ketiga-tiga sesi ini wajib. Bukan untuk dipilih salah satu.
πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

PENDAFTARAN KE SESI Seterusnya

PAKEJ BASIC

RM150 RM50 sahaja

βœ… Sesi ‘Business Strategic Gameplan' sepanjang 3 sesi (tarikh akan dimaklumkan)

PAKEJ EKSTRA

RM500++ RM100 sahaja

βœ… Sesi ‘Business Strategic Gameplan'Β 

βœ… Sesi ekstra ‘Paid Traffic Mindset' (bernilai RM290):
● Satu skill yang saya nak orang bisnes kuasai supaya bisnes boleh bertahan lebih lama
● Kikis perasaan takut menggunakan marketing berbayar
● Strategi untuk mendapatkan pelanggan berterusan TANPA perlu setiap masa setiap hari menghasilkan konten habis masa berjam-jam!
● Prinsip & cara menggunakan marketing berbayar untuk buat ‘skim cepat kaya' sendiri yang sah & menguntungkan
● Cara menggunakan marketing bayar untuk membina aset berterusan dalam bisnes

βœ… Sesi ekstra ‘Unique Positioning Strategy' (UPS) — bernilai RM290:
● Satu skill yang mesti dikuasai supaya jadi pilihan pelanggan walaupun banyak persaingan!
● 3 komponen dalam menyampaikan mesej marketing kepada pelanggan — MAJORITI bisnes fokus kepada yang pertama je & abaikan komponen kedua dan ketiga
● Prinsip & cara untuk gali lebih dalam sampai berjaya keluarkan mesej marketing yang LAIN daripada persaingan

Butir kelas:
Business Strategic Gameplan
(Tarikh akan dimaklumkan)

Sesi Ekstra ‘Paid Traffic Mindset' & ‘Unique Positioning Strategy'
(Tarikh akan dimaklumkan)

Isi waiting list supaya tak ketinggalan…

Ada FAST ACTION BONUS: Group Consultation & Surprise Session untuk yang mendaftar awal apabila dibuka nanti…

UNTUK SIAPA 'BUSINESS STRATEGIC GAMEPLAN' INI?

1. Fokus ‘Business Strategic Gameplan' (BSG) ialah untuk jadi manusia yang berilmu & bermanfaat.Β 

Ramai yang kata, ilmu yang diajar dalam BSG boleh praktik bukan saja dalam bisnes, tapi juga dalam kehidupan.

Sesuai untuk SEMUA jenis bisnes yang berurusan dengan manusia.

2. Kita tak belajar teknik, kaedah atau trik yang terlalu spesifik kepada sesuatu jenis bisnes.Β 

Kita belajar membina diri sebagai BUSINESS LEADER. Kita belajar berfikir. Belajar bertenang. Belajar jadi manusia matang untuk jadi pemimpin kepada bisnes.

Belajar jadi manusia matang untuk MEMIMPIN DIRI SENDIRI.

3. Belum ada bisnes?

Lebih baik join sebelum buat silap dalam langkah bisnes nanti.

Jangan menyesal bila dah beli stok, dah buat teknik marketing yang entah apa-apa atau dah belajar macam-macam yang tak perlu nanti.

4. Bisnes baru mula?

Join untuk luaskan pandangan dalam bisnes & bukan fikir semata-mata pasal marketing. Supaya tak tersalah pilih langkah dalam bisnes.

5. Bisnes sudah mampu berkembang melebihi 6-7 angka?

Join untuk kembali kepada asas & kukuhkan tapak dalam bisnes. Majoriti klien BRC yang sales tinggi, mesti kami suruh susun semula batu asas, baru boleh kembangkan lebih jauh.Β 

Siapa yang pernah join?

Ini senarai bisnes peserta yang pernah sertai Business Strategic Gameplan:
πŸ”₯ Farmasi
πŸ”₯ Klinik gigi
πŸ”₯ Klinik pakar kulit

πŸ”₯ Marketing agency
πŸ”₯ Bengkel kereta / bengkel tayar
πŸ”₯ Restoran

πŸ”₯ Hiasan rumah
πŸ”₯ Kontraktor renovation
πŸ”₯ Kontraktor interior design

πŸ”₯ Financial advisor – takaful & pengurusan harta
πŸ”₯ Jual beli emas
πŸ”₯ Website service

πŸ”₯ Graphic designer
πŸ”₯ Pet shop & service
πŸ”₯ Stokist/ leader produk kecantikan

πŸ”₯ Servis aircond rumah
πŸ”₯ Shoe spa
πŸ”₯ Food & beverage, homebaker

apa yang lain dengan 'business strategic gameplan'?

Skill berfikir & buat keputusan…

Break down problem & mencari soalan betul untuk diri sendiri

Menyesal lambat masuk BSG

apa kata peserta yang pernah sertai 'Business Strategic Gameplan'?

“Benda dah lama cari, akhirnya ditunjukkan depan mata.”

“Dalam BSG, saya temukan jawapan kenapa stuck.”

“Banyak berfikir lepas habis kelas.”

“Tak pernah lagi jumpa kelas yang bertubi-tubi ditampar dengan realiti.”

Β 

"Sesuai ke untuk bisnes saya?"

Business Strategic Gameplan bukan berfokus kepada teknik, cara & kaedah tertentu yang hanya sesuai untuk bisnes tertentu sahaja.

Dah berapa kali / lama anda belajar teknik & kaedah tapi tak bawa ke mana?

Kenapa jadi macam tu?

Sebab anda terlalu fokus pada teknik & kaedah.

Orang yang kabur & tak boleh berfikir, belajar 1,000 teknik hebat pun tak menjadi.

Orang yang bijak & bersedia, belajar 1 teknik biasa pun akan buat dengan cara luar biasa & menjadi.

‘Business Strategic Gameplan' lebih berfokus kepada MENYEDIAKAN anda sebagai pemilik bisnes yang bijak & matang untuk menilai strategi bisnes.

Business Strategic Gameplan sesuai untuk bisnes yang berurusan dengan manusia

Disebabkan kita tak fokus sangat kepada teknik & kaedah, lebih kepada cara berfikir orang bisnes yang matang…

Kelas ini sesuai untuk semua jenis bisnes.

● Offline atau online

● Produk atau servis

Klien & peserta BRC terdiri daripada pelbagai lapangan & industri. Tak perlu senaraikan satu-satu.

“Bisnes saya __________. Sesuai tak?”

Jawapan pendek: Sesuai!

Selagi berurusan dengan fitrah manusia yang hidup atas dunia sekarang, guna kira-kira matematik di atas planet bumi & mematuhi hukum fizik di atas planet bumi…

Kelas ini sesuai untuk anda.

Lebih penting lagi: Ini bukan pasal bisnes semata-mata!

Banyak peserta sebelum ini yang dah merasa sendiri kelas ini cakap: Apa yang dipelajari kat sini boleh guna untuk jadi manusia yang berguna.

Saya percaya yang bisnes ialah salah satu aspek kehidupan manusia. Ini bab muamalat.

Sebab itu dalam kelas ini, kita banyak fokus kepada:
πŸ‘‰ CaraΒ menjadi manusia berguna
πŸ‘‰ Cara berfikir & belajar
πŸ‘‰ Cara buat keputusan dalam hidup

Kalau nak buat bisnes dengan cara meninggalkan ilmu kemanusiaan dan kehidupan, ini bukan tempatnya!

Sedia untuk jadi manusia yang berguna, berilmu & bermanfaat?

DAH JOIN PUN NAK JOIN LAGI?

Ini peserta-peserta BSG yang lepas.

Entah apa benda seronoknya, mereka nak join lagi & mereka sanggup bayar lebih!

BRC.my | Made with ❀️ in Putrajaya | hai@brc.my