Home » Artikel » TIGA kesilapan yang buat susah dapat sale

TIGA kesilapan yang buat susah dapat sale

TIGA KESILAPAN BESAR ORANG BISNES dalam tiga ayat yang tidak bersalah.

Tanpa kita sedar…

Dengan ayat yang mudah dan nampak betul, kita sebenarnya sedang menjerat diri sendiri.

Cuba tengok ayat ini…

Mesti biasa dengar kan?

“Saya nak sangat buat bisnes online ni. Masih tengah cari produk untuk dijual lagi. Tapi masih belum jumpa dan tengah cari modal.”

Apa masalah dengan ayat ini? 

Boom!

Boom!!

Boom!!!

Whoa whoa.

Ini apahal sampai 3 kali membunuh diri sendiri ni?

Nak buat bisnes dah la payah. Yang pergi tembak diri sendiri apahal?

Mari kita tengok satu-satu BETAPA BAHAYANYA & BAHANANYA 3 ayat yang nampak ‘innocent’ suci murni tadi…

 

1. Bisnes online.

Tiada bisnes online.

Ulang sekali lagi dalam perisa huruf besar bagaikan tiada hari esok:
TIADA BISNES ONLINE!

Tak lekat lagi?

Ulang sekali lagi dalam perisa huruf besar beserta hyphen untuk kesan slo mo yang melodramatik:
T-I-A-D-A
B-I-S-N-E-S
O-N-L-I-N-E!

Bisnes ialah bisnes.

Bisnes sudah wujud LAMAAAA sebelum satu makhluk bernama internet (ARPANET, TELENET dan semua nenek moyang mereka) tercipta.

Hukum-hakam bisnes sama saja sejak beribu tahun dahulu.

Ada pelanggan.

(Soalan pedih 1: Tahu ke siapa target market?)

Ada tawaran.

(Soalan pedih 2: Tahu ke apa masalah target market yang boleh kita jadikan tawaran?)

Ada saluran untuk kita sampaikan tawaran kepada pelanggan.

(Soalan pedih 3 : Di saluran mana boleh capai target market? Eh, lupa. Kalau tak jawab soalan pedih 1… takkan dapat jawab soalan ini!)

Dengan adanya bisnes online, tidak bermakna HUKUM-HAKAM ini boleh dicampak ke longkang.

“Bisnes online” bukan benda magik yang akan buat perjalanan bisnes kita jadi riang gembira seumpama berjalan lemah gemalai di pasir putih tepi pantai ombak saling berkejaran kau lari aku mengejar di antara deru rindu kita berdua…

Online hanyalah platform buat bisnes. Hukum-hakam bisnes masih terpakai.

(Punchline: “Online” itulah saluran untuk capai target market. Tapi kalau target market TIDAK mencari penyelesaian masalah secara online, atau target market kita jenis tidak online, apahal nak online sangat?)

 

2. Cari produk untuk dijual.

 

2a. Cari pelanggan dulu. Baru cari produk.

Ramai orang ada produk, produknya jadi topang katil, sendal pintu dan penyeri ruang bawah tangga.

Tak pernah dengar lagi orang yang ada masalah untuk mencari produk yang pelanggan mahu beli sampai terpaksa simpan pelanggan bawah katil, bawah tangga.

 

2b. Apabila kita sibuk cari produk untuk dijual, kita akan tersangkut dengan skim dan tawaran peluang perniagaan.

Kita akan sibuk jual produk BUKAN kerana ramai pelanggan mahu beli, kita jual sebab itu “peluang perniagaan” yang mudah nampak.

Contoh:
Ramai orang join Perniagaan X menjual Produk Y. BUKAN kerana produk Y mahu dibeli orang ramai. Ramai yang join hanya kerana produk Y itu sudah dipakejkan untuk skim ejen. Malas nak fikir dan mencari apa kemahuan pelanggan, kita pun jadi dicucuk hidung akur tunduk patuh join skim produk hangat konon sampai tak larat jawab PM.

(Soalan bonus: Apakah produk mengarut yang tiada orang mahu beli, tidak menyelesaikan masalah jelas… TAPI ramai orang jual? Jawab dalam hati. Kang orang kata aku dengki busuk hati biawak komodo pula.)

(Punchline: “Peluang perniagaan” yang mudah nampak juga mudah disertai oleh RAMAI orang lain. Tak memasal kita ada terlalu ramai persaingan sama-sama jual produk yang pelanggan memang tak berapa nak. Belum masuk gelanggang, kita sudah kalah!)

 

3. Masih cari modal.

 

3a. Kalau kita belum mula bisnes kerana kita rasa untuk mula perlukan modal besar…

Maka siap sedialah untuk habis modal itu tanpa hasil apa pun.

Psikologi manusia: apabila kita ada bajet besar, kita akan MENCARI bagaimana untuk habiskan bajet itu.

 

3b. Sebaliknya, kalau sebelum mula bisnes, kita langsung tiada simpanan yang boleh kita jadikan modal (tak banyak pun, bawah RM200 pun cukup)…

Kita ada masalah lebih besar.

Tak pandai urus duit, sampai bila-bilaaaa pun tak pandai urus duit, jika tak diperbetulkan masalah urus duit.

Bisnes bukan satu makhluk magik yang akan betulkan masalah kebangangan kita mengurus duit.

Ada sikit, bocor sikit.

Ada banyak, bocor banyak.

(Kenapa la orang suka fikir masalah hidup dia akan selesai dengan bisnes? Kau ingat bisnes ini makhluk magikal fantasi dari planet mana woi?!)

 

Rahsia di sebalik kata-kata kita

Demikianlah hendaknya.

Seyogia diingatkan bahawa…

Terlalu banyak rahsia yang terkandung di sebalik ayat-ayat yang nampak tidak bersalah dan suci mulus tulus.

Ayat-ayat seperti di atas tadi samalah sifatnya seperti iceberg yang menenggelamkan Titanic lalu memisahkan Jack dengan Rose — permukaan nampak sikit je.

Di bawah itu, kalau kita gali akan jumpa lebih banyak ketempangan, kecacatan, ketololan pemikiran.

Nampak macam semua ni masalah bisnes kan?

Bukan!

Bukan!!

Bukan!!!

Ini semua masalah pemikiran yang bercelaru.

 

KLIK SINI untuk rawat masalah pemikiran bercelaru pasal bisnes, iklan, marketing & sales ini

Semoga bermanfaat.

Amiin.

 

Apa kata anda? Silakan komen...