Home » Bagaimana subjek Sains sekolah rendah bantu saya apabila sales jatuh?

Bagaimana subjek Sains sekolah rendah bantu saya apabila sales jatuh?

Sales jatuh?

Sebelum bertindak…

Ambil masa untuk bertenang.

Nak menangis, nak mengadap Yang Maha Kuasa. Buat dulu semua itu.

Kemudian, kita bertindak…

Ada banyak sudut kita boleh ‘tackle’ masalah ini. Saya mahu bawa anda melihat daripada sudut subjek Sains sekolah rendah…

Saya tak pasti membantu atau tidak pada anda.

Ini cara paling utama yang saya gunakan untuk tingkatkan semula sales yang jatuh…

 

AMARAN:
Artikel ini panjang. Lebih 2,000 perkataaan!
HANYA YANG SERIUS sahaja akan baca sehingga habis.

 

Serius dalam berbinses?

Teruskan membaca…

 

.

.

.

.

.

1. Sales jatuh ni merujuk kepada situasi kalau dulu kita pernah capai sales lagi tinggi.

Itu maksudnya jatuh.

Bukan maksudnya belum buat sales ye.

Kalau belum buat sales, cara saya ni anda belum boleh praktik lagi.

 

2. Benda ini ramai orang tak buat dia punya persediaan.

Kalau tak buat persediaan, PUN SAMA tak boleh buat jugak 😭😭😭

Apa persediaan patut dibuat?

Teruskan baca. Banyak yang nak kena faham dulu ni…

Sampai poin 22 nanti baru nampak.

 

3. Saya akan ceritakan dulu apa saya buat…

Kemudian saya beritahu apa persediaan nak kena buat supaya apabila sales down kita tak gelabah.

OK?

####

 

Sebelum kita teruskan…

Baca ni dulu:
“Agak-agak diorang pun ada down tak?”

Wife saya tanya. Merujuk pada kawan-kawan yang saya kira tok-tok guru saya. Saya pasti nama-nama ini anda kenal kalau saya sebut.

“Ye la, kadang sales down, bisnes tak cantik. Sibuk betulkan bisnes, takde masa untuk famili. Agak-agak diorang pun gaduh tak laki bini?”

Wife saya tanya lagi.

Saya pernah cakap, kalau buat bisnes ni tak gaduh laki bini… tak sah!

Ala, kita tengok orang yang kerja tetap, ada jadual tetap pun boleh gaduh. Siapa nak ambil anak. Siapa kena balik lewat sebab bos suruh overtime. Siapa nak stay rumah bila anak demam tak boleh hantar nursery.

Apatah lagi orang bisnes yang jadual kerja tak menentu kan?

Ada sekali, seorang yang agak terkenal dalam bidang marketing online ni tulis di pos dia.

Bunyinya lebih kurang begini: “Orang nampak gambar kita suka-suka jalan sana jalan sini. Yang orang tak nampak ialah menangis malam-malam sebab nak bayar gaji staf duit tak cukup, bergaduh dengan bini sebab tak dapat spend masa banyak dengan famili.”

 

Sekarang ni zaman ‘demam’

Semua orang terkesan.

Saya pun terkesan.

Jangan ingat orang yang kita pandang tinggi dan kita rasa hebat tu tak terkesan tau.

Jangan tanya, “Macam mana nak bagi sales tak jatuh dan sentiasa naik ye?”

Soalan ni kelakar.

Lagi kelakar kalau kita tanya pada yang acah-acah sifu. Siapa yang boleh jawab dengan yakin, hempuk kepala dia. Acah-acah sifu le tu.

SEMUA orang akan turun naik. Mana ada yang naik manjang je. Melainkan dia gebang!

Kita semua manusia biasa.

Takde kuasa magik pun.

Cuma nak mengaku atau tidak je di depan audiens masing-masing.

Saya tak malu nak mengaku. Sebab saya tahu saya manusia biasa.

Dan…

 

Supaya anda tahu

A. Nak bagitahu pada anda, kita semua sama. Manusia biasa. Yang Berkuasa hanya Allah Maha Kuasa.

B. Nak kurangkan rasa down anda.

Dah la down sebab sales down. Tak payah la rasa down ber-double-double (memang tak wujud kata ganda ni dalam Kamus Dewan ye) sebab bandingkan dengan orang lain yang kononnya kita nampak hebat.

“Kenapa aku seorang je camni? Kenapa dia nampak gah je?”

Jangan camtu…

Sebenarnya ramai yang sama tengah down macam kita sekarang.

OK?

Kita teruskan…

####

 

Ambil masa untuk berfikir

4. Apabila sales kita jatuh…
Kita tengok balik THE WHOLE PROCESS dari mula buat prospecting sampai la kepada close sales.

 

5. Rujuk balik kempen marketing yang kita pernah buat bulan-bulan sebelum ini.

Supaya…

 

6. Jangan runsing-runsing pening kepala ke sana ke mari buat itu buat ini.

Biasanya buat main tala ni akan lagi memburukkan keadaan.

Benda yang dah betul, kita buat jadi salah. Benda yang salah, kita buat jadi makin salah.

Biasalah. Kalau kita panik, memang tindakan dan kepala otak kita kucar-kacir kelam-kabut huru-hara serabut-serabai gegak-gempita.

Jadi…

 

Jangan ikut emosi

7. Bertenang dulu.

Gunakan data-data lama untuk buat keputusan.

Jangan buat keputusan berdasarkan emosi.

 

8. Saya ambil contoh saya sekarang (Januari 2017).

Pening juga tengok sales tiba-tiba macam sendu.

Tapi…

Tengok balik nombor-nombor.

Memang ada jatuh.

Tapi semua ini emosi je… RASA macam jatuh banyak. Macam ‘down’ sangat. Macam buntu sangat.

Sebenarnya…

Apabila dinilai dengan logik dan data-data bernombor…

Rupanya situasi ‘down’ tadi disebabkan oleh kos iklan yang meningkat banyak dan ada kos overhead lain yang tiba-tiba datang.

 

9. Data-data bernombor akan beritahu situasi sebenar.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah saya mungkin buat 10 benda, yang berkesan hanya 3 benda.

Jadi…

Ia akan buat kita penat.

Ia juga buatkan kita keluar kos lebih daripada yang sepatutnya.

Silap saya ialah, saya pukul rata macam SEMUA 10 benda saya buat tu tak menjadi.

 

Perancangan kasar untuk betulkan

10. Cara untuk kita betulkan ialah:
a. Tengok data lama.
b. TAMBAH buat apa yang menjadi.
c. BUANG atau berhenti buat apa benda yang tak menjadi.

Senang je kan?

Strategi ini bukan guna untuk bisnes je. Dalam hidup kita pun sama. TAMBAH apa yang menjadi. BUANG yang tak menjadi.

Bagus kan prinsip ni?

 

Bagaimana caranya?

11. Saya gali semula data-data marketing bulan Disember 2016 contohnya.

Untuk satu kempen tu, saya dapat jualan RM23,000.

Saya keluarkan bajet marketing lebih RM5,000.

Agak tinggi kos ni daripada kebiasaan.

Tapi…

Bila semak balik, sebenarnya…

Yang berkesan jana jualan ialah marketing yang kosnya RM2,000++ sahaja.

Yang lagi RM3,000++ tu ialah kempen yang tidak berkesan atau eksperimen yang gagal.

 

12. Pisahkan mana yang menjadi, mana yang tidak menjadi.

Kalau saya kira eksperimen yang berjaya saja, ROI kempen marketing ialah 10X.

Keluar RM2,000 dapat semula RM20,000.

OK la kan?

Tapi eksperimen gagal tu yang buatkan penat dan rasa macam tak berkesan.

Ditambah pula dengan mainan emosi. Jadi makin teruk sebab ’emo’ je lebih TANPA semak data-data bernombor.

 

13. Logik dan data melawan emosi.

Perhatikan:
Mula-mula tadi saya cuak rasa macam sales jatuh, marketing tak berkesan.
Semua tu emosi je!

Sebenarnya lepas tengok data sebenar…

Baru nampak apa yang menjadi, apa yang tidak menjadi.

 

14. Jadi… apa kita patut buat?

BUANG yang tak menjadi. TAMBAH yang menjadi.

Macam contoh tadi saya cakap: Buat 10, hanya 3 menjadi. Jadi apa nak buat? Buang 7 yang tak menjadi. Tumpukan dan tingkatkan usaha (dan bajet) pada 3 yang menjadi.

Bagaimana caranya?

Teruskan membaca…

 

Tengok nombor, baru lega

15. Sekarang saya dah rasa makin lega.

Kepala otak tak serabut dah.

Ye, sebelum ni 2-3 hari agak buntu.

Tapi sebab apa?

Sebab layan perasaan. Layan emo lebih.

Muekekekeke.

 

16. Lepas buka data dan nombor, nampak dah apa nak buat.

Kat sini yang saya nak anda NAMPAK:
Pastikan ada simpan data-data bernombor dalam SETIAP proses dalam bisnes. 

Dalam pos ini, saya baru cerita tentang proses marketing.

Ada banyak lagi proses lain:
+ Proses close sales
+ Data jualan
+ Pembelian bekalan dan bahan mentah
+ Kos gaji pekerja
+ Kos overhead dalam bisnes
+ Data prospek, pelanggan
+ Corak pembelian pelanggan

Banyak lagilah!

SEMUA dan SETIAP proses ini kita perlu simpan data-data bernombor.

 

17. Katakan kita tengok kita punya sales memang betul-betul kurang.

Apa nak buat?

Pasti ada segmen dalam marketing kita yang menjadi.

Tapi sebab kita gila buat macam-macam, kita tak nampak.

TAMBAH apa yang menjadi. BUANG apa yang tidak menjadi.

 

Kajian kes: Jualan fesyen

18. Saya bagi contoh klien yang saya pernah jumpa.

Dia jual fesyen.

Dia dah penat. Marketing semua tak menjadi.

5 tahun buat benda yang sama. Memang penat gila dah!

Lepas korek-korek…

Kalau tengok data, jualan dari iklan Facebook dia memang sendu habis.

Down betul!

Tapi…

 

19. Dia ada jualan daripada ejen offline.

Ada berapa ejen?

Ada seorang je.

Itupun kawan dia yang rajin nak amik produk dia dan bawak pergi ofis. BUKAN ejen yang dia cari pun.

Bila awak tu pergi ofis, bawak 10 helai… 6 helai komfem boleh laku.

 

20. Apa yang berlaku ialah…

Jualan secara offline laju!

Jualan online yang memang tak boleh pergi.

Tapi sebab Puan ni fokus sangat nak dapat jualan online dan tak ambil masa pun untuk semak mana yang berjaya mendatangkan hasil, dia tak nampak jualan offline tu.

Dia tak gandakan apa yang berjaya.

Dia sibuk nak betulkan yang tak berjaya.

Sepatutnya kalau dia sedar jualan datang dari ejen, dia stop je iklan online.

Kumpul ejen offline.

Dari sorang jadi 3 orang.

Dari 3 orang jadi 10 orang.

Bina jualan dari situ.

 

Gandakan kejayaan yang telah terbukti berkesan

21. Kesimpulannya…

DO WHAT WORKS!

Gandakan usaha pada kekuatan kita.

Jangan terlalu sibuk nak betulkan kelemahan kita.

Kalau kita pandai main bola sepak, main la bola sepak.

Tak payah sibuk nak belajar main chess pulak.

OK?

 

Persiapan yang kita WAJIB buat

22. So…

Apa persiapan yang kita kena buat macam saya cakap kat no 2 tadi?

 

23. Persiapan yang kita kena buat ialah:
KITA WAJIB SIMPAN DATA MARKETING.

Marketing ni kan macam eksperimen.

Ingat dulu masa sekolah rendah kita buat eksperimen sains?

Cikgu suruh buat apa?

Cikgu suruh buat lab report.

Ada pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerakbalas, pembolehubah dimalarkan.

INGAT TAK?

Sebenarnya apabila kita buat split test iklan… Ketiga-tiga pembolehubah inilah yang kita gunakan.

Siapa kata tak perlu pandai belajar kat sekolah untuk meniaga?

Lagi pandai kita kat sekolah, lagi power kita berfikir! Lagi power kita berniaga!

Pandai ni maksudnya bukan sekadar skor A manjaaaaaaaang. Pandai ni maksudnya nampak dan faham pelajaran yang sepatutnya kita faham. BUKAN dok menghafal nak masuk exam.

Dulu kat sekolah FAHAM ke MENGHAFAL?

Untuk apa cikgu suruh buat lab report?

Senang nanti kita rujuk je lab report tu.

Tak payah nak buat semula eksperimen sebab lupa apa keputusan eksperimen. Lain kali, apabila kita mahu dapatkan hasil yang sama, kita tak perlu cuba-cuba buat satu-satu semula. Tengok saja lab report!

 

‘Lab report’ yang menyelematkan saya

24. Yang menyelamatkan saya dalam situasi sekarang ialah:
Saya ada simpan ‘lab report’ marketing yang saya buat sejak tahun lepas.

Kita manusia. Kita memang akan lupa.

‘Lab report’ marketing saya akan beritahu:
+ Mana yang menjadi
+ Mana yang tak menjadi

Supaya apa?

Saja ulang-ulang banyak kali bagi lekat:
+ TAMBAH apa yang menjadi
+ BUANG apa yang tak menjadi

 

25. Ini contoh data bulan November 2016:

Total sales (bank):
Pakej A: xxx unit
RMxxx
Pakej B: xxx unit
RMxxx

Salespage visit (estimate): xxx visitor
xxx sales
~ 6% conversion rate

Total iklan: RMxxxx
Total sales:  RMxxxx
8.6x ROI
xxx sign up from ads
(Nombor-nombor semua saya xxxx la kan. Takkan nak tayang! 😎😎😎)

 

26. Jadi saya tahu berapa saya spend, berapa sign up saya dapat, berapa visit ke sales page, dari visit tu berapa yang convert kepada pembelian.

Berapa ROI saya.

Kalau saya cross check dengan data daripada iklan Facebook…

Saya tahu la iklan mana berkesan.

Iklan mana tak berkesan.

Jadi… Saya lega!

Saya boleh…

TAMBAH mana yang menjadi.

BUANG mana yang tidak menjadi.

 

Sales jatuh sebab salah tindakan

27. Yang buat sales down tadi sebab kadang-kadang tu jadi bengap.

Main buat je iklan. Iklan tak berkesan pun lanyak juga buat banyak!

Habis duit banyak. Tapi takde return.

Itulah. Siapa suruh bengap sangat tak rujuk data.

Lepas tu bila tak menjadi, emo sana-sini!

 

Kawal halatuju bisnes kita!

28. Saya sudahi sesi kuliyyah ini dengan quote daripada Imam Besar Peter Drucker.

Dia cakap:
“Without productivity objectives, a business does not have direction. Without productivity measurement, a business does not have control.”

Maksudnya:
a. Kalau takde tujuan jelas, bisnes takde halatuju.
b. Kalau takde ukuran produktiviti, bisnes takde control.

Jadi kita WAJIB ada matlamat.

Kita WAJIB ada data dan ukuran matlamat tercapai atau tidak.

Barulah bisnes kita ada halatuju dan ada control.

 

29. Peter Drucker juga cakap:
“What gets measured, gets managed.”

Benda yang diukur, boleh kita putar dan manipulasi.

Kalau tak ukur, apa benda kita nak manipulasi?

Kalau kita TAKDE DATA, kita tak boleh buat IMPROVEMENT dalam bisnes.

 

30. Apabila sales jatuh…

Ye, itu ujian; itu rezeki.

Tapi jangan salahkan ujian, salahkan rezeki, salahkan takdir.

Salahkan diri sendiri yang mangkuk takde simpan data!

Kita boleh belajar daripada ujian ini dengan ada siap-siap data marketing yang kita rekod setiap kali kempen berjalan.

 


 

Komited & serius untuk belajar lebih dan dapat hasil lebih?

 

 

Data-data bernombor, eksperimen marketing dan cara buat keputusan berdasarkan nombor ialah sebahagian daripada topik yang saya kongsi dalam Kalkulator Bisnes.

“Mendengar penjelasan Tuan Bukhari buatkan saya faham fokus kerja yang perlu saya lakukan bagi meningkatkan angka keuntungan syarikat. Saya sarankan usahawan yang belum tahu formula kira keuntungan maksima untuk hadir.”

~ Tuan Syaizul Amal

.

“Kini saya tahu apa yang saya perlukan. Mungkin sebelum ini saya mengambil masa bertahun-tahun untuk faham perniagaan dan pelanggan saya sendiri tapi dengan kelas 2 hari Tuan, semuanya tampak jelas dan mudah.”

~ Tuan Radzi Rashid

.

“Ilmu-ilmu ini betul-betul dapat mengelakkan pemain baru terbakar banyak duit kepada aktiviti tidak penting dalam bisnes. Untuk pemain lama, timbul banyak idea untuk tingkatkan jualan tanpa tertumpu pada taktikal iklan semata-mata.”

~ Tuan Hasbul ‘Ariff

 

KLIK SINI untuk mendaftar EARLY BIRD dengan tawaran diskaun lebih 60%

 

Pendaftaran akan ditutup dalam masa…