Home » Rahsia Panadol ini akan bantu anda buat jualan!

PENAT BUAT IKLAN TAPI TAKDE JUALAN?

‘RAHSIA’ PANADOL INI AKAN BANTU ANDA FAHAM APA SILAP YANG ANDA BUAT!

Kenapa ada gambar Panadol kat sini?

Apa kaitan Panadol dengan buat sales?

Kejap lagi saya terangkan… 😉

Sebelum tu saya nak tanya dulu…

 

Adakah anda ada masalah berikut?

  • “Saya tak reti nak buat ayat iklan tarik prospek.”
  • “Saya dah serik nak buat iklan…”
  • “Susah betul nak dapat pelanggan. Like banyak, takde PM. PM banyak, takde yang close!”
  • “Dah buat iklan, tapi masih takde jualan pun.”
  • “Saya tak reti cemana, kat mana nak buat marketing. Tak tau cemana nak plan semua ni.”
  • “Bila bagi harga, prospek terus senyap cabut lari.”

 

Kalau betul serius mahu ubah keadaan ini… BACA SAMPAI HABIS!

 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

 

Kenapa buat iklan, tapi tak dapat jualan?

 

Haaaaaaaaa….!

Itulah silap anda!

Siapa kata kalau kita buat iklan, terus berduyun-duyun orang berlomba-lomba nak beli produk kita?

Siapa kata?!

Bukan salah iklan…

Tapi salah sendiri yang tak faham proses marketing & sale.

 

 

Marketing tu apakebendanya?

 

Anda nak buat bisnes, nak buat marketing.

Tapi faham ke apa itu marketing?

Marketing bukan semata-mata buat iklan cik abang akak ye…

Marketing tu ada P-R-O-S-E-S yang kita kena ikut.

Tak boleh nak main langkau-langkau suka hati.

 

Marketing dalam bahasa paling senang ialah:
✔ Kenalpasti siapa yang akan beli
✔ Cakap & yakinkan dia sampai dia beli

Jadi…

 

Kenapa marketing tak menjadi?

Sebab:
✖ Kita tak kenal bakal pelanggan
✖ Kita tak pandai nak cakap apa untuk buat dia beli

Betul tak?

“Betul betul betul!”

Kita kena buat marketing yang TEPAT pada target pelanggan yang TEPAT.

Setiap orang ada lain-lain sebab untuk dia membeli.

Kalau kita buat marketing target semua orang dan guna ayat sama…

Memang marketing kita krik krik krik je la jawabnya.

Hai, tumpang lalu…

 

 

“Target market saya ialah semua orang!”

 

Mana boleh macam tu…

Nak buat marketing mesti ada target market yang jelas. Kalau target kita terlalu luas, FOKUS kita lari.

Orang pun tak mahu tengok iklan kita sebab tak fokus pada dia.

 

Ingat lagi gambar Panadol tadi?

Apa kaitan Panadol dengan marketing & sales?

Panadol ada macam-macam jenis.

  • Panadol biasa
  • Panadol Soluble
  • Panadol Extra
  • Panadol ActiFast
  • Panadol Extend
  • Panadol Menstrual
  • …dan macam-macam lagi!

Ada Panadol yang ada kat Malaysia ni, takde kat negara lain.

Ada Panadol yang ada kat negara lain, takde kat Malaysia.

 

Panadol Night ni mungkin ada di Malaysia tapi kita jarang jumpa

 

Semua Panadol ni ada bahan aktif yang sama: Paracetamol. Dos pun sama je, kebanyakannya 500mg.

Semua Panadol ni boleh ubat semua sakit yang sama.

Tak percaya? Tengok gambar ni…

 

Sama je penyakitnya… Hmmm…

 

Tapi…

 

Kalau semua lebih kurang sama, kenapa Panadol ada macam-macam jenis?

Sebab manusia SUKA RASA SPECIAL!

Orang yang period pain, nak beli Panadol Menstrual.

Orang yang selsema, nak beli Panadol Soluble.

Orang yang sakit sendi, nak beli Panadol Extend.

Orang yang sakit kepala pun ada macam-macam. Kalau yang nak lega cepat, nak beli Panadol Actifast.

 

Senang untuk Panadol buat marketing!

Dengan ada banyak Panadol…

Dia boleh FOKUS target yang tepat untuk setiap jenis Panadol.

Dia tahu ayat apa untuk guna dalam marketing.

Dia tahu kat mana buat marketing sesuai.

 

Panadol yang berlainan:

🔥 Untuk sakit yang berlainan

🔥 Untuk target market yang berlainan

🔥 Guna ayat yang berlainan

🔥 Buat iklan di tempat berlainan

 

Takkan la buat marketing Panadol Menstrual (untuk orang perempuan) dalam majalah Maskulin (yang lelaki baca) kan?

Kalau buat marketing Panadol Osteo tu (ha, tau tak ada jenis ni?) pulak… Boleh target pada orang tua je.

Setiap iklan ni boleh target yang TEPAT, guna ayat yang TEPAT!

Cuba bayangkan kalau ada hanya satu Panadol dan dalam iklan tu terpaksa senaraikan SEMUA penyakit yang dia boleh ubat…?

Pening tak kepala kita tengok iklan camtu?

Elok-elok pening sikit, makin pening bila tengok iklan dia! 😉

 

 

Copywriting pulak apakebendanya?

 

“Ayat gempak?”

“Ayat meletup?”

“Ayat power?”

Tak!

Tak!!

Tak!!!

Teeeeeeeeet! Semua salah.

 

Copywriting dalam bahasa paling senang ialah:
✔ Ayat untuk suruh orang beli

Kita tak boleh suruh orang buat benda yang dia tak mahu buat. Copywriter legend yang power pun cakap…

We cannot create desire. We can only channel existing desire to our product.

 

Kita tak boleh cipta keinginan yang takde dalam diri prospek. Kita cuma boleh salurkan KEINGINAN SEDIA ADA kepada apa yang kita jual.

 

Kenapa tak pandai buat copywriting & marketing tak menjadi?

Sebab:
✖ Kita tak tak tahu apa keinginan prospek

Betul tak?

“Betul betul betul!”

Macam mana nak tahu keinginan prospek kalau kita tak buat target yang betul?

Sebab setiap target market kan ke ada keinginan yang berbeza-beza!

 

 

Iklan apakebendanya pulak?

Pinjam lagi ayat copywriter legend:

Advertising is salesmanship in print.

 

Iklan ialah skil menjual secara bercetak atau meluas.

Maksudnya: Iklan ini hanyalah untuk menggandakan dan meluaskan jualan yang kita sudah buat.

 

Nak jual banyak?

Nak buat jualan meletup-letup?

Nak pos parcel bertimbun-timbun?

Belajar dulu menjual satu.

Kemudian barulah kita gunakan iklan untuk gandakan jualan dengan menjual secara meluas. Gandakan 10, 100, 1000 kali ganda. Sampaikan mesej menjual kita pada lebih ramai orang.

Faham tak?

Iklan gunanya untuk gandakan jualan sebab iklan kita boleh disampaikan lebih meluas.

Kita mesti belajar menjual SATU BARANG KEPADA SATU ORANG dulu!

Kemudian baru gunakan iklan untuk GANDAKAN dan hantar mesej kita kepada ramai orang.

Kenapa iklan kita tak boleh dapat banyak jualan?

Sebab:
✖ Kita tak pandai menjual.

Sebab seketul pun kita payah nak jual!

Kalau tak pernah menjual seketul barang pun…

0 x 1000 = 0.

Gandakan 0 sebanyak 1000 kali, tetap jadi 0 juga. Telur ayam!

Macam mana nak menjual SATU BARANG kepada SATU ORANG?

Teruskan baca…

 

 

Aturan P-R-O-S-E-S marketing yang kita tak boleh langkau

 

Fasa pertama: Mula dengan PROSPEK. 

Prospek ialah kumpulan target market yang boleh jadi pelanggan kita.

Kita kena kenal siapa kita nak target dulu. SEELOKNYA, kita punya target sangat jelas sampai kita boleh dapatkan SEORANG yang ada ciri-ciri ini dengan tepat. Bukan bayangan entah siapa-siapa!

Baru kita boleh target dia. Baru kita tahu apa mesej nak sampaikan untuk panggil dia hubungi kita.

 

Fasa kedua: Kemudian jadi LEAD.

Lead maksudnya prospek tadi dah hubungi kita. Kita dah mula berhubung dengan dia. Kerja kita kat sini ialah untuk close dia menjadi…

 

Fasa ketiga: Akhir sekali, baru jadi PELANGGAN. 

Lepas dapat pelanggan, jangan bazirkan. Layan elok-elok. Kita boleh dapat lebih daripada seorang pelanggan. Kita pun boleh minta dia bawa kawan-kawan beli dengan kita.

“Ooooo saya baru tahu ada 3 tahap ni. Patut la selama ni main terjah je tak dapat apa pun!”

 

 

Kenapa selama ni penat buat macam-macam tapi bisnes masih tahap sama je?

 

Sebab anda tak layak buat bisnes!

Sebab semua-semua yang bertanda ✖✖✖✖ tadi tu…

 

Jom kita senaraikan:

✖ Tak kenal pelanggan

✖ Tak pandai nak cakap apa untuk buat pelanggan beli

✖ Tak tahu apa keinginan bakal pelanggan

✖ Tak pandai menjual

 

Banyak benda yang anda patut buat, tapi tak buat!

Bisnes bukan semata-mata buka bisnes dan tunggu orang datang je.

Macam mana kita nak dapat jualan kalau:

  • Kita tak kenal siapa target market yang jelas
  • Kita tak tahu apa masalah yang kita selesaikan
  • Kita tak tahu apa nak cakap pada mereka
  • Kita tak tahu cara untuk panggil mereka munculkan diri
  • Kita tak tahu cara untuk yakinkan mereka beli dari kita

Nampak?

 

Lagi satu benda penting…

Facebook Ad takkan membantu jualan anda! Kalau anda tak pass semua benda di atas.

Facebook Ad ialah platform dan alat. Tempat letak iklan.

Apa iklan anda nak buat kalau anda tak kenal pelanggan, tak tahu ayat apa nak tulis, tak tahu apa keinginan pelanggan?

 

 

Rahsia buat ayat gempak, closing power ialah…

 

1. Ikut aturan marketing TIGA fasa tadi.

2. Kenal target market. Tahu apa dia nak.

 

Kalau kita tahu apa dia nak, senang je…

KITA BAGI APA DIA NAK!

Kalau kita tahu keinginan pelanggan, senang je…

ITULAH AYAT YANG KITA KENA TULIS DALAM IKLAN KITA!

 

Itu je rahsia marketing & sale ni. Takde benda gempak pun.

Betul tak?

“Betul betul betul!”

 


 

buk-kejut-2

Saya Bukhari Ramli.

Saya la yang bercakap dengan anda dari tadi.

Maaf, lambat kenalkan diri.

Tapi anda datang sini bukan sebab nak berkenalan dengan saya ye tak?

aqif2

Clorox-163

Saya banyak berjumpa dengan orang yang dah cuba macam-macam untuk mulakan bisnes, tapi masih takde hasil.

Sedih kot.

Jumpa orang yang sampai 5 tahun bersusah payah cuba itu ini, tapi jualan masih tak cecah RM5,000 sebulan!

Kesian.

Tengok orang yang serabut ilmu banyak sangat dalam kepala otak, buat itu ini tapi satu pun takde hasil.

 

Jadi… Saya pun cari jalan untuk mudahkan audiens saya untuk faham marketing & sale ni…

Saya korek cara saya buat marketing.

Macam mana saya buat marketing, macam mana saya ajar klien buat marketing?

Saya keluarkan semuanya untuk buat contoh template marketing plan.

Lepas ada gambaran kasar plan, saya bagi pada beta tester untuk cuba dulu. Dari feedback mereka, saya improve lagi.

 

Template marketing yang mudah diisi

Saya buat macam ni sebab nak bagi senang untuk buat & rancang marketing plan.

Biar orang yang tak tahu pasal marketing pun, boleh isi tempat kosong dan siapkan rangka marketing plan!

Apabila dah siap dan saya puas hati dengan maklumbalas beta tester tadi…

Kemudian saya buka kepada umum…

Sudah hampir 1,000 orang dah gunakan plan ini untuk pilih target market yang menguntungkan, kenal masalah prospek, panggil prospek hubungi anda secara sukarela, close sale dengan 3 tahap yang buatkan mereka tak sabar membeli dan dapat lebih daripada mereka selepas confirm jadi pelanggan!

 

“Alhamdulillah saya dah guna templete SMP ni dari fasa 1 hingga fasa 3. Dari Prospek bertukar jadi lead, lead bertukar jadi pelanggan.

Jika korang masih blur-blur nak kenal siapa pelanggan korang elok korang baca elok-elok fasa 1 ni. Ikut formula AKSE$ yang diberikan. Kerja dah dimudahkan. Korang cuma kena berfikir. Perah otak sikit, jangan malas.

“Fasa 2 lead membayangkan anda dah pun mempunyai bakal-bakal pelanggan, tapi bagaimana cara nak menarik mereka-mereka ni menjadi pelanggan yang membeli. Semua diterangkan dalam fasa 2 ni. Mudah sangat nak faham.

“Fasa 3 pelanggan, bila dah jadi pelanggan mestilah kita kena jaga pelangggan. Apa peningkatan nilai yang kita mahukan dari seorang pelanggan. Layanan terbaik yang perlu kita berikan. Bukan tinggalkan mereka-mereka ni, habiskan duit cari pelanggan baru pulak.

Saya sangat rekemen korang beli SMP ni. Simple, mudah faham apa yang perlu korang buat dalam proses marketing. Terima kasih Tuan Bukhari Ramli atas usaha murni ni. Semoga terus membantu menunjuk jalan kebenaran. saya bagi 5 bintang :)”

~ Faiezah Md Ali

 

Anda nak ke template marketing yang dah bantu ramai orang faham tentang marketing dan susun plan marketing mereka ni?

KLIK SINI untuk tahu lebih lanjut tentang template marketing plan yang telah bantu ramai orang faham tentang marketing dan berjaya buat jualan!

 

Terkejut beruk dapat sales

“Alhamdulilah dah setel Simple Marketing Plan (SMP). Nak kata bagaimana dah membantu tu sebenarnya banyak bagi newbie macam saya.

“Sebelum saya buat bisnes, kerja saya main hentam bedal je siapa pelanggan saya. Kiranya saya anggap semua orang nak produk saya.

“Lepas baca ebook mengenai SMP, alhamdulilah saya fokus pada prospek terpilih.

Selain itu, saya mula hargai pelanggan. Baru saya sedar kos pelanggan baru sebenarnya mahal. Baik jaga pelanggan sedia ada. Database yang sedia ada, saya buat donno je.

“Sekarang ni, baru terkial kial tanya databased lama. Alhamdulilah, dapat sales. Terkejut beruk saya.

“Nak kata hasil tu, alhamdulilah, saya dapat pelanggan.”

~ Farid Freddy

 

“Waaaahhh… bestnya! Template macam ni yang saya fikir, kalau ada mudahnya nak cerita pada newbie untuk buat marketing.

First time bila saya tengok template SMP ni, uwaaaaa… rasa nak nangis! Awatlah dolu-dolu tak ade template macam ni nak buat marketing? Kalau dulu, hentam kromo aje nak buat marketing. Sekarang ni, beruntung korang tau, ada template macam ni. Korang juz baca panduan yang di beri dan isi aje template kosong tu.

“Mudah ya amattt… Newbie tak faham apa Avatar tapi kalau sebut target market diorang tahu. Macam mana nak cari target market, bila dah tahu target market, macam mana nak cari dan macam mana nak guna. Bila plan marketing kita dah proper buat, kita dah nampak langkah demi langkah perkara yang BETUL yang patut kita buat.

Tak adalah kita ni, asyikkkk lah nak pi seminar marketing situ, seminar gempak sini.. kita belajar buat mende BASIC aje dulu, tak payah nak hype, fancy bagai. Dari situ, kita akan nampak MUDAH nya sale masuk… 😉

“Walaupun nampak simple, tapi SMP ni dah LENGKAP dan bila korang siap isi, yeayyy!! akan nampak terang seperti bulan penuh perjalanan bisnes korang. Tak percaya? Tak percaya sudah, namamu Bedah…”

~ Sheda Said