TAHNIAH! - BRC.my

TAHNIAH!

JOM kita teruskan…


Nak ubah hidup? 3 perkataan ini buat anda MENEMPAH GAGAL!

Ramai orang fikir, nak bertindak perlukan motivasi.

Sebenarnya…

Motivasi boleh buat kita makin gagal dan makin susah untuk berjaya!

“SAYA TAKDE MOTIVASI!”

Ini 3 perkataan yang sangat bahaya.

Dengan 3 perkataan ini seolah kita menempah gagal seumur hidup.

Di sebalik 3 perkataan ini, kita sebenarnya cakap pada diri sendiri, “Aku memang tak boleh buat apa, dah nasib aku macam ni.”

Kita berserah dan pasrah. Takde apa kita boleh buat. Kalau kita dah cop diri kita macam tu, macam mana nak jadi lebih baik & maju?

Yang lebih teruk lagi…

 

Motivasi bukan syarat untuk berjaya

Orang yang berjaya, tak bergantung kepada motivasi — sebab motivasi ni datang dan pergi.

Orang berjaya bina tabiat, sistem dan disiplin.

Mereka latih kekuatan mereka berusaha. Setiap kali pusingan mereka buat kerja dan berusaha, mereka tambah kekuatan ‘otot’ disiplin mereka.

Mereka bina sistem untuk bekerja. Tak perlu fikir banyak. Ikut saja sistem yang mereka sudah bina. Semakin hari, semakin kukuh sistem produktiviti mereka.

 

Apa beza motivasi, disiplin dan tabiat?

Motivasi tunggu kita ‘RASA’ nak buat sesuatu kerja baru nak buat kerja tu.

Disiplin akan terus buat kerja yang patut dibuat, tak peduli apa kita rasa. Kerja yang kita kena buat, kita tetap kena buat.

Tabiat ialah aturan kerja yang automatik. Apabila sampai saja masa untuk buat, kita terus buat. Takde masa nak layan jiwa malas mengada.

Sekarang…

Anda kena buat lagi satu keputusan. (Ye, orang berjaya memang kena buat banyak keputusan.)

 

Mana satu pilihan anda?

A. Nak terus tunggu ‘RASA’ nak buat, baru nak buat. Macam selalu-selalu.

Ini yang dah berlaku lama dalam hidup kita. Sambil tu dah berapa banyak potensi hidup & masa kita atas dunia terbazir!

Atau…

B. Nak bina disiplin dan tabiat supaya anda boleh buat apa patut buat — tak kisah apa anda rasa. Benda penting tetap akan dibuat siap!

Ini laluan orang berjaya. Bukan senang nak senang!

Ambil masa buat keputusan terbaik untuk anda.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Kalau anda pilih A, berhenti baca. Teruskan hidup macam biasa.

Kalau anda pilih B, jom kita teruskan…


Sedia?

Saya Bukhari Ramli.

Saya la yang bercakap dari tadi tu.

Masalah yang anda hadapi ni masalah universal…

Saya temui ‘fenomena’ ini sebab saya selalu berhubung dengan audiens saya. Ramai yang mengadu masalah macam ni.

Berita baik untuk anda ialah…

 

Disiplin dan tabiat boleh dibina…

Cuma kita je tak tahu caranya.

Kalau kita beli TV, kita dapat ‘user manual’ macam mana nak guna TV tu.

Untuk ‘guna’ diri sendiri, kita tak pernah belajar macam mana untuk bina tabiat dan disiplin yang bagus.

Dah 20, 30, 40 tahun hidup…

Ramai orang yang masih tak tahu macam mana nak ‘guna’ diri sendiri dengan betul.

 

‘User manual’ untuk diri anda

Saya dan BRC sentiasa hasilkan konten premium berkualiti tinggi untuk bantu masalah yang dihadapi oleh audiens BRC.

Untuk atasi masalah malas, lemau, takde motivasi, selalu bertangguh ni…

Saya pernah buat satu sesi kelas berkongsi apa yang saya telah jumpa BERKESAN untuk selesaikan masalah ini.

Kemudian…

Saya pindahkan ke program latihan secara online melalui modul 4 video.

Hasilnya…

 

Saya sendiri terkejut!

Macam-macam yang peserta berjaya capai.

Ada yang berjaya bina tabiat baca buku.

Bangun awal.

Solat awal waktu.

Kerja FOKUS tanpa gangguan.

Kerja rumah siap, kerja bisnes pun siap.

Mula bersenam. Jogging. Pergi gym.

Ada yang berjaya hapuskan sikap bertangguh yang dah bertahun-tahun melekat.

Ada yang berjaya berhenti merokok walaupun perokok tegar.

Macam-macam…

Sebelum ni saya seorang perokok tegar. Masa zaman rokok murah selamba je saya hisap rokok Dunhill merah 2 kotak bersamaan dengan 40 batang setiap hari. Lama kelamaan harga rokok semakin mahal.

Tapi sebagai perokok tegar itu bukanlah penghalang untuk saya teruskan merokok. Apalah sangat harga rokok yang mahal tu berbanding dengan rasa kepuasan yang dinikmati hasil dari merokok jenama Dunhill merah tu…

Saya terjumpa iklan dari BRC tentang ‘KUASAI TABIAT CAPAI MATLAMAT’ katanya boleh ubah tabiat, jadi saya pun cubalah try beli.

Dalam video pertama KTCM diajar tentang [3 langkah aturan tabiat]. Benda ni lah yang saya paham dengan cepat dan terus dapat ubah tabiat buruk dan boleh buat tabiat baru yang saya suka bila-bila masa je asalkan faham aturan tabiat.

Serius membantu gila!! Saya boleh ubah tabiat buruk saya dengan hanya mendengar video pertama sahaja. Tak sangka pulak video ke-3 adalah cara nak ubah tabiat walhal saya berjaya ubah tabiat buruk hanya dengan paham video pertama.

Saya nak ubah tabiat buruk saya iaitu menghisap rokok. Apabila masuk hari kedua dan ketiga memang rasa susah sangat-sangat nak berhenti merokok..mana taknya perokok tegar kot.

Sampai ke hari ini saya langsung tak hisap rokok dan pada saya dah kira berjaya berhenti merokok. Rupanya senang je nak buang tabiat buruk ni asalkan paham caranya.

Serius cakap harga tu murah sangat-sangat berbanding dengan tabiat buruk yang boleh diubah tanpa perlu pergi kelas motivasi yang mahal-mahal, tanpa perlu makan ubat yang mahal.

Hassan Abd Rahman

Alhamdulillah, saya dah go through semua video KTCM.

Nak UBAH dan MULAKAN habit baru TAK PERLU berfikir – berdilema lama, BUAT JE!

Once kita dah mula buat habit tu kita akan rasa takde la payah sangat sebenarnya habit tu nak buat and kita start suka dengan habit tu dan kita rasa nak buat lagi.

Contoh habit yang saya sekarang dah start jadikan sebagai routine ialah workout waktu petang. Start je 6.30 ptg tanpa pikir panjang saya start je workout. Tak yah pikir-pikir dulu.

Sebelum ni bila saya nak workout mesti rasa malas la penat la kejap lagi la takde tenaga la. Macam-macam alasan lah.

Habit satu lagi saya sekarang dah mula buat, time waktu nak tidur start je da baring terus lelap mata tidur takde dah pegang phone. Sebab sebelum ni sebelum nak terlelap mesti layan fb, instagram, tengok youtube sampai drag pukul 2 pagi.

Selama ni punca saya tak cukup tidur sebab habit tengok phone sebelum lelap ni la. Memang tak produktif jadi hari esok tu kalau tidur tak cukup. So sekarang saya dah tak tengok phone lagi. Start je baring nak tidur terus pejamkan mata. Esok pagi bangun tidur pun awal.

Muhammad Syahiid

Tabiat bertangguh yang berjaya saya ubah setakat ini adalah tidak bertangguh buat kerja rumah.

Kalau dahulu saya akan tangguh nak basuh pakaian, memasak, gosok baju kerja. Dengan alasan nak rehat dan letih.

Sudah 2 hari, baju kerja siap digosok 2 hari awal, tak terkejar-kejar nak bersiap di pagi hari macam selalu. Balik kerja terus sediakan bahan utk masak, lepas siap basuh baju terus masak.

Kehidupan semakin teratur insya-Allah.

Adila Farhana

 


Memperkenalkan…

 

Program latihan Kuasai Tabiat Capai Matlamat (KTCM) ialah program latihan video online 6 modul yang membantu anda untuk kuasai tabiat, kuasai masa dan kuasai hidup anda…

Dulu ada 4 modul video sahaja.

Setelah ramai peserta berkongsi macam-macam maklumbalas…

Saya dah UPGRADE & IMPROVE konten KTCM kepada 6 modul video yang lebih padat dan diperkaya dengan vitamin & nutrien!
😂😂😂

 

Sekarang… Giliran anda pula!

Sertai hampir 3,000 peserta yang sudah berjaya mengusai tabiat dan sudah dalam perjalanan untuk mencapai matlamat mereka.

Dalam 6 modul video ini anda akan sedar betapa mudahnya kuasai tabiat dan bina sistem produktiviti kalau anda tahu caranya.

Kalau anda mahu to do list, productivity app, kalendar yang fancy dan macam-macam tool yang canggih tapi tak membantu… Anda boleh Google.

Kalau anda mahu baca tips-tips yang buat anda rasa best tapi tak membantu sangat, pun boleh Google je.

Tapi kalau anda serius untuk kuasai dan kawal hidup anda sendiri…

Program latihan ini untuk anda.

Sekaranglah masanya!


APA ANDA AKAN BELAJAR?

VIDEO 1: KENALI TABIAT DAN DIRI SENDIRI

Tabiat ialah senjata yang hebat.

Kita pecahkan aturan tabiat supaya kita kenal dan boleh ‘tundukkan’ ia. Kita mahu jadi TUAN kepada tabiat, bukan jadi MANGSA tabiat.

Dengan aturan tabiat ini saja, anda akan boleh ubah tabiat dengan mudah.

Kita akan tengok satu kajian tentang kejayaan yang dijalankan selama lebih 40 tahun. Dari sini anda akan kenal apakah satu sikap yang menentukan kejayaan.

VIDEO 2: KENALI PENGARUH MASA KEPADA DIRI

Bagaimana kita mahu habiskan masa?

Mahu buat kerja atau tonton TV?

Mahu makan nasi sepinggan penuh atau bersenam?

Mahu terus tidur sedap bawah selimut atau keluar bekerja dengan semangat?

Semua pilihan kita ditentukan oleh 5 ‘penapis’ yang tentukan cara kita luangkan masa.

SALAH cara kita susun 5 ‘penapis’ ini, memang huru hara hidup kita tak tentu haluan.

KUASAI 5 ‘penapis’ ini supaya kita dapat kuasai masa kita sendiri.

VIDEO 3: CARA MULAKAN TABIAT BARU YANG LEBIH BAIK

Kita gunakan aturan tabiat yang kita belajar dalam video 1 untuk mulakan tabiat baru yang lebih baik dalam 4 langkah sahaja.

Apa yang anda mahu buat?

Apa yang anda mahu capai?

Apa tabiat baru yang anda mahu mulakan?

IKUT saja 4 langkah yang mudah diikuti ini untuk mulakan segera!

VIDEO 4: CARA BUANG SIKAP BERTANGGUH & TABIAT BURUK

Kita lihat dulu apa punca-punca:
+ Tabiat buruk
+ Sikap bertangguh

Apabila sudah tahu puncanya, mudah saja kita buang sikap bertangguh dalam 5 langkah.

VIDEO 5: KUASAI PERSEKITARAN KUASAI TABIAT

Membina tabiat yang susah akan jadi mudah apabila kita kuasai persekitaran kita.

Bina persekitaran yang baik untuk bina DIRI SENDIRI yang lebih baik.

Teknik ‘Pandang Luar Tingkap’ akan paksa anda buat kerja — bagaimana kerja fokus 3 jam boleh dapat hasil lebih daripada orang kerja 8 jam tanpa fokus

Kita boleh ubah hidup besar-besaran dengan mula ubah tabiat kecil saja — yang dinamakan keystone habit.

VIDEO 6: MOTIVASI VS DISIPLIN VS SISTEM

Ini MODUL TERBARU yang tiada dalam versi sebelum ini!

Apa beza antara motivasi dan disiplin?

Apakah SILAP FAHAM besar ramai orang tentang motivasi & disiplin yang membuatkan mereka sesat & tersangkut tak dapat bergerak menuju masa depan yang lebih baik?

Bagaimana menggunakan kedua-dua KUASA ini untuk perkembangan diri yang lebih baik?

Bagaimana membina SISTEM HIDUP yang lebih baik untuk membina kehidupan yang lebih baik?

 


SIAPA PATUT SERTAI PROGRAM LATIHAN INI?

PROGRAM LATIHAN INI BUKAN UNTUK ANDA JIKA…

❌ Anda sekadar suka komplen TANPA mahu bertindak.

Komplen pasal ekonomi, komplen pasal orang lain, komplen pasal bos.

Tak jadi apa kalau anda sendiri tidak mahu bertindak. Program ini bukan kuasa magik untuk ubah diri anda.

❌ Anda suka salahkan orang lain, benda lain TANPA rasa mahu bertanggungjawab.

Apa-apa yang jadi dalam hidup anda, mesti anda yang kena bertanggungjawab.

❌ Anda tak sudah-sudah mencari tips dan taktik.

Tips dan taktik ialah perkara luaran. Ia benda mudah untuk dicari dan buat anda rasa puas hati dengan diri sendiri sekejap tapi tak berkesan.

❌ Anda masih meleweh-leweh tak ketentuan hala.

Meratap hiba bersedih takkan bawa ke mana. Kalau diri sendiri tak mahu, orang lain pun takkan boleh bantu kita.

 

PROGRAM LATIHAN INI MEMANG UNTUK ANDA JIKA…

🔥 Anda serius untuk kuasai masa, kuasai tabiat dan kuasai diri sendiri. Anda serius untuk ubah nasib hidup dan capai matlamat yang anda mahu.

🔥 Anda sudah cuba macam-macam untuk tingkatkan diri anda tapi tak berkesan. Anda sudah cuba ikut tips-tips dan taktik untuk ubah tabiat tanpa hasil.

🔥 Anda tak mahu lagi rasa malas, rasa bertangguh, rasa tak fokus buat kerja. Anda sudah rasa muak dengan keadaan diri sendiri yang tak menentu dan tak ke mana bertahun-tahun dah.

🔥 Anda sanggup usaha dan labur masa beberapa jam seminggu untuk praktikkan apa yang dipelajari dalam program ini. Anda sanggup berusaha untuk buang tabiat buruk dan mulakan tabiat baru yang berpanjangan.

🔥 Anda tahu perjalanan ini susah dan ada banyak turun naik tapi anda sanggup usaha untuk kawal apa yang anda mampu kawal.


Macam mana nak sertai?

INI MASA ANDA…

Apa tabiat buruk yang anda ada?

Sudah berapa tahun anda ada tabiat buruk ini?

Berapa nilainya pada anda jika anda boleh hapuskan tabiat buruk ini?

Apa pula kerja-kerja yang anda mahu mulakan tapi masih tak mula-mula?

Sudah berapa tahun anda simpan niat baik ini?

Apa anda akan dapat kalau anda berjaya buat?

Berapa nilainya pada anda jika anda berjaya buat terus tanpa tangguh-tangguh?

Saya jemput anda…

…untuk kuasai tabiat, kuasai masa dan kuasai hidup anda.

…untuk bina kehidupan yang anda mahu, bukan sekadar hidup.

…untuk capai matlamat dan impian yang anda simpan sekian lama.

Yuran pelaburan anda untuk sertai program latihan video online Kuasai Tabiat Capai Matlamat ini hanyalah RM70 sahaja!

Ya.

Jangan tak percaya.

RM70 sahaja.

Anda dapat 6 video.

Atau cuma RM11.67 satu video.

Mesti berbaloi kan bayar RM11.67 satu video untuk ubah hidup anda?

Bayangkan impian yang anda boleh capai dan kehidupan yang anda boleh bina apabila anda berjaya kuasai tabiat, kuasai masa dan kuasai hidup seharian…

KLIK SINI
UNTUK DAFTAR


Macam-macam cara buat kekunun nak berubah tapi tak berjalan.

Hangat-hangat taik hangit.

Rupanya kena faham punca dan step by step. Jangan banyak fikir. Tau cue dan terus buat. Habit memang tak perlukan untuk kita berfikir..terus jalan.

Terima kasih tuan perkongsian ilmu mahal ini.

Fadhilah Hussin

Saya sekarang ni cuba untuk mulakan tabiat workout lepas balik kerja. Target 10 minit workout saja. Berkesan!

Alhamdulillah, makin hari, makin rasa best workout. Saya dapat bentuk tabiat bersenam.

Selain itu, saya juga sudah ubah tabiat buruk iaitu tidur lambat kepada tidur lebih awal.

Shamil Ahmad

Dapat apply 15 minit teknik pandang luar tingkap.

And then bila dah abis 15 minit, rasa syukur dapat baca buku, dapat buat plan.

Mohamad Izuan Jalil

 


SOALAN-SOALAN KERAP DITANYA…

“Program latihan ni macam mana?”

Program latihan ini akan dihantar melalui emel. Anda akan dapat video-video latihan secara berperingkat.

Tonton setiap video beberapa kali untuk bagi faham. Lagi baik tonton perlahan dan berkali-kali sampai dapat satu video, daripada tengok tonton banyak video tapi tak dapat apa.

 

“Dijamin berkesan ke?”

Saya tak mahu bodohkan anda dengan janji bulan bintang. Saya pun bukannya Tuhan nak menjamin apa-apa.

Saya cuma boleh jamin TAK BERKESAN kalau anda tak buat. 😂

Program ini telah diuji dan disertai hampir 3,000 peserta. Lihat apa kata mereka dan nilaikan sendiri…

 

“Macam mana kalau saya ni memang takde motivasi?”

Dalam program ini anda akan lihat bagaimana untuk membina sistem hidup tanpa perlu bergantung kepada motivasi.

Sebenarnya anda hidup dengan panduan yang salah selama ini.

Program ini akan RESET kepala otak anda supaya berfikir tentang tindakan, motivasi dan disiplin dengan cara yang betul dan berkesan.

 

“Macam mana program latihan ini membantu?”

Tiada benda pelik dan tahyul dalam program latihan ini.

Kita cuba fahami psikologi dan mindset sendiri. Manusia ada fitrah sendiri dalam bertindak dan menghasilkan tabiat. Tabiat terhasil secara automatik selalunya, tanpa kita sedar.

Apa yang kita buat dalam program ini ialah balik kepada asas pembentukan tabiat. Kita KACAU pembentukan tabiat buruk dan KEMBANGKAN tabiat baik secara sedar.

 

“Macam mana kalau saya tercicir?”

Jangan risau…

Anda boleh kembali tonton video ini bila-bila masa.

Masing-masing ada speed masing-masing. Jadi anda boleh tonton video ini semula, berkali-kali.

 

“Berbaloi ke semua ni?”

Cuba tengok semula…

Kebanyakan orang hidup secara automatik. Ikut saja flow yang ada.

Tak pernah tahu tentang pembentukan tabiat, cara urus emosi, cara urus masa dan CARA URUS HIDUP SENDIRI.

Fikirkan…

Anda sertai kelas/seminar/kursus beribu-ribu, nak buat bisnes, nak berjaya dalam karier, nak berjaya dalam pelajaran…

TIDAK AKAN berjaya kalau tidak disertakan dengan buat.

Belajar ilmu POWER sekalipun takkan jadi kalau tak buat.

Anda susah untuk buat kalau TIADA TABIAT yang bagus.

Bayangkan anda join kelas harga RM1,500…

Bayangkan anda enroll PhD…

Bayangkan anda buka bisnes sendiri…

Bayangkan anda mahu bina karier…

Tapi tak menjadi kerana tabiat yang tak betul.

APA JADINYA?

Ini hidup anda. Berbaloi tak untuk belajar macam mana cara urus hidup sendiri?

Berbaloi tak melabur untuk belajar tabiat SEBELUM melabur buat benda lain?


AlhamduliLlah. Terima kasih kepada Tuan Bukhari. Apa yang tuan kongsikan memang dari hati. Bukan sekadar nak menjual.

Yang saya paling suka adalah dapat buang tabiat bertangguh. Sekarang, bila tengok jam ada je masa nak buat apa yang perlu.

Kalau sebelum ni, bila tengok jam saya banyak fikir dulu, ‘nanti tak sempatlah, lamalah, takpe lepas ni buat’.

Sekarang tak lagi. Buat je, banyak kerja siap, dan masih ada masa.

Dalam bab ibadah sama. Kadang bila nak buat ibadah sunat, banyak fikir, letihlah, ikut mood. Sekarang, buat je. Bila dah buat baru dapat tahu kemanisannya walaupun penat.

Saya harap Tuan sentiasa dalam Rahmat Allah. JazakaLlahu khairan kathiro.

Mohd Jamri Mohd Naji

Video ini membantu saya berfikir kenapa saya buat sesuatu perkara.

Dan cepat-cepat ubah kepada tabiat baru jika tabiat lama itu merugikan masa saya.

Pada awalnya saya ingat video ni biasa-biasa jer.

Alhamdulillah, ia membantu saya buat sesuatu yg lebih bermanfaat dlm hidup saya.

Tq Tuan Bukhari kerana hasilkan video seperti ini.

Faris Osman

I dah beli banyak ebook, panduan, but when I raised a question, i received no answer. Macam once money credited into their bank account, no more further communication is made.

I initially thought you were just like the rest. i am truly sorry for being judgmental.

You are…actually, different. Thank you for being you.

Hazwani Ishak

 


CUBA DULU… TIADA RISIKO PADA ANDA!

Kalau anda takut untuk bertindak mendapatkan panduan ini, jangan risau! Saya bantu anda buang rasa takut itu.

1. Panduan ini harganya RM70 sahaja. Kalau anda rasa tidak berbaloi untuk keluarkan RM70 untuk kenal dan kuasai tabiat anda sendiri, tak mengapa. Tidak perlu dapatkan panduan ini! Serius.

2. Kalau anda serius mahu kenal dan kuasai tabiat untuk capai matlamat anda…

Dapatkan saja panduan ini!

Tonton video dan ikut kerja rumah yang diberi pada setiap video.

Kalau anda rasa tidak berbaloi, tidak suka dan tidak berhasil…

Beritahu tim saya melalui emel di hai@brc.my dan nyatakan apa yang anda sudah buat.

Kami akan bantu anda jika anda terbuka untuk dibantu dan mahu bantu diri sendiri.

Jika masih tidak dapat hasil walaupun selepas anda buat sepenuhnya, kami akan pulangkan duit anda 200%.

Berapa anda bayar untuk panduan ini, kami bayar double!

KLIK SINI
UNTUK DAFTAR


Alhamdulillah tabiat yg telah saya lakukan adalah BUAT JE….

Sampai terasa seronok lakukan apa sahaja sehingga selesai berbanding sebelum ini terasa berat nak mulakan sesuatu pekara…

Terima Kasih buat Tuan Bukhari Ramli telah sedar saya dari dibuai mimpi…

Alhamdulillah juga sekarang prestasi potensi kerja saya meningkat.

Raja Hafinaz

Jutaan terima kasih Tuan. Sangat membantu dan lebih jelas bagaimana boleh kita mengawal pemikiran dan perbuatan mengarah kepada merealisasikan apa yang diri sendiri mahukan.

Alhamdulillah. Setelah menamatkan sesi video terakhir, habit pertama yang saya buat buang ialah block semua godaan dan focus pada apa yang saya nak buat. Saya limitkan pendengaran saya pada bunyi-bunyi dengan fokus guna earphone, pada pandangan dengan duduk di bilik dengan mengunci pintu, pada fikiran saya dengan hentikan melayar lain-lain website yang tidak berkaitan dengan kerja yang saya fokus.

Saya juga mula revise balik aturan cue yang pernah saya cipta sebelum ini, dengan meletakkan time block bagi setiap kerja yang dirancang, memastikan kerja yang dibuat mudah, cepat dan tidak membebankan.

Timbulkan rasa seronok nak buat dan buat lagi. Insya-Allah.

Ezat Isa

Video tu TERLALU pendek dan TERSANGAT ringkas penyampaian ilmunya. Tapi impak dia TERLALU BESAR kalau betul-betul fokus mengaplikasikan ilmunya.

Saya baru dengan KTCM. So it takes some time to kick the bad ones out. Yet, saya praktikkan apa yang dikongsi dan slowly ada yang berubah.

Benda sesimple ni saya tak pernah nak ambil peduli sampai tertrigger menjadi routine yang create habit yang rewardnya “kepuasan diri” dengan membuang masa dan duit.

Tabiat buruk paling obvious yang saya cuba tinggalkan, movies marathon after isha’. Cool! Alhamdulillah rasa banyak benda boleh buat waktu malam!

Dan, apa saja terlintas nak buat (positive things), saya buat je.

Hmm..tabiat baik? Hmm..saya jadi sentiasa alert dengan setiap action saya.

Kalau saya lama buat sesuatu pada satu2 masa tu, saya akan pause dan fikirkan reward action (pleasing who). Paling best, I do slowly stop procastinating! Alhamdulillah.

Terima kasih! Anyway, I can’t thank you enough sir, may Allah reward your sincere effort to help us! Terima kasih!

Raihanah Mansor

 


Ada banyak lagi cerita maklumbalas daripada peserta sebelum ni…

Ada beratus-ratus emel dalam inbox BRC.

Kami juga call dan follow up peserta-peserta KTCM.

Kalau nak letak semua cerita mereka ni memang tak muat, sampai esok pun tak sudah-sudah.

 

Masa dah time!

Fikir terlebih-lebih, nanti tak buat. Kalau anda nak baca cerita orang, sampai tahun depan pun tak sudah.

Apa yang saya nak untuk anda ialah:
Percaya pada diri sendiri. Beri kebenaran dan kuasa pada diri sendiri untuk bertindak!

Dah berapa lama asik cakap nak buat, tapi tak buat?

Dah berapa kali nak buat sesuatu, tapi diri sendiri yang sabotaj masa depan sendiri?

Sampai masanya untuk kita ubah…

Bila kita cakap kita nak buat, kita buat!

Kita cakap kita usaha, kita usaha!

Takde lagi alasan.

Takde lagi takut, ragu-ragu, serabut kepala.

Rasa yakin untuk buat benda yang patut buat.

Percaya yang diri anda akan mulakan dan sudahkan kerja yang patut untuk kejar impian anda sendiri.

Tukar label dari NOBODY yang selalu malas, bertangguh, takut, tak yakin kepada jadi SOMEBODY yang konfiden dan ada skill untuk capai impian hidup sendiri.

PERCAYA PADA DIRI SENDIRI!

Bina kepercayaan tu…

 

Bina diri sendiri

Makin lama kita anggap diri kita malas, serabut kepala, tepu, tak tau nak buat apa, tak reti dan macam-macam lagi…

Makin teruk hidup kita.

Setiap hari berjalan tanpa kita tingkatkan hidup kita…

Makin susah untuk kita ubah.

Matlamat saya untuk anda ialah:
Anda boleh menghadap hidup dengan yakin tanpa takut-takut, rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri dan buatkan orang sekeliling anda bangga dengan anda.

Program latihan Kuasai Tabiat Capai Matlamat boleh bantu anda.

Saya boleh tunjukkan caranya.

Anda perlu ambil langkah pertama…

KLIK SINI
UNTUK DAFTAR