Home » 22 video + 16 worksheet untuk dapat pelanggan tak sabar membeli!

 

Apa kandungan 4 minggu modul Tawaran Meleleh v4?

Padat dan sendat!

Total ada 22 video dan 16 worksheet sepanjang 4 minggu modul Tawaran Meleleh v4 berlangsung.

Modul ini disusun cantik supaya anda senang follow mengikut minggu.

Hadam elok-elok…

 

Minggu pertama

 

🔥 Apa benda yang membuatkan bisnes jual beli berlaku? 
Video: 6 minit 46 saat

Masalah bisnes bukannya ayat iklan atau copywriting.

Masalah bisnes anda ialah TAKDE _________ yang membuatkan prospek nak membeli

🔥 6 langkah dalam proses jualan
Video: 5 minit 28 saat

6 langkah ni ialah aturan yang berlaku SEBELUM jualan berlaku.

Anda akan tengok benda ni logik je. Bukan benda susah atau hebat meletup pun.

Tapi kita selalu terlepas pandang benda simpel camni.

🔥 Menembusi otak pelanggan
Video: 10 minit 58 saat

Kita belajar pasal otak manusia. Ada satu komponen yang JAGA dan tapis maklumat yang masuk.

Kalau tak masuk, iklan kita akan diabaikan.

Macam mana cara nak jinakkan PENJAGA OTAK ni?

Macam mana nak SENTAPKAN otak supaya iklan kita dipandang?

🔥 Memilih ladang bisnes yang subur
Video: 10 minit 54 saat

Ada orang salah menjual pada crowd yang salah. Boleh jual sekali, tapi tak berkembang.

Seumpama kita bercucuk tanam di tanah gersang. Penat menanam sama. Tapi kalau tanam di tanah subur… Hasilnya lebih lebat!


Bisnes tak kembang sebab ‘ladang bisnes’ tak subur

Pemilihan pelanggan atau kita buat avatar pelanggan satu idea baru. Sebelum ni saya banyak fokus pada produk, bila masuk part nih.. memang hantuk dahi kat dinding la..

Patut la rasa tak berkembang pun bisnes. ladang tak subur, fokus produk sahaja. Alhamdulillah benda ni dapat lagi di betulkan.

~ Mohd Fitrihelmi


Pelanggan tepat lebih menguntungkan

Ternyata, pelanggan yang tepat itu lebih menguntungkan. Sebelum ini kami buat potong rumput untuk semua jenis rumah / pelanggan. Sampai kami rasa penat disebabkan hasil yang kami dapat tak seberapa. (Target kami rm300-400 sehari) biasanya susah dicapai.

Selepas kami tukar sasaran pelanggan kami, alhamdulillah kadang- kadang, 2 rumah sahaja dah cukup rm300. Tapi kebanyakkan nya dalam setengah hari insyaAllah akan cecah target kami.

~ Mohd Adib


Pelanggan kurang, tapi sales tak jatuh

Tahun 2017, jumlah customer memang turun. Tapi alhamdulillah, sales boleh maintain. Boleh senyum lagi. Walau bilangan pelanggan berkurang, tetapi dengan fokus kepada pelanggan yang berkualiti, jualan agak baik dan stabil.

~ Napisah Said


Minggu kedua

🔥Dapatkan Prospek Sebelum Prospek Sedia Membeli

Video 1: 6 minit 32 saat
Dalam video ni, anda akan belajar pasal satu piramid yang buatkan anda sedar anda RUGI 97% prospek anda.

Siap ada case study macam mana kalau saya tangkap prospek di fasa awal SEBELUM dia nak beli, conversion rate meningkat 1,800% atau 18X ganda!

Key point penting dalam video ni:
‼️ Tak semua orang nak produk
‼️ Tapi semua orang ada __________ yang boleh buatkan dia nak beli produk
‼️ Bukan masalah produk tak laku
‼️ Tapi masalah _________ tak diterima oleh prospek

Video 2: 2 minit 55 saat
Dalam video ni, anda akan belajar satu cara berfikir yang membuatkan anda KALIS PERUBAHAN.

Trend berubah, produk yang orang suka berubah…

Tapi anda boleh rilek je sebab mindset yang diajar dalam video ni.

Video 3: 13 minit 3 saat
Dalam video ni, anda akan belajar 3 kotak untuk anda susun mesej iklan anda SUPAYA boleh dapat prospek lebih ramai dan dapat prospek SEBELUM prospek terfikir pasal nak beli produk.

Video ni panjang sikit sebab saya banyak bagi contoh. Memang terbuka luas pandangan anda tentang bisnes.

Dah tak sempit kepala lagi dah fikir susah payah nak buat marketing.

🔥 3 rukun marketing
Video: 4 minit 16 saat

Marketing pun ada rukun. Tak cukup rukun, tak sah!

Ini kunci asal dalam Tawaran Meleleh versi pertama tahun 2014.

Faham yang ni pun dah boleh selesaikan banyak masalah marketing.

🔥 Formula tindakan manusia
Video: 3 minit 41 saat

Membeli ialah satu tindakan.

Kalau tak cukup ramuan untuk buat manusia bertindak ni, memang prospek anda takkan membeli.

Ini kajian oleh professor psikologi tau. Bukan saya main-main cakap je.

🔥 Membentuk syarat pembelian
Video: 10 minit 3 saat

Pelanggan yang banyak cekadak dan komplen mahal, komplen barang tak sesuai dan macam-macam lagi sebenarnya sedang meletakkan SYARAT untuk dia membeli.

Video ni akan ajar anda cara untuk tai chi dan lipat semua komplen prospek sampaikan dia pulak yang ikut syarat kita bagi!

Dah tentu la syarat  yang kita bagi ni bawak dia lebih dekat kepada produk yang kita jual. BUKAN lagi produk pesaing.

Best tak?

🔥 Pilih & kenalpasti pelanggan kelaparan
Video: 3 minit 53 saat

Orang kebulur akan tak banyak memilih. Apa kita hidang, dia akan makan.

Macam tu jugak dengan tawaran kita. Kalau kita berjaya pilih prospek kebulur, nescaya dia akan cepat beli produk kita tanpa memilih.

Lauk best pun tak berguna kalau kita dah kenyang gila.

Sama juga dengan menjual. Produk hebat mana pun takkan laku kalau produk tu tak di’lapar’kan oleh prospek. Dia ada duit banyak pun dia tak beli.

🔥 Rahsia bisnes tanpa persaingan
Video: 14 minit 39 saat

OK… Benda pelik ni akan buatkan bisnes anda boleh berjalan dengan kurang saingan.

Ramai tak terfikir benda ni. Malah, ramai yang dah diberitahu pasal benda ni pun melawan tak setuju.

Video ni panjang sikit untuk terangkan konsep ni sampai anda faham.

Saya siap bagi banyak contoh untuk bagi lebih jelas.


Berani jual harga lebih mahal

Sales saya memang naik banyak lepas Tawaran Meleleh. Saya berani tawarkan harga lebih mahal daripada harga biasa yang seller lain tawarkan.

Kalau harga RM160, saya jual RM180. Harga RM120, saya jual RM150. Harga RM180, saya jual RM200. Harga RM150, saya jual RM180.

~ Adie Khairi


Tidak perlu rebut pelanggan

Bila memahami apa kehendak pasaran semasa, saya tidak perlu berebut pelanggan dan saya hanya mendapatkan pelanggan yang bersedia dengan tawaran saya kerana saya percaya kualiti servis saya dan tawaran yang saya berikan pasti berbaloi dengan apa yang pasaran pelanggan saya perlukan.

Buat pertama kali setelah mengikuti tertib panduan ini, saya telah berjaya buat jualan RM20K setelah menyusun semula plan marketing saya berdasarkan servis yang saya ada dengan kos marketing yang sangat rendah.

~ Johan Muhammad


Dari tak berani menjual jadi berjaya buat duit suka-suka

Kalau ikutkan, sebelum belajar ilmu Tawaran Meleleh ni saya memang tak berani menjual. Saya fikir menjual ni satu proses yang complicated. Saya tak suka menjual.

Pada permulaan mengaplikasikan ilmu Tawaran Meleleh ini saya sudah UNTUNG RM7,000 bersih. Sehingga hari ini, duit jualan dengan aplikasikan ilmu Tawaran Meleleh, saya sudah dapat melancong ke Argentina, London, Paris, Maldives. Semuanya hasil dari duit jualan suka-suka saya tu.

~ Jannah Ar-Rayyan


Minggu ketiga

🔥 Tembok yang menghalang jualan
Video: 2 minit 26 saat

4 soalan yang prospek tanya bila dia tengok iklan. Kalau tak berjawab dengan betul, memang dia takkan beli.

4 benda yang buatkan dia stop membeli.

Kemudian…

Baru kita masuk ke 5 Pintu Tawaran Meleleh.

Inilah konten asal Tawaran Meleleh versi pertama tahun 2014 dulu.

Dengan 5 pintu ini saja ramai yang kenal copywriting sebenar yang berjaya bawa jualan untuk mereka.

Anggap ada 5 pintu yang anda kena buka untuk sampai dari sekarang prospek tak mahu beli kepada nanti dia mahu beli.

🔥 Pintu 1 Tawaran Meleleh
Video: 8 minit 14 saat

Ini susulan daripada yang kita belajar sebelum ni.

Apa elemen nak letak pada iklan SUPAYA prospek tersentak dan beri perhatian? Ini akan buat mesej kita tembus otak mereka.

Kat sini ramai yang buat silap – iklan jadi lemau dan prospek abaikan je.

🔥 Pintu 2 Tawaran Meleleh
Video: 4 minit 33 saat

Dah ada elemen pertama tadi, elok digabungkan dengan Pintu 2 ni pulak.

Tadi dah bagi sekali, ni bagi pukulan balas pulak. Tadi dah lambung, kali ni kena sambut!

Baru kita boleh terus PEGANG perhatian prospek.

🔥 Pintu 3 Tawaran Meleleh
Video: 5 minit 36 saat

Prospek ada rasa takut nak bertindak.

Elemen kat sini akan buang rasa takut prospek. Video ni juga akan ajar anda satu cara yang lebih berkuasa untuk buang rasa takut dan bagi prospek yakin pada tawaran anda.

Ada satu formula ______ – _____ – _____ yang saya kongsi untuk buat prospek sejuk hati dan kurang rasa takut nak bertindak.

Boleh juga sulam sekali dengan research yang kita dah buat di topik Mengubah Syarat Pembelian dalam minggu sebelum ni.

🔥 Pintu 4 Tawaran Meleleh
Video: 6 minit 28 saat

Prospek mungkin masih lagi belum nampak macam mana produk / servis yang kita jual tu boleh FIT IN dalam hidup dia.

Dia belum boleh bayangkan apa jadi kalau dia beli dan gunakan produk kita.

So… Kita bantu dengan elemen Pintu 4 ini.

Ada satu psikologi manusia yang kita gunakan iaitu manusia suka duduk dalam __________.

Lagi satu, kita gunakan elemen ini secara strategik untuk TARGET TEPAT & hapuskan keraguan dan ketakutan prospek nak membeli.

Lepas kita bagi ni, baru dia rasa lagi selamat dan lebih terbuka hati dia untuk beli.

🔥 Pintu 5 Tawaran Meleleh
Video: 7 minit 3 saat

Satu lagi ‘senjata’ untuk kurangkan takut prospek bertindak.

Dalam transaksi jualbeli akan ada risiko yang perlu ditanggung oleh prospek.

Pintu 5 ini akan kurangkan risiko ni & buatkan prospek lebih terbuka hati untuk bertindak membeli.

Supaya prospek mudah jawab: “YA, SAYA MAHU BELI!”


Macam template isi tempat kosong

Tawaran Meleleh ini umpama template. Hanya isi tempat kosong. Apa nak diisi pada tempat kosong itupun, ada diajar dalam Tawaran Meleleh. Mudah nak siapkan ayat tawaran. Kerja lebih cepat siap dengan kualiti ayat yang bagus.

~ Suffian Salahudin


Tak lagi blank nak tulis iklan

Selepas saya baca, saya dapat rangka copywriting menggunakan teknik yang tuan cadangkan dengan senang. Tiada lagi masalah “blank” bila nak tulis copywriting.

Kemudian, saya sudah jumpa pelanggan ideal yang lapar sangat akan produk saya. Hasilnya, saya menjadi seorang dealer bagi kawasan saya dan dapat menjual sekurang kurangnya 600 unit sebulan.

~ Muhammad Hakem Azham


Copywriting tanpa merepek panjang

Panduan ini membantu saya mengenal masalah pelanggan, membuat copywriting yang dekat dengan mereka tanpa perlu merepek panjang-panjang, membantu saya kecilkan target pelanggan.

Paling best tentang 5 pintu. Baru saya tahu kenapa ramai prospek pm tapi senyap lepastu.

~ Noraini Hamdan, 9 Oktober 2014


 Minggu keempat

 

🔥 Contoh konten yang menarik audiens dan menghasilkan jualan
Video: 16 minit 51 saat

Panjang video ni. Saya tunjuk macam-macam contoh yang saya gunakan untuk pancing prospek berkualiti.

Ada konten saya yang saya dah tulis 3 tahun lepas tapi sampai sekarang masih menghasilkan jualan.

Selalu sangat terjadi page konten ni dapat TRAFIK PERCUMA lagi banyak dari page yang saya iklan (yang kena keluar duit iklan!).

🔥 Mindset asas menghasilkan konten
Video: 6 minit 50 saat

Kita tengok mindset dan silap faham yang BEKUKAN OTAK anda setiap kali nak menulis. Tu yang rasa menulis tu jadi susah tu.

Video ni akan reset dan betulkan semua tu.

Kat sini nanti anda akan faham apa sebenarnya menulis. Bukan macam tulis karangan kat sekolah tau.

🔥 4 langkah proses menghasilkan konten
Video: 15 minit 31 saat

Yang ni pun video panjang. Nak bagi faham.

Video ni akan ajar anda trik dan teknik untuk senangkan kerja menulis. SOP ni jugak yang saya ajar pada tim saya.

Saya jugak bedahsiasat salah satu konten yang saya kongsi di video pertama tadi.


SOP penulisan buat duit

Saya belajar menulis content. Mulai dari itu, saya selalu diberikan tanggunjawab untuk menulis content yang baik untuk tim bisnes saya. Paling penting bisnes boleh buat duit.

Saya rumuskan Tawaran Meleleh ini adalah SOP dalam penulisan. Bila ada sistem ianya boleh di”duplicate” dan boleh diukur keberkesanannya.

~ Mohamed Yasser Mohamed Desa


Tak susah tulis konten

Reason utama saya beli TMv4 adalah untuk mendapatkan konten Minggu 4 – Pembinaan Konten. Modul ini mengubah persepsi saya tentang pembinaan konten. Tak susah, cuma saya yang menyusahkan diri saya.

Pembinaan konten menjadi lebih mudah apabila saya belajar tentang memilih ladang yang subur. Apabila saya tahu ladang itu subur untuk tempoh yang lama, ia memberi saya semangat untuk terus hasilkan konten.

~ Zulharis Zainal


Dah mudah tulis konten

Saya pembeli dari versi yang kedua dan masih terus menimba ilmu hingga versi terkini. Sebelum ini selalu fikir susah sangat nak tulis konten.

Alhamdulillah dengan video minggu keempat, banyak mindset salah dibetulkan dan kaedah mudah tulis konten lebih mudah tuan ajarkan. Rasa bersemangat nak tulis ilmu yang kita ada tanpa rasa tekanan nak jadi perfect. Yang penting buat je dulu.

Tawaran Meleleh membantu bisnes kami berkembang dari modal lebih kurang RM2k untuk produk baru hingga mencapai jualan terkumpul RM 80k hingga sekarang.

~ Hafiz Norrizan

 


 Padat dan sendat kan?

Daftar sekarang dengan yuran pelaburan hanya RM390 sahaja. 

Mahal ke murah tu?

Kalau anda fikir mahal vs murah…

Anda sudah kalah sebagai penjual.

Anda kena fikir berbaloi atau tidak? Kalau anda boleh fikir begitu, barulah anda boleh terangkan nilai berbaloi pada prospek anda.

 

So soalannya… Berbaloi atau tak?

Cuba fikir…

Ada 4 minggu dalam modul Tawaran Meleleh.

Kalau hanya SATU video ‘Menembusi Otak Pelanggan’ boleh bantu anda buat prospek tersentak, beri perhatian penuh pada iklan anda dan anda dapat tambahan 10 pelanggan sebulan membeli produk RM100… Anda dapat RM1,000 jualan tambahan. Berbaloi tak?

Kalau hanya SATU video ‘Memilih Ladang Bisnes Subur’ boleh bantu anda pilih pelanggan yang lebih menguntungkan — macam Tuan Adib yang buat servis mesin rumput tu, separuh hari dah capai target jualan harian — dan anda dapat pelanggan yang bernilai tinggi untuk jangka masa lama. Berbaloi tak?

Kalau hanya TIGA video ‘Dapatkan Prospek Sebelum Prospek Sedia Membeli’ boleh bantu anda luaskan mesej anda, dapat lebih idea untuk tarik lebih ramai prospek, anda tak perlu risau trend perubahan pembelian dan anda dapat tambahan 10 pelanggan sebulan membeli produk RM100… Anda dapat RM1,000 jualan tambahan. Berbaloi tak?

Ini baru contoh daripada 3 video.

Total kan ada 22 video.

Anda nampak tak manfaat nilai yang boleh bantu bisnes anda?

 

Ada jaminan ke?

Tiada janji bulan bintang.

Tiada hype sini.

Saya pun tak buat harga potong-potong. Saya layan anda dengan hormat. Saya tak buat trik apa-apa.

Kalau jaminan komfem berkesan yang anda mahu, maaf saya tak boleh beri.

Saya hanya boleh jamin program ini komfem tidak berkesan…

…kalau anda tidak berusaha untuk ikut dan buat.

Kenapa anda tak perlu takut dan risau?

+ Program ini sudah berada di pasaran selama lebih 2 tahun sejak 2014

+ Lebih 5,000 orang sudah sertai

Saya juga beri…

 

Jaminan pulangan wang 200% dalam masa 365 hari

Saya yakin saya sudah berikan material terbaik untuk bantu anda.

Sertai saja dan tengok selama 4 minggu.

Kalau anda rasa program ini sampah tiada ilmu langsung anda belajar…

Beritahu saya anda sudah cuba ikut semua video latihan dan worksheet tapi masih tak menjadi.

Saya akan pulangkan duit anda. DOUBLE!

Fair kan?

Takde apa lagi halangan untuk anda sertai kan?

 

arrows_three_down
[gpp_button color=”blue” url=”http://brc.my/troli/?add-to-cart=13695″ target=”_blank” size=”large” display=”block”]KLIK SINI
untuk mendaftar[/gpp_button]

Yuran akan naik dalam masa...

Hari 0 0 Jam 0 0 Minit 0 0 Saat 0 0

This offer has now expired.