Home » Artikel » Capai impian bisnes anda: Cara mudah paksa diri keluar dari zon selesa

Capai impian bisnes anda: Cara mudah paksa diri keluar dari zon selesa

“When was the last time you do something for the first time?”

Kali pertama saya dengar ayat ini mungkin 8-10 tahun lepas. Sekali dengar, terus lekat dalam kepala.

Sebulan dua ini saya banyak betul buat perkara baru yang tidak pernah saya buat. Betul rasa ditolak keluar daripada zon selesa. Banyak perkara baru saya belajar.

Apa guna hidup jika kita tidak ‘hidup’?

Apa guna hidup jika tidak buat perkara baru dan belajar ilmu baru?

 

Bagaimana paksa diri keluar daripada zon selesa

Buat perkara baru, menonjolkan diri, mengangkan tangan dan mengambil risiko bukan perkara mudah untuk dibuat.

Saya suka guna cara ini. Ini cara mudah untuk paksa diri anda buat sesuatu yang mungkin berat untuk anda mulakan:

+ Bayangkan kita dalam kelas. Apabila cikgu tanya soalan atau minta pendapat, TERUS saja angkat tangan.

+ Menawarkan pendapat atau bertanya soalan dalam suasana kelas yang ramai mungkin satu perkara yang buat kita tidak selesa / malu / terdedah kepada kritikan.

+ Angkat saja tangan. Tidak perlu fikir. Angkat saja tangan. Anggap ia satu perbuatan komitmen rendah.

+ Apabila sudah angkat tangan dan terpaksa beri pendapat, mahu atau tidak, kita akan buat juga.

 

Buat saja, tak perlu fikir

Saya akui benda ini nampak susah.

Selalu saya menyumpah diri sendiri selepas ‘angkat tangan’.

“Kenapa aku angkat tangan / setuju untuk buat benda ni?”

“Habis la nanti, orang tengok aku tak reti buat benda ni, nanti aku buat silap, orang gelakkan aku, nanti orang tahu aku sebenarnya tak tahu tak pandai bodoh…”

Jangan fikir semua itu. Anda hanya perlu buat satu benda mudah: angkat tangan!

Boleh kan?

‘Commit’ saja dulu kepada apa perkara yang anda ingin buat. Tidak perlu terlebih fikir atau terlebih analisa. Banyak sangat fikir nanti, tidak bertindak!

Setuju dulu untuk buat. Kemudian, otak anda akan bekerja keras untuk buat.

Pastikan anda tidak berundur tinggalkan janji dna komitmen untuk buat. Apabila sudah ‘angkat tangan’, pantang undur atau mungkir janji.

 

Biarkan apa orang kata

Mula-mula, kita akan nampak bodoh. Biasalah, buat benda baru. Mungkin orang akan gelakkan. Mungkin kita rasa malu buat silap depan orang ramai.

Ingat: sehari dua orang akan lupa.

Tapi…

Impak kita ‘angkat tangan’ dan serah diri untuk buat perkara baru…

Pelajaran yang kita dapat daripada pengalaman baru…

Itu akan lekat lama. Itu akan lekat dan membantu kita lama selepas orang lain lupa tentang kesilapan kita; lama selepas mereka penat gelakkan kita.

Kalau kita bijak, kita boleh nampak jelas: impak positif kita ‘angkat tangan’ tadi akan kekal lebih lama daripada impak negatifnya.

Mengikut timbangan ‘pros and cons’, kita menang!

 

Everything is ‘figureouttable’

Sesekali kalau peluang datang mengetuk pintu anda, cuba TERUS angkat tangan!

Kemudian, baru cari jalan bagaimana untuk buat. Zaman sekarang ini, zaman maklumat ini mudah saja untuk cari jalan untuk buat sesuatu. Semua maklumat di hujung jari, boleh tanya mereka yang pakar, boleh belajar.

Biasakan diri berani buat sesuatu yang baru.

Biasakan diri berani belajar dan sentiasa menambah ilmu.

Insya-Allah, anda akan nampak impaknya.

 

Ramai yang ada impian tapi masih takut untuk bertindak.

Ramai orang yang makin belajar, makin serabut kepala.

NAK TAK cuci kepala otak anda supaya anda nampak jalan cerah dan boleh paksa diri bertindak?

KLIK SINI untuk sertai satu group KHAS untuk pecahkan kebuntuan anda dan paksa anda bertindak!


SUKA artikel ini? Kongsi manfaatnya.
Tekan butang SHARE!

Apa kata anda? Silakan komen...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *