Home » Semakin ramai pelanggan, semakin banyak jualan… Tapi semakin rugi?

Semakin ramai pelanggan, semakin banyak jualan… Tapi semakin rugi?

Sesuatu yang pelik berlaku kepada bisnes ini… Makin ramai pelanggan, makin banyak jualan, tapi makin rugi!

Artikel oleh: Bukhari Ramli

bisnes makin rugi

Dalam artikel ini, kita akan lihat:

  • Bagaimana semakin ramai pelanggan, semakin banyak jualan boleh menyebabkan semakin banyak rugi
  • Mengapa pergi kelas marketing kadang-kadang sekadar membazir dan tidak berguna

Pelik bunyinya kan?

Kita selalu fikir, kalau banyak jualan, kalau banyak pelanggan; mesti lebih untung!

Tetapi…

Adakah anggapan kita ini benar?

Kita akan lihat bagaimana boleh terjadi kes semakin banyak jualan, semakin banyak ruginya. Kes ini saya telah jumpa banyak kali sepanjang kerja saya sebagai konsultan dan strategis bisnes.

 

Sakitnya tu di mana?

Untuk mengubat penyakit, kita perlu mulakan dengan: mengenalpasti apa sakit kita.

Betul?

Kalau tak tahu apa sakit kita yang sebenar, kita mungkin membazir membeli ubat yang salah.

Malah, mungkin apa yang kita sangka ubat itu sebenarnya racun! Tidak sesuai dengan penyakit kita.

Kalau bisnes kita sakit, bagaimana cara untuk kita periksa di mana sakitnya?

Di sinilah skil memeriksa kesihatan dan menyiasat bisnes sangat berguna.

Periksa kesihatan bisnes

 

Periksa setiap proses dalam bisnes

Dalam setiap bisnes, ada rantaian atau urutan proses yang berlaku.

Ini contoh klasik rantaian proses 4 langkah:

1. Prospek tertarik dengan headline dan klik untuk melihat iklan.
2. Prospek tertarik dengan tawaran dan hubungi kita untuk maklumat lanjut.
3. Proses ‘closing sales’ berlaku dan prospek bersetuju untuk membeli.
4. Servis atau produk dihantar kepada pelanggan.

Setiap proses ini boleh diperiksa dan setiap hubungan antara proses ini juga boleh diperiksa untuk kita lihat di mana sakitnya.

Kalau iklan dapat tarik ramai prospek dan takde masalah, mungkin sakit di bahagian closing. Kita akan ubat bahagian closing saja.

Rugi kalau kita asyik betulkan marketing saja kalau bukan itu tempat sakitnya!

 

Pelanggan makin ramai, bisnes makin rugi

Ini salah satu kes yang saya bantu dalam sesi consulting saya.

Sebuah bisnes sudah beroperasi lebih setahun. Dulu mula kecil-kecilan, sekarang pekerja pun sudah bertambah. Pelanggan makin ramai, kedai makin sibuk dan beliau mungkin terpaksa menambah pekerja lagi.

Persoalannya ialah: setiap hujung bulan, beliau tidak nampak duitnya.

Ke mana pergi duitnya?

Ubat yang salah

Untuk menyelesaikan masalah beliau, pemilik bisnes ini pergi ke macam-macam kelas marketing.

Pergi belajar Facebook Marketing. Pergi belajar copywriting. Pergi belajar lagi Facebook Marketing sehingga premium coaching. Pergi pula belajar email marketing.

Ke sana ke mari masuk kelas. Duit makin banyak keluar, masalah masih tidak selesai!

Beliau berlelah ke sana ke mari mencari ubat, TANPA mengetahui apa sakitnya.

 

Mencari punca sakitnya di mana

Dalam ‘Diagnostics & Strategy Session’ bersama BRC, pemilik bisnes ini ditanya pelbagai soalan untuk melihat di mana sakit sebenarnya. Di mana punca masalah beliau?

Punca masalah ini tidak semestinya jelas kelihatan.

Ada masanya kita perlu menggali dalam-dalam dan bertanya soalan yang betul yang akan membantu kita memproses segala maklumat dalam bisnes.

Setelah lebih sejam menggali…

 

Kami mendapati bahawa:

1. Bisnes ini tiada masalah marketing.

Tugas marketing ialah mendapatkan prospek.

Pelanggan datang. Malah, bisnes ini sentiasa penuh dan pekerja tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang datang.

Melihat kepada rantaian proses 4 langkah di atas: bisnes ini berjaya melengkapkan semua proses dengan elok. Tiada masalah ketiadaan pelanggan, tiada masalah dari segi menyediakan servis untuk pelanggan.

2. Punca masalah beliau ialah: margin harga yang tidak sesuai.

Antara USP yang difokuskan oleh bisnes ini ialah: murah.

Servis yang biasa dicaj sehingga RM300 oleh bisnes lain, bisnes ini sekadar caj RM200. Untuk servis yang orang lain caj sehingga RM90-100, bisnes ini hanya caj RM50.

Margin yang tidak mencukupi ini membuatkan beliau kerugian SETIAP KALI dapat pelanggan kerana…

3. Tidak perhati dan periksa SEMUA kos berkaitan.

Untuk memberi servis bernilai RM50, bisnes ini mungkin perlu keluarkan kos sehingga RM60-70. Maknanya, setiap kali pelanggan bayar RM50, bisnes ini perlu keluarkan RM70.

Umpama membeli RM50 dengan harga RM70.

4. Bisnes ini ‘memancing’ PELANGGAN YANG MERUGIKAN.

Semua benda ada yang bagus dan tidak bagus.

Ada makanan yang bagus, ada makanan yang tidak bagus.

Ada kereta yang bagus, ada kereta yang tidak bagus.

Ada buku yang bagus, ada buku yang tidak bagus.

Begitu juga dengan pelanggan. Kita bukan sekadar mahu APA SAJA jenis pelanggan. TIDAK! Kita mahu pelanggan yang bagus.

Pelanggan yang bagus ialah yang menguntungkan. Pelanggan yang memakan kos RM20 untuk diberi servis RM50, misalnya. (Jadi kita akan untung kasar RM30 setiap kali pelanggan membayar kita RM50).

Kalau pelanggan makan kos RM70 untuk diberi servis RM50, memanglah setiap kali tambah pelanggan, bisnes akan makin rugi!

 

Matematik yang tempang: bisnes akan rugi

calculator2

Salah satu komponen besar bisnes ialah: MATEMATIK.

Matematik menentukan hala tuju bisnes dari segi kira-kira. Matematik dan nombor tidak menipu. Dan matematik ini konsisten berdasarkan peraturan yang terpakai.

Kalau menjual RM50, kita akan rugi RM20; besar kemungkinan kita akan rugi RM2,000 apabila menjual RM5,000.

Matematik ini tidak akan lari jauh.

Bisnes ini semakin rugi setiap kali ia menerima pelanggan. Tidak kira berapa banyak kelas marketing beliau hadiri, tidak kira berapa tinggi ilmu marketing beliau belajar…

Bisnes ini akan terus rugi. Malah, bertambah rugi kerana marketing akan terus menambah pelanggan dan setiap pelanggan ini PELANGGAN YANG MERUGIKAN!

 

Pengajaran penting di sini ialah:

  • Tidak semua pelanggan bagus. Kita mahu pelanggan yang menguntungkan.
  • Tidak semua ubat bagus. Kita mahu ubat yang sesuai dengan sakit kita. Tidak semua kelas bisnes itu bagus. Kita WAJIB pilih kelas yang bersesuaian dengan situasi kita APABILA ia diperlukan.
  • Skil memeriksa kesihatan dan menyiasat bisnes sendiri ialah skil yang penting.
  • Periksa dan perhatikan SEMUA kos termasuk kos yang tersembunyi dan tidak jelas.
  • Pastikan margin yang cukup untuk harga produk dan servis kita

Mahu belajar kira-kira bisnes supaya anda tidak rugi tanpa sedar disebabkan salah pemilihan pelanggan, margin yang tidak cukup dan kos yang tersembunyi?

Rancang bisnes anda dengan fakta dan kira-kira jelas!

Ilmu kira-kira bisnes akan bantu anda untuk:

  • Periksa kesihatan bisnes
  • Kira untung rugi bisnes yang sebenar
  • Kira nilai pelanggan yang anda boleh ‘beli’ dengan marketing
  • Rancang bajet marketing
  • Maksimakan nilai pelanggan
  • Dapatkan pulangan maksima daripada setiap usaha & pelaburan yang dibuat

arrows_three_down

KLIK SINI
untuk belajar
kira-kira bisnes!

”Saya dah kira account ikut macam Tuan Bukhari cakap. Nak meraung bila kira-kira kos yang lain hasil jualan 1 barang ada yang kita anggap untung 50% tapi hakikatnya 2% saja.”
~ Puan Nurul Adzura

“Semalam saya hadir Kalkulator Bisnes. Untuk check kewangan bisnes dan cara tambah lagi cash ke dalam bisnes. Ilmunya luar biasa.”
~ Tuan Faisal Abdullah

 

KLIK SINI
untuk belajar
kira-kira bisnes!

.