Home » Bagaimana bisnes ini boleh rugi ratus ribu walaupun jualan RM3 juta setahun?

Bagaimana bisnes ini boleh rugi ratus ribu walaupun jualan RM3 juta setahun?

Artikel oleh: Mohd Alif Haiqal

Ramai orang sangka, bila jualan bisnes meningkat, bisnes semakin bagus, confirm bagus. Sebab itu semua jadi gila pergi kelas buat marketing dan sales.

Hakikatnya tak begitu. Bisnes ada fasa. Cakap pasal fasa, semua boleh cakap, tapi nak faham dan susun bisnes mengikut fasa… ramai yang pemalas nak berfikir.

Masa jualan 10 ribu, 100 ribu, 1 Juta, 10 Juta, 100 Juta. Setiap nombor yang berbeza memerlukan pengurusan bisnes yang berbeza.

 

Tapi kenapa jualan RM3 juta setahun, bisnes masih rugi?

1. Perkara ini tak pelik. Banyak bisnes billion ringgit alami perkara sama. Kenapa?

 

Kos yang tersembunyi dan sentiasa meningkat

2. Dalam kos bisnes, ada sejenis kos dipanggil Variable Cost. Kos berubah yang tidak boleh dijangka dengan tepat. Walaupun dijangka, ia boleh meningkat hingga lebih 3x ganda.

3. Antara kos paling ketara ialah kos mendapatkan pelanggan atau lebih mudah faham kos marketing.

4. Sebenarnya ini perkara biasa. Makin lama kos ini memang makin mahal. Tetapi orang baru dalam bisnes tak tahu. Orang lama dalam bisnes pula tak mahu ambil tahu.

 

Banyak perkara yang orang tidak nampak

5. Perkara paling kelakar, bila ramai nak buat jualan juta ringgit sebab teruja lihat orang lain bercerita atas pentas. Tanpa mahu tahu cabaran dan bagaimana bisnes sepatutnya disusun.

6. Struktur bisnes, SOP bisnes, akaun bisnes, pengurusan manusia, latihan dan pengukuhan skill pasukan. Ini semua perkara asas dalam bisnes yang diabaikan pemilik bisnes.

 

Tidak gunakan duit bisnes untuk kembangkan bisnes

7. Untung juta ringgit tahun pertama sahaja, sibuk mahu tukar kereta mewah, melancong sana sini, kononnya mahu reward diri. Sebaliknya, itulah duit yang sepatutnya jadi pemampan kepada kerugian bisnes pada tahun seterusnya.

8. Rasa rugi dan tak berbaloi untuk melabur kepada pengurusan bisnes. Mabuk kejar jualan sampai jadi hamba kepada bisnes.

9. Mengejar angka jualan sebagai sasaran jualan tahunan, tidak salah dan tidak berdosa. Apa yang ditekankan ialah bila bisnes itu tidak bersedia untuk uruskan jualan diluar kemampuan bisnes itu sendiri.

P/s: Cerita ini bukan rekaan. Cerita ini adalah pengalaman sendiri.


Nota editor: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan. Ini ialah inisiatif terbaru daripada BRC untuk mempelbagaikan konten dan perkongsian ilmu.

Dulu saya berangan mahu ada website yang ramai penulis. Ternyata kini dah termakbul. Kelakar kan?

~ Bukhari Ramli

 

Mohd Alif Haiqal ialah seorang bekas kadet Palapes. Sebab itu beliau ganas dan ‘straight forward’. Beliau menulis daripada pengalaman bisnes sendiri daripada sudut yang lebih ganas & mudah faham.

Apa kata anda? Silakan komen...