fbpx

Boleh ke jual lagi mahal tapi pelanggan suka?

“Kalau saya tahu cara macam ni boleh jual mahal & dapat pelanggan puas hati pulak tu tak banyak cekadak…

“Tak payah saya pening kepala nak bersaing buang harga dan dapat pelanggan cerewet!”

Ini cerita tentang klien dan peserta kelas yang saya buat.

Nama beliau Puan Wan.

Apa yang berlaku ialah:

Dulu…

❌ Terpaksa jual murah RM50 je

❌ Dapat pelanggan yang banyak cekadak, cerewet dan komplen mahal, ye jual RM50 pun orang komplen mahal!

❌ Tiada margin untung yang besar

❌ Jualan RM100,000 sebulan tapi takde dapat menyimpan — semuanya habis ditelan kos

❌ Terpaksa menjual kepada pelanggan yang ramai untuk cecah jualan RM100,000

❌ Terpaksa buat jualan sendiri sebab takde lebihan untung untuk beri komisen pada ejen atau staf

❌ Penat melayan dan memikir pasal hal bisnes yang macam berkayuh-kayuh tak pergi mana

 

Lama juga saya nasihat Puan Wan untuk naikkan harga dan ubah strategi beliau.

Tapi macam biasalah…

Orang meniaga selalu ingat nak ada bisnes kena jual murah, orang tak suka beli barang mahal. Kononnya kalau jual mahal, bisnes tak jalan.

Sebenarnya…

Pemikiran dan mindset sendiri yang salah.

Setelah hampir setahun kena cuci…

Akhirnya beliau buat keputusan untuk telan je dan ikut nasihat saya.

 

Hasilnya…

🔆 Jual lebih mahal — mula-mula 4 kali ganda, lepas tu terus naik kepada 6 kali ganda daripada harga asal

🔆 Dapat pelanggan yang lebih bagus — berpuas hati dan kurang komplen pada bisnes

🔆 Jual harga sedap camni, pelanggan tak komplen pulak pasal harga, siap nak BELI banyak lagi!

🔆 Ada margin untung yang lebih besar — kos hanya bertambah 10-20% je tapi harga jualan meningkat sehingga 600%!

🔆 Jualan masih sama RM100,000 sebulan lebih kurang tapi dapat menyimpan lebih kurang RM20,000 ke RM30,000 sebulan

🔆 Boleh capai jualan RM100,000 sebulan dengan jumlah pelanggan yang sikit je

🔆 Boleh hire ejen dan staf untuk buat sales dengan komisen lumayan — mereka lebih bermotivasi untuk buat sales

🔆 Dah kurang penat, ada masa rilek, kerja-kerja boleh beri kepada tim bisnes yang di-hire dengan untung bisnes yang dah mula ada

 

“Huh, pelanggan berkurang?! Teruknya!”

Rileks…

Bagus la tu pelanggan berkurang.

Dulu nak cecah RM100,000 kena ada 2,000 pelanggan.

Kita tak payah kira banyak, cuba kira berapa kos nak hantar barang ke 2,000 pelanggan ni.

Katakan kos nak packing dan pos sekali hantar RM10. Total kos penghantaran: RM10 x 2,000 penghantaran = RM20,000.

Sekarang ni jual kat 250 orang pun dah boleh cecah RM100,000. Katakan kos mahal sikit jadi RM15 sebab nak bagi cantik nampak premium.

Total kos penghantaran: RM15 x 250 penghantaran = RM3,750.

Kalau saya bagi anda pilih la, nak buat jualan sama RM100,000 ni, kos penghantaran RM20,000 ke RM3,750 yang anda nak tanggung?

Mesti la nak pilih yang kos sikit betul tak?

Itu baru satu bab kos penghantaran je.

Bayangkan berapa banyak pening kepala dapat jimat sebab perlu layan 250 orang je untuk dapat hasil jualan sama?

Berapa banyak masa boleh jimat layan Whatsapp prospek yang banyak tu?

 

Cuba tengok tu…

Dulu jualan RM100,000 jugak, tapi tak dapat simpan duit. Habis semua tak tinggal.

Sekarang jual RM100,000 jugak, tapi dapat simpan duit. Ada lebihan untuk lepas tolak semua kos.

Jualan banyak pun tak guna kalau penat je lebih duit tak tinggal apa.

Jualan tak bertambah pun takpe kalau kos menurun banyak dan dapat simpan duit lebihan banyak.

(Dah ada duit lebih, boleh laburkan kos marketing lebih lagi untuk tingkatkan jualan lagi!)

 

Ui…

Rugi kan tak belajar benda ni awal-awal?

Rugi kan tak buat setahun lebih awal?

Kalau sebulan boleh simpan RM20,000, setahun dah ada RM20,000 x 12 bulan = RM240,000 dah!
😱😱😱


Dah penat berlawan harga, jual murah tapi tak untung pun, lepas tu dapat pelanggan yang banyak komplen pulak tu?

KLIK SINI untuk baca 3 lagi cerita bisnes yang berjaya dapat jualan sedap dengan harga lebih sedap…


 

BRC.my | Made with ❤️ in Putrajaya | hai @brc.my | Privacy policy